Sabtu, 18 Oktober 2008

Ciri-ciri lelaki kacak bergaya disukai ramai - Gambar Mencerminkan Segalanya 2

Pandai menganyam ketupat.

Itu saja. Tiada ciri lain. Tolong percaya.

Hari Khamis dan Jumaat, pejabat aku telah mengadakan kelas menganyam ketupat secara percuma.

Ok, bukan kelas sebenarnya. Kami kena anyam ketupat untuk hiasan jamuan raya peringkat syarikat pada malam hari Jumaat tersebut.

Tidak. Tidak. Ketupat tersebut tidak boleh dimakan. Harap maaf. Memang tak pernah ketupat hiasan dimakan orang. Tak tahu lah kalau ada orang yang suka makan nasi impit rasa reben kan?

Aku rasa aku tak kacak bergaya disukai ramai. Aku cuma kacak bergaya saja. Jadi sebab nak tambah disukai ramai tu, aku belajar menganyam ketupat. Lagipun tak ada kerja di pejabat. Daripada aku main Counter-Strike saja, baik aku anyam ketupat. Ada juga sumbangan aku untuk syarikat aku.

Boleh juga dikatakan, aku dibayar gaji hari Khamis dan Jumaat tempoh hari untuk belajar menganyam ketupat.

Tak salah kan?

MARA beri aku duit untuk aku belajar kejuruteraan.

Syarikat aku beri aku duit untuk aku belajar menganyam ketupat

Sekarang aku dah naiktaraf diri aku sendiri. Dari kacak bergaya kepada kacak bergaya disukai ramai.

Penting sebenarnya kemahiran menganyam ketupat ni. Lebih-lebih lagi jika kamu ada jiran perempuan yang manis menawan. Sambil-sambil menganyam ketupat, boleh ajak Jiran Perempuan yang Manis Menawan borak-borak. Pasti dia kagum dengan kemahiran kamu.

Silap-silap boleh keluar ayat macam ni

"Wow, gila kacak abang anyam ketupat! Nak bang! Nak la.. Nak laaa.. tak kira!! Nak juga!!"

"Nak apa dik?" (buat suara paling kacak sambil muka buat-buat serius anyam ketupat).

"Nak masuk dalam tengok Teletubbies. Boleh ek?"

......


Apa-apa pun, memang tak boleh dinafikan kekacakan orang yang pandai menganyam ketupat ni.

Macam aku, kamu dah tak boleh menafikan kekacakan aku sekarang. Dari sisi mana sekalipun, aku tetap kelihatan kacak. Tambah-tambah ketika kedua-dua tangan sedang lincah menganyam ketupat untuk ibu mertua atau jiran tetangga.

Dari sisi tepi ada sikit boroi, mungkin.

Perenggan atas ditaip atas keaadaan paksa rela.

Untuk membuktikan kekacakan si penganyam ketupat, sila tonton gambar-gambar di bawah. lagipun Gambar Mencerminkan Segalanya, kan?


Tenaga Pengajar 1. Terserlah kekacakan beliau.


Tenaga Pengajar 2. Dah penat anyam ketupat.


Lelaki Kacak Bergaya Disukai Ramai 1. Sila buka Kamus Dewan Edisi kesembilan, cari perkataan kacak. Pasti kamu nampak gambar ini.

Lelaki Kacak Bergaya Disukai Ramai 2.

Himpunan ketupat-ketupat yang telah dianyam oleh Lelaki Kacak Bergaya Disukai Ramai 1 dan 2. Watak-watak lain pun ada yang menganyam juga.

Lagi himpunan ketupat-ketupat yang siap dianyam. Nampak berseri-seri kan ketupat tu? Nak buat macam mana, Lelaki Kacak Bergaya Disukai Ramai yang anyam.

Dari kiri; Ketupat Sate, Ketupat Pasar, Ketupat Bawang, dan Ketupat Katak. Ketupat Katak tu kamu kena lihat dari sudut-sudut tertentu baru nampak kekatakkan dia.


Sekarang, cuba kamu bayangkan situasi ini:

Kamu sedang anyam ketupat di depan rumah. Beberapa kenalan mak kamu melintas di hadapan rumah.

"Eh eh. anak siapa la tu ya? dah la kacak, bergaya, disukai ramai, pandai anyam ketupat lagi, bagus betul. sejuk hati mak dia.."

"Ha ah la Kak Kiah oi. Sedap betul mata saya pandang dia ni. tengok ketupat-ketupat yang dia anyam tu. Comel-comel je."

"Bagus budak ni. Boleh buat menantu ni, kan?"


Tak teruja kamu?

4 ulasan:

epulupe berkata...

eh..
post ko neh babi!
cm syial!!!

hahaha...
xpyh la teruja sgt dgn kekacakn sdr~~

hahaha

hoi!!
go bang ur head kt dinding tuh~

bad berkata...

"Lelaki Kacak Bergaya Disukai Ramai 1. Sila buka Kamus Dewan Edisi kesembilan, cari perkataan kacak. Pasti kamu nampak gambar ini"

herm..aku ragu2 la mok..herm ape kate aku cek kat internet maksud kacak tu ape..
..
..
..
ha jumpe pon
kacak 1. kelihatan gagah; segak; tampan: Seorang pemuda yg ~ telah menemaninya pulang. 2. sombong; megah; bongkak. Kamus Pelajar
kacak I 1. kelihatan gagah, segak, tampan: seorang pemuda yg ~; 2. angkuh, bongkak; bulang sali ~ sama, tinggal lagi mujur malang prb sama kuat dlm pertandingan dll dan kalah menangnya terpulang pd nasib;mengacakkan menyebabkan seseorang menjadi kacak: pakaian Melayunya yg lengkap yg garang warna merahnya, ~ lagi rupa parasnya; kekacakan keadaan atau sifat kacak: Tuhan juga menganugerahkan ~ kpd kaum Adam. Kamus Dewan Edisi Tiga
kacak II Pr; berkacak berpijak, berdiri: panglima kecil madu suara, Awang kecil akal melela, yg ~ di awan-awan, yg bergantung di angin lalu. Kamus Dewan Edisi Tiga
kacak III Mn; berkacak; ~ pinggang bercekak pinggang;mengacak memegang (mengangkat) utk mengetahui berat sesuatu;~ galas † a) mengangkat galas; b) ki berdagang; ~ lengan mengangkat lengan (hendak berkelahi);dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan prb perihal orang yg merasa dirinya sudah cukup dlm segala hal (tidak memerlukan bantuan orang lain).

....
...
..
.
herm aku rase salah tenet ni..kwn2 awas..http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/ka_rujukan_kamus_dbp.aspx?KataKunci=KACAK&Type=1 x bole di percayai

Pendingin_hawa berkata...

@epul

lepas aku hentak kepala aku kat dinding, kekacakan aku bertambah tak?

@bad

aku setuju sangat dengan kau bad. kat internet macam-macam perkara tak betul boleh dijumpai. macam kacak. selalu disalahtafsirkan. aku tak faham

I.n.t.a.n berkata...

malangnye laki yg tak pandai anyam ketupat..xleh la nak celen ko yang kacak begaye disukai ramai ni ek...

cam iklan susu pekat F&N la.huhu