Isnin, 29 Disember 2008

Untuk Tahun Ini

Maafkan aku.

Maafkan aku.

Maafkan aku.

Bukan aku sibuk. Tapi aku seperti tidak tahu apa yang harus ditulis.

Nafsu untuk menulis tidak sehebat dulu.

Tangan untuk menaip tidak selincah dulu.

Akal untuk berbicara tidak setajam dulu.

Ayat senang, aku semakin malas.

Maafkan aku.

Apabila difikirkan kembali, kenapa aku wujudkan KENCINGKUCING?

Aku tak rasa KENCINGKUCING tempat aku meluahkan segala apa yang terbuku di dada, tempat khas untuk aku bercerita, tempat aku menjerit memaki segala benda, mengutuk, mengkritik, mengomen.

Tidak.

Untuk KENCINGKUCING bersifat seperti di atas, aku harus bersifat anonymous. Seperti MelayuMinimalis, Magenta, dan lain-lain. Malangnya, pendingin_hawa adalah segala yang berlawanan dengan apa yang kita boleh panggil anonimiti. Mungkin dah terlambat untuk aku ubah keadaan. Lagipun seronok juga dengan tidak menyorok-nyorok identiti sendiri. Aku tak handal bermain sorok-sorok. Polis sentri hebat sikit.

Aku boleh kata, tujuan awal aku tubuhkan KENCINGKUCING adalah untuk mengikut trend. Terikat dengan peraturan masyarakat yang tak pernah rasmi. Tahu-tahu saja timbul trend menghasilkan blog. Konon-konon ada blog baru cool, baru Kacak Bergaya Disukai Ramai. Jadi aku pun dengan secara tidak langsung, menerbitkan KENCINGKUCING. Kenapa KENCINGKUCING? Aku dah cerita pada post pertama aku dahulu. Jangan malas sangat. Pergi baca sendiri.

Sewaktu tengah aktif berblog, minda aku sentiasa bekerja. Pada aku lah, sekurang-kurangnya. Sentiasa memerhati keadaan sekililing. Pandangan sentiasa dipicingkan. Kepala berpusing-pusing. Kejap kiri, kejap kanan. Ya lah. Nak cari idea nak letak dalam KENCINGKUCING. Kadang-kadang kalau tengah tiada idea sangat, aku cangkung depan mesin basuh, aku tenung mesin basuh tersebut. Cuba mencari idea yang mungkin tersirat di sebalik penciptaan mesin basuh itu.

"Jais (nama mesin basuh, nama sebenar), mende aku nak post kat KENCINGKUCING harini? Aku buntu lah. Nampak ni urat-urat dah timbul kat dahi."

"...." (sambil buat muka mesin basuh)

"Woi dungu! Yang kau gosok gigi kat sini buat apa? Pergi lah gosok gigi kat iron board sana!"

Aku penat. Penat untuk cuba menjadi sesuatu yang sememangnya bukan aku. Aku bukan seorang pemerhati. Ya, aku seorang yang suka menilai orang lain. Memang aku tak nafikan. Aku percaya semua orang pun sama.

"Pendingin_hawa, time first time tengok kau dulu kan, aku ingat kau ni bodoh tau. Macam dungu-dungu je. Rupa-rupanya kau memang dungu."

Macam mana itu? Baru pertama kali tengok dah rasa aku dungu. Ini waktu sekolah rendah. Masa fikiran masih suci murni. Pun dah ada sifat judgemental dalam diri.

Normal kan? Biasalah. Kalau kita tengok orang badan besar, muka bengis, tangan urat timbul-timbul, pegang kayu belati, mesti kita terfikir, "Dia ni kaki pukul ni", padahal elok saja orang itu baru lepas tolong lipas tersangkut celah pintu rumah dia. Kalau nampak perempuan rambut coklat sikit, mulalah kata bitch, perempuan sundal jalanan. Kamu tak tahu rambut dia masa lahir warna hijau kebiru-biruan. Dekat dahi pula warna pelangi. Sebab itu dia warnakan coklat sikit. Nampak normal.

Memang aku suka menilai orang, tapi tak sampai tahap untuk mengkritik orang tersebut secara terang-terangan. Manusia, memang pelbagai ragam. Kalau semuanya sama, memang sangat bosan dan membosankan yang lain. Sebab itu aku tak berapa pandai nak mengutuk sesiapa dalam KENCINGKUCING. Selain status Pendingin_hawa yang tidak anonymous, aku memang tidak suka mengutuk orang. Kalau nak kutuk, terang-terang saja. Tak sakit hati sangat. Kalau apa yang aku kutuk dalam KENCINGKUCING ini, maknanya memang aku betul-betul tak suka, dan aku rasa apa yang aku tak suka itu memang sepatutnya tidak disukai oleh masyarakat sekeliling dan dua keliling kita.

Semakin lama, aku sedar, kita tak perlu untuk ada blog untuk jadi cool. Aiskrim Mat Cool, aku rasa tak ada blog pun. Cool saja. Kamu rasa tak?

"Oi! Ni aku belanja aiskrim Mat Cool ni. Nah amik."

"Peh. Cool sial kau. Cool gila babi."

"Mat Cool Mat Cool kawanku. Mari kita ikut, Mat Cool. Main-main selalu. Syoknya, Syoknya ada Mat Cool!"

Lagi cool kalau dapat berjoget di samping monyet ketika makan aiskrim Mat Cool. Pasti gadis-gadis terpesona memandang kamu.

Kalau yang gigi sensitif, tak dapat makan aiskrim Mat Cool, jangan risau. Pakai saja ubat gigi Fresh and White. Cool and Refreshing. Senang. Tiap-tiap pagi lepas gosok gigi, memang cool.

Kesimpulannya, banyak lagi cara lain untuk jadi cool selain daripada mempunyai sekeping blog. Itu okey lagi. Kalau yang jenis banyak blog, macam mana? Cool kuasa lapan?

Kalau kamu memang jenis suka menulis, dan pandai menggarap ayat-ayat penggegar lipatan-lipatan lemak di perut, silakan. Memang sepatutnya kamu menulis. Dapat juga menguraikan kekusutan akal fikiran. Kalau jenis ini tak ada blog, itu tidak cool. Tidak cool sama sekali.

Sekarang, aku sudah tidak jelas lagi. Apa signifikan KENCINGKUCING dalam hidup aku. Mungkin aku perlu buat blog baru?

KENCINGKUCING 2. KENCING BERDARAH.

Nanti-nantikan, ya?

Aku sekarang sedang bercuti. Pejabat aku ditutup untuk seminggu lebih. Cuti Krismas, Awal Muharram, dan cuti awal tahun. Sekaligus. Sangat seronok. Aku boleh menghabiskan masa sebagai sampah masyarakat di rumah.

1. Bangun pukul 12 tengah hari.
2. Terbongkang depan televisyen.
3. Makan.
4. Terbongkang depan televisyen.
5. Tidur.
6. Maghrib.
7. Terbongkang depan televisyen.
8. Keluar lepak sampai pagi.
9. Ulang dari langkah pertama.

Sampah masyarakat tahap tertinggi. Menghabiskan beras di rumah tanpa sebarang hasil. Sungguh tidak produktif.

Aku sungguh bernasib baik, dikelilingi kawan-kawan yang sentiasa ada di taman perumahan aku. Setiap kali pulang, tak perlu risau menjadi sampah masyarakat di rumah. Aku boleh jadi sampah masyarakat di rumah dan di luar rumah sekaligus. Bosan kalau jadi sampah masyarakat di rumah saja.

Boleh aku katakan, kawan-kawan sepergaulan di taman perumahan aku lebih matang. Kebanyakan dari mereka sudah bekerja. Sudah pandai mencari nafkah sendiri. Tidak semestinya perlu kelulusan tinggi untuk matang. Pengalaman adalah guru yang terbaik. Kadang-kadang aku rasa malu apabila lepak bersama mereka. Masing-masing dah mula bercerita tentang kerjaya. Aku? Masih sibuk mengira pointer. Boleh dikatakan aku seorang saja yang tidak pernah bekerja. Semua pernah. Tak kira lah cashier The Store, Seven Eleven, KFC, Secret Recipe, Jurukimpal, juruteknik, wireman, chargeman. Ada kawan aku yang sudah berkahwin pun. Mengagumkan. Aku? Jangan harap nak kahwin. Drum Set Roland depan mata baru aku fikir soal kahwin.

Lagi aku suka lepak dengan mereka, sebab mereka tidak kedekut. Datang minum, borak-borak, gelak-gelak, caci maki, lepas itu pulang. Duit air selesai. Aku? Nak isi minyak kereta pun tepuk-tepuk beg duit. Harap-harap sekali tepuk keluar sepuluh ringgit. Harap-harap. Terima Kasih banyak-banyak!

Belajar memang banyak pakai duit, kan?

Niat asal aku online nak main DoTA sebenarnya. Tapi boleh menaip pula.

Aku banyak hutang tag, sebenarnya. Daripada Aina Wanies, Han Eba, Zali, Achan Sinchlair, Dya. Tag-tag yang dulu-dulu pun aku tak selesaikan lagi. Harap maaf. Nanti aku buat, ya? Komputer di rumah ini cap ayam sikit. Sticker ayam dekat CPU pun aku tak cabut lagi. Susah nak upload foto. Nanti-nanti, ya?

Hazel, Terima Kasih untuk sesi jamming tempoh hari di Wangsa Maju. Kamu semua memang seronok. Gitar baru Nadim sangat canggih.

Tak terlambat rasanya untuk ucapkan Selamat Awal Muharram. Semoga di tahun baru ini kita sama-sama jaga solat kita.

Untuk tahun baru Masihi juga aku ucapkan selamat. 2009. Masuk UTP kembali. Untuk setahun lagi pembelajaran.

Ini post terakhir. Serius. Selamat Maju Jaya dan Jumpa lagi.

Ahad, 23 November 2008

Kamu yang nak sedap, tak kan Mak Bapak nak keluar duit

Kenapa lagu-lagu dari Korea Selatan, dengar pertama kali pun dah rasa suka?

Kamu tak tahu? Aku tak berapa suka makan tauhu. Tapi tauhu bakar memang sedap.

Arsenal, apa cerita? Tiga kosong? Tiga kosong? Tiga kosong? Manchester City? Tiga kosong? Tiga kosong? Tiga kosong? Stoke City dulu-dulu? Tiga kosong? Tiga kosong? Tiga kosong?

Pertama kali main futsal dengan perempuan, memang meletihkan. Letih sebab kena main-main. Kalau main futsal dengan lelaki letih sebab kena main betul-betul. Dan aku dapat meyakinkan diri aku sendiri bahawa aku tak layak mewakili negara untuk pertandingan badminton, hatta mewakili apa-apa pertubuhan bukan kerajaan untuk perkara sama. Pada hari yang sama. Aku juga telah meyakinkan diri bahawa set pengembaraan Gol & Gincu tidaklah segah yang disangka.

Sport Planet Ipoh lagi nice.

Apa perasaan kamu, bila kawan kamu yang sudah tiga empat tahun tidak jumpa, bersungguh-sungguh ingin bertemu kamu. Betul-betul punya sungguh. Kesungguhan yang tidak kenal erti tidak bersungguh-sungguh. Aku dah cakap penat kerja, hujan, ingin tidur, Sora Aoi menanti di rumah, nak juga jumpa. Bukan tak ada hari lain. Apa kamu dah kena penyakit kronik? Kamu tak basuh pinggan ya?

Akibat dari kesungguhan itu, aku yakin ada udang di sebalik batu. Ini perumpamaan. Bukan udang galah atau udang kering tersembunyi di celahan budak-budak yang berkepala batu. Udang mewakili niat tersembunyi. Biasanya niat yang menjengkelkan. Batu pula perkara yang terang-terangan dibuat, untuk menyembunyikan niat yang biasanya menjengkelkan tadi. Senang cerita, udang di sebalik batu sama dengan ketam di sebalik pasir.

Walaupun aku dah yakin dengan keadaan udang di sebalik batu tersebut, aku masih cuba bersangka baik. Beliau memang macam ini. Dari sekolah lagi suka berkawan. Suka menjaga hubungan antara rakan-rakan. Silaturrahim yang terjalin kalau boleh hingga ke syurga. Sama-sama ingin berjaya. Aku masih bersangka baik. Memaksa hati. Menipu diri sendiri.

Memang tak guna kan bersangka baik?

Minit-minit pertama, ayat-ayat berbasa-basi mula keluar.

"Kau makin hensem ye, pendingin_hawa."

"Makin besar sial kau. Berapa kilo kau makan satu hari?"

"Macam mana hidup kau sekarang? Bila nak keluar kereta?"

Itu dia. Ayat ketiga dari atas. Permulaan untuk satu penyeksaan batin. Keluar Kereta. Ayat keramat. Ayat yang aku dah lama tak dengar. Tipikal. Sentiasa sama. Malar. Tak pernah berubah. Pelbagai organisasi. Pelbagai produk. Pelbagai tipu-helah. Keluar Kereta.

Seperti biasa, apa yang menyusul selepas itu. Aku rasa semua orang pun tahu. Logo-logo syarikat yang aneh. Fail yang penuh dengan account statement, gambar-gambar orang yang telah berjaya, konon-kononnya, hasil kira-kira yang pakar Matematik Tambahan pun boleh keliru, lagi account statement, resit pembelian kereta, tak kisah kereta besar atau kecil, sorong atau lembu. Gambar produk. Lagi account statement.

Memang cibai!

Nasib baik skrin besar tersiar acara bola sepak Liga Perdana Enggeris. Aku terpaksa jadi seorang penonton bola pada malam bersejarah tersebut. Aku tengok perlawanan Liverpool? Liverpool? Aku? Tapi bagus juga. Daripada perlawanan Arsenal yang tersiar. Baik-baik tak jumpa tiga empat tahun. Lepas ni sepuluh tahun tak jumpa agaknya. Sebab aku mengamuk.

Semasa sibuk dia orang bercerita pasal perniagaan aneh-kuat-tipu-orang itu, kepala otak aku sibuk berfikir. Aku pernah kena perkara-perkara macam ini. Selama lebih beberapa jam aku kena basuh(?) dengan mereka, aku cuba kaitkan perkara-perkara yang tipikal mengenai mereka. Walau macam mana kamu kenal mereka, bila mereka sudah terjebak dengan perkara ini, pasti ada perubahan. Berubah jadi orang yang tipikal untuk perniagaan aneh-kuat-tipu-orang ini.

Ya. Pemasaran Pelbagai Tingkat (Multi-Level Marketing) memang boleh mengubah orang.

Mereka sangat tipikal, sehingga kita boleh senaraikan perkara-perkara tipikal mengenai mereka. Ketipikalan mereka ini, seperti biasa memang menjengkelkan. Malangnya ia akan jadi lebih menjengkelkan bila mereka itu ialah kawan-kawan kamu.

1. Ayat Keluar kereta adalah mantera mereka.

Kereta adalah pengukur kejayaan? Kamu setuju? Aku tidak setuju. Aku tidak nafikan aku teruja melihat kereta-kerata mewah meluncur laju di jalanan, atau diparkir di depan bangunan besar di sebelah pejabat aku. Siapa tak kagum memang zuhud tahap alim gila babi. Tapi aku tetap tidak bersetuju bahawa kereta adalah pengukur kejayaan. Kejayaan adalah untuk diri sendiri. Kenapa perlu direlatifkan dengan orang lain? Dia rasa berjaya dengan berkereta besar. Aku rasa berjaya dengan tidak perlu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dengan kereta besar. Dia rasa berjaya dengan mengisi minyak RM 100 untuk kereta besar mereka. Aku rasa berjaya dengan menaiki tren, melihat gelagat orang hari-hari, bersesak-sesak dengan gadis-gadis comel.

Kejayaan adalah tidak malar. Terpulang kepada individu itu sendiri.

2. Mereka memang terkenal sebagai jurucakap yang manis (sweet talker).

Kalau mereka yang telah terjabak itu kawan kamu, cuba kamu imbas kembali zaman silam kamu bersama mereka. Kamu mesti selalu menjadi pendengar. Setia atau tidak, tak tahulah. Biasanya mereka sahaja yang akan bercerita, baik pasal gadis, makanan dewan makan, adik-beradik, jatuh basikal, geli ketiak. Kamu hanya berpeluang untuk mengeluarkan sepatah-dua bila mereka menghela nafas kepenatan, hanya untuk dipotong laju-laju oleh mereka. Akhirnya kamu terpaksa bercerita di blog. Macam aku.

3. Produk yang dijual amat aneh.

Spirulila lah, Ubat gigi lah, Sabun basuh lah, macam-macam produk. Tapi mana produk dia pun tak tahu. Tak pernah pula dibawa semasa promosi dijalankan. Tipu helah yang dijaja ke hulu-hilir. Duit dilabur untuk transaksi yang tidak jelas. Tiada pertukaran nilai barangan. Ada sekali, kawan aku jual piring kaca yang dikatakan mengadungi cas-cas bertenaga tinggi. Piring tersebut dihasilkan dengan pelbagai jenis mineral seperti magnesiun, kalium, karbon dioksida, helium manganat IV, beromida dan tahi unta. Khasiat piring itu, mampu menguraikan atom-atom dalam sesuatu makanan supaya senang diserap ke dalam tubuh badan. Serius aku tengok macam piring alas cawan dekat kampung-kampung dulu. Entah baldi mana dia cairkan nak buat piring itu, aku pun tak tahu.

4. Tidak rasa bersalah untuk menipu rakan-rakan.

Keluar kereta, account statement, rumah, income beribu-ribu sebulan, mahu buat ibu bapa senang, keluar kereta lepas turut serta tiga empat bulan, account statement lagi. Semua tipu. Semua. Tak kisah kamu kawan rapat, kawan sekatil atau sebantal, asal ada ruang untuk menipu, akan digunakan sebaik mungkin. Hal-hal peribadi, kesilapan-kesilapan lampau, akan dimanipulasi untuk menjadikan efek penipuan lebih berkesan. Si jurucakap pula, sekejap cakap belajar handal gila. Waktu lain cakap belajar tak pernah menjejak 3.00. Untuk meraih simpati mungkin? Muka sewaktu menipu pula memang neutral. Sesiapa yang innocent macam aku, memang mudah terpedaya lagi terpesona.

5. Keluar kereta akan diulang-ulang setiap 5 minit.

Tak perlu ulas lebih lanjut aku rasa.

6. TAK PERNAH ada yang berjaya.

Dalam kes aku lah, sekurang-kurangnya. Aku tak tahu ada kawan-kawan kamu yang berjaya main perniagaan pelbagai tingkat ini. Dulu bercerita pung pang pung pang nak keluar kereta lagi dua tiga bulan (keluar kereta lagi), income empat lima angka sebulan, kahwin lagi tiga empat bulan, melancong satu dua negara.

Bila jumpa lagi dua tiga tahun akan datang,

"Macam mana bisnes? Mana kereta kau?"

"Kau dah makan? Jom makan dengan aku? Kau belanja"

Setakat ini hanya ada seorang kawan aku yang aku tengok kaya. Datang jumpa aku, selepas dua tiga tahun tak jumpa, hanya untuk menghabiskan tiga jam aku mendengar sejarah silam, anjakan paradigma what the fuck, income beribu-ribu sebulan, account statement yang tak tahu betul atau tidak, dengan Mercedes Benz yang dibeli dengan duit sendiri. Ya pembaca budiman sekalian, Mercedes Benz yang dibeli dengan duit sendiri. Dibuktikan dengan slip pembelian kereta mewah tersebut. Macam biasa, tak tahulah slip pembelian kereta mewah tersebut betul atau palsu.

Tapi, macam aku kata tadi, berjaya itu tidak malar. Aku tidak rasa kaya itu berjaya.

.....

Aku dah tak ada idea lagi. Pemerhatian aku tak setajam MelayuMinimalis (lagi). Beliau memang pemerhati sosial yang terbaik.

Setelah lebih tiga jam sesi promosi perniagaan pelbagai tingkat, apa yang aku boleh respon, aku tidak berminat. Selain terkenal dengan kemalasan aku tahap tidak berbelah bagi, aku memang tak minat menipu orang lain, apatah lagi kawan-kawan sendiri. Aku tidak pandai menipu. Memang tidak ada bakat. Aku bukan jurucakap yang manis. Aku juga suka makan tauhu bakar.

Apa-apa pun, terima kasih kerana belanja aku teh o ais dengan teh o panas. Dua minuman itu akan aku ingat sehingga akhir hayat aku. Bukan duit ribu-ribu dan kereta Mercedes Benz kamu. Terima Kasih!

Selasa, 18 November 2008

Catatan Pelbagai Fungsi

Aku dapat award lagi. Kali ini daripada Aina Wanies. Terima Kasih!

award_beca

Ya, kawan memang boleh menjadikan hidup lebih manis. Jadi jangan banyak sangat kawan. Nanti kamu boleh kena kencing manis.

Tak kelakar.

Aku tak reti nak buat award ni. Aku pun tak pasti, ini kah yang dipanggil award? Aku rasa macam dedikasi saja. Award biasa macam piala kan? Dalam Bahasa Melayu, anugerah. Setahu aku anugerah biasa berbunyi macam ini:

Anugerah Pelajar Terbaik.

Anugerah Lelaki Kacak Bergaya Disukai Ramai.

Anugerah Ilahi.

Daripada gambar di atas, tak terpancar satu perkataan anugerah pun. Aku pelik.

Apa-apa pun, terima kasih lagi sekali aku ucapkan. Kamu tahu aku sentiasa mengikuti blog kamu, kan Aina Wanies?

Sambung untuk fakta-fakta unik/aneh/tak diketahui ramai. Sebab kena tag, kenalah siapkan.

Fakta Enam:

Aku suka warna ungu

Aku tak tahu kenapa. Aku memang suka. Pada aku warna ungu unik. Berbeza dengan warna-warna lain. Berbeza yang macam mana, tak perlulah aku terangkan. Aku sendiri pun tak tahu apa perbezaan dia. Aku cuma tahu warna itu unik.

Minat aku dengan warna ungu bermula sejak aku pandai mengunakan pensel warna. Bila beli pensil warna LUNA STEADLER yang 12 batang kecil-kecil dulu, aku dah mula rasa warna ungu ada aura tersendiri.

Macam warna biru, ada biru gelap dan biru cerah.

Merah, ada merah gelap, merah terang dan merah jambu.

Hijau pun sama.

Jingga dan Kuning. Pada aku Kuning itu warna jingga cair. Pada aku lah.

Ungu?

Aku rasa warna tersebut tidak termasuk dalam mana-mana pengelasan. Mungkin termasuk dalam warna biru kamu kata. Aku juga rasa begitu. Tapi suka hati aku lah! Warna kesukaan aku. Ada aku kacau kalau kamu suka warna-warna kehidupan? Ada?

Minat aku pada warna keramat itu tidaklah begitu obses. Sikit-sikit saja. Macam kalau aku hendak mewarna guna apa-apa medium mewarna, aku suka untuk mewarna guna warna ungu. Kadang-kadang bila aku melukis kucing, aku warnakan misai kucing tersebut dengan warna ungu. Kalau aku lukis sebatang cangkul, mata cangkul itu aku warnakan ungu. Nampak tajam tapi lemah-lembut.

Kalau semua benda di dunia ini warna ungu pelbagai variasi, mesti seronok.

Pagi tadi aku agak angin. Angin satu badan. Muka ketat. Tak senyum. Lagak gerun lagi menggemparkan. Keluar rumah pergi kerja tanpa tanpa rela.

Aku tak tahu kenapa. Sebab aku bangun lambat mungkin.

Bila sampai di stesen, tambah-tambah angin dalam badan aku.

Aku tak kisah kena beratur, tapi bila orang potong tak agak-agak, memang lancau. Orang lain pun lambat juga. Ingat kau seorang saja nak dah tak tahan nak terberak? Sial lah!

Aku pun potong barisan juga. Tapi bila ada tren kosong lah. Ini tren penuh berisi pun kamu nak sebat barisan juga. Kadang-kadang tak ada tren pun. Kamu datang-datang terus tunggu dekat pintu. Buat barisan baru. Berkerumun dekat depan pintu tren tu.

Babi.

Tadi, orang asing mana entah, tiba-tiba datang beratur depan aku masa tunggu tren. Memang sial. Dah lah berpeluh-peluh. Bodoh pagi-pagi berpeluh-peluh macam itu naik tren. Jijik lah syaitan. Dah tahu berpeluh tu, pakai lah t-shirt dalam kemeja kamu. Lepas tu buat muka tak bersalah, borak-borak dengan kawan dia.

Syaitan. Syaitan. Syaitan.

Kamu tu orang asing. Masuk negara orang, buat lah perangai senonoh-senonoh sikit. Dengan muka terlebih siap, lagi badan berpeluh-peluh, perangai pula seperti ifrit, memang mengundang kata-kata nista dan cercaan masyarakat.

Tapi dalam hati saja lah. Aku memang tak suka dan tak pandai nak marah-marah orang.

Aku tak faham. Orang asing yang masuk di negara kita ini, jarang sekali yang beradab. Buat kepala sendiri. Berlagak. Kurang ajar. Apa mereka tak pernah dengar peribahasa lagenda ini?

'Masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek'

Lagi aku paling angin bila ada penjenayah dari negara-negara luar ni. Dah lah menumpang, lepas itu buat jenayah pula. Sumpah aku marah gila babi. Kalau aku jumpa mana-mana penjenayah pendatang asing, memang aku taji kepala dia dengan taji ayam. Aku sumpah!

Lagi aku angin bila orang makan tak reti nak basuh pinggan sendiri. Biar pinggan sisa-sisa makanan dia dalam sinki.

Babi.

Susah sangat kah nak basuh pinggan? Apa lepas kamu basuh pinggan, kamu mati? Ditimpa penyakit kronik? Kena gangguan makhluk halus?

Sisa-sisa makanan tidak dibuang dalam tong sampah, sebaliknya sumbat sekali dalam lubang sinki itu.

Bodoh! Bodoh! Bodoh!

Mana tak sumbat sinki. Lepas tu bila dah sumbat tau merungut-rungut. Busuk. Susah basuh tangan. Pemandangan tak indah. Geli.

Dah kamu tak reti nak uruskan sisa makanan kamu, apa hal?

Aku pun dulu ada maid. Boleh saja aku basuh pinggan. Tak jadi cacat pun struktur tubuh badan aku. Tak jatuh taraf hina pun bila aku basuh pinggan tu. Ada kamu dengar orang kata macam ini:

"Eh eh. Budak tu basuh pinggan lah. Ee.. Hinanya dia. Ee.. Tak kacak. Jom lah lari. Aku takut tengok orang basuh pinggan. Seram doh! Jom lah lari. Jom la.."

Di rumah, kalau adik-adik aku tak basuh pinggan, memang aku bertukar menjadi abang yang ganas. Tak kan nak biar ibu kita yang basuh pinggan kita makan? Sumpah keji. Kecil-kecil dulu boleh lah. Ini dah besar lah sial. Kalau pinggan pun tak reti basuh, nak jadi apa?

Dah macam blog perempuan PMS pula, menyumpah seranah dalam blog. Peduli apa aku. Aku suruh orang basuh pinggan. Memang perkara yang patut dicaci maki.

Tak lama lagi Hari Raya Aidil Adha. Aku suka.

Suasana Raya Korban di surau tempat aku boleh aku kelaskan antara yang termeriah dalam kelasnya. 20 ekor lembu dan ke atas. Masjid pun belas-belas saja. Gagah kan surau tempat aku?

Macam hari itu, keluar dekat TV3, masjid mana entah. Dekat-dekat Kuala Lumpur. Lima ekor agaknya. Aku tak pasti. Baru lima ekor dah masuk TV. Ini nak buat korban atau nak buat iklan kedai jual kereta sebelah masjid?

Dengan izin ALLAH, tiap-tiap kali Raya Korban, memang aku akan turut serta. Dah terbiasa. Dulu waktu aku tingkatan tiga atau dua, aku tak pergi. Duduk rumah. Tengok TV. Sampai ke petang ayah aku marah. Membebel. Ayah aku antara ahli jawatankuasa tinggi surau. Anaknya tak pergi acara korban. Memang bangang. Aku takut.

Jadi sampai sekarang aku tak terlepas pergi bergiat cergas menumbangkan lembu-lembu untuk dikorbankan. Dulu-dulu cuma tolong tumbangkan lembu. Sekarang dah diberi kepercayaan mengikat kaki lembu. Silap ikat, kaki lembu sampai dulu ke mulut. Bukan daging lembu.

Ada sekali aku tak dapat pergi, waktu Tahun Asas di Universiti. Tak dapat cuti. Tolong acara korban di Universiti saja. Tak sama meriahnya. Lembu pun sikit. Belum berpeluh dah habis semua kena sembelih.

Kalau lembu mengamuk, memang payah. Ada jenis yang tak susah ditumbangkan. Tarik-tarik sikit. Senyum-senyum sikit. "Mbah...mbahh..." sikit. Tepuk-tepuk. Selesai. Tahu-tahu lembu dah terbaring menghadap kiblat. Kalau dapat yang lembu jenis nak mengaruk hilang bini punya, letih. Dia punya sentap tali lain macam. Aku pernah. Melecet kulit tangan. Kawan aku, tangan beliau kena sepak dengan lembu. Mujur tak hancur saja tangan tu. Boleh makan daging lembu lagi. Lembu hampir terlepas pun ada juga. Nasib baik tak lari jauh. Dapat tambat balik.

Setakat ini tak ada kejadian-kejadian menakutkan berlaku lagi. Lagipun lembu. Tak ganas sangat. Kalau kerbau memang takut sikit. Tanduk pun sikit lagi nak capai tahap Ultraman Taro. Aku tak pernah terlibat dalam mana-mana acara menyembelih kerbau. Dalam hati memang teringin.

Kalau kamu tak pernah pergi tengok acara korban, sila kelaskan diri kamu dalam golongan orang yang malang sekarang. Kalau kamu perempuan, boleh dikecualikan.

Serius seronok. Pergilah. Dapat pahala lagipun. Kalau tolong tengok saja tak tahu lah dapat atau tidak. Semua itu kerja ALLAH. Masa tengok lembu kena sembelih, jangan kasihan pula. Nanti tak boleh makan. Lembu ini bertuah sebenarnya. Terpilih untuk dikorbankan kerana ALLAH. Nanti jadi tunggangan untuk ke Syurga. Insya ALLAH.

Kamu tahu kan ibadah korban ini sempena apa. Kalau kamu tak tahu, sila rujuk balik buku sekolah agama. Jangan jadi jahil sangat.

Siapa-siapa dah jumpa torrent Hana Yori Dango Final, bagi aku ya.

Jumaat, 14 November 2008

Arashi - One Love, - Gambar Mencerminkan Segalanya 3

Aku dah ada ketagihan baru di rumah. Bermain Counter-Strike. Ketagihan aku ini juga disokong oleh rakan-rakan serumah yang lain. Jadi memang sukar untuk aku berhenti. Bila dah asyik bermain Counter-Strike, nak update KENCINGKUCING pun malas. Maafkan aku.

Aku ada banyak tag yang perlu dilangsaikan. Banyak betul. Malas nak buat. Tapi aku dah anggap tag ini macam assignment. Perlu disiapkan. Kalau tak disiapkan nanti mengundang padah. Anda Mampu Mengubahnya.

Tag pertama oleh ZALI.

* Take a recent photo of yourself OR take a picture of yourself RIGHT NOW.
* DON'T change your cloth. DON'T fix your hair, just take a picture.
* Post that picture with NO editing.
* Post this instruction with your picture.
* Tag 10 people to do this.

*Ambil sekeping gambar kamu yang terbaru ATAU ambil gambar kamu ketika ini JUGA
*JANGAN tukar baju. JANGAN betulka rambut, ambil sahaja gambar.
*Pos gambar tersebut dengan TIDAK ADA sebarang ubahsuai.
*Tag 10 orang untuk buat perkara sama.



Tak ada kerja aku nak letak gambar aku masa tengah serabut macam ni. Siang tadi main bola macam Kaki Bangku Kedai Makan Bawah Pokok, malam ni pula main Counter-Strike macam main lastik-lastik burung. Rasa diri sungguh bebal. Bila rasa bebal, nak ambil gambar pun takut keluar gambar bebal juga. Nanti kamu tak nak baca KENCINGKUCING lagi. Nah! Tengok gambar headphone aku ni puas-puas. Cap ayam saja pun. RM33 saja.

Tag kedua oleh Rama Rama Merah Jambu (Pink Butterfly)

Pink Butterfly ni bagus. Suka mengeratkan silaturrahim antara penulis-penulis blog. Belum apa-apa dah bagi aku tag. Kalaulah tag itu digantikan dengan biskut atau rendang, kan seronok?

Nama Pink Butterfly ni mengingatkan aku tentang band aku dulu, Broken Butterfly. Kalau gabung dua-dua nama ni pun rasa menarik juga.

Broken Pink Butterfly. Seram sejuk, pada masa yang sama, agak keperempuanan. Kamu boleh bayangkan hantu perempuan yang cantik memakai selipar berwarna merah jambu yang comel. Macam itu lah perasaannya.

*snap work station anda
*then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
*iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
*tengok contoh yang dibuat nih...
*begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
*sekiranya tag ini berkembang... pastinya ada banyak link-link di bawahnya...
kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa

Ayat-ayat di atas aku salin dan tampal daripada blog beliau.

Aku ada banyak workstation. Sebab aku ada banyak tempat untuk buat kerja.

Ini workstation aku di Universiti. Perhatikan speaker kebanggaan aku. Speaker Cap Samsung. Nampak desktop aku? Wallpaper Powerpuff Girls. Mereka memang super hero sejati. Aku sanjung mereka.

Ini workstation aku di rumah di JB. Atas tilam sahaja.

Lagi gambar workstation aku di Universiti. Speaker kebanggaan aku berdiri megah memayungi dompet, jam dan pen. Ada juga Kad Matrik, Buku nota dan Ubat Ketiak di belakang sana. Untuk dapat feel yang lebih semasa menonton gambar ini, bayangkan kamu seekor semut di atas meja aku sedang mencari sisa-sisa Chipsmore yang aku makan semasa menonton HANA YORI DANGO.

Close-Up gambar workstation aku. Cubaan Macro Shot menggunakan Telefon Bimbit Berkamera. Kamu tengok dan ulas sendiri.

Workstation aku di pejabat.

Banyak betul gambar. Pink Butterfly pun letak satu gambar saja. Maafkan aku. Tak ada idea sangat untuk menulis. Jadi letak gambar saja. Daripada aku salin dan tampal artikel-artikel entah apa-apa, yang aku pasti kamu tak akan baca, baik aku buat macam ini.

Tag ketiga oleh Rama Rama Merah Jambu (Pink Butterfly), lagi?!

#01; - Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.
#02; - People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state this rule clearly.
#03; - At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.#04; - No tags back!

#01; - Setiap pemain permainan ini bermula dengan 10 perkara pelik/amalan/fakta kurang diketahui tentang diri sendiri.
#02; - Sesiapa yang telah ditag perlu menulis tentang 10 perkara pelik/amalan/fakta kurang diketahui sambil menyatakan undang-undang ini dengan jelas dan nyata.
#03; - Pilih 10 pemain lain untuk ditag dan senaraikan nama-nama mereka.
#04; - Tiada tag kembali!

Aku dah terima tag macam ini. Tapi tag itu hanya perlu menyatakan tujuh saja fakta aneh lagi pelik tentang diri aku. Dan aku sudah nyatakan empat daripada tujuk fakta. Kira aku sambung saja tag ini daripada tag yang dulu, boleh ya Cik Pink Butterfly? Setelah buat kiraan betuk lazim dan menekan-nekan kalkulator, aku hanya perlu nyatakan enam saja fakta lagi tentang diri aku. Betul tak?

Fakta Lima:

Aku boleh menulis dan melukis dengan sebelah tangan saja. Kamu boleh?

........

Aku terima award daripada Pink Butterfly. Aku dah cakap kan. Beliau bagus. Dah bagi tag, bagi award pula. Aku terharu, pilu, bersekutu bertambah mutu.

Penuh unsur-unsur merah jambu. Nama pun Pink Butterfly. Comel. Terima Kasih!!

Tidur dan bangun esok untuk pergi kerja. Selamat.

Selasa, 11 November 2008

Catatan sedikit emosi - Entri pertama mempunyai pautan (link).

Agaknya apa aku nak tulis untuk entry kali ini?

Aku tak tahu. Aku bukan jenis yang sentiasa ada perkara yang ingin dibincangkan. Aku bukan liberal, aku bukan pemikir, aku bukan MelayuMinimalis. Aku jarang berfikir perkara-perkara serius. Akhbar-akhbar kotemporari pun aku jarang baca. Apa lagi akhbar-akbar berbahasa Tamil Nandu. Jangan harap. Alah. Ingat Perdana Menteri tu serius sangat kah? Mesti ada masa juga gelak-gelak tengok The Simpsons.

Pagi tadi aku naik tren, macam biasa. Semak sesak macam kimak. Tiap-tiap pagi nak naik tren macam nak pergi perang. Kalah sesak masa gig KAMI dulu-dulu. Jangan berangan lah kamu nak bawa bekal nasi dalam plastik. Nanti kamu kebulur. Baik bawa beras dan masak nasi di pejabat. Beras keras. Tak penyek kena himpit ramai orang.

Nak naik tren pagi-pagi pergi kerja bukan mudah. Macam-macam teknik kena belajar. Teknik menyelit yang persis lagi jitu. Teknik memilih barisan yang paling pendek. Kena ingat, perbezaan satu sentimeter boleh membawa perubahan masa yang ketara dalam menuju destinasi kamu. Setiap sentimeter amat penting. Sematkan dalam fikiran.

Macam aku, setiap kali sampai di stesen setiap pagi, aku akan berubah tetapan (mode), daripada seorang Kacak Bergaya Disukai Ramai, kepada seorang Lincah Cergas Cepat Mesra dan Betul. Bunyi tren dari jauh, dah alert dah. Langkah-langkah diatur kemas. Kalau pakai lengan panjang, siap-siap sinsing. Tangan dah ready nak kaut mana-mana senjata tersisip kemas di pinggang. Keris, kerambit, tukul besi, pisau kek, kayu besball semua siap. Kalau ada pistol, memang kelebihan besar.

Bila tren berhenti, terus. Lupa semua. Cita-cita utama, secure kedudukan jajahan dalam tren. Masa tu tak ada nak ingat baju semalam iron gila babi sampai sisi lengan tu tajam pisau Rambo. Kasut baru kiwi sampai berkilat nampak bulu hidung. Rambut setting setengah jam. Semua lupa. Tak nampak apa dah. Gasak lah baju nak ronyok, kasut nak kena pijak. Aku dah lambat.

Rempuh. Semua depan aku, aku singkirkan laju-laju tanpa belas kasihan. Hatta warga emas, wanita dan kanak-kanak. Tak ada apa yang boleh menghalang aku. Jangan harap aku akan berlembut. Memang aku akan tunjukkan kedasyatan masyarakat untuk kalian semua.

"Minggir kalian!!! Minggir semua. Minggir!!!! Jangan halang aku!! Siapa halang aku cakar!!!. Nyah kalian semua!!

Muka kena tunjuk bengis. Tak ada senyuman. Muka rebel. Pengganas. Masyarakat penyayang? Apa itu? Sekelumit kasih sayang pun jangan harap akan tempias daripada aku.

Dah masuk tren. Dah boleh tukar tetapan (mode). Tukar balik jadi Kacak Bergaya Disukai Ramai. Kalau ada gadis-gadis manis berdekatan, tukar jadi Kacak Bergaya Disukai Ramai Bijak Menawan Pandai Mengambil Hati. Lengan dah boleh turunkan dah. Muka tak payah nak bengis-bengis lagi. Penat nanti. Masa turun tren nak kena buat muka bengis balik. Rehat dulu.

Dah nak sampai destinasi pilihan hati, dah boleh siap-siap. Lengan boleh sinsing balik. Muka buat bengis. Tak payah bengis sangat. Sikit-sikit saja. Nak turun tren tak payah nak berperang sangat. Tolak sikit-sikit, tikam mana yang patut, siku mana yang perlu, sampai nampak cahaya. Boleh lah keluar ikut cahaya tu.

Pagi tadi, macam biasa, lepas lebih kurang enam belas nyawa aku regut dari jasad mereka, aku pun berjaya naik tren. Tengah nak sisipkan keris di pinggang, aku bau sesuatu yang kurang enak. Bau-bauan mimpi ngeri. Yang bisa menimbulkan syak wasangka di hati setiap pembau. Bauan tak gentar kotoran. Penuh bakteria.

"Lahanat mana mulut bau longkang ni?? Cibai betul lah! Apa mulut kau tak ada sistem pembentungan ke??"

Ini longkang. Bukan mulut. Longkang pun lagi murni bau dia. Kalau dah tau tak gosok gigi, jangan lah naik tren. Naik lah basikal pergi kerja. Tak ada kesedaran sivik langsung.

Hati aku makin membara. Badan dah siap-siap nak jadi Super Saiya. Rambut dah mula kuning-kuning. Petir-petir halus mula terpercik sekeliling badan. Urat-urat dah timbul kat dahi. Aku toleh kiri-kanan, cari sumber bau. Mulut mana yang ada sambungan dengan longkang tersebut. Aku nak cam muka dia. Nak letak di internet.

"Mulut Longkang. Sila berhati-hati. Pasti jarak selamat lapan meter. Dapatkan rawatan doktor apabila terserempak."

Aku nak buat caption macam tu.

Baru aku nak hunus keris laju-laju, bau dah hilang.

Aku tunggu lagi, mana tau bau tu datang balik. Bau durjana itu. Bau yang tak boleh dimaafkan asal-usulnya. Bau yang tak mengenal erti kesenangan hidup. Bau Neraka!

Dah tak ada. Dia dah tutup mulut. Nasib baik. Kalau tak memang aku rawat mulut kau masa tu juga. Aku rawat pakai lutut aku.

Sampai pejabat, makan karipap. Sedap betul.

Sabtu, 8 November 2008

Tipu Dosa, Mati Seksa, Masuk Neraka

Sekali lagi aku bangun awal pada hujung minggu.

9.30 pagi.

Aku anggap aku agak malang sekarang. Sebab tak boleh nak sambung tidur.

Di pejabat, aku selalu mengantuk masa buat kerja. Tersenggut-senggut. Kopi jangan cakaplah. Kalau boleh biji kopi tu aku nak kunyah-kunyah. Dah minum pun ngantuk juga.

Sekarang aku terfikir teknik baru untuk hilangkan ngantuk. Guna kopi juga. Aku belum cuba. Tapi kalau dah terdesak tak ragu-ragu aku buat.

Titiskan air kopi ke dalam anak mata. Pastikan tepat ke atas biji mata. Lebih afdhal kalau kopi itu pekat. Siap dengan serbuk-serbuk kopi lagi masuk dalam mata. Boleh kata macam ni lah. Keafdhalan teknik tersebut berkadar langsung dengan kepekatan kopi. Hipotesis awal; semakin pekat kopi, semakin hilang ngantuk.

Kalau ngantuk juga, aku cari mana-mana cangkul dan akan mengamuk sekitar Lembah Klang.

Hari tu macam biasa aku naik tren dari Wangsa Maju untuk pergi kerja. Macam biasa juga LRT penuh sesak sardin tuna basikal tua.

Yang macam tak biasa ialah aku naik LRT bertemakan iklan DIGI.

Sumpah aku menyampah. Pagi-pagi penuh sesak dalam tren, dengar iklan mengada-mengada dari DIGI

" Stesen berikutnya, Jelatek. Dapatkan panggilah percuma bla bla bla. Saya suka percuma."

Baca ayat di atas dengan cara paling gedik. Berhati-hati jangan sampai orang lain dengar. Nanti kamu kena maki.

Mesti kamu benci dengan diri sendiri kan lepas baca ayat tadi dengan cara paling gedik? Menyampah macam kena sapu sampah. Kan? Macam tu lah aku rasa pagi tu. Dengan tren penuh sesak, kena tadah telinga pula dengar iklan aneh macam tu.

Tolonglah. Jangan seksa aku lagi. Kau tak nampak ke tren ni penuh? Jangan jadi syaitan, please?

Fakta Empat:

Aku suka kucing.

Bukan Kucing Masak Merah atau Nasi Goreng Kucing. Jangan jadi dungu. Aku suka kucing sebagai binatang peliharaan. Bukan binatang ternakan.

Bagi aku binatang yang paling sesuai dijadikan binatang ternakan ialah kucing. Kucing boleh didukung, dipeluk, diusap-usap, digendong-gendong, dihempap dengan bantal, dibaling lebut, disepak manja, dipegang dengan pelbagai cara tanpa rasa takut.

Kalau tikus, burung, ikan, kura-kura, ada batasan. tak boleh peluk cium sesuka hati. Kalau kamu bela buaya mungkin boleh peluk. Aku tak nafikan.

Sepupu aku bela arnab. Comel juga. Tapi macam tak sesuai nak peluk. Arnab macam fragile. Lembu saja struktur badan dia.

Macam kucing, nak buat semua boleh. Kucing lasak sikit.

Kucing sangat comel. Nak-nak yang kecil. Sihat cukup makan. Main-main dengan ekor ibu kandung dia. Menyusu dan bergasak bersama adik-beradik yang lain.

Sangat comel okay!!!~~~ (baca dengan cara gadis-gadis gedik berbual-bual pasal lelaki paling hot dalam kampus sambil makan Super Ring)

Aku paling suka bila kucing menggigit-gigit jari aku. Gigit-gigit manja. Macam nak merasa jari aku. Lepas gigit, jilat-jilat pula. Lepas tu pegang-pegang jari dan tangan aku dengan kaki hadapan.

Memang aku suka. Masa kucing gigit tu boleh mendatangkan satu perasaan sensasi yang hebat.

Jangan sampai kucing tu cakar, sudah. Tengah sensasi tu juga aku mengamuk.

Macam yang aku ceritakan pada entri pertama aku, kucing-kucing di rumah aku semua kucing yang datang sendiri. Jadi tak semestinya kucing yang ada di rumah aku comel-comel. Mana-mana kucing yang datang kami terima dengan hati terbuka. Jangan buat perangai sudah. Karang kena sepak terajang jangan nak pergi mengadu dekat Persatuan Pembelaan Kucing. Sendiri berak tak basuh.

Seumur hidup aku, dua kali aku telah mencederakan kucing. Kejadian pertama waktu aku tingkatan berapa tak ingat. Aku tunggang motor agak laju. Ada kucing mahu lintas. Aku dah elak. Tak pasal-pasal kucing tu lari arah tayar motor aku. Macam mana? Berdarah kepala kau. Aku berhenti, tengok belakang balik. Kucing tu tak mati lagi. Sebaliknya dia tengok saja aku. Muka pasrah. Aku nak tolong pun tak tahu macam mana. Aku bersyukur dia tak mati. Kalau tak memang rasa bersalah gila babi punya.

Aku pelik juga kenapa dia tak mati. Kepala kena gilis dengan tayar. Cuba kamu buat sekarang. Tengok mati tak mati. Aku rasa betul lah. Kucing ada sembilan nyawa. Mungkin?

Kejadian kedua, lagi angker. Aku masuk Kancil. Hidupkan enjin kereta. Masuk gear undur. Tekan minyak. Rasa ada sesuatu bawah tayar. Aku keluar, anak kucing dah tergetik-getik bawah kereta. Nazak dan dalam beberapa saat, menghembuskan nafas terakhir. Aku angkat kucing tu penuh syahdu, dan letak kan di pangkal pokok di belukar depan rumah.

Aku mengutuk-ngutuk diri sendiri. Laju-laju.

Maafkan aku kucing. Aku tak sengaja.

Sebab kejadian tu, setiap kali aku nak gerakkan kereta aku, aku periksa dulu bawah kereta. Sekarang tak lah. Tak ada anak kucing di rumah.

Mak aku pun pernah. Kejadian yang serupa. Menangis mak aku.

Kejadian yang menimpa ayah aku lagi dahsyat. Macam biasa, hidupkan enjin. Dengar sesuatu yang aneh di kipas enjin. Bila periksa, kepala anak kucing dah bersepai. Macam kena headshot dengan Sniper B46. Buatkan saja satu kubur untuk kucing tersebut.

Kucing tu pun satu. Tak ada tempat lain kah kamu nak lepak-lepak ambil angin? Dekat kipas enjin juga kamu nak duduk. Kipas kat dalam rumah kan ada?

Maafkan aku kalau kamu sedang baca sambil makan. Anggap saja lauk tambahan. Kucing saja pun. Bukan makhluk-makhluk anek lain macam tikus dan lipas.

Ingat tak gambar kucing yang aku letak di header dulu? Itu kucing di Universiti aku. Selalu merayau-rayau sekitar blok aku. Memang dikenali ramai. Kucing tu sangat comel. Antara kucing tercomel pernah aku kenal. Mata bulat, muka bulat pasrah, badan baik, figure model, kaki cantik. Masa kucing tu catwalk, penuh keyakinan. Macam Nasha Aziz. Malangya lepas kucing tersebut beranak, terus hilang.

Aku rindu.

......

Kali ni aku tak sentuh langsung pasal Power Ranger Putih. Sebab aku ingat aku nak berhenti. Dah penat lah. Aku ingat nak jadi Maskot Sukan Sea pula. Ada sut dan helmet juga. Dah sebati.

Isnin, 3 November 2008

Krimer Bukan Tenusu boleh mempengaruhi kesihatan pengguna dalam jangka masa panjang.

Maafkan aku. Aku sibuk bercerita pasal aku secubit Power Ranger, tapi aku tak pernah tunjukkan bukti. Setakat Si Putih saja.

thumdrive@gmail.com_5dbd95c6

Aku sebelum jadi Power Ranger Putih. Dengan muka penuh kasih sayang mencurah-curah umpama air terjun.

Isyarat bagus menunjukkan aku sudah kenyang makan nasi goreng kampung telur mata.

Gambar ni aku pernah usulkan untuk diletak dekat kad pengenalan aku. Laju-laju aku kena tampar dengan kakak di kaunter. Aku tak tahu kenapa.

thumdrive@gmail.com_c6d4df15

Aku setelah melakukan ritual Power Rangers. Rokok dan gelang leher tajam-tajam untuk menambahkan efek bengis dan membahayakan kesihatan

Lihat topeng aku. Cantik kan? Penat tu aku ukir. Daripada seketul helmet muka penuh (full-face), jadi sebuah topeng berunsurkan kucing comel. Bukan kucing kencing. Kucing comel. Harap ambil perhatian.

Rambut aku berubah mendadak ketika jadi Power Ranger Putih. Memang automatik jadi macam tu. Mencacak-cacak ke atas. Konon-konon Super Saiya. Baru rasa gagah sikit. Rasaksa tengok pun gerun. Takut nak karate kepala. Nanti luka tangan.

Perasan anting-anting emas di telinga? Jangan main-main. Beli dekat Habib Jewels tu. Siapa cakap tak cantik memang aku tembak pakai pistol laser aku.

......

Aku tak ada idea lagi untuk Fakta Empat. Harap kamu semua dapat bersabar ya.

Sabtu, 1 November 2008

Kenapa haritu Gaban buat rumah terbuka tak ajak aku?

Semalam aku kena kerja lebih masa. Sampai pukul 8 setengah. Untuk siap periksa satu lukisan kejuruteraan proses. Dan hasilnya aku tidur awal. Sampai rumah, layan blog sikit. Tidur.

Entry ini ditulis pada pukul 7.40 keesokan harinya. Oh! sangat awal aku bangun.

Hujung minggu, bangun awal, dan tak boleh tidur kembali. Agak malang.

Hibernasi pada waktu pagi di hujung minggu adalah antara nikmat dunia yang paling unggul. Tanpa tekanan kerja, tugasan universiti, dan apa-apa sajalah yang boleh mengganggu ketenteraman jiwa. Waktu ini tempat yang terbaik adalah di atas katil di bawah selimut. Nak-nak kalau bersama Maria Ozawa dan Sora Aoi. Dunia ini umpama di atas katil saja.

Luar katil terus kosong. Gelap gelita. Nihil.

Sekian saja.

Untuk mukaddimah.

Aku mahu sambung dengan fakta ketiga aku. Sudah ada permintaan nampaknya daripada Dya. Aku tahu kamu-kamu yang lain juga sedang menanti fakta seterusnya.

Terima kasih kerana tidak mengutuk aku sebagai perasan. Tak payah kutuk. Aku memang perasan. Maafkan aku.

Fakta Tiga:

Aku suka muzik.

Aku percaya setiap orang ada naluri dengan muzik.

Macam kawan aku cakap, guru dia cakap, semua orang pasti ada sikit suka dengan muzik. Buktinya, kawan aku tu, walaupun tak pernah nampak dia menyanyi, tapi dia mengaku, sedikit sebanyak akan menyanyi ketika sedang mandi.

Aku rasa tempat terbaik untuk menyanyi di atas muka bumi ini adalah di dalam tempat mandi, kan?

Alat muzik pertama yang aku boleh main ialah radio. Aku picit butang main (play), rehat (pause), berhenti (stop), laju kehadapan (fast forward), laju kebelakang (backward).

Dulu-dulu waktu kecil mak aku suka dengar siaran radio berbahasa Melayu dari Singapura. Waktu tu Era belum ada lagi. Lagu-lagu melayu mereka up-to-date juga. Memang kami sekeluarga kalau naik kenderaan, akan pasang radio Singapura. Lepas kelahiran Radio Era, dah tak dengar radio Singapura lagi.

Kaset pertama aku ialah kaset himpunan lagu kanak-kanak. Penuh unsur nasihat. Macam lagu tentang Hang Nadim. Ingat Hang Nadim? Singapura dilanggar todak? Aku hafal satu kaset. Sekarang dah lupa. Aku mencari-cari juga lagu-lagu itu. Nak simpan dalam Laptop aku. Memang tak dapat lah.

Di zaman-zaman keluarga aku ada maid dulu, aku didedahkan dengan lagu-lagu balada rock. Paling aku ingat Ukays. Maid aku beli kaset Ukays. Aku hafal satu kaset lagi. Memang nostalgia rock balada. Kali ini lagu-lagu Ukays ada dalam Laptop aku.

Masuk sekolah menengah, aku mula layan Budak-budak Lelaki Belakang Lorong (Backstreetboys). Kawan aku beli cakera keras Backstreetboys; Millenium. Hampir semua lagu aku hafal.

Gila serius perbualan. Macam bangang.

Maaf. Segala penulisan di atas dilakukan sebelum aku makan. Sekarang aku dah makan. Baru boleh taip dengan lincah bergaya penuh perkasa.

Hari ni juga tak ada rasaksa mengganas. Aman sikit. Kalau tak setiap lima minit telefon bimbit aku berbunyi:

"Tolong. Tolong. Ada rasaksa buat perangai. Kawasan sekian sekian. Sila hapuskan dalam masa lima belas minit. Kalau tidak elaun akan dipotong"

Macam sial.

Aku pernah adukan hal ni kepada persatuan buruh dulu. Kes aku dikesampingkan. Sebabnya Power Rangers bukanlah satu karier. Sebaliknya satu pencacai masyarakat.

Apa persetubuhan itu? (What the fuck?)

Aku penat penat tembak rasaksa semua, bersilat, tae kwan do, judo, silambab, gayung, piring cawan, kipas dinding, pistol gas dapur, senduk semua, ini balasan kamu dekat aku?

Bos aku pun satu. Dah 5 tahun aku jadi Power Rangers, gaji naik sikit-sikit je. Dia ingat aku beli helmet nak ukir jadi helmet Power Rangers tu murah? Dah lah dia bagi aku helmet basikal saja.

"Nah helmet kau. Helmet baru ni. Kuat lagi. Setakat rasaksa fire tu tak ada hal lah!"

Baru kena lighter hari tu dah terbakar rambut aku. Tak menyirap kalau macam tu?

Dah aku kena keluar duit sendiri beli helmet penuh muka (full-face). Ukir-ukir sikit. Lukis gambar Si Putih. Jalur Gemilang pun kena lukis juga. Aku patriotik. Beli spray putih. Banyak juga duit habis. Tak apalah. Asal bergaya.

Maaf. Dah jauh menyimpang daripada topik asal.

Pasal muzik kan?

Power Rangers pun ada lagu sendiri tahu. Macam sekolah juga. Ada lagu sendiri. Lagu dia macam ni lebih kurang:

Power Rangers
Pencacai masyarakat
Power Rangers
Kami kacak lagi kuat
Power Rangers
Tak kenal erti penat

Kami lah Power Rangers!!

...

Panjang lagi sebenarnya. Tapi aku dah lupa. Dah lama tak pergi perhipunan. Biasalah dah Power Rangers senior. Junior-junior saja pergi perhimpunan ni.

Kecil-kecil lagi aku dah terlibat secara langsung dalam proses penerbitan sesebuah album.

Aku beli kaset kosong di kedai dan rekod nyanyian sendiri. Pakai radio pemain kaset di rumah.
Nyanyi kosong tanpa sebarang muzik latar.

Aku pernah hantar ke Sony BMG Records. Tapi tak ada respon. Posmen salah hantar ke pejabat guaman agaknya. Mustahil kalau Sony BMG tak ambil aku jadi artis kalau dah dengar nyanyian aku.

Sekurang-kurangnya jadi penyanyi latar Siti Nurhaliza pun boleh. Aku tak kisah.

Kaset rekod aku dulu dah hilang. Aku tak tahu pergi mana.

Masa aku Tingkatan tiga, aku pernah ajukan permintaan untuk masuk kelas bermain dram kepada ayah.

"Ayah. Hantarlah pendingin_hawa pergi kelas main drum"

"Kau dah hilang akal?"

Aku pasrah.

Di Melaka, Studio Jamming pertama dibuka dekat bandar sekolah aku. Masa tingkatan lima. Setiap kali terbang (fly?), memang akan singgah studio. Tak kisah keluar duit sikit. Aku nyanyi saja masa tu. Pegang kayu dram pun menggigil-gigil. Bila duduk atas kerusi dram, aku tak nampak dram. Aku nampak baldi-baldi depan aku. Mana ada orang main baldi. Jadi aku pun tak main. Nyanyi saja.

Seronok. Jamming lagu Green Day, System of A Down, ACAB, Sum 41. Terima kasih kepada rakan-rakan sejamming dulu-dulu. Hadi, Fahmi, Usop, Z Panjang, Dino, Atok, Redza, dan nama-nama lain yang mungkin aku terlepas. Kamu semua memang berjasa besar dalam perkembangan muzik aku.

Mula belajar di Universiti di Perak, aku bergaul mesra lagi asmara dengan pemain-pemain muzik kecil-kecilan. Dirul, Matiin Si Syaitan, Jarman, Majin. Mereka semua memang menarik.

Majin bawa drum pad. Masa tu aku anggap dia Dewata Raya Tangga Ke-Tujuh Belas Petala Langit. Kalau boleh aku nak cium dia sepanjang hari. Ambil berkat. Tiap hari aku lepak bilik dia belajar main dram. Majin. Kaulah penyuluh di kala kegelapan. Kau umpama lilin di kala black-out. Sanggup membakar diri demi aku yang lemah lagi hina ini. Selamat hari guru, Majin.

Yokies dan Chipmang. Kamu berdua telah mengajar aku apa itu erti drum. Aku sanjung kamu sekarang. Nampak tak? Nampak?

Masa tu pun seronok juga. Jamming lagu Butterfinggers, MUCK, Oasis, My Chemical Romance.

Dan sekarang, aku bermain dram untuk Hazel. Sentuhan gitar berbakat lagi bengis Topek. Gitar kedua Nadim yang gagah lagi menggiurkan. Petikan bass Bonzer yang menyentuh bulu-bulu kalbu. Trompet Billy yang mendayu-dayu. Mereka memang terbaik lagi perkasa. Aku bangga bersama Hazel. Tak lupa juga Zul untuk suara yang mesra pelanggan.

Tak dilupa Mirul dan K untuk gitar, Amin si Dewata Raya Bass, dan Pikree untuk jeritan lunak-lunak merdu semasa zaman-zaman Broken Butterfly dulu. Gerun kan nama Broken Butterfly? Rama-Rama Pecah. Bukan Ramasamy. Rama-rama.

Cuba bayangkan rama-rama pecah atas tangan kamu.

Sedih. Pilu. Menguntum rindu. Menyentuh kalbu. Geli bulu-bulu.

Euphonious 2007, Euphonious 2008, Musicfest, Jamuan Raya Mechi 2007. Aku bersama Hazel dan Broken Butterfly. Selazat hidangan sajian istana di zaman Sultan Muzaffar Syah.

Dan dengar-dengar kami akan perform satu pentas dengan dua nama gah dalam industri gig tanah air. Harap-harap menjadi kenyataan.

Sambil-sambil dengan Hazel, sekali sekala aku jamming dengan rakan-rakan muzik lain yang hebat lagi bermutu tinggi. Mus, An, Macai, Gedo, Ikram, Pidus, Lisa.

Nama Pidus perlu diambil perhatian. Dia sifu drum aku. Sila sanjung dia sekarang. Sanjung laju-laju. Sila.

Aku layan perbagai jenis genre lagu.

Fauziah Latiff Teratai Layu di Tasik Madu, Azie Pelamin Anganku Musnah, Love Me Butch Hollywood Holiday, Bittersweet Kucing Hitam, Alkaline Trio All In Black, Muse Hysteria, The Used Buried Myself Alive, In-Team Setanggi Syurga, Hijjaz Fatamorgana. Britney Spears I'm Not a Girl, Not Yet a Woman, LeeAn Rimes Can't Fight the Moonlight. Yui Rolling Star, Arashi Love So Sweet, Utada Hikaru Flavor of Love, J & Howl Perhaps Love.

Kesimpulan perenggan di atas, aku layan macam-macam jenis lagu. Memang panjang. Kalau aku jadi kamu pun aku tak baca perenggan di atas tu. Rasa bodoh pula bila dah habis taip.

Lagu Doraemon dan Shin Chan versi Bahasa Indonesia pun aku suka. Comel lagi Jinak.

Lagu saja dalam Laptop aku 10 gig. Tak habis dengar pun. Saja buat penuh. Nanti aku delete lah lagu-lagu yang aku rasa merepek. Macam lagu Cradle of Filth tu. Dulu mula-mula dengar rasa ganas, bengis, mencederakan orang, gagah, cool, dicintai ramai wanita. Sekarang dengar rasa biasa saja. Dah tak cool pun.

Baik dengar lagu Sekolah Kebangsaan Taman Perling. Lagi cool.

Murid-murid. Jangan ponteng sekolah. Pastikan kamu hafal lagu sekolah kamu.

Aku nak pergi lawan rasaksa. Selamat jalan dan terima kasih.

Rabu, 29 Oktober 2008

Jimbitmu bertaburan di bahu jalan

Seperti yang dicanang-canangkan, akan aku sambung artikel aku tempoh hari. Mengenai tujuh perkara unik tentang aku.

Fakta Dua:

Aku takut anjing.

Walaupun aku Power Ranger Putih, aku tetap punya kelemahan. Tiada manusia yang sempurna. Ketidaksempurnaan aku akan terserlah jika ada seekor anjing berada dalam lingkungan lapan meter dari aku.

Memang aku akan menggigil.

Kalau ada rasaksa dari baka anjing, macam serigala jadian atau anjing jadian, minta maaf. Aku tak akan pergi. Pujuk lah macam mana gaya sekali pun. Gila apa nak bertarung dengan rasaksa bercirikan anjing? Ingat aku ni penangkap anjing-anjing liar sekitar kawasan Segambut ke?

Tak apa. Ada lagi Power Ranger Power Ranger yang lain. Power Ranger Coklat ada. Power Ranger Sawo Matang ada. Dia orang boleh lawan. Biarlah aku lawan rasaksa yang baka-baka arnab saja. Senang sikit. Dah menang boleh buat sate arnab. Sedap.

Ketakutan aku terhadap anjing bukan biasa-biasa punya takut. Ini takut yang boleh disamatarafkan dengan fobia. Trauma. Panik. Gemuruh. Menggelupur. Mayat-mayat bergelimpangan. Jari kelingking kaki kanan bertaburan di bahu susur gajah.

Tolong bayangkan situasi seram sekarang.

Macam kanak-kanak takut dengan Tok Mudim.

Macam anjing menyalak bukit.

Aku yakin, pasti kamu pernah kena kejar anjing liar, kan? Aku pun pernah. Macam-macam situasi. Masa berjalan kaki, naik basikal, naik motor. Semua pernah. Sekali tu ada anjing nak cuba lumba lari dengan aku. Apa hal? Aku kan Power Rangers Putih. Tak ada masa nak layan lumba lari lumba lari ni. Baik aku balik rumah basuh sut aku.

Sut aku selalu kotor. Maklumlah warna putih. Dah tipis dah. Aku selalu rendam dengan Clorox saja. Senang. Lepas tu pakai nila Ujala. Nampak baru sikit. Tapi kalau biru sangat pun susah. Nanti orang ingat Pengawas Power Rangers.

Kejadian yang menyebabkan aku trauma dengan anjing berlaku sekitar aku darjah 4. Aku kena kejar dengan anjing sampai satu longkang. Dalam juga lah. Dalam dia lebih kurang sedalam cintaku padamu.

Nak tak nak kena lompat.

Aku belum jadi Power Ranger lah masa tu. Mana ada Power Rangers darjah 4. Pistol laser pun tak ada. Macam mana nak tembak anjing tu? Pistol air pun tak ada. Tinggal di rumah.

Lepas lompat, memang tak boleh nak buat-buat tenang lah. Dah sakit. Pendaratan kurang kemas.

Memang sial.

Aku toleh belakang. Nasib baik anjing tu dah tak kejar aku lagi. Sebaliknya dia tengok saja aku. Muka tenang-tenang je. Buat muka tak bersalah.

Masa tu aku rasa bengang gila dengan anjing tu. Sumpah. Kalau ada kerambit dalam tangan, aku dah sabit-sabit dah ekor dia. Dalam aku balik rumah terhincut-hincut tu, dendam aku memuncak. Sebab anjing tu aku tak boleh jalan tiga hingga empat hari. Macam-macam niat aku pasang. Nak belajar silat, nak angkat dumbell laju-laju, nak beli pistol B14 (Desert Eagle). Nak beli perangkap anjing, cari nombor penangkap anjing-anjing liar sekitar Johor Bahru, adukan kepada Mastika, Harian Metro, Siasah, Dewan Pelajar, Kuntum. Biar pupus anjing-anjing liar di Malaysia ni. Memang dendam gila punya dendam. Dendam berdarah.

Akhirnya aku makan nasi. Lapar.

Sayang dendam tak lama.

Sebaliknya fobia yang menapak kukuh dalam sanubari hati nurani aku. Fobia terhadap anjing.

Kalau aku jalan kaki seorang diri, dan nampak kelibat anjing liar di hadapan aku, memang aku akan patah balik. Baik ikut jalan jauh daripada terpaksa mengeluarkan peluh lebih untuk menemani anjing berlari. Kalau lari-lari anak tak apa. Comel sikit. Ni lari-lari Watson Nyambek. Tak nak aku.

Sekarang tak lah sefobia dulu. Dah besar kan. Takut sikit-sikit saja. Tipulah kalau aku kata tak takut langsung. Mana ada orang tak takut dengan anjing liar.

Tak kan nak takut-takut lagi dengan anjing. Malulah. Power Rangers lain pun malu nak kawan dengan aku nanti. Gadis-gadis dah tak nak jalan dengan aku. Tak Power Rangers Putih lah macam tu.

Mari tidur.

Khamis, 23 Oktober 2008

Ada Lori Ada Bas, Jangan Kacau Aku Tengok Bangbus.

Aku kena tag lagi. Kali ini hadir dari Zali dan Teloq.

Sebagai blogger yang proaktif lagi dinamik, akan aku jawab tag ini dengan kejituan yang maksimus komulus nimbus.

Sebenarnya aku dah tak ada idea untuk sebarang post baru. Tag-tag macam ni memang aku nanti-nantikan. Kalau tiba-tiba nak buat tag sendiri orang cakap gila meroyan pula. Aku juga yang malu tersipu-sipu nanti. Aku tak boleh malu-malu. Kepala aku automatik masuk dalam tanah bila malu. Bahaya.


* Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.


* Hubungkan kepada pengetag kamu dan poskan undang-undang ini dalam blog kamu.
* Kongsi tujuh fakta tentang diri kamu dalam blog kamu. Pastikan fakta-fakta itu unik dan mengagumkan.
* Tag tujuh orang pada akhir pos dengan meninggalkan nama-nama mereka dan hubungan kepada blog mereka.
* Pastikan mereka tahu yang mereka telah ditag dengan meninggalkan komen di blog mereka.


7 fakta unik dan menarik tentang diri aku?

Tak cukup ni. Aku kan kacak bergaya disukai ramai. Nak bercerita tentang kacak bergaya disukai ramai tu pun mungkin merangkumi 320 fakta.

Tak apalah. Tujuh pun OK.

Fakta Satu:

Aku adalah seketul Power Ranger. Power Ranger Putih untuk lebih tepat.

Kenderaan rasmi aku adalah Si Putih (sila rujuk entry sebelum-sebelum ini). Kalau kamu nak tahu, Si Putih aku tu boleh berubah. Transform orang putih kata. Konon-konon macam Robot lah. Canggih sebenarnya Si Putih tu. Kamu cakap saja nak jadi apa. Mangkuk tingkat boleh. Tudung saji boleh. Kadang-kadang Kicap Cap Kipas Udang pun boleh. Tak ada hal.

Macam hari tu, panas gila. berpeluh-peluh dalam rumah. Pasang kipas paling laju pun panas juga. Haus.

Sebagai seekor Power Ranger Putih, tanpa berlengah-lengah lagi aku pun menggunakan kecanggihan Si Putih aku.

Si Putih memang terbaik. Boleh berubah menjadi Sunway Lagoon. Gila babi.

Nak jadi Power Ranger Putih, tak semudah seperti yang kamu sangkakan. Yang kamu tengok di televisyen tu tipu sebenarnya. Apa benda jadi Power Rangers pakai jam tangan dengan tali pinggang? Tak bengis langsung. Konon-konon cool lah tipu budak-budak nak jadi Power Rangers macam tu. Entah apa-apa.

Nak menjelma jadi Power Rangers ada ritual tersendiri. Kena stretching dulu. Nak lawan rasaksa kena lah stretching. Kalau kaki cramp masa lawan macam mana? Tak kan nak suruh rasaksa yang urut? Kuku dia panjang-panjang. Habis calar-balar badan nanti.

Lepas stretching, buat lompat bintang. Enam belas kali. Tak lebih tak kurang. Kalau kurang, siap lah jadi belalang kunyit. Kalau lebih tak tahu pula aku. Tak pernah pula aku buat lompat bintang lebih enam belas kali. Jadi kapal selam mungkin.

Lepas lompat bintang, baru ritual sebenar. Ritual paling penting.

Pakai helmet Power Rangers tu, lepas tu cari sut Power Ranger dalam almari. Siap. Zip jangan lupa. Nanti ibu bapa tak bagi anak-anak mereka tengok Power Rangers lagi. Dah tak dapat bayaran berlakon. Rugi.

Selama aku jadi Power Ranger Putih ni, tak pernah aku kalah lawan rasaksa. Hampir-hampir kalah tu adalah. Biasalah hero kalah dulu. Tak cool lah kalau tembak-tembak terus menang. Rasaksa pun belajar bersilat juga. Kena bagi aksi sikit. Tapi hujung-hujung mesti aku yang menang.

Alhamdulillah. Allah itu sentiasa di pihak yang benar.


Fakta Dua:


Aku sambung lain kali, ya? Aku rasa semua fakta tentang aku normal sangat.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Catatan sedikit serius

Setiap hari Jumaat, semua lelaki kena pergi Solat Jumaat.

Masa ni lah nak tengok masjid penuh. Kadang-kadang sampai terlebih penuh. Siap sembahyang di luar masjid lagi. Macam di masjid UTP yang lama dulu.

Solat Jumaat ni lah satu-satunya solat yang aku buat secara berjemaah dalam seminggu. Jadi aku akan cuba buat yang terbaik lah. Aku pasti kita semua rasa macam tu kan? Solat Jumaat seminggu sekali saja. Mesti kena cuba buat yang terbaik.

Bila solat jemaah ni, perkara penting adalah saf nya. kena lurus, rapat-rapat, bahu bertemu bahu. Kamu semua tahu kan?

Tapi kenapa aku tengok di masjid, bila nak mula solat tu, saf tak betul lagi?

Saf bengkang bengkok. Tak lurus.

Saf tak rapat-rapat. Jarak antara sebelah menyebelah kadang-kadang boleh sampai 2 inci. Apa benda itu?

Maafkan aku. Aku tahu aku pun bukan baik sangat. Memang tak baik pun. Solat pun kadang-kadang tertinggal. Apa lagi solat jemaah. Memang jarang-jarang. Masa kecil-kecil dulu lain lah. Hati masih suci lagi masa tu.

Sebab tu bila Solat Jumaat yang berjemaah tu, aku harap dapat buat yang terbaik.

Tak salah kan kita sama-sama saling nasihat-menasihati. Perkara yang kita tahu sama-sama kita kongsi. Sama-sama nak masuk Syurga ALLAH kan?

Dulu waktu zaman Saidina Umar, saf-saf solat diperiksa pakai pedang. Aku serius. Pedang akan dilalukan di belakang tumit setiap saf. Kalau mana-mana tumit yang terkeluar dari saf, memang padan muka. Balik solat nescaya terhinjit-hinjit lah cara perjalanannya.

Zaman sekarang? Syahdu saja aku tengok saf-saf Solat Jumaat. Jarak sebelah menyebalah tu jauh sangat.

Syaitan suka lah. Siap boleh main polis sentri lagi antara celah-celah orang tengah solat tu.

"weh! aku kat sini lah! kejar lah aku. kejar lah! tak dapat! tak dapat! hahahahaha" (gelak syaitan. Memang syaitan pun)

"Bodoh! kita datang sini nak hasut orang ni. bagi orang ni tak khusyuk dalam solat dia. bukan nak main polis sentry. Bodoh macam setan!" (memang hakikatnya mereka Syaitan)

Sebab tu kena rapat-rapat. InsyaALLAH Syaitan tak boleh menyelit. Tak dapat nak hasut kita yang tengah bersolat.

Kita sibuk bercerita tentang perpaduan Ummah, tapi saf ketika solat pun tak boleh betulkan. Apa cerita itu?

Sekarang, Aku selalu Solat Jumaat di Bangunan Tabung Haji. Aku tengok ramai yang datang bawa sejadah sendiri. Lepas tu bentang dan Solat di luar. Kadang-kadang siap buat saf baru entah mana hujung mana pangkal.

Mereka tak tahu ke dalam dewan solat banyak lagi tempat kosong?

Ini masalah sebenarnya bila masjid besar sangat. Susah nak penuhkan ruang-ruang kosong di saf hadapan. Tak berapa nampak sebenarnya.

Yang imam pun satu hal. Beri lah masa untuk para jemaah memenuhkan saf dulu. Ini tak, terus nak angkat Takbiratul Ihram. Makmum terkulat-kulat nak ikut. Tak sempat nak betulkan saf.

Maafkan aku. Aku tahu aku tak layak jadi imam. Cuma nak meluahkan isi hati saja.

Aku harap, kita semua lepas ni boleh jaga saf ketika solat jemaah ya. Pastikan bahu kena dengan bahu orang sebelah. Tumit sebaris dengan tumit sebelah. Barulah boleh dikatakan saf yang cemerlang.

InsyaALLAH.

Ciri-ciri lelaki kacak bergaya disukai ramai - Gambar Mencerminkan Segalanya 2

Pandai menganyam ketupat.

Itu saja. Tiada ciri lain. Tolong percaya.

Hari Khamis dan Jumaat, pejabat aku telah mengadakan kelas menganyam ketupat secara percuma.

Ok, bukan kelas sebenarnya. Kami kena anyam ketupat untuk hiasan jamuan raya peringkat syarikat pada malam hari Jumaat tersebut.

Tidak. Tidak. Ketupat tersebut tidak boleh dimakan. Harap maaf. Memang tak pernah ketupat hiasan dimakan orang. Tak tahu lah kalau ada orang yang suka makan nasi impit rasa reben kan?

Aku rasa aku tak kacak bergaya disukai ramai. Aku cuma kacak bergaya saja. Jadi sebab nak tambah disukai ramai tu, aku belajar menganyam ketupat. Lagipun tak ada kerja di pejabat. Daripada aku main Counter-Strike saja, baik aku anyam ketupat. Ada juga sumbangan aku untuk syarikat aku.

Boleh juga dikatakan, aku dibayar gaji hari Khamis dan Jumaat tempoh hari untuk belajar menganyam ketupat.

Tak salah kan?

MARA beri aku duit untuk aku belajar kejuruteraan.

Syarikat aku beri aku duit untuk aku belajar menganyam ketupat

Sekarang aku dah naiktaraf diri aku sendiri. Dari kacak bergaya kepada kacak bergaya disukai ramai.

Penting sebenarnya kemahiran menganyam ketupat ni. Lebih-lebih lagi jika kamu ada jiran perempuan yang manis menawan. Sambil-sambil menganyam ketupat, boleh ajak Jiran Perempuan yang Manis Menawan borak-borak. Pasti dia kagum dengan kemahiran kamu.

Silap-silap boleh keluar ayat macam ni

"Wow, gila kacak abang anyam ketupat! Nak bang! Nak la.. Nak laaa.. tak kira!! Nak juga!!"

"Nak apa dik?" (buat suara paling kacak sambil muka buat-buat serius anyam ketupat).

"Nak masuk dalam tengok Teletubbies. Boleh ek?"

......


Apa-apa pun, memang tak boleh dinafikan kekacakan orang yang pandai menganyam ketupat ni.

Macam aku, kamu dah tak boleh menafikan kekacakan aku sekarang. Dari sisi mana sekalipun, aku tetap kelihatan kacak. Tambah-tambah ketika kedua-dua tangan sedang lincah menganyam ketupat untuk ibu mertua atau jiran tetangga.

Dari sisi tepi ada sikit boroi, mungkin.

Perenggan atas ditaip atas keaadaan paksa rela.

Untuk membuktikan kekacakan si penganyam ketupat, sila tonton gambar-gambar di bawah. lagipun Gambar Mencerminkan Segalanya, kan?


Tenaga Pengajar 1. Terserlah kekacakan beliau.


Tenaga Pengajar 2. Dah penat anyam ketupat.


Lelaki Kacak Bergaya Disukai Ramai 1. Sila buka Kamus Dewan Edisi kesembilan, cari perkataan kacak. Pasti kamu nampak gambar ini.

Lelaki Kacak Bergaya Disukai Ramai 2.

Himpunan ketupat-ketupat yang telah dianyam oleh Lelaki Kacak Bergaya Disukai Ramai 1 dan 2. Watak-watak lain pun ada yang menganyam juga.

Lagi himpunan ketupat-ketupat yang siap dianyam. Nampak berseri-seri kan ketupat tu? Nak buat macam mana, Lelaki Kacak Bergaya Disukai Ramai yang anyam.

Dari kiri; Ketupat Sate, Ketupat Pasar, Ketupat Bawang, dan Ketupat Katak. Ketupat Katak tu kamu kena lihat dari sudut-sudut tertentu baru nampak kekatakkan dia.


Sekarang, cuba kamu bayangkan situasi ini:

Kamu sedang anyam ketupat di depan rumah. Beberapa kenalan mak kamu melintas di hadapan rumah.

"Eh eh. anak siapa la tu ya? dah la kacak, bergaya, disukai ramai, pandai anyam ketupat lagi, bagus betul. sejuk hati mak dia.."

"Ha ah la Kak Kiah oi. Sedap betul mata saya pandang dia ni. tengok ketupat-ketupat yang dia anyam tu. Comel-comel je."

"Bagus budak ni. Boleh buat menantu ni, kan?"


Tak teruja kamu?

Rabu, 15 Oktober 2008

Konon-konon Faisal Tehrani Episod 2

Dada berdebar. Sangat-sangat. Macam ada kuda yang tengah kena sawan babi dalam jantung. Tak henti-henti.

Serious shit.

Perasaan ini tak pernah hadir dalam hati. Bercampur-baur. Suka, takut, risau, berharap, semua bergabung menjadi satu.

Rasa macam sial.

“Apsal tak boleh tidur ni?! Sial lah!”

Puas bergolek-golek atas katil. Berbunyi-bunyi katil dua tingkat itu. Bising.

“Wei lahanat! Ko apsal tak boleh duduk diam? Aku nak tidur la sial!”

Makian pertama diterima dari Penghuni Katil Bawah.

“Oi... Tolong lah. Aku nak tidur ni. Kau pun tahu kan mata aku dah rabak gila babi ni. Esok nak kena bangun awal. Kalau kau nak buatkan homework aku takpe jugak…”

Makian kedua. Lebih lembut.

“Lagi sekali kau gerak-gerak macam ni, sumpah aku tidur sebelah kau malam ni!”

Makian ketiga. Amaran keras.

“Ok2. Sori2. Aku janji tak buat lagi. Tolong. Tolong jangan tidur sebelah aku. Tolong. “

Serik. Dulu pernah Penghuni Katil Bawah tidur bersama di atas. Esoknya terasa sengal-sengal pedih di lubang bontot. Tak tahu kenapa.

Bila ditanya pada Penghuni Katil Bawah, katanya tak tahu apa-apa. Padahal terpancar seribu kepuasan di mukanya.

Sangat menyeramkan.

Penghuni Katil Bawah juga dipercayai baik dengan Saiful Bukhari. Ops. Cerita lain.

Jadi sekarang terpaksa jadi keras macam batu. Memaksa mata lelap. Memang susah. Dengan jantung yang berdegup kencang. Dengan seribu perasaan bermain difikiran. Dengan pelbagai bayangan esok hari yang mendatang.

Pasrah.

***********************************************************************************

“Kau dah pass belum surat tu?”

“Dah. Dah. Kau jangan risau. Rilek…”

“Macam mana reaksi dia?”

“Hm… ok je. Cume dia pelik kenapa surat tu bau macam pelik sikit. Pastu macam kuning kuning sikit. Kenapa doh?”

“Er… Ntah. Aku rase ok je. Aku tak buat apa-apa pun kat surat tu.”

Teringat air liur di tepi bibir waktu bangun tidur pagi tadi. Kena surat tu ke? Sendiri tak pasti.

“Ala… Tak penting la kuning kuning tu. Terkena water colour bawah meja aku kot. Habis macam mana muka dia? Dia senyum tak? Ke dia buat muka menyampah? Masa dia ambil surat tu dia cakap apa? Kau rasa dia baca tak surat tu? Ada nampak macam nak buang ke? Lepas dia ambil surat tu dia pergi mana? Dia…”

“Weih! Kau ingat aku ni spender dia ke ape? Tau apa dia buat semua? Bodoh! Rilek la. Dia baca punya. Kalau dia tak nak baca, straight dia dah buang dah surat tu. Muke dia biasa je. Tapi tak tahu la dalam hati kan. Habis la kau. Habis la. Her her her herman tino… “

“Babi ah kau. Bukan nk sedapkan hati aku kan. Nak bagi cuak lagi… “

“Harharhar… rilek rilek. Jangan risau la. Kau tunggu je esok. Dia balas punya. Kalau dia tak balas, anggap saja kau tak hensem. Dah! Aku nak pergi dewan makan. Karang habis pulak
biskut. Kebulur ni.”

“Hah. Ambil la biskut bahagian aku. kire belanja la ni. Sebab kau dah tolong aku kan.”

“Ek eleh. Setakat biskut kering dewan makan kau nak buat belanja aku? Fuck kedekut!”

******************************************************************************************************************

Mata masih lagi tak mahu lelap. Hati masih lagi kacau. Jiwa masih lagi risau.

Memang lancau !

Hari esok dunia akan berubah.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Konon-konon Faisal Tehrani Episod 1

Surat yang telah siap dikarang itu ditatap lembut. Selembut maknyah-maknyah di belakang Jalan Susur di Johor Bahru.

Bersama surat itu segugus harapan. Harapan yang cukup besar. Untuk menjalin hubungan dua hala. Hubungan yang bakal menjanjikan seribu keindahan duniawi. Hubungan romantis. Macam Mis Tres Hermanas dan Rosalinda Ayamor.

“ Macam mana aku nak pass surat ni kat dia ek? “, monolog halus terbit dari hati. Beberapa idea segera terlontar dari fikiran.

  1. Letakkan saja di bawah meja. Tak kan dia tak perasan surat ni? Punyalah wangi. Aku pakai bedak baby junior colour pink ni. Tak perasan memang hidung dia dungu.
  2. Pass kat Posmen, rakan sekelas Dia. Cantik juga idea ni. Tapi takut kecoh pula. Budak-budak sekarang. Bukan boleh percaya.
  3. Bagi secara terus. Gentleman sikit. Baru nampak kacak bergaya disukai ramai.

“Yang mana ek?”

Pilihan tepat harus dibuat. Impression pertama kena cantik. Kalau salah cara mengutus, kemungkinan surat tersebut menuju ke tong sampah memang tinggi.

“Hm... minta tolong Posmen je lah. confirm dia tengok punya surat tu. Kalau letak bawah meja karang, takut dia terus buang. Kalau pass kat Posmen, sekurang-kurangnya aku boleh minta Posmen ayat manis sikit suruh dia baca. Nak bagi sendiri, berani pula aku. Baru selisih dengan dia kat kaki lima pun dah macam kena sawan tahap enam belas petala langit. Tak boleh. Tak boleh..”

Berfikir lagi. Untuk menguatkan pendirian diri.

“Confirm. Minta Posmen passkan.”

Berkira-kira lagi. Pukul berapa nak jumpa Posmen. Tak boleh lambat-lambat. Nanti dah habis prep, tak sempat surat diutuskan.

Keyakinan terhadap Posmen memang tinggi. Selama ini, melalui Posmen lah utusan-utusan 'kirim salam' disampaikan. Setakat kirim salam saja berani.

Syukur kiriman salam berbalas.

Sekarang nak main surat-surat pula. Dah pandai.

Senyuman manis terukir di bibir. Bayangan Dia sedang membaca surat yang telah ditulis terpancar-pancar di fikiran. Surat yang wangi tadi disimpan dalam bantal busuk. Posisi surat itu betul-betul di bawah kepala. Konon-konon wangian surat boleh menimbulkan mimpi indah.

Konon-kononlah.

Padahal wangian bantal busuk tu saja dan cukup menerbitkan mimpi ngeri.

Esok, dunia akan berubah.

Gambar mencerminkan segalanya 1

Entry bergambar pertama aku. Bagi berseri sikit blog ni. Asyik tengok kucing pun bosan juga kan?



Kereta baru aku. Aku namakan dia Si Putih. Ingat Shin Chan saja boleh ada Si Putih? Aku pun ada lah.

Shin Chan = Comel

Shin Chan ada Si Putih

Aku pun ada Si Putih

Shin Chan ada Si Putih = Aku ada Si Putih

Shin Chan = Aku

Aku comel

.......................................................................................

Si Putih aku ada nombor pendaftaran. Si Putih Shin Chan ada? Jelas Si Putih aku ada kelebihan berbanding Si Putih Shin Chan. Bila ada kelebihan, maknanya lebih comel, kan?

Kesimpulan 1: Si Putih aku lebih comel daripada Si Putih Shin Chan.

Kesimpulan 2: Aku lebih comel daripada Shin Chan.

............................................................................................

Gambar ayah dan mak aku. Di pagi raya. Nak puji lebih-lebih pun bukan dapat duit raya.

...............................................................................................

Pergaduhan di pagi raya.

Pendingin_hawa: apsal duit raya kau lagi banyak dari aku?! takde2, bagi aku sikit. kalau tak penumbuk raya ni jadi sarapan kau pagi-pagi ni!!

Ikah: aphal lak? ini duit aku. harta aku dunia akhirat. tak sedar diri dah tua bangka nak duit raya!! langkah mayat aku dulu lah cibai!!

Wawan: er.. ape dialog aku tadi? aku dah lupa lah..

............................................................................................

Mogok di pagi raya. Kenapa raya tahun ni nenek tak masak pizza?! Kenapa?!

(reti pula nenek aku masak pizza).

Posisi ini kekal sehingga perut dah berbunyi kelaparan. Mogok-mogok pun kena makan juga. Ingat kami Mahatma Ghandi ke?


Baca kalau dah tak ada kerja

Aku dah puas main counter-strike. Aku dah puas baca blog orang sana-sini. Aku dah puas tidur.

Aku dah tak tahu apa lagi yang boleh aku buat dalam pejabat ni.

Langsung tak ada kerja. Macam ini baik aku sambung saja cuti raya aku. Tidur terbongkang depan tv di rumah. Boleh tengok macam-macam rancangan raya. malam-malam boleh lepak-lepak dengan rakan-rakan sebaya.

Tapi tak boleh. Aku kena juga pergi kerja. Jadi terpaksalah aku mengadakan diri aku di Kuala Lumpur ni. Aku bosan.

Jangan marah aku kalau entry kali ini macam sial.

Kamu percaya tak, dulu masa aku sekolah dekat Melaka, hampir sepanjang tingkatan empat, kawan-kawan aku panggil aku CINTA. Serius. Tanya rakan-rakan aku dulu yang dari sekolah sama.

Kacak kan nama CINTA?

Dulu memang aku gila tengok ‘Ada Ada Dengan Cinta’, filem dari Indonesia. Aku tengok sampai cd cerita tu calar dan tak boleh tengok lagi. Sampai kebanyakan dialog dalam filem tu aku hafal. Jadi di sekolah aku selalu ulang-ulang dialog cerita itu. Tu yang terbit nama CINTA tu. Sampai cikgu aku pun panggil aku CINTA.

Tapi lama-lama nama MOK tetap lebih dekat dihati peminat-peminat aku. Walaupun MOK melambangkan gemok, aku rasa MOK lagi kacak dari CINTA. Takut juga orang ingat aku ni lelaki yang tak jelas orientasi jantinanya. Nanti tak pasal-pasal nama aku meniti di bibir persatuan-persatuan gay seluruh Malaysia. Mana aku nak sembunyikan lubang bontot aku?

Kereta baru aku sangat seronok.

Kereta baru, tak kan tak seronok, kan?

Sampai saja di rumah di JB tempoh hari, aku ingat nak terus pandu. Tapi segera aku batalkan. Dah pukul 2 pagi. Lagipun aku tak jumpa kunci. Nak tanya dengan ayah aku, beliau dah tidur.

Esoknya aku pandu, memang seronok.

Kereta baru, tak kan tak seronok, kan?

Pusing sana, pusing sini tanpa arah tujuan. Terasa nak buat drift, tapi takut nanti ayah aku pula drift kepala aku nanti. Bahaya. Jadi aku bawa secara normal saja.

Aku rasa kereta baru aku itu kuat betul makan minyak. Ke minum minyak? Kenapa makan? Minyak tu kan cecair. Persamaannya macam kita simbolkan orang dan sirap.

“tengok lahanat tu, kuat betul makan sirap.”

Aneh.

Apa-apa pun, memang kereta itu kuat makan minyak. Aku isi RM10, pusing-pusing sikit, dah kelip-kelip balik. Gila cekik darah kereta ni. Eh bukan. Cekik minyak.

Agak-agak lah. Aku ni pelajar. Bukan tembolok kau saja aku nak isi. Aku ada anak bini juga (tiba-tiba emosi dengan kereta sendiri). Tembolok di sini membawa maksud tangki minyak kereta ya.

Tak kisah lah. Kalau tak ada duit isi minyak, aku isi minyak masak dari dapur rumah aku tu. Minyak juga. Yang penting, keseronokan mendapat kereta baru memang tiada tandingannya.

Kereta baru, tak kan tak seronok, kan?

Maaf kalau kamu rasa aku macam berlagak sikit. Baru dapat kereta nak kecoh. Harap kamu faham. Ini kereta betul. Bukan kereta Tamiya macam Dash Yankuro tu. Atau kereta mainan Hotwheels. Dan bukan juga kereta sorong edaran Tan Chong Motors Sdn. Bhd. Ini kereta yang orang boleh masuk didalamnya dan boleh dipandu kemana saja ikut suka-suka asal jangan terbabas kalau terbabas aku pukul siapa yang bawa kereta aku tu. Tak seronok kamu kalau dapat kereta macam tu? Lagipun ini blog aku. suka hati akulah nak tulis apa di sini. Aku nak berlagak, aku nak terberak, aku nak pakai celak, apa kamu kisah?

Esok aku dan rakan-rakan UTP aku nak buat rombongan raya. ramai juga yang nak turut serta. Mungkin sekurang-kurangnya lima kereta. Mungkin boleh menjejak ke angka lima belas kereta. Tak mustahil kalau kami bawa anak-anak jiran kami sekali. Haa.. Anak-anak jiran ni boleh kami gunakan sebagai umpan untuk memancing. Bukan pancing ikan, bukan pancing gadis, tapi pancing undi. Eh silap. Pancing duit raya.

Untung juga kan bawa anak-anak kecil. Tak kisah lah anak siapa. Yang penting boleh dibawa beraya ke rumah kawan-kawan. Kalau ibubapa kawan-kawan tanya, cakap saja anak saudara. Kalau cakap anak sendiri takut gadis-gadis ramai yang kecewa.

Mesti anak-anak kecil tu dapat duit raya kan?

Hasil kutipan duit raya boleh bagi dua. Kan urusniaga yang cemerlang tu?

Esok kali pertama aku akan beraya bersama rakan-rakan aku yang duduk Kuala Lumpur. Seronok juga. Selama ni dengar mereka saling bercerita tentang masa lalu, bercerita tentang kau dan aku, kini tinggal hanya kenangan, kau abadi dalam hatiku.

Aku nak sambung main Counter-strike.

Khamis, 9 Oktober 2008

Didiklah anak-anak kamu bersolat sejak dari kecil lagi

“Baca doa tu nanti kuat-kuat sikit pendingin_hawa!”

“Ye nek..”

“Lepas kita semua selawat ramai-ramai, kau terus baca doa tu. Baca je ikut yang nenek bagi tu. Boleh baca jawi kan?”

“Boleh nek..”

“Haa…cuba baca sekali. Nenek nak dengar.”

“Bismillah…”(halus-halus, antara dengar dengan tak)

“Kuat lagi! Baca bagi jelas sikit. Kita nak minta kat ALLAH ni”

“Bismillah..”(kuat sikit. Kekuatan ditingkatkan sampai nenek rasa puas)

Dialog tadi adalah sesi latihan sebelum mula beraya di rumah saudara-mara sebelah mak aku.

Adik beradik mak aku ada 6 orang. Semua dah kahwin. Memang ramai. Bila beraya macam rombongan sekolah. Tapi pakai kereta lah. sekurang-kurangnya 5 kereta sekali gerak. Bila dah ramai-ramai macam ini, timbul idea kat nenek aku untuk buat beraya macam marhaban, atau bara’an. Seronok juga sebab aku rasa tak banyak keluarga buat teknik beraya macam keluarga aku.

Kamu pernah pergi ikut marhaban tak? Kalau tidak memang agak malang. Bergerak dalam satu kumpulan besar dari rumah ke rumah. Di setiap rumah, selawat akan dinyanyikan secara beramai-ramai. Kemudian doa dibacakan minta tuan rumah diberkati. Memang meriah. Kecil-kecil dulu aku ikut ayah aku pergi marhaban di kampungnya. Sekarang tak lagi. Ayah aku pun tak ikut. Tak sempat.

Sebab aku cucu sulung, aku diberi mandat oleh nenek aku untuk membaca doa di setiap rumah. Mula-mula memang segan. Sebab dalam benak fikiran aku, benda ni tak pernah dibuat orang. Terfikir juga aku tuan rumah tak pelik ke dengan keluarga aku ni? Tapi lama-lama perasaan itu hilang. Bukannya aku buat benda bodoh pun. Baca doa. Sikit punya mulia amalan tu.

Waktu awal-awal pembabitan aku jadi tukang baca doa untuk gerakan hari raya ni, banyak juga sangkutnya. Biasalah, gemuruh. Gigil. Sebab semua orang diam bila aku baca doa. Jadi aku tak patut baca salah sebab akan jadi sangat ketara kesalahan tu. Tapi kesalahan berlaku juga. Bila dah salah sekali, mula lah berlarut-larut. Sampai jadi macam budak tadika baca doa. Berpeluh jangan cakap. Tapi nenek aku tetap cool, mana yang salah beliau betulkan. Bila dah raya banyak rumah, makin lancar bacaan doa aku. Terasa semakin yakin dan kacak.

Tapi, sekacak-kacak aku, tidak mampu melawan takdir Tuhan.

Rumah bekas ahli parlimen kawasan Batu Pahat itu dipenuhi ramai tetamu. Aku tak tahu rombongan beraya dari mana, sebab tak ada bas Sekolah Menengah Kebangsaan Kerajaan Langit diparkir depan rumah beliau. Jadi aku anggap tetamu yang ramai-ramai dalam rumah tu bukan guru-guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kerajaan Langit.

“Ramai pulak orang!! Adoi. Camne aku nak bace doa nih?!”

Badan menggigil. Peluh-peluh gemuruh berebut-rebut keluar. Segala penyakit kronik mula singgah dekat badan aku. Perut yang agak boroi tiba-tiba jadi kecut. Eh, bagus juga.

Selepas selawat habis dinyanyikan, keadaan menjadi lebih buruk. Semua mata memandang ke
arahku.

Tahu lah aku kacak. Jangan pandang aku macam tu.

Tulisan Jawi nampak macam Tulisan Sanskrit. Aneh. Bila masa nenek aku pandai tulis Sanskrit ni?

“Segala puji bagi Allah….”, eh, aku boleh baca Sanskrit rupanya.

Pembacaan agak lancar. Namun sampai satu bahagian tu, tiba-tiba aku sesat. Aku tak nampak mana aku baca. Kali ni dah tak nampak macam tulisan Sanskrit lagi dah. Nampak macam tulisan guna font Webdings.



Macam tu lebih kurang.

Sangkut juga akhirnya. Bersaksikan hampir 30 orang peraya dalam rumah bekas ahli parlimen kawasan Batu Pahat itu.

Aku malu. Aku segan. Aku terasa ingin melarikan diri. Aku tak ingin sambut Hari Raya lagi. Baik aku sambut hari Menuai Padi.

Jangan ajak aku beraya lagi.

…..

Aku dengar ada orang nak buat rumah terbuka? Boleh aku datang? Aku pun nak raya juga.