Rabu, 8 Oktober 2008

aku perlukan seorang guru bahasa Melayu

Di pagi raya yang suam-suam kuku, aku tiba-tiba teringat sesuatu daripada blog Jebon. Lantas aku cuba cetuskan perbualan mesra bersama ahli-ahli keluarga di dalam kereta.

Pendingin_hawa : korang tau tak makne peribahasa ‘melukut di tepi gantang’?

Ayah: hah! Wawan (adik lelaki), tau tak?

Wawan : ….. (sambil mengira duit raya)….

Ayah: apa kau tau?! Syapel (shuffle) laju-laju kat depan computer tu je?! Dah naik berlekuk dah lantai kat situ kau buat syapel (shuffle). &$*%)^&$*%.... (bebelan seorang ayah penyayang).

Ikah (adik perempuan)! Apa maksudnye ikah?

Ikah: mane orang tahu! Orang belajar bahasa inggeris je sekarang..

Ayah : tak kan tak ada langsung belajar bahasa Melayu kat MMU tu? Dulu kat sekolah kan dah belajar? Tak ingat ke? *$(%*#)%# (lagi bebelan seorang ayah penyayang)

Ikah : mana ada. MMU tu belajar bahasa inggeris je….

Pendingin_hawa : pendingin_hawa (bukan nama sebenar) rasa kan, maksud dia macam mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Betul tak?

Mama : eh.. apa lah korang ni. ‘Melukut di tepi gantang’ ni maksud dia macam orang yang dipandang hina lah. Di pandang enteng lah senang kata.

Ayah : apehal mama korang ni?! Ade ke itu maksud die? Ayah setuju dengan abang (pendingin_hawa) tadi. Mengharapkan sesuatu yang tak pasti.

Mama : abang (suami) ni dah kenape?! Dah tentu maksud die cam yang saye kate tadi. Apelah lemah sangat korang ni. Budak-budak sekarang ni. Lemah betul peribahasa. Kalau mengharapkan sesuatu yang tak pasti tu ‘umpama pungguk rindukan bulan’. &**@##&$*# (bebelan seorang ibu penyayang. Lagak macam seorang guru bahasa Malaysia, padahal dia seorang pegawai bank)

Pendingin_hawa : ah sudah. Bertekak pulak dua orang tua ni (dalam hati).

Ayah: adoi. Sekarang kan zaman internet. Semua ada. Korang cari je kat peribahasa.com. semua peribahasa ada…

Peribahasa.com??

……

Ya ALLAH. Tolong jadikan kami anak-anak yang tahu menghormati kedua ibu-bapa kami. Amin..


Aku dah cari dalam internet. Maksud peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ ialah ‘Sekiranya seseorang itu ada atau pun tidak, ia tidak akan memberi kesan kepada orang-orang di sekelilingnya kerana dia tidak diperlukan.Jika dia ada, mungkin membuatkan orang tidak senang terhadapnya, dan jika dia tidak ada tidak menjadi masalah kepada orang lain.’

Ternyata mak aku memang hebat bab-bab peribahasa ini. Yang pasti, aku tak cari maksud peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ tu di Peribahasa.com

1 ulasan:

metallutca berkata...

nice one la mak ko. ape kate ko post peribahasa2 baru yg dinukildan ditafsir regularly. hehehe...