Khamis, 9 Oktober 2008

Itulah masalahnya. aku tak boleh kemaskini blog di pejabat

Kepulangan raya lepas memang agak seronok bagi aku.

Sebab pertama, kereta baru aku sudah sampai.

Aku sangat seronok.

Dulu kenderaan aku seekor binatang, sekarang kenderaan aku seketul biji dari tumbuh-tumbuhan. Agak ironic.

Sebab kedua, keluarga aku tidak terkejar-kejar nak balik raya di kampung. Malam raya baru gerak. Jadi aku boleh menghabiskan banyak masa dengan kawan-kawan aku di rumah. Lepak-lepak di Habib (mamak) sampai pukul 2 pagi. Jalan-jalan pergi bundle yang tak reti-reti nak tutup. Main counter-strike di kafe siber beramai-ramai sambil mencarut-carut keras antara satu sama lain. Main futsal 8 orang sampai nak tercabut jantung dengan kaki. Pusing-pusing bandar JB dengan kereta baru. Banyak kan aktiviti aku? itu semua berlaku pada tiga malam sebelum malam raya.Kalau di rumah, memang aku akan menjelma sebagai seekor burung hantu. Dekat-dekat pukul 11 malam aku akan keluar hingga pukul berapa aku tak pasti.

Kehidupan malam aku di rumah memang sangat aktif. Di Universiti pun sama. Aku selalu terfikir, sistem pembelajaran di universiti patut disusun untuk pelajar-pelajar macam aku. ramai apa pelajar yang tak tidur malam? Apa salahnya adakan 2 shif untuk waktu pembelajaran? Siang dan malam. Tak kan tak ada pensyarah boleh mengajar waktu malam? Kilang boleh ada shif, tak kan universiti tak boleh?

Sebab ketiga, kasut Converse All Star aku sudah boleh dipakai kembali. Dulu tak boleh pakai. Kasut tu gatal nak bermulut. Mentang-mentang dah ada lidah, nak mulut pula. Naik lemak betul. Tapi sebab sayang, aku tak buang kasut tu. Aku simpan di rumah. Dan cuti raya tempoh hari baru aku hantar kedai baiki kasut. Nasib baik tukang kasut cakap mulut kasut aku tak kronik lagi. Baru nak mula bibit-bibit permulutan orang kata. Kira kalau nak buat cemolot (cium mulut) pun tak berapa lazat. Gila apa cemolot dengan kasut?!

Sebab keempat, aku banyak ambil gambar dengan adik-beradik aku. Adalah dalam dua tiga keping. Dulu tak ada langsung. Gambar keluarga secara formal saja. Itu pun aku tak ingat mana gambarnya. Mungkin sebab telefon bimbit aku kali ini punya kamera yang agak relevan untuk ambil gambar raya. Sebab itu yang jadi hantu kamera lebih sikit. Atau dalam bahasa inggeris camwhore (pelacur camera? Gila babi)

Sebab kelima, jumlah duit raya yang agak banyak. Nenek aku saja bagi aku RM50. Ada seorang pakcik aku bagi RM70. Inilah untungnya jadi pelajar institut pengajian tinggi. Duit raya pasti lebih. Senyum sumbing saja aku di pagi raya. Padahal sepatutnya aku sudah patut beri duit raya untuk sepupu-sepupu aku. Sepupu-sepupu aku yang sudah berkerja pun sudah bagi duit raya. Malu.

Sebab keenam, di kampung aku ada bekalan burasak yang banyak. Banyak gila. Nenek aku kata pakcik aku beli. Tiba-tiba aku rasa pakcik aku kacak enam belas kali ganda. Sebelum beli burasak tu dua kali ganda saja. Tahu burasak? (betul ke aku eja ni? Orang Bugis tolong betulkan). Dia macam ketupat juga. Salah satu kategori nasi yang dimasak dalam bungkusan daun. Daun apa aku tak pasti. Daun palas mungkin. Yang aku pasti benda ni sangat sedap. Aku boleh makan begitu saja. Kalau makan dengan serunding dan rendang ayam, ……

..….

(tak terkata . Sedang berangan. Harap maklum)

Jangan ingat raya aku seronok sangat. Ada juga yang tak seronoknya.

Sebab pertama, perjalanan aku pulang ke rumah di JB dihantui dengan sakit kepala yang amat. Tambah lagi dengan loya-loya tekak. Memang pemusnah kesenangan hidup yang paling sempurna. Sepanjang perjalanan dalam LRT dan KTM, aku tahan muntah saja. Perut masuk angin. Kronik. Siap kena gelak di dalam KTM sebab sendawa. Aku sakit lah mangkuk! Nak sendawa keluarkan angin pun macam nak tercabut nyawa. Serius. Lepas buka puasa, makan panadol dan tidur lena dalam BOBI, pemusnah kesenangan hidup yang paling sempurna tadi pun lenyap perlahan-lahan. Dan perjalanan pulang ke JB bertukar menjadi perjalanan seperti menuju ke Inderaloka. Indah dan menyamankan.

Sebab kedua, aku tak beli banyak baju atau seluar untuk raya. Padahal ayah aku dah offer dah. Aku tinggal minta saja. Tapi pasti lah yang berpatutan. Kalau aku minta Jeans sampai RM300, pasti penampar yang aku terima. Penampar raya menggantikan seluar raya. Ngeri. Entah kenapa, aku tak rasa nak beli apa-apa. Jadi masa beli-belah sebelum raya tempoh hari, aku seorang saja yang pulang dengan tangan kosong. Tiada hasil. Adik aku pun ayah aku belikan Levi’s. Mungkin ini tanda fikiran aku sudah matang? Sebagai tanda berdikari? Tidak mahu mengharap sangat hasil titik peluh ibu bapa? Rasa lebih kacak bergaya. Tapi kacak bergaya pun tak ada guna juga kalau kereta tak ada minyak.

Sebab ketiga, ada satu perkara yang aku nak buat untuk mak aku, tapi aku tak berjaya buat. Rasa segan menguasai diri. Bila entah aku dapat mengatasi segan dengan mak sendiri ni. Aku pun tak tahu.

6 sebab raya aku seronok lawan 3 sebab raya aku tidak seronok.

6 – 3 = 3

Kesimpulannya, raya aku yang lepas seronok.

3 ulasan:

Faiz Rev berkata...

mok memang kacak~!!

(komen ni bergaya kan?)

Pendingin_hawa berkata...

er..
jangan jujur sangat doh..

komen ko memang bergaya
segaya-gaya ultraman gaia

metallutca berkata...

gaya gayour gay. goyah gayah.....