Jumaat, 10 Oktober 2008

Gambar mencerminkan segalanya 1

Entry bergambar pertama aku. Bagi berseri sikit blog ni. Asyik tengok kucing pun bosan juga kan?



Kereta baru aku. Aku namakan dia Si Putih. Ingat Shin Chan saja boleh ada Si Putih? Aku pun ada lah.

Shin Chan = Comel

Shin Chan ada Si Putih

Aku pun ada Si Putih

Shin Chan ada Si Putih = Aku ada Si Putih

Shin Chan = Aku

Aku comel

.......................................................................................

Si Putih aku ada nombor pendaftaran. Si Putih Shin Chan ada? Jelas Si Putih aku ada kelebihan berbanding Si Putih Shin Chan. Bila ada kelebihan, maknanya lebih comel, kan?

Kesimpulan 1: Si Putih aku lebih comel daripada Si Putih Shin Chan.

Kesimpulan 2: Aku lebih comel daripada Shin Chan.

............................................................................................

Gambar ayah dan mak aku. Di pagi raya. Nak puji lebih-lebih pun bukan dapat duit raya.

...............................................................................................

Pergaduhan di pagi raya.

Pendingin_hawa: apsal duit raya kau lagi banyak dari aku?! takde2, bagi aku sikit. kalau tak penumbuk raya ni jadi sarapan kau pagi-pagi ni!!

Ikah: aphal lak? ini duit aku. harta aku dunia akhirat. tak sedar diri dah tua bangka nak duit raya!! langkah mayat aku dulu lah cibai!!

Wawan: er.. ape dialog aku tadi? aku dah lupa lah..

............................................................................................

Mogok di pagi raya. Kenapa raya tahun ni nenek tak masak pizza?! Kenapa?!

(reti pula nenek aku masak pizza).

Posisi ini kekal sehingga perut dah berbunyi kelaparan. Mogok-mogok pun kena makan juga. Ingat kami Mahatma Ghandi ke?


8 ulasan:

bad berkata...

"Shin Chan = Comel

Shin Chan ada Si Putih

Aku pun ada Si Putih

Shin Chan ada Si Putih = Aku ada Si Putih

Shin Chan = Aku

Aku comel"

herm tp aku rase yg kt dinding bilik aku kt utp sem lepas mcm lg tepat la.. ala yang
idol mok = idol *****
mok = *****

tak gitu mok?hahahahah

Pendingin_hawa berkata...

bad..
itu persamaan salah..
persamaan paling salah dalam peradaban dunia..
sila buang persamaan itu dari kotak fikiran kau..
kelak akan merosakkan diri kau..
bahaya..

Achan Sinclair berkata...

Kau mungkin lebih comel dari SIn Chan...namun adalah mustahil untuk kau menandingi aku..

metallutca berkata...

mogok lapar... hahaha

pulutkuning berkata...

what the fish..
ko pakai saga putih??
ko da tg saga pkai body kit x???
sporty gitu..

Pendingin_hawa berkata...

@achan
- er..orang lain setuju tak?

@metallucta
- raya lepas kami buat mogok nak bakar rumah. tapi dibatalkan kerana nenek ugut nak kurung kami dalam jamban. jamban di luar. kami takut.

@pulutkuning
- aku dah tengok red concept. memang sporty. tapi bila aku tengok baki akaun aku, aku tak rasa sporty langusng.

bad berkata...

aku mcm setuju ngan achan..sry mok atas dasar berkatalah benar walaupon pahit, terpaksela..(achan belanje tau..ko dah janji)

Pendingin_hawa berkata...

bad.
adakalanya kebenaran itu tidak dapat diterima oleh ramai orang.
kebenaran tu adalah apa yang kamu percaya ia benar.
jadi aku faham kalau kau terpaksa menipu untuk menidakkan kebenaran itu
demi seketul belanjaan dari achan