Sabtu, 27 September 2008

Kenangan Di Pagi Raya

Aku telah ditag oleh Gedo.

RULE #1: People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any one question that they dislike with a new question formulated by them.

PERATURAN#1: Sesiapa yang ditag mesti menulis jawapan mereka di dalam blog mereka. Mereka juga harus menukar mana-mana soalan yang tidak disukai dengan soalan baru yang diformulakan oleh mereka sendiri.

RULE #2: Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.

PERATURAN#2: Seramai lima orang harus ditag untuk menjawab kuiz ini dan sesiapa yang telah ditag tidak boleh menolaknya. Pemilik blog harus memberitahu siapa yang mengetag mereka dan tidak boleh mengetag sesiapa yang telah mengetag mereka. Permainan ini akan berterusan dengan terus menghantar kepada pemblog-pemblog lain.

Memandangkan blog ini adalah blog berbahasa Melayu, jadi aku ingin menulis tag ini dengan bahasa Melayu juga. Harap pembaca-pembaca tidak keberatan membacanya.

Walaupun pada aku soalan-soalan dalam tag ini agak menggelikan (berkenaan hati dan perasaan), tapi aku jawab juga kerana ianya sudah menjadi norma-norma masyatakat duniawi.


1. If your lover betrayed you, what will your reaction is?
1. Jika kekasih kamu menikam kamu dari belakang dengan menggunakan keris, apakah reaksi kamu?

Pergi ke tandas dan duduk di atas jamban sambil memikirkan juadah apa yang harus dibeli untuk berbuka petang ini. Kalau pengkhianatan itu berlaku pada waktu malam, juadah bersahur yang akan difikirkan. Kalau bukan bulan puasa, makan saja apa yang ada di dalam peti sejuk sambil menonton vcd mana-mana cerita Korea Selatan atau Jepun.


2. If you can have a dream to come true, what would it be?
2. Jika kamu berkesampatan berjumpa dengan Genie Aladdin, apakah hajat yang akan kamu minta?


Pergi ke ATM CIMB KLCC dan dengan tenang mengeluarkan RM1000. Di slip ATM pula tertulis baki sebanyak RM 1000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 013.56.


3. If you are the opposite gender, what would you do?
3. Jika kamu bangun pagi-pagi dan terasa perubahan ketara pada dada dan alat sulit kamu, apa yang akan kamu lakukan?

Aku akan mengetuk-ngetuk kepalaku sambil berkata, "Ini mimpi je ni. Takde ape-ape."


4. What would you do with a billion dollars?
4. Apa yang akan kamu buat dengan satu ribu juta dolar yang kamu jumpa di tepi jalan?


Buka studio jamming sendiri dengan segala kelengkapan muzik yang canggih dan jurutera bunyi yang berpengalaman. Seorang guru dram juga akan digaji untuk mengajar aku bermain dram dengan lebih lincah dan tangkas. Guru sukan juga akan diperlukan. Untuk jadi tukang sapu sampah.


5. Will you fall in love with your bestfriend?
5. Mungkinkah kamu akan jatuh cinta dengan kawan karib kamu?


Maafkan aku. Aku bukan lelaki homoseksual. Metroseksual mungkin, walaupun aku tidak baca Harian Metro.


6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
6. Mana satu yang lebih dirahmati (?), mencintai seseorang atau dicintai oleh seseorang?


Soalan ini susah. Aku tak mahu jawab. Tapi PERATURAN#2 menyebabkan aku serba-salah. Jadi aku jawab juga.

Mencintai seseorang mungkin? Kerana kalau tidak mencintai seseorang, bagaimana seseorang itu akan mencintai kita?


7. How long do you intend to wait for someone you really love?
7. Sejauh mana kamu akan menunggu untuk seseorang yang kamu betul-betul cintai?


Soalan ini pun agak sukar. Sebab tempoh masa Dia bersiap tidak tentu. Kadang-kadang lama. Kadang-kadang sekejap saja. kadang-kadang Dia pula yang harus menunggu aku.


8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
8. Jika seseorang yang kamu suka secara sembunyi-sembunyi sudah tertambat, apa yang kamu lakukan?


Leraikan lah tambatan seseorang itu. Sakit tahu kena tambat! Nak-nak kalau kena tambat kuat-kuat dekat leher. Mahu berbirat leher tu. Kalau dia jadi ayam tambatan, itu bagus.


9. Have u ever been labeled as a snatcher?
9. Pernahkah kamu dilabel sebagai seorang peragut?


Aku benci peragut. Kalau ada depan aku, pasti aku belasah cukup-cukup. Setiap hari ada saja mangsa ragut dilaporkan di akhbar. Saudara aku juga pernah diragut. Aku cukup benci. Ada sekali seorang peragut kantol depan mata aku. Peragut berjaya dikejar oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian itu. Manakala rakan peragut yang menunggang motorsikal terlepas. Habis lunyai peragut tersebut dibelasah. Hingga terperosok di bawah kereta. Nak menangis merayu pun dah tak bermaya. Aku hanya dapat hadiahkan sehelai sepakan saja. itu pun antara kena atau tidak sebab ramai sangat orang berkerumun. Lepas saja kejadian itu aku sambung minum-minum bersama-sama ayah dan adik ku di restoran mamak terdekat.


10. What takes you down the fastest?
10. Apa yang membuat kamu turun dengan kepantasan paling maksima?

Lif. Cara yang lebih ekstrim untuk turun dengan lebih laju ialan dengan terjun saja. Sambil kepala dan tangan menjurus ke bawah. Memang laju. Laju ke alam kuburan. Angker.


11. How would you see yourself in ten years time?
11. Bagaimana kamu lihat diri kamu sendiri sepuluh tahun akan datang?

Mungkin sedang menghantar anak ke tadika sambil bepesan, "Jangan tahu nak mainan je! Ingat ayah cop duit ke ape?!"


12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
12. Apa yang ingin kamu sangat inginkan ketika kamu sedang merespon terhadap tag ini?

Ke tandas.


13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
13. Menurut pendapat kamu, orang yang mengetag kamu tergolong dalam jenis apa?


Kacak bergaya disukai ramai. Apa ya perkataan berlawanan untuk ayat tadi?


14. Would you rather be single and rich or married but poor?
14. Mana satu yang kamu lebih inginkan, menonton tv LCD Samsung 42 inci berseorangan di dalam istana megah, atau makan nasi berlaukkan hanya garam bersama isteri?


Lagi satu soalan susah. Pening kepala aku. Aku tak mahu menyara isteri aku dengan pasir. Tetapi aku juga tak mahu bersendirian. Lumrah manusia.


15. What's the first thing you do when you wake up?
15. Apa yang kamu laksanakan setiap kali bangun tidur?


Buka mata dan cari cermin mata.


16. Would you give all in a relationship?
16. Adakah kamu sanggup menjadi pencacai dan hamba abdi dalam sesebuah perhubungan?

Soalan ini paling sukar rasanya. Biarlah aku pendam sendiri saja perasaan ini. Tiada guna pun kalau aku beritahu kamu.


17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
17. Pandang kanan nampak Sora Aoi, pandang kiri nampak Maria Ozawa, yang mana akan kamu pilih?


Sudah tentu aku pilih yang membalas cinta aku. Pasti.


18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
18. Adakah kamu akan memaafkan dan melupakan seganas mana pun kekejaman yang telah seseorang lakukan terhadap kamu?
Maaf memang senang dilafazkan tetapi ingatan tulus ikhlas memang sukar disingkirkan. Betul tak?


19. Do you prefer being single or having a relationship?
19. Kamu lebih suka berseorangan atau berteman?


Tertakluk pada terma dan syarat.


Aku tak tahu nak tag siapa. Sebab tak ramai pembaca aku yang ada blog. Nama-nama di list blog di sidebar semua sudah ditag rasanya. Jadi maafkan aku. PERATURAN#2 terpaksa aku mungkiri. Lagipun, undang-undang adalah untuk dipecahkan, bukan?

....

Tiba-tiba aku berubah fikiran. Aku nak tag Dya. Boleh? Aku juga ingin tag Jebon, tapi aku tahu dia tak akan baca blog ini. Aku serba-salah.

Khamis, 25 September 2008

Hari Ini Dalam Sejarah

Aku sangat suka. Esok hari jumaat. Aku akan bergerak menuju ke rumah untuk bercuti raya. Aku sangat suka.

Semua manusia suka cuti. Sepatutnya lah. Tiada sebab untuk tidak menyukai cuti. Tak kisahlah cuti sekolah, cuti kerja, cuti-cuti Malaysia ataupun cuti awam. Asal perkataan cuti saja, pasti mendatangkan riang ria. Sebab itu ada rancangan televisyen satu ketika dulu dinamakan ‘alam ria cuti sekolah’. Ada kan? Aku pun tidak berapa ingat.

Sejak dari tingkatan satu, aku sudah tinggal berasingan dengan keluarga. Tidak bermakna berasingan itu jauh. Tingkatan satu hingga tiga, sekolah aku hanya setengah jam perjalanan menaiki kereta. Setiap minggu keluarga aku datang melawat. Jadi perasaan rindu itu jarang timbul. Hanya pada awal-awal sesi persekolahan saja. bila dah lama-lama, nak balik pun rasa malas.

Tingkatan empat, aku bersekolah di negeri bersebelahan. Agak jauh. Tidak membolehkan keluarga aku datang setiap minggu. Tapi waktu itu aku sudah besar. 16 tahun. Dah layak digelar bapa budak. Ditambah lagi dengan berkat membaca Seri Dewi dan Keluarga (rujuk entry sebelum ini), setakat nak menjadi suami dan bapa mithali memang tiada hal. Memang tiada masalah untuk aku tinggal berjauhan. Sudah biasa.

Tamat SPM, aku melanjutkan pelajaran ke negeri jauh sedikit di utara. Kali ini boleh dikatakan jauh. Sehinggakan keluarga aku hanya pernah datang dua kali saja sepanjang 4 tahun pembelajaran aku. Tempoh perjalanan menaiki bas boleh mencecah 8 jam. Jauh bukan? Biasalah, orang kacak memang suka belajar jauh-jauh. itu fakta awam yang wajib diketahui.

Lantas, apabila duduk berjauhan ini, setiap kali waktu cuti memang dinantikan. Kalau dulu aku selalu pulang ke selatan menaiki bas, kini tidak lagi. Ramai rakan-rakan aku yang mempunyai kenderaan sendiri berasal dari tempat tinggal aku. Jadi saja penumpang. Duit tidak dilupa untuk berkongsi duit minyak dan tol.

Lagipun naik bas memungkinkan kita terdedah kepada pelbagai ancaman. Lihat saja berita. Macam-macam kemalangan melibatkan bas ekspres. Ngeri dan minta dijauhkan. Kejadian paling teruk yang pernah menimpa aku sewaktu menaiki bas ekspres ialah tertidur sehingga terlepas destinasi. Tempat yang aku harus turun ialah Bandar Sri Iskandar. Namun akibat tidur yang lena diulit intan, aku hanya tersedar ketika sudah di Lumut. Pasrah saja. Tunggu sehingga pagi untuk menaiki bas tambang patah balik ke Bandar Sri Iskandar. Nasib baik waktu aku tiba di Lumut sudah hampir subuh.

Lebuh Raya Utara Selatan menjadi saksi pelbagai kejadian sepanjang aku dan rakan-rakan menuju ke kampung halaman. Kami pernah menunggu di tepi lebuh raya selama lebih kurang setengah jam gara-gara tersalah menukar tayar. Tengah-tengah malam buta pula tu. Memang terasa gegarannya apabila lori kontena sebesar-besar alam lalu laju-laju di tempat kami tersadai. Tapi suasana agak seronok. Dengan kesejukan malam di tengah-tengah lebuh raya. Terasa macam nak buat video klip lagu rock kapak dulu-dulu. Itupun kalau tak kena langgar dengan lori kontena lah. Tak kan nak buat video klip lagu dengan memaparkan jasad-jasad bergelimpangan akibat dilanggar lori babi. Tragis sangat.

kejadian paling gampang yang pernah berlaku sepanjang aku dan rakan-rakan aku menggunakan lebuh raya utama negara itu adalah semasa pulang ke selatan raya tahun lepas. Seperti biasa aku bersama Tuan Punya Kenderaan dan seorang Penumpang Lain bergerak meninggalkan UTP dengan tenang. Disebabkan waktu itu bulan puasa, tiada bekalan makanan dalam kereta. Kalau ada pun disorok dengan baik. Perjalanan tenang sehingga ke UiTM Shah Alam demi mengambil adik perempuan Tuan Punya Kenderaan. Tiada apa-apa yang berlaku. Hanya sedikit upacara mungkar dilakukan di siang bulan puasa. Jangan risau. Aku tak terlibat. Malas nak ganti puasa di kemudian hari. Apa yang pasti, dalam kenderaan tersebut, hanya aku seorang sahaja yang berpuasa. Tuan Punya Kenderaan dan Penumpang Lain memang lahanat! Cuba menggoda aku dengan sandwich Dunkin Donut. Namun aku tidak goyah.

Kereta kami dengan tenang menyusuri lebuh raya. Borak-borak kasar pengurang pahala puasa juga tidak dilupa. Tiba-tiba..

Kami hanya dapat melihat tiket tol plus itu terbang keluar kereta dibawa angin. Laju dan meyakinkan.

Selepas berhenti di bahu jalan, sekonyong-konyong Tuan Punya Kenderaan pun berkata,

“Bodoh! Tiket tol keluar tingkap la sial! *********************…… (carutan serta makian selama lebih kurang 16 minit. Berpotensi mengurangkan pahala puasa. Sebab itu aku tapis)”.

Penumpang Lain dengan lembut menenangkan Tuan Punya Kenderaan,

“Yang kau tu pergi buka tingkap kenapa? Bengap! Boleh pulak kau letak tiket tol tu dekat atas tu. Manja-manja je kau letak. Tak tindih tak apa. Memang lah terbang! Bodoh!”

Sambil berkata-kata, Penumpang Lain memeluk erat Tuan Punya Kenderaan demi menenangkannya.

Tuan Punya Kenderaan terharu dengan kelembutan Penumpang Lain seraya membalas,

“mana aku tahu dia nak keluar!! *********..”.

lebih laju carutan-carutan dikeluarkan. Namun pelukan erat Penumpang Lain tetap dibalas lembut. Sungguh jelas kasih sayang yang terpancar antara mereka.

Aku? Sikap tenang dan tenteram perlu dikekalkan. Lebih-lebih lagi adik Tuan Punya Kenderaan boleh tahan comelnya. Ada iras-iras kacukan cina.dalam nada tenang dan kacak aku bersuara,

“tulah korang. Ni balasan tak puasa korang lah ni!”

Ringkas, padat, dan penuh dakwah. Adik perempuan Tuan Punya Kenderaan kelihatan terpegun dengan ketenangan aku. Mungkin bibit-bibit cinta mula tumbuh? Aku tak pasti.

Tiada apa yang boleh dilakukan sekarang. Hendak patah balik mencari tiket tol tersebut? Itu kerja yang serius bodoh. Jalan paling terbaik, teruskan saja perjalanan. Bayar saja denda di stesen tol Skudai nanti.

Sebenarnya kesan kehilangan tiket itu tidaklah begitu serius jika kami tidak keluar ke Shah Alam tadi. Sebab kami memulakan perjalanan kami di stesen tol Gopeng, hanya beza beberapa tol sahaja dari stesen Ipoh Selatan. Tapi disebabkan kami sudah keluar di tol Shah Alam, kerugian yang besar terpaksa kami tanggung. Kami terpaksa membayar tol seolah-olah kami menggunakan lebuh raya tersebut dari stesen Ipoh Selatan sehingga ke tol Skudai. Bayaran di tol Shah Alam tadi anggap saja sedekah amal jariah di bulan puasa.

Tiba waktu berbuka, hanya aku seorang saja yang menikmati makanan. Sungguh ironik. Di dalam kenderaan yang mengandungi tiga lelaki dan seorang perempuan Islam, hanya aku seorang saja yang berbuka. Musafir adalah alasan yang diberikan. Tak mengapalah. Kesudian beliau menumpangkan aku tidak boleh dibalas dengan kata-kata dan pelukan manja. Terima kasih Tuan Punya Kenderaan.

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang ini, aku bagi pihak pendingin hawa ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada kamu semua pembaca-pembaca KENCINGKUCING. Pulang ke kampung dengan selamat ya. Dan pastikan tiket tol kamu disimpan baik-baik.

Ahad, 21 September 2008

Perihal seorang manusia taksub

Di UTP ada seorang pemain DoTA lagenda.

Si Ali (nama samar-samar).

Sebelum apa-apa, ingin aku beritahu cerita ini tiada kena mengena dengan teknologi kejuruteraan DoTA sahaja. walaupun kamu bukan pemain DoTA, kamu tetap akan faham cerita ini. Jadi teruskan membaca.

Si Ali ini hanyalah seorang manusia biasa. Dia seperti kita juga. makan, tidur, bermain ting-ting, kurus dan tidak kacak. Dari segi lahiriah memang dia sangat normal. Barang siapa yang memandangnya pasti tidak akan menoleh dua kali kerana tiada apa untuk ditolehkan. Melainkan jika Si Ali ini memakai seluar dalam di luar ketika ke kuliah. Tolehan kali kedua pasti disertakan libasan kaki laju-laju ke muka beliau. Yang mana kurang gagah pula akan muntah di sepanjang jalan.

Namun kenormalan Si Ali ini berubah semenjak beliau mula menceburkan diri dalam arena DoTA. aku tahu DoTA ini sudah tidak asing lagi bagi kamu pembaca-pembaca semua. pelajar mana-mana institusi pengajian tinggi dan tak berapa tinggi pasti tahu. bahkan budak tadika pun ada yang sudah bermain DoTA. Apa cerita itu? Kalau kamu tak tahu DoTA sila tanya. Akan aku tunjukkan dengan lebih terperinci.

Berbalik kepada Si Ali, sejak beliau mula menceburkan diri dalam permainan ini, kehidupan beliau mula kelihatan tidak tentu arah. Sewaktu awal-awal pembabitan beliau, beliau hanya merempat di komputer-komputer rakan-rakan sebaya. ya. DoTA ini adalah permainan komputer. Sila ambil tahu. kerempatan beliau semakin ketara apabila beliau kelihatan bermain DoTA di komputer orang yang tidak beliau kenali. Asalkan beliau tahu mana-mana penDoTA, beliau tanpa segan silu pergi ke bilik orang tersebut dan minta untuk bermain di komputernya. Tanpa salam kenal, tanpa banyak tanya, terus ke komputer dan berDoTA. lagaknya seperti beliau ada saham dalam pembelian mana-mana komputer.

Ketaksuban Si Ali ini terhadap DoTA sangat terserlah apabila beliau gagal menghadirkan diri untuk peperiksaan akhir di universiti. Sungguh bebal. Orang lain pun berDoTA juga. tapi masih sedar diri adalah seorang pelajar. Tetapi tidak bagi Si Ali. Beliau nampak urusan DoTA itu lebih penting. Lebih penting dari masa depannya. Beliau nampak DoTA lah yang mampu memberi kebahagiaan kepadanya. Pada beliau bermain DoTA umpama menghabiskan masa dengan Maria Ozawa dan Sora Aoi. Sungguh memberangsangkan. Peristiwa itu menyebabkan nama Si Ali mula bermain-main di bibir-bibir penDoTA lain. Ada yang menjadikan beliau idola. Tapi lebih ramai yang mencemuh dan mencerca. Si Ali tetap dengan dunia DoTA beliau. Masih hanyut dan terus hanyut.

Kejayaan beliau dalam DoTA terbukti buat pertama kali apabila beliau berjaya bermain DoTA secara marathon selama satu malam sehingga menyebabkan power supply komputer tempat beliau berDoTA itu meletup. Sungguh mengagumkan. Lebih menambah kekaguman, beliau tanpa rasa bersalah terus meninggalkan komputer tersebut. Peribahasa yang sesuai untuk situasi ini ialah ibarat "hidup sepah, mati bersepah-sepah". Tinggallah tuan komputer terkulat-kulat menggantikan power supply itu. Dan Si Ali terus mengganas di komputer-komputer lain. Lebih banyak komputer mula ditawan.

Kehadiran Si Ali mula dibenci. kebanyakan empunya-empunya komputer sudah pantang apabila Si Ali kelihatan mundar-mandir di komputer kepunyaan mereka. sama ada dihalau secara halus, seperti perli-perli kasar, atau halauan secara kasar menggunakan penyapu, kasut atau mana-mana M16 yang boleh dicapai. kerjaya DoTA Si Ali kelihatan perlahan.

Si Ali kembali mengganas apabila beliau telah mampu memiliki komputer sendiri. mungkin komputer tangan kedua, mungkin komputer yang dipungut, tiada siapa yang tahu. apa yang pasti beliau telah kembali dalam arena penDoTAan dengan cara permainan yang lebih agresif, tanpa belas kasihan dan kemahiran memagut yang lebih kejam. Sering kali permainan beliau dikutuk oleh ahli pasukan kerana tidak langsung menyumbang kepada kemenangan. Sebaliknya kepuasan peribadi dipentingkan. Beliau juga suka memaki hamun mana-mana pemain yang didapati tidak bertindak mengikut kehendaknya. Bertindak seolah-olah ketua pasukan. Amat lancau! Kononnya beliau hebat sangat lah. Main pun kadang-kadang macam unta!

Baru-baru ini keganasan Si Ali muncul kembali. Kali ini dengan nilai yang lebih tinggi. Berita dari universiti memaklumkan bahawa Si Ali ini telah menampar seorang pemain DoTA kerana tidak puas hati kalah bermain dota seharian. Bodoh betul. Menambah kebodohan beliau, orang yang beliau tampar itu tidak ada kena mengena pun dalam kekalahan beliau. si kena tampar itu baru saja pulang ke universiti. langsung tidak terlibat dalam mana-mana permainan dota bersama Si Ali. Bodoh kan? Nasib baik si kena tampar itu tidak mahu membalas dendam dengan kekerasan. Hanya wang pampasan sebanyak RM 300. Untung betul. RM300 untuk selibas penampar. Tapi kalau kamu tengok tangan Si Ali, mungkin kamu akan lupakan RM300 itu.

DoTA hanya permainan. Lumrah permainan adalah untuk menggembirakan dan melepaskan tekanan. Tetapi Si Ali memandang DoTA seperti pertaruhan hidup mati. Pada beliau setiap sesi permainan mesti menang. kalau tidak menang, akan rasa seperti cirit birit. resah gelisah sepanjang masa. Dan apabila seharian tidak menang, darah pembunuh dalam badan beliau mula menggelegak. Beliau akan menjelma seakan-akan seekor raksasa. Aku tidak hairan jika tidak lama lagi berlaku pertumpahan darah di Universiti hanya kerana Si Ali ini kalah. Mayat-mayat bergelimpangan, jiwa-jiwa tidak berdosa ketakutan, hanya kerana Si Ali kalah satu sesi permainan DoTA. Seram dan pilu.

Sudah jelas sekarang bahawa Si Ali ini adalah seorang psiko. Psiko yang harus dijauhi, tak kisahlah kamu seorang penDoTA atau tidak. Keganasan beliau mungkin akan datang pada waktu-waktu tak terduga. Mana tahu tiba-tiba beliau teringatkan kekalahan beliau malam tadi, terus beliau bertindak menyepak sesiapa sahaja di hadapan beliau. Jadi langkah paling selamat adalah sentiasa berada sekurang-kurangnya 8 meter dari beliau. Jangan buat apa-apa yang mampu menimbulkan amarah beliau. kelak diri sendiri yang menerima padahnya.

Kepada penDoTA-penDoTA UTP, semoga selamat ya!

Sabtu, 20 September 2008

catatan sedikit emosi - repost -

Mouse aku rosak.

Cibai.

Keupayaan mouse aku untuk scroll ke atas dan ke bawah pada satu-satu tetingkap telah jatuh pada tahap yang mampu mendatangkan amarah tahap tertinggi.

Senang kata, punat scroll pada mouse aku dah rosak.

Cibai.

Pcfair tempoh hari, sambil berjalan-jalan di sebalik lautan manusia, aku terawangkan juga mata aku, manalah tahu, ada terjumpa mouse yang berkenan. Sambil-sambil tu, mata aku menjalankan juga fungsi utama beliau, mencari-cari kelibat jenni lee, maria ozawa atau sora aoi (jangan cakap kamu tak kenal figura-figura yang aku sebut tadi). Aku cuba bersikap realistik di sini. Kita hidup di Malaysia yang kaya dengan penduduk berbangsa cina. Jadi kebarangkalian untuk aku bertemu dengan gadis-gadis bermiripkan maria ozawa atau sora aoi adalah tinggi.

Malang sekali tiada.

Aku kecewa.

Dipendekkan cerita, di hujung penjelajahan pcfair aku, mata aku tertancap pada satu kedai menjual mouse yang kecil di hujung laluan. Harga mouse yang ditawarkan amatlah menarik.

Mouse Samsung paleomax. RM19

Tak cam murah lak kan?

Sekurang-kurangnya pada pendapat aku lah. Memang banyak lagi mouse yang lebih murah yang boleh kita dapati. Tapi perlu diingatkan, mouse ini bercap Samsung. Rasanya tidak perlu lagi diperkenalkan cap dari korea selatan ini. Memang tidak boleh dibandingkan kehebatan cap Samsung ini dengan cap kipas udang. Aku memang meminati barangan bercap Samsung. Pada pandangan aku, barang-barang cap Samsung boleh dikatakan comel dan berkualiti tinggi. Di sini aku senaraikan barang-barang Samsung yang sedang bersemadi dalam simpanan aku:

1. Speaker Samsung
2. ….

Ok. Kalau aku ada satu barang Samsung saja, tak boleh buat senaraikah?

Pada orang yang cukup mengenali aku, pasti kamu semua tahu bahawa aku mempunyai alamat emel :

Speaker_samsung@yahoo.com

Ini sebenarnya manifestasi kecintaan aku yang tak berbelah bagi terhadap speaker Samsung aku. Namun tidak lah sampai tahap aku memandikan beliau setiap hari. Cukup dengan sebulan sekali mandian.

Berdasarkan pengalaman yang tidaklah setinggi mana, aku cuba melakukan aktiviti tawar-menawar dengan penuh berhemah. Tiada parang mahupun pistol terlibat dalam aktiviti tawar-menawar tersebut. Cubaan mendapatkan harga yang lebih murah tidak berhasil.

“paling murah”, kata amoi penjual mouse tersebut.

Disebabkan minat yang mendalam terhadap barangan Samsung, akhirnya aku beli juga mouse itu. Di hati berbunga riang. Barangan Samsung semakin bertambah dalam gudang aku. Ingin aku senaraikan barangan Samsung aku yang terkini lagi sejati:

1. Speaker Samsung
2. Mouse Samsung

Mungkin akan terbit emel baru? Mouse_samsung@yaho.com?

Buruk betul bunyinya. Seperti gampang.

Setibanya di rumah, diri begitu teruja untuk mencuba mouse baru. Genggaman pertama pada mouse sejurus dikeluarkan dari kotaknya mendatangkan perasaan syahdu. Sewaktu ingin menyelamkan wayar mouse ke dalam lubang usb, malapetaka berlaku.

Cibai. Sial. Bangkai. Anjing. Babi. Najis mugholazah. Samak dengan basuh sekali dengan air bercampur tanah dan enam kali dengan air mutlak.

“ini mouse untuk desktop! Tak boleh cucuk kat usb!!”

Sial betul lah. Kenapa lah aku tak tengok dulu sebelum beli mouse ni. Aku tertipu.

Hanya kerana aku beranggapan bahawa penyambung antara mouse dan computer tidak signifikan dalam kitaran hidup mouse.

Hanya kerana terlupa bertanya compatibility mouse itu; sama ada boleh cucuk usb atau tidak.

Hanya kerana keterpakuan aku terhadap gelagat genit amoi penjual mouse tersebut. (padahal bukan comel pun. Mungkin aku sangap?)

Disebabkan tiga hanya kerana di atas, aku tidak dapat menggunakan mouse itu.

Tiada siapa yang boleh disalahkan di sini melainkan aku. Nasi sudah menjadi bubur. Durian sudah jadi tempoyak. hakuto miyami sudah jadi ultraman ace. Tiada apa yang mampu aku lakukan selain menjadikan mouse tersebut hiasan di dalam almari baju.

…..

(Bertafakur sambil mengutuk diri sendiri atas pembelian mouse lagenda itu)

Kejadian di atas sebenarnya adalah sekuel kepada kebebalan aku dalam bidang membeli mouse. Kejadian pertama berlaku pada tahun lepas. Juga acara pcfair, cuma skala keluasan lebih kecil. Namun begitu, skala kebebalan aku tidak jauh berbeza dengan seperti yang aku ceritakan di atas.

Flow chart atas carta aliran kejadian itu adalah seperti berikut.

1. Pergi ke pcfair johor bahru bersama rakan-rakan
2. Mencari mouse paling murah sejajar dengan tahap kekemutan aku
3. Membantu rakan merembat sebuah earphone cap ayam dalam sebuah kedai.
4. Jumpa mouse paling murah. RM9. Satu kedai sahaja. Kedai-kedai lain pun paling murah RM10.
5. Beli mouse paling murah itu setelah sedikit upacara tawar-menawar.
6. Pulang ke rumah dengan hati berkobar-kobar.
7. Setelah wayar dicucuk ke usb, didapati anak panah putih di monitor tidak bergerak mengikut niat.
8. Berlari ke luar rumah sambil mengejar puting beliung sebagai tanda protes

Ah. Aku ingin bersumpah, sempena acara sumpah-menyumpah yang hangat di Malaysia suatu ketika dulu. Mulai hari ini aku bersumpah aku tak akan beli mouse paling murah di mana-mana acara pcfair. Sekurang-kurangnya mesti mahal seringgit dari yang paling murah.

Cau lan***

sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadhan kerana ALLAH TAALA

Aku suka baca majalah Ujang. Kamu suka?

Tapi itu dulu lah. Zaman-zaman Budak Hostel, Hang Lekuk, Tandoori Payat, Bersama Selamanya, masih lagi disiarkan dalam majalah tersebut. Sekarang aku dah tak baca lagi. Makin tak kelakar. Kartunis-kartunis kegemaran aku juga sudah tiada. Tak tahu kemana.

Ujang adalah antara majalah pertama yang aku ikuti, selain Gila-gila. Tapi pada aku Gila-gila lebih banyak artikel dan Ujang lebih banyak kartun. Apa-apa pun, dua-dua tetap majalah lawak. Tak salah aku, aku baca Ujang sejak terbitan kedua lagi. Gambar Robocop dilukis di muka hadapan. Terbitan pertama tak sempat. Itupun aku jumpa Ujang tersebut di kampung. Pakcik aku yang beli. Aku tumpang baca saja.

Mak aku pun baca Ujang. Ujang-Ujang di rumah aku, beliau yang beli. Tolong jangan pelik.

Akibat pembacaan Ujang dari kecil, aku rasa membentuk perangai gila-gila aku. Aku mudah ketawa dan suka ketawa. Serius. Tanya rakan-rakan aku jika tidak percaya. Setakat ini syukur aku tidak menjelma menjadi orang gila lagi. Harap-harap dijauhkan.

Aku memang suka membaca dari kecil. Apa saja bahan bacaan pun boleh. Buku hikayat, komik, surat khabar, novel, apa-apa sajalah. Buku panduan telefon pun aku baca. Saja nak tengok variasi nama-nama penduduk Malaysia. Tak percaya sudah. Nama kau Mak Bedah. Kadang-kadang sewaktu makan aku baca apa-apa berita di atas surat khabar buat alas makanan di atas meja. Dan aku juga selalu membaca masa menikmati makan malam bersama keluarga. Tambah-tambah lagi bila ada komik baru. Dulu-dululah. Masa kecil.

Kalau aku bosan pada suatu-suatu masa, aku cari bahan bacaan dulu. Biasanya yang percuma saja. Kalau kena keluarkan duit untuk mendapatkan bahan bacaan itu, aku lebih rela hanyut dibuai arus kebosanan. Kadang-kadang aku selongkar almari rumah aku untuk mencari komik dan majalah lama. Lagi lama lagi menarik.

Majalah-majalah lain yang aku baca waktu hingusan dulu:

Gelagat, Gelihati
Satu lagi majalah lawak lama-lama. Zaman-zaman Ujang dan Gila-gila. Layan juga. Kamu pernah baca?

Tatih, O.K
Majalah komik berbentuk keagamaan. Aku rindu majalah ini. Dekat rumah aku tinggal dua tiga keping saja. Banyak dah hilang. Siapa ingat lagi Tatih?

Kawan
Sebab baca Kawan lah aku tahu makhluk hidup pertama yang dihantar ke angkasa lepas ialah seekor anjing.

Anak-anak Sidek
Aku dulu seorang pengumpul Anak-anak Sidek yang tegar. Tak ingat dari keluaran keberapa. Tapi antara yang terawal jugalah. Malangnya semakin lama ceritanya semakin merepek. Adul jadi Superman lah, Alan jadi Batman lah. Aneh. Aku tak pernah nampak Superman dan Batman main badminton. Kamu pernah? Bila dah makin merepek aku pun tak kuasa nak beli.


Rileks!
Komik futuristic. Serius. Ada satu siri komik dalam Rileks! bertajuk Wawasan 2020. Tak salah aku lah. Cerita Malaysia pada tahun 2020. Kereta terbang, robot, jam hologram. Sangat canggih. Hasil lukisan anak Malaysia tahu! Aku tak faham kenapa majalah itu ditamatkan pengeluarannya. Sedih.

Lanun, Joran, Apo?, Blues Selamanya, Aku dan Sesuatu
Kalau terjumpa dan ada duit lebih, mungkin aku beli. Aku suka Apo?. Lawak-lawak dalam majalah tersebut agak segar. Seperti keluaran-keluaran awal majalah Ujang. Memang boleh ketawa seorang diri. Dan Lanun, kartun-kartun di dalam majalah tersebut penuh pengisian. Tidak sekadar lawak bodoh saja. Sangat bermutu.

Mastika
Ya aku baca Mastika. Walaupun banyak cerita pelik dan tahyul, ada juga yang boleh diambil iktibar. Tak salah kan?

Seri Dewi dan Keluarga, Wanita, Jelita, Mingguan Wanita.
Mak aku beli tiap-tiap keluaran. Aku baca saja yang ada di rumah. Jadi jangan pandang rendah pengetahuan aku tentang hal-hal kekeluargaan. Kepada gadis-gadis, calon suami terbaik kamu ada di sini. Yang comel saja ya.

Gempak, Utopia, Hype
Dulu aku peminat setia Gempak. Waktu aku tingkatan 3. Lebih kurang setiap keluaran juga aku beli. Dengan hasil titik peluh ayah aku semestinya. Sekarang tidak lagi. Pinjam saja rakan-rakan yang masih setia membeli.

Mutiara Naga, Misteri Naga, Doraemon
Aku rasa ini komik-komik wajib dibaca sebelum naik sekolah menengah. Untuk yang lebih kurang sebaya dengan aku lah. Kalau kamu tak pernah baca, memang kasihan. Nanti aku cari buku-buku Doraemon di rumah aku untuk kamu ya?

Komik-komik Datuk Lat
Aku tak ingat. Tapi ada perpustakaan di satu sekolah tempat aku belajar dulu ada koleksi komik-komik Datuk Lat. Semua aku baca. Seronok betul.

Sebenarnya banyak lagi majalah dan komik yang aku baca. Terutamanya keluaran tempatan. Tapi aku tak dapat ingat semua. Puas aku cari di internet, pun tidak jumpa. Sedih. Apa-apa pun, dengan komik dan majalah di atas lah aku membesar. Kamu pula bagaimana?

p/s: Terasa nak kembali ke zaman dulu kala pula. Siapa-siapa ada mesin masa tak? Atau ada hubungan baik dengan Doraemon. Tolong.



Rabu, 17 September 2008

thundercats lawan tikus, thundercats mampus

hari ini aku sibuk amat. dari pagi sampai ke petang buat kerja. sampai nak buat entry baru pun tak sempat. jadi aku mengarang di rumah saja. tidak seperti entry-entry dahulu di mana aku taip ketika tiada kerja di pejabat.

jarang sekali tubuh gagah aku digunakan sepenuhnya ketika di pejabat. biasanya aku dibiarkan tidur saja umpama raja. sambil menghabiskan biskut dan minuman. tapi sekarang tidak boleh lah. bulan puasa.

aku rindu band aku. serius.

tidak. aku bukan gay. rakan-rakan band aku juga bukan gay. aku yakin.

aku baru lepas chatting dengan bonzer, bassist terkenal lagi digeruni. tambah-tambah lagi dia bassist band aku, hazel. takut tak? takut kan? kenapa perlu takut kamu tanya? sebab dia ada gitar bass fender yang besar. kalau digunakan untuk pukul kamu, sumpah sakit. kamu tak suka sakit kan? jadi sila takut.

menurut beliau majlis musicfest akan diadakan lepas raya nanti. untuk pengetahuan, musicfest merupakan gig anjuran mahasiswa-mahasiswa UTP yang sukakan muzik sekeras batu sekuat harimau. muzik lembut-lembut pun boleh. tidak ada halangan. tapi kalau kamu mahu membuat persembahan lagu siti nurhaliza dengan mengambil mak nyah sebagai penyanyi kamu, mungkin tidak sesuai. kamu pasti tak ingin kejadian yang berlaku ke atas vokalis carburator dung berlaku ke atas kamu kan?

aku amat berterima kasih dengan band-band aku, hazel dan broken butterfly. dengan dua band inilah, aku dapat menceburkan diri dalam bidang muzik dengan lebih serius. sebelum-sebelum ini hanya bermain untuk gembira-gembira saja. sambil merosakkan drumset mana-mana studio. terima kasih kepada nadim kerana ajak aku masuk band ini. dan terima kasih juga kepada topek, bonzer, billy, k, mirul,pikree, zul dan rakan-rakan band yang lain.

berbalik kepada musicfest tadi, aku teringin untuk pergi. sebab bonzer cakap aku boleh turut serta membuat persembahan bersama mereka mendendangkan lagu Mr Crowley. aku suka lagu ini. boleh membuat aku menghentak drumset sekuat-kuat kalbuku. jadi peluang ini tidak harus aku lepaskan. lagipun dah lama aku tidak jamming bersama mereka. anggota-anggota badan sudah menggigil-gigil untuk bermain drum.

tapi rakan-rakan band sekalian, aku ada satu permintaan.

nanti kita jamming lagu captain planet ya.

dan lagu powerpuff girls.

aku teringin.

Selasa, 16 September 2008

kamu yang bawaku terbang, kamulah jua yang membawa cinta ke jalan yang terang

rakan-rakan.

tolong doakan kejayaan aku.

malam ini ujian besar buat perutku.

tolong.

semoga segala senaman dan urat-urat kentutku berfungsi dengan baik malam ini.

doa kamu semua sangat aku harapkan.

terima kasih

cita-cita aku ingin jadi Ultraman

Semalam lepas berbuka aku tidur. Bukan. Lepas sembahyang maghrib.

Sedar-sedar sudah pukul 12.30. sambil menyumpah seranah diri sendiri.

Aku nak pergi terawih. Zzz.

Aku ada menerima emel tempoh hari. Daripada rakan sepejabat aku. Emel itu memuatkan sesi temuramah bersama seekor(?) ultraman. Sungguh. Berdekah-dekah aku ketawa. Jika tidak kerana aku berada di pejabat, pasti sudah berguling-guling aku di atas lantai.

Aku ingin melampirkan sesi temuramah itu di sini. Aku harap penulis asalnya tidak marah.



TEMURAMAH ULTRAMAN


Recently I met up with my idol Ultraman in Tokyo, Japan, the city he has saved many times over from evil, destructive monsters. We met at an intersection downtown, bought drinks from a vending machine and sat on the kerb for this interview.

Me: Konichiwa, Ultraman-san!
Ultraman: Apa khabar, Visiteur-san!

Me: Wow! Ultraman reti cakap bahasa?
Ultraman: Mesti lah, beb! Gua ada ramai peminat di seluruh dunia. Gua kena lah belajar macam-macam bahasa.

Me: Cool! So, what you been up to, dude?
Ultraman: A bit tired. Fought a monster last night in Fukushima prefecture. We fought until we reached the seaside in Hamadori. A lot of people died.

Me: The monster killed so many?
Ultraman: Actually, gua terjatuh and terhimpit diorang.

Me: Er, I see. Banyak lagi ke monster kat dunia ni?
Ultraman: Ada lah. Tapi diorang dah malas nak lawan. Dah ada agent and publicist. Merchandising rights. Suma lawan nak dapat market share je. Boring lah, beb!

Me: I see. So camne brader-brader lu? Ultraman Tiga, Ultraman Taro .. ?
Ultraman: They all OK. Tiga dah bersara. Sekarang dia bukak restoran sushi kat Shinjuku. Bini dia baru beranak.

Me: Wow!
Ultraman: Yeah. Bini dia makhluk Bumi. So at first, family gua bantah, sebab we all boleh kahwin ngan orang Planet Ultra je. But thank the Ultra-Gods, my father, Ultraman yang bertanduk tu, finally gave his blessings. Cucu dia tu bertanduk jugak, so happy lah dia.

Me: What about Taro?
Ultraman: Taro tengah buat multi-level marketing jual ubat untuk kuatkan tenaga batin.

Me: Eh, naper Ultraman suma tak nak jadi superhero lagi?
Ultraman: Tu lah. Nowadays terlalu ramai superhero. Gaban lah, Power Ranger lah, ni lah, tu la. Yang paling teruk si Baja Hitam tu lah. Lawan cam pondan tapi marketing power dia kuat. Sebab tu boleh jadi popular. I always say, never trust superhero yang bawak motosikal, superhero yang pakai topeng pelik-pelik. We all Ultramen don't need all that cosmetic *shoot*.

Me: Wow, marahnya Ultraman.
Ultraman: Siapa tak marah? Bagero! Superhero ciplak ni suma tak original lah. And they all no integrity or morals. Last week, I dengar Gaban kena tangkap ngan gadis bawah umur. You see?

Me: Man, that is sad.
Ultraman: Tu lah. That's why kalau tak Ultra, memang tak world lah.

Me: Wuhu! Lu peminat Mawi ke?
Ultraman: Adalah sikit-sikit.

Me: So, Ultraman, what'syour future plan? You going to give up being a superhero too?
Ultraman: No way. I love my job too much. But my girlfriend complains that I work such long hours. And when I come home at night, I'm always tired and my chest light is always beeping.

Me: Woooo! Sounds like you might need some of that ubat from your brader Taro.
Ultraman: Good idea! I better give him a call tonight.

At this point, Ultraman receives a distress call from Yokohama, where a monster is attacking the train station. So off he went, into the blue yonder, to fight yet another worthy adversary. World!



Sudah habis baca? Kalau kamu tak gelak, aku pasti kamu seorang yang sangat serius. Seperti Batman barangkali.

Aku sungguh kagum. Ultraman boleh bertutur pelbagai bahasa? Bagus. Sepatutnya ultraman berkerja di mana-mana pusat penterjemahan. Gaji pasti lumayan. Tambah-tambah lagi dengan kedudukan beliau sebagai seekor(?) ultraman, pasti hasil terjemahan beliau dipercayai ramai.

Cuba bayangkan ultraman yang memakai cermin mata, sedang menelaah sebuah buku untuk diterjemah. Agak meyakinkan bukan?

Teringat zaman kecil-kecil. Cerita ultraman pertama yang aku tonton ialan Ultraman Ace, di mana dua manusia perlu bercantum untuk menyeru ultraman tersebut. Manusia-manusia tersebut adalah hakuto dan minami. Waktu episod pertama siri Ultraman Ace disiarkan, aku menyorok di balik pintu sebab rasa takut. Tak tau kenapa. Padahal kehadiran ultraman adalah untuk menghilangkan ketakutan. Mungkin sebab ultraman terlampau besar. Takut betul. Namun di episod-episod seterusnya aku jadi penonton setia. Siapa ingat lagi Ultraman Ace?

Kenapa sang penemuramah di atas tidak bertanyakan perihal Ultraman Ace? Aku kecewa.

Aku pelik. Kenapa ultraman terus disanjung-sanjung. Sebab sebaik saja ultraman mendaratkan kaki ke bumi, pasti ada manusia yang mati dipijak. Itu belum campur masa ultraman dan raksasa sibuk bergasak.kerosakan harta benda lagi. Kalau betul ultraman ni mulia sangat, kenapa tak ajak saja raksasa berlawan di planet utarid? Sering kali aku terfikir perkara ini masa menonton siaran ultraman dulu. Ada sesiapa boleh jawab?

Sedih pula rasanya bila dapat tahu banyak ultraman dah bersara. Nanti anak-anak kita tak kenal erti ultraman. Dengan siapa aku nak berkongsi memori ultraman aku nanti? Aku harap ultraman terus bertabah. Walaupun banyak superhero-superhero lain yang muncul umpama cendawan tumbul selepas hujan, aku yakin, ultraman masih relevan di hati manusia sejagat.

Aku terkejut bila mendapat tahu bahawa Ultraman Taro juga sudah tidak bergiat cergas dalam arena membanteras raksasa. Aku sayang Ultraman Taro. Aku membesar dengan beliau. Selepas Ultraman Ace meninggalkan bumi, Ultraman Taro menjadi pengganti. Pada awalnya aku tak dapat menerima beliau. Gaya beliau menjelma menjadi ultraman tidak secool Ultraman Ace. Cara menembak juga berlainan. Tapi perlahan-lahan Ultraman Taro berjaya juga memenangi hati ini. Ternyata Ultraman Taro mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Ultraman ketiga yang aku kenal ialah Ultraseven. Sila salahkan sistem televisyen negara kita. Sebenarnya Ultraseven lebih tua dari dari Ace dan Taro (sila Wikipedia). Aku kagum dengan kebolehan sirip di atas kepala Ultraseven. Boleh memotong apa saja. Pasti menjadi idaman ibu-ibu di dapur ketika memasak. Senang untuk memotong daging. Memori aku berkenaan Ultraseven amat sedikit. Mungkin ketika itu aku sudah sibuk melayan Anak-Anak Sidek dan bermain SimCity 3000.

Ultraman-ultraman yang muncul selepas itu (tiga, gaia, ..), aku dah tak layan langsung. Dah semakin merepek. Dan aku juga sudah masuk sekolah asrama. Malulah kalau tengok ultraman di bilik tv kan? Lagipun siri dragon ball sudah mula disiarkan di tv2. Lagi menarik. Boleh buat Kame Hame Ha!

Cha la! Head Cha la!

Ingat lagi?

Isnin, 15 September 2008

makanan yang berkhasiat milik setiap insan

Hari ini 15 September 2008.

esok mungkin hari yang ditunggu-tunggu oleh ramai rakyat Malaysia. Pembentukan kerajaan baru telah dicanang-canangkan. Pasti semua menanti dengan penuh debaran. Esok hari yang amat bermakna untuk kita semua.

Aku juga tidak terkecuali. Namun, bukanlah pembentukan kerajaan baru yang aku nanti-nantikan.

Majlis berbuka puasa secara buffet di Royale Bintang. Anjuran pejabat aku.

Syurga dunia. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.

Jadi mulai ahad lepas aku telah menyiapkan perut. Senaman-senaman kecil aku ulangi untuk mendapatkan ruang tambahan di dalam perut. Kawalan nafas juga aku perbaiki. Nafas yang teratur penting untuk memastikan diri tidak kecundang ketika masih banyak makanan di atas meja hidangan.

Sistem pengudaraan di dalam perut juga tidak boleh dipandang enteng. Udara harus mengalir keluar dengan lancar ketika makanan sedang rancak dimasukkan. Seringkali perut terasa sebu ketika sedang menikmati makanan. Ini akibat tekanan udara yang tinggi di dalam perut disebabkan pengaliran keluar udara dari perut terbatas. Untuk mengatasi masalah ini, aku pergi ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan menambah urat kentut. Kini udara boleh mengalir keluar dengan lancar tanpa masalah sebu-sebu perut lagi. Terima kasih urat kentut!

Hasil senaman serta pembedahan yang telah aku jalankan, aku uji ketika buka puasa semalam. Nasi bungkus dengan kapasiti nasi untuk 16 orang makan, lauk-pauk yang cukup untuk kenduri 7 hari 7 malam, serta air manis pembuka sesi berbuka yang berisipadu 16 gelen. Semua itu tenang bersemadi di dalam perutku.dan aku masih menjeling mana-mana rakan yang tidak habis makan. Aku mahu uji perut ini ke tahap maksima. Ternyata usaha aku selama ini membuahkan hasil. Perutku beraksi dengan penuh bergaya. Tahniah aku ucapkan kepada perutku.

Namun ujian semalam hanyalah secebis daripada apa yang bakal aku hadapi esok. Aku tidak boleh terus mendabik dada (atau perut?) dengan kejayaan perutku semalam. Kalau aku terus leka begini, aku pasti kecundang di awal permainan. Di kala itu tiada apa yang dapat aku lakukan selain melihat rakan-rakan terus memasukan pelbagai juadah enak ke dalam perut kebulur masing-masing sambil mentertawakan aku.

Ah! Aku harus meningkatkan usahaku. Senaman-senaman aku ulang demi mendapatkan ruang perut yang optimum. Keberkesanan setiap urat kentut aku pastikan berada pada tahap tertinggi. Aku juga mengambil langkah drastik untuk mengharamkan sebarang penambilan nasi untuk buka nanti dan juga sahur esok. Aku akan cuba bebaskan mindaku dari sebarang perkara yang memuakkan. Semoga perutku cukup bersedia untuk menghadapi sesi berbuka esok.

Tolong doakan aku ya!

esok dan lusa, aku tetap kan setia

Seronok pae main game flash di computer beliau. Mentang-mentang sv kami keluar mesyuarat.

Aku pula seronok tengok dia main game tersebut.

Baru sebentar tadi aku ditegur dengan kuat oleh sv (sebelum dia keluar mesyuarat) sebab tidur dengan enaknya. Kenapa? Kenapa tidur aku perlu diganggu? Salahkah aku ingin menikmati kesejukan pejabat ini dengan hanya melelapkan mata barang seminit dua? Tapi terima kasih atas teguran kuat tadi, terus rasa ngantuk aku hilang dengan begitu saja. Ibarat seekor ayam golek yang diletakkan di hadapan ku. Sekelip mata saja hilang.

Untuk mengelakkan diri dari terus dibuai rasa mengantuk, baik aku taip post entry baru untuk KENCINGKUCING. Tapi aku tak tahu apa yang relevan untuk aku taipkan. Kalau tak relevan memang banyak. Aku boleh menaip tentang biskut merry yang sedap dimakan dengan milo panas. Aku juga boleh menaip tentang ketirisan politik di Malaysia. Tapi itu semua tidak relevan dengan KENCINGKUCING. KENCINGKUCING bukanlah blog resipi makanan untuk berbuka puasa atau blog berbaur politik

Jadi apa yang relevan? Aku sebagai empunya KENCINGKUCING pun masih samar-samar tentang halatuju blog ini. Aku cuba jadikan KENCINGKUCING sebagai bahan bacaan ringan untuk kamu semua. Sebagai pembasah gusi dan pemecah perut pembaca-pembaca sekalian. Namun aku sedar aku hanya manusia biasa yang otaknya mempunyai batas. Kehidupan aku juga amat ringkas. Mungkin lebih ringkas daripada haiwan sel tunggal. Bangun tidur, kerja, makan, dota, tidur. Itu saja. Ok. Mungkin rumit sedikit daripada haiwan sel tunggal. Namun tetap ringkas jika direlatifkan dengan manusia-manusia lain, bukan?

Akibat hidup aku yang serba ringkas ini, tiada coretan-coretan kelakar atau lucu yang boleh aku kongsikan bersama pembaca sekalian. Aku tiada bakat untuk menukilkan taipan-taipan lucu. Lucah mungkin ada sedikit. Tapi ini bulan puasa. Tidak elok. Tunggu lepas raya ya? (tolong jangan buat-buat menyampah. Aku tahu kamu berminat)

Aku juga tidak mahu menulis perkara-perkara serius dalam KENCINGKUCING. Sesungguhnya aku tidak suka serius. Amat leceh. Dan amat meletihkan muka. Jadi jika kamu ingin belajar pasal sosialisma, liberalisma, null talisman (?), sila google sendiri. KENCINGKUCING bukan untuk kamu.

Tapi nak atau tak nak, kita tetap harus serius bukan? Kalau semua perkara dipandang tidak serius, pasti hidup kucar-kacir umpama tongkang kecil di tengah ribut taufan. Tetapi serius harus berpada-pada lah. Tak kan mahu main dota juga begitu serius sehingga boleh menimbulkan perbalahan kaum? Atau terlalu serius semasa menonton maria ozawa sehingga tidak berkelip mata. Itu serius yang memudaratkan diri sendiri. Ada perkara yang harus dipandang serius dan ada yang sebaliknya. Itu semua terletak pada empunya diri masing-masing. Orang yang terlampau ingin berjaya, pasti banyak perkara yang dianggap serius. Mungkin sehingga ke tahap yang membuat orang lain menyampah atau jelek. Biarlah. Asal orang tersebut bahagia.

Bagi yang tidak serius pula, aku umpamanya, biasanya menjalani hidup dengan mudah dan ringkas, seperti yang telah aku taipkan di awal artikel ini. Bukanlah maknanya orang yang tidak serius itu tidak mahu berjaya. Tidak. Cuma mungkin kesedaran masih belum timbul lagi. Mungkin juga mereka yang tidak serius itu mahu menghayati usia muda mereka. Seperti orang kata ‘zaman muda hanya sekali’. Jadi harus digunakan sebaik-baiknya kan? Lagipun tidak semestinya orang yang serius saja boleh berjaya. Orang yang tidak serius juga boleh. Cuma mungkin lebih mengambil masa.

Akhir kata, KENCINGKUCING bukan untuk pembaca-pembaca yang serius. Walaupun entry kali ini ada sedikit serius, percayalah, keseriusan ini akan diganti dengan entry-entry pemecah perut penggocang badan. Namun aku harap kamu berpada-pada bila ketawa ya. (konon kelakar sangatlah post aku kan)

Selamat berpuasa!

Ahad, 14 September 2008

khas untuk pendota yang nak jadi hebat

sambil berdota masih mampu membuat post baru.

tidak. aku bukan sedang mati. aku sedang menunggu game penuh. tolong percaya.

ok sekarang game sudah start.

zzz. ade orang leave.

menyampah betul. di kala kemenangan mula menjelma, pasti ada manusia-manusia cibai meninggalkan game.

apa salahnya mereka tunggu hingga game habis? biasa lah sekali sekala kalah. siapa suruh pilih hero yang mudah mati? bebal!

di sini ingin aku lampirkan situasi yang agak kelakar semasa sedang bermain dota.

latar tempat: TBun Wangsa Maju

latar masa: tak ingat. tapi yang pasti tengah malam

point penting: dragon knight dah kuat. dan rhasta amat mengagumi beliau.

rhasta: wow dk (dragon knight). u look so cool.

dk: ...

rhasta: drivin?

dk: ? (tanda tidak faham)

di waktu ini kami(aku, fayan, ketek) dah bertanya sesama sindiri. drivin? apa muslihat di sebalik perkataan drivin itu? adakah dk drivin (memandu) dari rumah? apa kena mengena memandu dengan dota?

melihat ketidakresponan dk, rhasta sambung.

rhasta: rapiar?

dk: ...

kami sudah tergelak memegang perut. perut harus dipegang untuk elak pecah. bukan kerana boroi. harap maklum.

menambah kebebalan diri sendiri, rhasta sambung lagi.

rhasta: drivin rapiar?

sumpah seranah mula keluar di samping gelak-gelak geli ketiak. lawak itu ternyata suci dan ikhlas. drivin rapiar? apa babi itu?

kepada pembaca-pembaca yang tidak faham (pendota tidak terkecuali), apa yang dimaksudkan oleh drivin rapiar oleh rhasta tadi adalah divine rapier, item dengan damage terbesar dalam dota. mari kita buat perbandingan.

drivin rapiah

divine rapier

rapier ke rapiah mungkin boleh dimaafkan. tapi divine ke drivin? itu bodoh yang abadi! divine rapier adalah item yang paling terkenal. tak kan boleh salah eja kot? tambahan pula ejaan si rhasta bebal tadi langsung tidak ada sense of dota. drivin rapiah? adoi!

baik. aku mahu sambung bermain dota. aku nak buat drivin rapiah.

lol


siapa tahu pemain dota terhebat dunia?

hari ini aku ponteng. terasa sangat nikmat.

bukan ponteng puasa la bodoh! aku sayang agama aku lagi tahu! aku ponteng kerja saja. padan muka dah kena bodoh.

kenapa aku ponteng? sedangkan aku dah siap mandi dah pagi tadi. baju dan seluar sudah hampir di sarungkan ke tubuh gagah perkasa ini. wangian-wangian cap murah (bukan cap samsung, ye) sudah disembur di merata-rata badan. tapi kenapa aku tidak pergi kerja? sekonyong-konyong tak jadi kerja. terus semua aku lucutkan dan lantas terjun ke atas tilam yang indah lagi permai ini.

tiada sebab khusus. aku memang tiada mood untuk kerja. jadi ponteng saja tanpa banyak bicara. harap-harap bos percaya alasan aku (yang aku salurkan secara terus melalu pae). demam kepialu yang kronik berserta tumbuh urat kentut yang baru.

aku sebenarnya tak tahu apa yang harus aku tulis untuk post kali ini. tiada sebarang kejadian-kejadian kelakar yang mampu memberi aku idea. tapi aku sedar, pembaca-pembaca mahu terus membaca post-post terbaru aku. komen-komen dari mereka menambah semangat aku untuk terus mengepost.

ya. sekarang aku ada aktiviti baru di tempat kerja. aktiviti ini sangat menarik untuk pekerja-pekerja di pejabat yang memang tiada kerja.

bermain warcraft. atau dalam erti kata lain, dota yang terkenal.

komputer-komputer baru di pejabat aku sangat tinggi spesifikasinya. adalah amat rugi jika komputer-komputer itu hanya digunakan untuk membuat kerja yang ringkas-ringkas. lantas demi untuk menggunakan kemampuan komputer itu sepenuhnya, dota telah diinstall. mungkin ayat-ayat di bawah sedang bermain di fikiran kamu:

"bodoh ape budak ni, orang g kerja nk buat kerja. bukan nak maen game"

"tak takut kene pecat ke lahanat nih?"

atau pelbagai lagi kata-kata nista. ya..aku lah yang bersalah. silalah maki aku sepuas-puas hatimu.

cuba kalau kamu berada di tempat aku, aku pasti kamu akan bertindak sama saja. atau mungkin tindakan lain kamu akan bunuh diri. kebosanan yang amat menyebabkan diri hampir menjadi gila. cuba bayangkan. masuk pejabat pukul 8 dan keluar 5.30. sepanjang 9 jam setengah itu, aku dan trainee-trainee lain hanya duduk menghadap komputer tanpa sebarang kerja khusus. 9 jam setengah tahu! boleh terkeluar kornea mata dari soket. dengan suhu pejabat yang hampir-hampir mencecah suhu kosong mutlak (ya. ya aku merepek). setiap hari tangan aku berisiko kena frostbite. kalau rosak tangan aku bagaimana?

jadi untuk mengelakkan diri dari kena frostbite atau simptom-simptom lain. aku bermain dota. perlu diingatkan aku tidaklah bermain seorang diri. aku masih ada maruah diri tahu! ingat aku noob sangat ke nak main seorang diri? aku bernasib baik kerana menjalankan praktikal aku bersama pae dan gedo. jadi bersama merekalah aku menjalankan kemungkaran di pejabat. kehebatan server di pejabat kami gunakan sebaiknya. waktu-waktu senggang yang sememangnya melimpah-ruah kami isikan dengan perlawanan persahabatan di antara kami bertiga. ahh. terasa begitu indah.

kini, waktu kerja kami terisi. kami menjadi lebih tenang dan tenteram. tiada lagi muka sugul umpama belacan di hadapan komputer masing-masing. tiada lagi perasaan malas untuk pergi kerja. semangat untuk pergi kerja lebih berkobar-kobar.

ah. terasa mahu pergi kerja lah!

can lan***

Izinkan Aku

izinkan aku turut serta dalam dunia bog ini.

kepada pembaca-pembaca blog aku dalam friendster. maaf. blog tersebut sudah diberhentikan penerbitannya. bukan sudah, harus. semakin lama blog friendster tersebut semakin bebal di mamah usia. jadi aku harus tamatkan blog itu sebelum nyawa sesiapa menjadi taruhan.

kenapa KENCINGKUCING?

aku percaya, pasti hampir kamu semua tahu bau kencing kucing. hancing kan? ada sesiapa yang tidak tahu bau kencing kucing? sila sertakan alamat surat menyurat kamu. aku poskan kencing kucing aku di rumah nanti. sila sertakan wang pos sekali ya!

aku menamakan blog ini KENCINGKUCING demi mengenangkan jasa kucing-kucing di rumah aku yang sudi menyediakan pewangi tambahan untuk rumahku syurgaku itu. dan mungkin juga syurga kucing-kucing tersebut. rumah aku ibarat klcc bagi kucing. walaupun tidak dijemput, pasti ada. sekurang-kurangnya 5 ekor. namun hanya kucing yang berani dan tahan sepakan serta balingan ahli keluarga saja mampu menjadi kucing pilihan.

ya. keluarga aku amat tegas dalam pemilihan kucing. kucing pilihan maksud aku ialah kucing yang akan tidur serta berlegar-legar dan bermain-main di dalam rumah. calon-calon (kucing-kucing) biasanya akan mencalonkan diri dengan mengiau-ngiau secara lebih kerap berbanding kucing-kucing lain. calon-calon juga akan menghabiskan lebih masa di dalam rumah. bermula dari itu, calon-calon akan mula diuji, fizikal dan juga mental.

untuk ujian fizikal, calon-calon tersebut akan diuji kekerasan badan mereka. ini penting kerana calon yang terpilih kelak bakal menjadi penjaga rumah daripada pelbagai anasir luar seperti serangga-serangga dan juga amfibia kecil. demi menguji mereka, kami biasanya akan meningkatkan kekuatan sepakan dan balingan secara berkala. sekali-sekala penyapu juga mungkin digunakan.

untuk ujian mental, calon-calon dikehendaki meminta makanan daripada kami dengan cara yang paling manja dan comel sekali. tapi mana-mana calon yang terlebih manja akan berisiko dihalau secara kasar. jadi berpada-pada ya!

menggunakan ujian mental dan fizikal di atas lah, kucing belaan rumah aku dipilih. kami tidak akan pernah membeli kucing. kenapa perlu beli jika melambak di belakang rumah?

ya. satu lagi ujian tambahan. atau boleh kita katakan ujian terakhir. kucing akan dibenarkan tinggal di dalam rumah buat beberapa masa dan dikehendaki untuk tidak kencing secara merata-rata. namun, keluarga aku tidaklah begitu kejam. beberapa percubaan tetap diberikan. calon tidak akan terus dilupuskan sebaik saja kencingan pertama dilepaskan di dalam rumah. beberapa peluang akan terus diberikan. hanya apabila sampai tahap maki hamun serta sumpah seranah dilepas baru kucing akan dihalau.

tidak semestinya kucing yang dihalau ini sedar mereka telah dihalau. kebanyakan kucing akan terus tinggal di dalam rumah. ada yang sudah sedar, namun masih ada juga yang belum. untuk yang belum sedar itu, pasar lah tempat yang paling sesuai.

kucing yang sudah sedar pula, hanya akan tidur dan bermain-main di dalam rumah. untuk kencing dan berak, kucing itu akan keluar. ada juga yang pandai kencing dan berak di dalam tandas rumah. kucing itu pasti akan menjadi kucing kesayangan keluarga.

jadi, ada sesiapa sudi jadi kucing rumah aku?