Ahad, 23 November 2008

Kamu yang nak sedap, tak kan Mak Bapak nak keluar duit

Kenapa lagu-lagu dari Korea Selatan, dengar pertama kali pun dah rasa suka?

Kamu tak tahu? Aku tak berapa suka makan tauhu. Tapi tauhu bakar memang sedap.

Arsenal, apa cerita? Tiga kosong? Tiga kosong? Tiga kosong? Manchester City? Tiga kosong? Tiga kosong? Tiga kosong? Stoke City dulu-dulu? Tiga kosong? Tiga kosong? Tiga kosong?

Pertama kali main futsal dengan perempuan, memang meletihkan. Letih sebab kena main-main. Kalau main futsal dengan lelaki letih sebab kena main betul-betul. Dan aku dapat meyakinkan diri aku sendiri bahawa aku tak layak mewakili negara untuk pertandingan badminton, hatta mewakili apa-apa pertubuhan bukan kerajaan untuk perkara sama. Pada hari yang sama. Aku juga telah meyakinkan diri bahawa set pengembaraan Gol & Gincu tidaklah segah yang disangka.

Sport Planet Ipoh lagi nice.

Apa perasaan kamu, bila kawan kamu yang sudah tiga empat tahun tidak jumpa, bersungguh-sungguh ingin bertemu kamu. Betul-betul punya sungguh. Kesungguhan yang tidak kenal erti tidak bersungguh-sungguh. Aku dah cakap penat kerja, hujan, ingin tidur, Sora Aoi menanti di rumah, nak juga jumpa. Bukan tak ada hari lain. Apa kamu dah kena penyakit kronik? Kamu tak basuh pinggan ya?

Akibat dari kesungguhan itu, aku yakin ada udang di sebalik batu. Ini perumpamaan. Bukan udang galah atau udang kering tersembunyi di celahan budak-budak yang berkepala batu. Udang mewakili niat tersembunyi. Biasanya niat yang menjengkelkan. Batu pula perkara yang terang-terangan dibuat, untuk menyembunyikan niat yang biasanya menjengkelkan tadi. Senang cerita, udang di sebalik batu sama dengan ketam di sebalik pasir.

Walaupun aku dah yakin dengan keadaan udang di sebalik batu tersebut, aku masih cuba bersangka baik. Beliau memang macam ini. Dari sekolah lagi suka berkawan. Suka menjaga hubungan antara rakan-rakan. Silaturrahim yang terjalin kalau boleh hingga ke syurga. Sama-sama ingin berjaya. Aku masih bersangka baik. Memaksa hati. Menipu diri sendiri.

Memang tak guna kan bersangka baik?

Minit-minit pertama, ayat-ayat berbasa-basi mula keluar.

"Kau makin hensem ye, pendingin_hawa."

"Makin besar sial kau. Berapa kilo kau makan satu hari?"

"Macam mana hidup kau sekarang? Bila nak keluar kereta?"

Itu dia. Ayat ketiga dari atas. Permulaan untuk satu penyeksaan batin. Keluar Kereta. Ayat keramat. Ayat yang aku dah lama tak dengar. Tipikal. Sentiasa sama. Malar. Tak pernah berubah. Pelbagai organisasi. Pelbagai produk. Pelbagai tipu-helah. Keluar Kereta.

Seperti biasa, apa yang menyusul selepas itu. Aku rasa semua orang pun tahu. Logo-logo syarikat yang aneh. Fail yang penuh dengan account statement, gambar-gambar orang yang telah berjaya, konon-kononnya, hasil kira-kira yang pakar Matematik Tambahan pun boleh keliru, lagi account statement, resit pembelian kereta, tak kisah kereta besar atau kecil, sorong atau lembu. Gambar produk. Lagi account statement.

Memang cibai!

Nasib baik skrin besar tersiar acara bola sepak Liga Perdana Enggeris. Aku terpaksa jadi seorang penonton bola pada malam bersejarah tersebut. Aku tengok perlawanan Liverpool? Liverpool? Aku? Tapi bagus juga. Daripada perlawanan Arsenal yang tersiar. Baik-baik tak jumpa tiga empat tahun. Lepas ni sepuluh tahun tak jumpa agaknya. Sebab aku mengamuk.

Semasa sibuk dia orang bercerita pasal perniagaan aneh-kuat-tipu-orang itu, kepala otak aku sibuk berfikir. Aku pernah kena perkara-perkara macam ini. Selama lebih beberapa jam aku kena basuh(?) dengan mereka, aku cuba kaitkan perkara-perkara yang tipikal mengenai mereka. Walau macam mana kamu kenal mereka, bila mereka sudah terjebak dengan perkara ini, pasti ada perubahan. Berubah jadi orang yang tipikal untuk perniagaan aneh-kuat-tipu-orang ini.

Ya. Pemasaran Pelbagai Tingkat (Multi-Level Marketing) memang boleh mengubah orang.

Mereka sangat tipikal, sehingga kita boleh senaraikan perkara-perkara tipikal mengenai mereka. Ketipikalan mereka ini, seperti biasa memang menjengkelkan. Malangnya ia akan jadi lebih menjengkelkan bila mereka itu ialah kawan-kawan kamu.

1. Ayat Keluar kereta adalah mantera mereka.

Kereta adalah pengukur kejayaan? Kamu setuju? Aku tidak setuju. Aku tidak nafikan aku teruja melihat kereta-kerata mewah meluncur laju di jalanan, atau diparkir di depan bangunan besar di sebelah pejabat aku. Siapa tak kagum memang zuhud tahap alim gila babi. Tapi aku tetap tidak bersetuju bahawa kereta adalah pengukur kejayaan. Kejayaan adalah untuk diri sendiri. Kenapa perlu direlatifkan dengan orang lain? Dia rasa berjaya dengan berkereta besar. Aku rasa berjaya dengan tidak perlu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dengan kereta besar. Dia rasa berjaya dengan mengisi minyak RM 100 untuk kereta besar mereka. Aku rasa berjaya dengan menaiki tren, melihat gelagat orang hari-hari, bersesak-sesak dengan gadis-gadis comel.

Kejayaan adalah tidak malar. Terpulang kepada individu itu sendiri.

2. Mereka memang terkenal sebagai jurucakap yang manis (sweet talker).

Kalau mereka yang telah terjabak itu kawan kamu, cuba kamu imbas kembali zaman silam kamu bersama mereka. Kamu mesti selalu menjadi pendengar. Setia atau tidak, tak tahulah. Biasanya mereka sahaja yang akan bercerita, baik pasal gadis, makanan dewan makan, adik-beradik, jatuh basikal, geli ketiak. Kamu hanya berpeluang untuk mengeluarkan sepatah-dua bila mereka menghela nafas kepenatan, hanya untuk dipotong laju-laju oleh mereka. Akhirnya kamu terpaksa bercerita di blog. Macam aku.

3. Produk yang dijual amat aneh.

Spirulila lah, Ubat gigi lah, Sabun basuh lah, macam-macam produk. Tapi mana produk dia pun tak tahu. Tak pernah pula dibawa semasa promosi dijalankan. Tipu helah yang dijaja ke hulu-hilir. Duit dilabur untuk transaksi yang tidak jelas. Tiada pertukaran nilai barangan. Ada sekali, kawan aku jual piring kaca yang dikatakan mengadungi cas-cas bertenaga tinggi. Piring tersebut dihasilkan dengan pelbagai jenis mineral seperti magnesiun, kalium, karbon dioksida, helium manganat IV, beromida dan tahi unta. Khasiat piring itu, mampu menguraikan atom-atom dalam sesuatu makanan supaya senang diserap ke dalam tubuh badan. Serius aku tengok macam piring alas cawan dekat kampung-kampung dulu. Entah baldi mana dia cairkan nak buat piring itu, aku pun tak tahu.

4. Tidak rasa bersalah untuk menipu rakan-rakan.

Keluar kereta, account statement, rumah, income beribu-ribu sebulan, mahu buat ibu bapa senang, keluar kereta lepas turut serta tiga empat bulan, account statement lagi. Semua tipu. Semua. Tak kisah kamu kawan rapat, kawan sekatil atau sebantal, asal ada ruang untuk menipu, akan digunakan sebaik mungkin. Hal-hal peribadi, kesilapan-kesilapan lampau, akan dimanipulasi untuk menjadikan efek penipuan lebih berkesan. Si jurucakap pula, sekejap cakap belajar handal gila. Waktu lain cakap belajar tak pernah menjejak 3.00. Untuk meraih simpati mungkin? Muka sewaktu menipu pula memang neutral. Sesiapa yang innocent macam aku, memang mudah terpedaya lagi terpesona.

5. Keluar kereta akan diulang-ulang setiap 5 minit.

Tak perlu ulas lebih lanjut aku rasa.

6. TAK PERNAH ada yang berjaya.

Dalam kes aku lah, sekurang-kurangnya. Aku tak tahu ada kawan-kawan kamu yang berjaya main perniagaan pelbagai tingkat ini. Dulu bercerita pung pang pung pang nak keluar kereta lagi dua tiga bulan (keluar kereta lagi), income empat lima angka sebulan, kahwin lagi tiga empat bulan, melancong satu dua negara.

Bila jumpa lagi dua tiga tahun akan datang,

"Macam mana bisnes? Mana kereta kau?"

"Kau dah makan? Jom makan dengan aku? Kau belanja"

Setakat ini hanya ada seorang kawan aku yang aku tengok kaya. Datang jumpa aku, selepas dua tiga tahun tak jumpa, hanya untuk menghabiskan tiga jam aku mendengar sejarah silam, anjakan paradigma what the fuck, income beribu-ribu sebulan, account statement yang tak tahu betul atau tidak, dengan Mercedes Benz yang dibeli dengan duit sendiri. Ya pembaca budiman sekalian, Mercedes Benz yang dibeli dengan duit sendiri. Dibuktikan dengan slip pembelian kereta mewah tersebut. Macam biasa, tak tahulah slip pembelian kereta mewah tersebut betul atau palsu.

Tapi, macam aku kata tadi, berjaya itu tidak malar. Aku tidak rasa kaya itu berjaya.

.....

Aku dah tak ada idea lagi. Pemerhatian aku tak setajam MelayuMinimalis (lagi). Beliau memang pemerhati sosial yang terbaik.

Setelah lebih tiga jam sesi promosi perniagaan pelbagai tingkat, apa yang aku boleh respon, aku tidak berminat. Selain terkenal dengan kemalasan aku tahap tidak berbelah bagi, aku memang tak minat menipu orang lain, apatah lagi kawan-kawan sendiri. Aku tidak pandai menipu. Memang tidak ada bakat. Aku bukan jurucakap yang manis. Aku juga suka makan tauhu bakar.

Apa-apa pun, terima kasih kerana belanja aku teh o ais dengan teh o panas. Dua minuman itu akan aku ingat sehingga akhir hayat aku. Bukan duit ribu-ribu dan kereta Mercedes Benz kamu. Terima Kasih!

12 ulasan:

dya berkata...

"Apa perasaan kamu, bila kawan kamu yang sudah tiga empat tahun tidak jumpa, bersungguh-sungguh ingin bertemu kamu."

Baca ayat ni je. Aku terus tau. Pernah kena jugak. Masa di MMU Melaka, Kawan ni sanggup bersusah payah datang dari KL. Konon2 nak jumpa kawan2 lama. Masa tu xtau lagi benda2 ni.Baru 18 tahun. Seronok kawan2 nak datang jumpa. Sekali dia dtg2 bwk dua org lelaki yg lebih dewasa. Ajak pergi Subaidah kat MITc start lah promoting MLM yg namanya dekat2 dengan nama sabun ni. Same lah ganba2,account statement suma. Tapi ayat yg diulang2 nye, nak tolong mak bapak, tolong mak bapak, tolong mak bapak.Kalau agak2 kawan sy ni pujuk xmenjadi, brader2 tu pulak brainwash.brader2 tu mentor dia katenye.mase tu bawak iswara je. tapi sembang yg keta iswara tu keta kedua dan ketiga la. *sila masukkan kata2 celaan disini* mmg sakit ati tuhan je la tau.

Ade kes, housemate.Dekat Melaka jugak. Terlibat MLM jugak bernama L B. Guna duit PTPTN dia beribu2 untuk invest benda ni. Sekali rugi. fees yg sepatutnya
dibayar dgn duit PT tu xterbayar.die xbgtau parents takut kene marah.so pinjam duit org.sem kemudiannye dia fail sbb sibuk buat benda2 ni so xdpt ptptn, dia ambik study leave.Sbb xdapat bayar fees dan hutang orang plus keluarga dia pun tgh susah. Agak2 org yang suggestkan tu xrase bersalah ke dia jadi macamtu. Niat dia baik.nak tolong keluarga. Tapi bende2 ni berisiko tinggi.

saya admit lah.memang ada orang yang berjaya tu betul mok.ada yang betul2 berjaya.Tapi tu yang bernasib baik la. Kalau sape yang ade duit extra and got nothing to lose, boleh la.Yang kalau rugi 4 5 ribu pun dia xde problem lagi.tapi bagi student2 ni.SGt berisiko. ingt kan skarang ni dah xde benda2 ni.rupanya ada lagi.kalau jumpa lagi.mmg rasenye nak sekeh2 je kepala sorg2.wah komen terpanjang setakat ini.=P

bad berkata...

mende gini care ko nk tolak sng je..jd robot..mcm aku aku senyum ckp tanaklah..senyum "tanaklah"..senyum "tanaklah"..kalo die power misti die tegar..ko ckp je mak ko x bagi..kalo die tegar gak suh ko menderhaka kt mak ko..ko t(+_+t) je kat die lol

Bajet berkata...

Mok jangan libatkan Arsenal dengan masalah sosial ni. Relax la Arsenal menang CL season ni. Senang je nak atasi masalah ni. Bila golongan MLM ni approach kat kita. Aku cadangkan korang cakap macam ni je. Medai-medai. Lepas tu berambus je dari situ.

Faiz Rev berkata...

btol kata bad tu. jadi je robot masa die tgh brainwash kite. xpon blah bodoh cam tu jer. lantak la kawan ke x. p mampos la derang sama MLM derang tu

apsal org2 MLM sume mulut2 manis? terlebih gula pasir ke?

zzz

mrgbum berkata...

hohohoh...aku pong turut mempunyai rerakan sebegitu... mujo tak terjerumus skali... buley ilang kawan wo...

AlexAlabasta berkata...

Ya rabbi panjang. haha.

Joli ngan duwet sendiri adalah kepuasan maksimum!

Ps- Tektik mintak belanje paling best~

epulupe berkata...

btol nymQ..order bg penuh meja dlu~
then br cari reason nk blah~...
hhahaha....

ak rse, kl org ajk msk mnde neh...ko buat gaya nk mntah[?]...
..ckp dh bnyk kali dgr...
hahha joke2....

klo bad ckp buat gaya robot...klo ak, ak ckp je xmnt,xmau,xhingin...klo die dh bebal sgt, ko tala kpale die dgn kaki ko....jgn lupe ko lepaskn kata2 pedas berdas-das....

pedulik hape kwn lame..klo xpaham bhse, nk gne kawan.....baek sepak laju2....

[klo ko xphm, baek ko imagine ak hentak ko seperti selalu!!...hahaa]

...ak bencilah word verification bwh neh...PANJANG BETUL...rase nk bakar je!!!...

Achan Sinclair berkata...

Teknik biasa beb MLM ni. Mencari rakan2 yang lama tak jumpa. Macam housemate aku, die MLM. Dan targetnya bukan housematenya kerana die sedar bahawa kami memang tak makan saman.

Dulu time foundey pun aku ingt senior sekolah aku ajak minum, ingt kan die nak berbakti dan ikhlas nak membantu aku mengharungi liku-liku kehidupan sebagai pelajar universiti. Akhirnya keluar lah produk..Lux..korang paham sendiri lah..

MLM ni ada 2 yang ko pasti tempuhi:

1) Hilang duit
2)Hilang Kawan

Sekian

Tanpa Nama berkata...

tahniah menggunung kepada saudara yang menulis anekdot2 menguja minda. membaca catatan2 disini mengingatkan saya kpd blog saya yang telah ditutup. kini saya lebih suka "terbang".

mengulas ttg pe-lobi2 mlm, saya mempunyai cara tersendiri bila berdepan dengan invitasi dan hasutan2 mereka. saya lebih suka mendengar dan bertanya soalan2 yang akan lebih menggalakkan mereka lebih me-lobi produk, statemen dan ilusi kereta2 mewah. ia lebih baik dpd buat2 tak kesah atau menyiksa diri memaksa untuk mendengar. prinsip saya, ilmu itu ada dimana2, hatta dalam provokasi cara jual yang se-agresif mlm. saya cuba mengatasi ajakan2 dan ilusi agen2 itu dengan perbandingan2 fiksyen terhadap mlm2 lain hanya sebagai hiburan minda bila melihatkan bagaimana bersungguh2nya mereka pabila diperdaya kembali tanpa disedari. dan pada setiap klimaks episod pertemuan prospek sebegini, saya dengan selamba dan tegas akan mengatakan TIDAK!! tanpa dialasi sebarang hujah atau janji. saya belajar membina prinsip dan 'authority' diri dalam perbincangan sebegini.
tak perlu mintak maaf, tak perlu janji-janji.... prinsip dan authority!

pasti ada barang sedikit hikmah dalam sebarang peristiwa/pertemuan begini. ya, mereka memang patut di sumpah seranah, tapi saya lebih berterima kasih kepada mereka kerana sanggup membuang masa cuba meyakinkan saya bahawa mereka telah berjaya.

maaf, saya suka mengulas terlalu panjang.

saya akan terus memerhati saudara di sini.

-gumbleed-

Drum Kit berkata...

mok
aku tiada komen lain tapi
"MLM for LIFE"
haha!!
haha
aku pon dah byk terkena
hahah
ahahah
ahahah
ahahaha
ahahaha ah a
ah ah ah
eh dah len mcm bunyi nye

Tanpa Nama berkata...

mok, cpt la buat post baru!

aimighazali berkata...

hurmm..br perasan mereka sering menggunakan kereta sebagai objek kemewahan..plg penting mereka ini amatla x ikhlas..
sy pernah ikut kwn sy dgr benda2 alah y karut marut ni y hampir mengorbankan solat sy..ble tanye nk g mane die x nk cakap..dh smpi dok jln2 keliling office die smbl dgr die membebel pasal office 2 tp x gak cite psl bisness 2..smpi la otai die dtg tuk cite sume psl haiwan MLM ni..sy pun layan semacam jela sbb sy dh penat..then d next day ble check kt internet rmi y dh kne tipu ngn comp ni..bukan sikit makan riban-riban gakla..mereka mmg penipu n sanggup mkn duit kwn dan univ adalah lubuk emas mereka..