Ahad, 22 November 2009

G-Dragon - Heartbreaker

Korang perasan tak waktu biasa aku update KENCINGKUCING time pagi pagi pukul 3, 4 pagi. Waktu orang da sebok sebok bangun nak pegi keje kalo keje jauh jauh macam haram jadah.

Aku sekarang dalam dilema nak tidur ke tak nak tidur. Sebab aku takut aku tak dapat mimpi Siti Nurhaliza time tidur nanti. Rugi je tidur.

Aku tengah layan Muse - Stockholm Syndrom sambil berangan bile nak perform macam dorang. Dorang cool kan? Agak agak kalo Muse perform time kenduri kawin aku nanti cool tak?

Kotak rokok atas meja. Aku rasa nak hisap rokok. Tapi tangan aku tak capai capai rokok tu. Rokok ni tak cukup menggoda aku ke? Lighter aku kaler kuning, lighter rembat orang tertinggal kat mamak haritu. Save duit seringgit lebih tak payah beli lighter.

Dekat taskbar aku sekarang ade 5 taks. Mozilla Firefox, D:\lagu lagu, C:\Documents and Se..., Words dengan windows media player classic. Banyak betul lagu dalam folder lagu ni. Aku masuk sume dalam playlist, tidur dan bangun tidur pun tak abes sume lagu lagi.

Aku bosan sampai tahap ambil sehelai A4, letak atas meja dan conteng bodoh bodoh. Sesuatu yang hanya aku lakukan time tengah lecture. Mana satu cara yang lagi bernas untuk menghilangkan kebosanan, conteng atas kertas A4 atau menghadap cermin selama 10 minit dan cakap "Wahai cermin siapakah lelaki paling kacak dalam Universiti ni?"

Sambil conteng conteng tadi aku try tulis tangan kiri. Aku bukan kidal. Tulisan aku jadi macam sial. Tapi aku rase orang kidal cool. Banyak barang barang atas muke bumi ni dicipta untuk orang bukan kidal. Kebolehupayaan orang kidal guna pakai mende mende tu memang cool. Aku nak jadi kidal sempat lagi tak?

Aku buat ujikaji sikit. Aku tulis dekat KENCINGKUCING dekat Paint pakai mouse. Hasil die kat bawah ni. Yang atas tangan kanan, yang bawah tangan kiri.
Agak sial jugak tangan kiri aku tulis pakai mouse.

Aku dengar lagu Ungu - Demi Waktu sekarang. Disebabkan band ini nama Ungu, perkataan ungu jadi femes. Kalau dulu kita dengar ungu, terbayang bayang kaler pensil purple. Sekarang kalau dengar ungu mesti lagu ni yang terngiang ngiang dulu, kan? Sama macam Hujan. Sebelum Hujan naik, perkataan hujan tu takde nilai komersil langsung kot. Sekarang macam mana? Aku nak buat band nama BALDI la. Nanti bile band aku terkenal sumorang akan menghargai baldi.

Semester ni aku ade due buku. Due due buku tulis saiz A4. Buku tu lah aku bawak pegi kelas, pegi lab, pegi meeting, buat projek final year dan macam macam lagi. Pendek kate buku ni saje lambang aku sebagai student. Korang rase aku pemalas? Aku rase tak sebab semester lepas aku ade satu buku tulis je. Kire semester ni aku cemerlang sikit lah sebab ade due buku.

Bile aku tengok balik ape yang ade dalam buku buku tulis ni, aku rase mesti buku ni ade simpan angan angan untuk dilahirkan semula. Macam ni la monolog die aku ingat:

"Oh Tuhan, kau masukkanlah aku ke pusat kitar semula, dan berilah aku kehidupan baru, supaya tulisan tulisan bangang ni takde lagi atas mukesurat mukesurat aku.."

Aku ade satu tabiat. Setiap kali aku bungkus nasi, gelang getah buat bungkus tu aku simpan dalam laci. Banyak jugak la aku dapat kumpul. Tu tak kire lagi yang bersepah sepah atas lantai dengan bawah meje ni. Kang aku free aku kutip la satu satu. Berapa nilai gelang getah dalam pasaran antarabangsa? Dia kira ikut berat ke macam mane haa?

Sebab internet UTP laju (betul betul laju ni bukan sarcasm), aku dapat habis baca sume entry Saharil Conteng harini, start dari first post lagi. Aku rase die sangat cool. Lukisan lukisan die kadang kadang macam sial tak paham, tapi nilai lawak die memang tinggi. Bukan lawak bodoh pulak tu. Aku rase die sangat cool jugak sebab die orang Jawa Johor, sama macam aku.

Matiin baru lepas PM aku ajak main snuker tatkala azan subuh baru lepas berkumandang. Memang bangang. Ajak la maen polis sentri ke, belon acah ke, maen ceper ke. Tak ada nilai tradisional langsung.

Aku tension sebab cbox kat belah kanan KENCINGKUCING ni kene block dengan UTP.

Aku lapar padahal pukul satu tadi dah makan. Perut aku bocor ke?








Selasa, 17 November 2009

Dewan Peperiksaan

Aku sekarang masih dalam minggu minggu neraka bergelar minggu peperiksaan akhir semester. Walaupun hanya 4 paper sem ni, tapi sudah cukup menggamit perasaan huru hara dalam sanubari.Biasa lah kan? Siapa yang tak huru hara time final exam? Budak tadika pun rase seram sejuk kalau nak pegi peperiksaan.

Sepanjang jadi pelajar dari darjah satu sampailah sekarang umur 22 tahun, memang macam macam jenis peperiksaan telah aku gagahi. Purata setahun 2 peperiksan, jadi 16 tahun belajar sama dengan 32 peperiksaan. Peh banyak betol! Itu tak campur peperiksaan mengambil lesen memandu, lesen menerbang, lesen hisap rokok daripada kedua orang tuatercinta dan pelbagai lagi peperiksaan sampingan lain. Dah muak dah amik peperiksaan.

Sejak masuk U ni, purata satu kertas exam mengambil masa 3 jam. Lama woh 3 jam. Macam cerita hindustan. Tidur sejam ade belen lagi 2 jam. Usya awek sejam tinggal lagi sejam. Termenung tengok paper sejam. Abis bila masa aku tulis jawapan atas kertas jawapan? Hanya Tuhan yang tahu.

Waktu 3 jam yang diperuntukkan membolehkan aku menganalisis pelbagai subjek dan predikat yang ade dalam dewan peperiksaan. Aku tulis kat bawah la ye.


Perkara-perkara yang perlu diambil berat ketika di dalam dewan peperiksaan.


1. Sikap pelajar yang duduk di table kiri dan kanan kita.


Ini adalah perkara pokok dalam setiap pengharapan semasa menghadapi exam. Amat malang lagi celaka apabila pelajar yang duduk di kiri dan kanan kita amat kemut dalam berkongsi maklumat. Alah apalah sangat jawapan exam tu. Tak payah la nak tutup tutup. Bukak je luas luas atas meja tuh. Bukan aku nak kacau kau jawab exam pun. Aku nak usya jawapan kau same ke tak dengan jawapan aku je.

Berikut adalah ciri ciri pelajar yang amat ideal lagi cocok untuk duduk di table sebelah menyebelah kita:

1.1 Setiap sem dapat anugerah dekan.
1.2 Mempunyai tulisan yang amat besar untuk memudahkan kita melihat setiap huruf yang ditulis.
1.3 Melorek dengan pantas pada kertas jawapan OMR dengan tawadhuk tanpa ragu ragu.
1.4 Mampu mendengar bisikan bisikan halus yang keluar dari mulut kita semasa meminta maklumat.
1.5 Mampu memberi respon yang baik atas bisikan bisikan halus yang telah kita lemparkan kepadanya, tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka kepada penjaga penjaga peperiksaan yang macam sial asyik nak usya orang je.
1.6 Gadis yang comel dan genit (Bonus)

2. Keadaan tubuh badan yang optimum.

Tubuh badan yang optimum membolehkan kita memerah otak dengan lebih efisyen untuk mengekstrak jawapan jawapan yang boleh kita hemboskan atas kertas jawapan. Kalau time time exam nak demam la, nak selseme srott srott, nak sakit perut kesan sambal cili api sarapan, memang letih. Baru nak tulis jawapan, dah terbayang jamban. Baru nak derive equation, dah terbayang katil. Macam mana? Dah boleh bayangkan kot hurup C atau C+ time tengok result kat website nanti.

Jadi pastikan kamu main bola tiap tiap petang. Sambil bersukan boleh juga usya usya gadis pegi cafe beli dinner.

3. Reliability setiap alat tulis dan alat kira.

Alat alat basic seperti pensil, pen, pemadam dan sebagainya haruslah beroperasi dengan optimum. Pastikan bekalan ubat pensil yang mencukupi, lebih lebih lagi untuk yang selalu melukis kartun kartun tak berfaedah atas kertas soalan. Kang lukis kartun boleh, nak lorek atas kertas OMR tak dapat. Dah kena mintak ubat pensil table sebelah. Lepas tu penjaga peperiksaan datang tanye haa tau terkial kial. Sape yang susah?? Bawaklah at least 2,3 batang pen. Aku takpe bawak sebatang je sebab bukan pakai banyak sangat pun. Kalau bawak pen banyak banyak pun bukan boleh buat jawapan aku bertambah atas kertas jawapan. Abis abis buat pusing pusing kat tangan je sambil termenung nak makan ape lepas exam nanti.

Untuk pelajar engineering, kalkulator casio Fx-570 memang tidak asing lagi. Pastikan bateri kalkulator mencukup. Kalau agak agak dah kelam sikit kaler nombor nombor kat skrin tu pegi la tuka bateri. Bape ringgit je pun. Nak tukar bateri kalkulator pegi kedai jam sane. Jangan pegi kedai basikal kang kena sebat dengan tiub basikal padan muke. Lepas tu jagelah kalkulator kamu bagai menjaga seekor kambing untuk korban Aqiqah. Dah tau mende tu penting jangan lah letak sepah sepah. Tulis name besar besar kat kalkulator tuh. Jangan sampai time jawab exam nanti kamu tulis function pakai kalkulator henset. Ade ke tak function dalam kalkulator hanset? Hanya Tuhan yang tahu.

4. Sikap penjaga penjaga peperiksaan (invigilator betul ke aku eje ni ah pegi mampos)

Sebelum memulakan operasi taktikal menyerap maklumat maklumat penting dari pelajar sebelah menyebelah, kita harus pastikan keadaan emosi, fizikal dan spiritual penjaga penjaga peperiksaan. Mereka adalah musuh ketat kita. Ingat peribahasa inggeris yang terkenal, "Keep your friend close, keep your enemy closer". Langkah langkahnya adalah seperti berikut:

4.1 Kira dengan tepat berapa jumlah penjaga peperiksaan dalam dewan tersebut. Tindak tanduk, Lokasi mereka, arah perjalanan mereka, Pandangan mata mereka, mimik muka dan sebagainya. Setiap inci perlakuan mereka haruslah diamati dengan teliti demi menjamin keselamatan result kamu kelak.
4.2 Pastikan jantina mereka. Mengikut pengalaman dan makrifat aku, penjaga peperiksaan lelaki mempunyai peratus yang lebih tinggi untuk mengantolkan cubaan cubaan lahanat pelajar untuk meniru dalam peperiksaan. Yang perempuan paling kuat pun die sound sambil buat muke garang. Kewarganegaraan penjaga peperiksaan juga tidak harus dipandang enteng. Penjaga peperiksaan dari luar negara biasanya lebih serius dalam menangani masalah peniruan ini. Jadi berhati hati.
4.3 Bunyi tapak kaki. Kenal pasti bunyi tapak kaki mereka. Ini untuk mengelakkan kamu diherdik secara melulu dari belakang semasa kamu sebok mencedok jawapan dari table sebelah. Ambil kira faktor ambient temperature, humidity dan arah angin di sekeliling kamu. Semua itu mempengaruhi tempoh masa perjalanan gelombang bunyi dari tapak kasut penjaga peperiksaan ke gegendang telinga kamu. Kira dengan tepat jarak antara kamu dan setiap penjaga peperiksaan. Pastikan jarak selamat tidak kurang 20 meter.

Walaupun pelbagai langkah keselamatan telah diambil, namun masa depan kita bukan di tangan kita. Tidak mustahil gerak geri kita mengundang perasaan ingin tahu sesetengah penjaga peperiksaan yang terbabit. Kalau kamu tengah sebok melihat kertas jawapan meja sebelah kamu, dan tiba tiba datang satu perasaan seram sejuk, dan dari ekor mata kamu nampak seseorang menuju ke arah kamu, langkah langkahnya adalah seperti berikut:
  • JANGAN buat eye contact. JANGAN! Ini kesalahan biasa yang dilakukan oleh rookie rookie peniru peniru tegar.
  • Alihkan kertas jawapan ke arah pandangan kamu. Arah mata pastikan ke atas kertas jawapan. Buat buat sebok berfikir dan jangan terus menulis.
  • Buat muke selamba dan tak bersalah. Jangan takut. Dia tak ada bukti kamu meniru. Dia tak rekod setiap perlakuan kamu pakai video cam. Teruskan menulis seperti biasa.
  • Bila kamu disoal, jawab dengan tenang. Kawal pernafasan dan jangan huru hara. Dia psiko je tu. Layankan je die dulu. Agak agak die tak dapat kantolkan kamu, die pon blah aa.
  • Sematkan dalam fikiran, "Tak kantol Tak kantol". Keyakinan diri amat penting bagi menhadapi situasi mendebarkan seperti ini.
  • Kalau kene halau jugak, ready je lah nak enroll lagi subjet tersebut sem depan. Takde hal lah extend satu semester lagi.
*************

Banyak lagi perkara perkara yang perlu diambil berat semasa dalam dewan peperiksaan. Pakaian, Longitud dan latitud meja kamu dalam dewan, Saiz dewan, Jarak dewan dari bilik kamu, dan juga Saiz kertas toyol. Semua itu akan diulas dengan lebih lanjut dalam post yang akan datang.

Sekarang aku nak tidur esok kena study Facilities paper terakhir sebagai seorang student bebeh! Cau lancau.

Ahad, 8 November 2009

Kata kata seloka dalam cerpen

Aku rasa tidur aku terganggu. Rasa panas semacam. Aku dah pasang kipas 5 kot lepas subuh tadi.

Slow slow aku capai henset. Baru pukul sebelas. Awal sangat nih. Bangun awal awal buat ape bukan nak gadis sambut pembangunan aku pun.

Malangnya kondisi badan aku tak cukup mantap untuk sambung tidur. Perut dah terasa something. Macam lapar. Kesan tosey malam tadi dah habis kot. Aku cuba membuat perkiraan matematik dengan mengira jumlah tenaga daripada tosey tersebut. Betol betol. Memang normal lah lapar time time macam ni.

Nak tak nak kena bangun. Kalau tak bangun perut lapar. Kalau perut lapar macam mana nak tidur?

Terpisat pisat mata aku kena cahaya matahari tengah hari. Kedudukan tingkap ruang atas ni tak strategic la. Macam mana jurutera rumah aku ni buat kerja? Demit demit demit aku mencarut dalam bahasa ingeris sebanyak tiga kali berturut turut. Setting seluar sikit agak agak tak memalukan jiwa raga, baru turun. Mata terus tuju atas meja. Macam biasa nasi bungkus dah placing nicely kat atas tu. Sederas air terjun aku buka bungkusan itu. Macam biasa lagi, nasi putih, ayam kurma seketul, sayur lebih kurang. Cantik sikit je hiasan die daripada makanan dewan makan SMKAJB dulu dulu. Aku curah air masak dalam cawan, minum seteguk dua, terus placing atas kerusi. Hm tak bape pergi lauk die hari ni. Nasib baik aku tak gosok gigi, kalau tak mesti lagi out rase die.

Selepas beberapa kunyahan, baru aku tersedar kebangangan diri. Patut la rase sunyi sepi je rumah ni. TV tak pasang lagi. Merayau rayau mate aku cari remote Astro. Demit mane lak peginye remote nih? Aku bangun, sepak sepak sikit bantal bantal atas lantai. Jumpa. Cari remote TV lak. Babi payah betul nak bukak TV. Tak berteknologi sungguh. Patut niat je dalam hati dah menyala dah TV tuh. Kali ni jurutera TV pulak aku maki. Bodoh bodoh bodoh makiku dalam bahasa melayu pula.

Sambil makan tangan kanan, tangan kiri picit simbol + kat remote Astro. Pap pap pap dari satu cenel ke satu cenel. Semua rancangan tak membina minda. Last last layan Discovery Channel je. Mythbusters. Canggih canggih betul alatan diorang ni. Ingat nak beli satu la nanti. Boleh buat placing ngorat awek awek berkelulusan tinggi.

Kunyahan terakhir, sekilas aku tengok jam kat dapur. Baru duabelas setengah. Awal lagi ni nak mandi. Nanti zohor kena masuk toilet lagi. Malas ah masuk toilet banyak banyak kali. Bukan ada Siti Nurhaliza pun dalam tuh. Basuh tangan lebih kurang, cawan letak kat sink. Sebijik cawan je pon air masak je pon tak payah basuh.

Aku menilai kondisi badan. Dah sedap nih. Tenaga dah banyak masuk dalam perut. Perut yang kenyang ditepuk tepuk selesa. Betol lah peribahasa orang dulu dulu,

"Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati"

Aku akan jadikan peribahasa ni sebagai pedoman untuk mengharungi hidup yang penuh pancaroba ini.

Aku placing bantal elok elok, mengikut kontur badan. Perlahan lahan dan penuh tertib aku baringkan diri aku beralaskan karpet di hadapan TV sambit menatap Mythbusters penuh khusyuk. Berangan sikit sikit ape nak buat petang ni..

Tak sampai lima minit, TV pula khusyuk menatap aku tidur...


Khamis, 5 November 2009

Ruginya aku tak print Dissertation FYP pakai kertas Double A

Siang tadi merupakan antara hari-hari keramat sebagai seorang pelajar kejuruteraan kimia di UTP. Pembentangan Projek Rekaan Loji. Memang sesuatu yang amat neraka. Waktu tidur menjadi huru hara dan semakin terhad.

Jadi selepas Pembentangan, tidur dan bangun hanya untuk menjawab ujian, makan dan sembahyang. Selepas itu sambung tidur lagi dan bangun untuk main Snooker.

Aku kira waktu sekarang adalah terbaik lagi berhemah untuk aku mengemas kini KENCINGKUCING yang agak bersawang. Sawang sawang yang tumbuh di KENCINGKUCING seperti sawang di rak rak buku Tok Aweed a.k.a Nadim yang tumbuh di sebelah kotak speaker Altec Langsing beliau. Sawang sawang tersebut aku nampak mempunyai masa depan yang cerah untuk dikormesilkan oleh beliau sebagai pusat ternakan labah-labah Black Widow. Jangan mati kena sengat sudah.

Aku tak faham kenapa bila sesuatu blog dah lama tak update, orang cakap bersawang. Celah mana ada sawang dekat dalam blog? Blog adalah satu laman maya yang tidak mempunyai ruang secara diskrit. Nama pun maya. Kenapa tak cakap blog tersebut semakin usang ke, ketinggalan ke, kan? Kenapa sawang? Kenapa?? Ah sakit kepala aku memikirkannya.

Untuk post kali ini aku nak letak gambar gambar sikit lah. Dah lama rasanya tak letak gambar gambar. Nanti orang bosan. Macam waktu pembentangan, kalau satu-satu slide tersebut banyak wording pastu kena suruh skip, macam aku tadi. Jadi molek lagi cantik rasanya aku letak gambar-gambar pula.



Barang-barang di Sekeliling Meja dan Katil aku yang aku rasa tak patut ada pada meja Kaum Hawa.

Kopiah/Ketayap/Songkok/Serban



Ini barang paling basic yang tak sepatutnya ada atas meja Kaum Hawa. Walau kita fikir sekeras-kerasnya dan semasak-masaknya, tak ada ruang bagi Kaum Hawa untuk menggunakan Kopiah/Ketayap/Songkok/Serban, baik secara langsung atau tidak langsung. Untuk Kaum Adam memang banyak lah kan?

Kegunaan Kegunaan Kopiah/Ketayap/Songkok/Serban:
  1. Sembahyang. Walaupun hanya seminggu sekali untuk pergi sembahyang jumaat, kira OK lah tu.
  2. Untuk buat pergi Meeting. Baru nampak macam Adam Haji Hassan ataupun Syafiq Haji Adam.
  3. Untuk pergi Jamuan Raya. Biasanya dikenakan dengan pakaian raya. Tak kisah raya puasa atau raya hindu. Kita kan 1 Malaysia.
  4. Buat letak duit syiling. Agak agak dah tak tau nak cekau bekas mana nak simpan duit syiling banyak banyak buat beli rokok, memang jadi saja pakai kopiah. Sembahyang tak wajib pakai kopiah, kan?
  5. Buat letak duit kertas atau duit syiling, special kes untuk songkok. Biasa dilakukan ketika zaman zaman sekolah dulu. Duit lebih lebih buat beli jajan boleh selit celah celah songkok. Letak dalam poket takut jatuh sebab main polis sentry atau main galah panjang/belon acah bersama rakan rakan sekelas. Lama lama lunyai songkok tu asyik kena kopak nak cari duit.
  6. Buat main ragbi, juga special kes masa zaman zaman sekolah dulu. Agak agak awal sampai surau, belom azan lagi, boleh lah main ragbi kecil kecilan di perkarangan surau. Kalau dapat pakai songkok tinggi lagi mencabar permainan ragbi tersebut. Projectile songkok tinggi sukar diduga. Hantaran tak kemas sangat.
  7. Ada lagi? Aku dah tak ingat dah.

Rokok/Tembakau/Daun Rokok/Mesin Gulung Daun Rokok berserta Mancis atau Lighter.



Peratusan perokok perokok di kalangan Kaum Hawa di Malaysia aku yakin masih rendah berbanding negara negara maju atau membangun yang lain. Kesimpulannya untuk sekotak rokok dan sebiji lighter menghadirkan dirinya di atas meja Kaum Hawa adalah sesuatu yang kurang sweet untuk kita bayangkan. Apatah lagi rokok rokok rare seperti paip, shisha atau ganja. Memang minta kena sesah dengan batang penyapu kalau ada benda benda tu atas meja mereka. Mengalahkan Kaum Adam pula!


Ashtray/Bekas Abu Rokok/Cawan Terpakai untuk letak Abu Rokok



Kalau dah tak merokok, sah sah lah tak ada benda ni atas meja, kan? Di sini kita boleh lihat pelbagai kreativiti Kaum Adam dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pelbagai bekas boleh dijadikan tempat menyisihkan abu abu rokok yang sudah tidak diperlukan. Seperti gambar di atas, aku menggunakan bekas air epal terpakai. Masih terngiang-ngiang kesedapan air epal tersebut. Lantas untuk mengabadikan kesedapan air epal itu, aku semadikan bekasnya untuk dijadikan bekas abu rokok. Pelbagai lagi bekas bekas terpakai boleh digunakan, antaranya:

  1. Kotak kasut
  2. Bekas kuih raya pemberian bonda tercinta
  3. Tin Biskut beraneka. Kalau seseorang dapat penuhkan bekas tersebut dalam masa sebulan, bulan berikutnya dah boleh tempah satu lot tanah untuk buat kubur sendiri.
  4. Cawan buat milo three in one semalam yang masih ada sisa sisa air milo.
  5. Mangkuk buat maggi, juga semalam punya. Lepas makan maggi, terus cari rokok memang terbaik!
  6. Botol botol air mineral. Tapi mencabar sikit sebab opening die kecil. Kena target betul betul baru abu tu masuk dengan sempurna.
  7. Bekas pringles/Jack Potato. Senang sebab siap penutup yang mudah dibuka. Bau abu rokok tak tersebar sangat.
  8. Susah susah sangat ketis je rokok tu ikut tingkap, tak payah bekas bekas nih.

Kotak kotak rokok lama sebagai kenang kenangan



Setiap kotak mempunyai kisah tersendiri. Jadi elok disimpan. Gambar di atas hanyalah kotak kotak rokok yang berpeluang untuk disimpan untuk semester ini. Semester lepas dah buang dah. Tak kan nak simpan juga. Aku tak sebangang yang kau sangka.

Seperti satu kotak putih yang kamu dapat saksikan di celahan celahan kotak kotak rokok tersebut, adalah sekotak rokok cap Lucky Strike daripada Jepun. Jepun tau. Jangan main main. Ingat senang ke nak dapat hisap rokok dari jepun? Kena naik kapal terbang sampai Jepun. Kawan aku bagi sewaktu die bercuti balik ke Malaysia. Time isap rokok Jepun tu, terbayang-bayang scene Hana Yori Dango, aku menghisap rokok bertemankan Makino Tsukushi. Indah!

Bila lihat susunan kotak rokok yang semakin menggunung, ada dua saja perkara yang berlegar-legar dalam fikiran aku:
  • Agak agak boleh tak aku penuhkan rak ni dengan kotak rokok sebelum grad hujung tahun nih?
  • Dah tak sayang jantung sendiri ke?
Bingung aku memikirkannya. Baik aku tidur.


Kasut Futsal di Bawah Meja yang Berhabuk/bersawang.



Dulu dulu aku letak saja kasut futsal aku kat luar rumah. Lepas tu ada Asshole mana entah rembat kasut aku bangang betul. Aku baru pakai tak sampai 10 kali dah kena rembat. Bodoh Bertalu talu. Bukan kasut mahal pun tak sampai seratus. Nak rembat jadah apa? Tak kan aku nak main bola kaki ayam macam foreigner foreigner kaki tebal tuh? Kaki aku sehalus kulit bayi macam iklan pampers kot.

So untuk elak pisang berbuah dua kali atau untuk elak durian ditebuk tupai, aku mengambil langkah pencegaha dengan meletakkan kasut di bawah meja saja. Kalau hilang lagi memang aku tak kan cabut kasut tersebut dari kaki aku hatta untuk ke jamban sekalipun.

Baju baju bergantungan di lampu kalimantang



Sebagai seorang bakal jurutera, aku kena sentiasa berfikir 'out of the box'. Tak semestinya kita harus menggantung atau mengeringkan pakaian kita di ruangan ampaian. Banyak lagi ruang ruang kosong yang boleh kita utilize dengan bernas dan berkesan untuk kita keringkan baju setelah selesai dicuci. Lagipun, dengan menyidai baju di lampu kalimantang seperti gambar di atas, baju kita akan lebih dekat dengan kipas, lantas mempercepatkan proces pengeringan, seterusnya bolehlah dipakai untuk ke kelas keesokan harinya. Kalau sibuk dengan tugas tugas seharian, baju baju tersebut bolehlah dibiarkan di situ sehingga seminggu tanpa perlu risau hilang ditiup angin atau dibuang makcik cleaner. Dapat juga kita menjimatkan ruang di dalam almari pakaian. Almari pakaian akan kelihatan lebih kemas dan teratur.

Itu saja kot. Tak boleh lah nak ceritakan lebih lebih. Tak nak lah membuka pekung di dada sendiri. Agak agak nak tengok apa lagi atas meja aku meh datang bilik. Bawak la pisang goreng ke, karipap ke ataupun kuih kegemaran seluruh malaysia, kuih keria cafe V5 yang terkenal.


Sekali imbas, mari kita lihat keseluruhan meja aku secara amnya, untuk tatapan umum. Perlu diingat bahawa gambar meja yang aku letakkan ini adalah dalam keadaan kemas atau kurang sibuk. Kalau waktu-waktu puncak seperti ada projek atau tugasan, perkataan yang lebih sesuai untuk digantikan dengan meja adalah tongkang pecah.

Mari tidur esok nak buat report Projek Rekaan Logi sial betul.

Khamis, 15 Oktober 2009

Gurih Harum Nikmat Mati Cepat

Internet UTP slow macam haram jadah.

Kenapa internet UTP slow macam haram jadah? Sebab die tak slow macam halal jadah. HarharharharamJadah.

Internet adalah satu kemudahan asas yang sangat sangat diperlukan oleh seorang pelajar aktif seperti aku. Internet penting untuk mendapatkan maklumat maklumat asas untuk sesebuah projek ataupun assignment.

Ah babi. Asal dari tadi tak keluar ayat-ayat kelakar dari benak fikiran aku nih? Demit.

OK.

Tak sepatutnya internet UTP slow macam ni. Ini adalah kerana UTP adalah Universiti Teknologi Petronas. bukan Universiti Tanpa Perhubungan atau Universiti Taik Palat. Universiti Teknologi Petronas sepatutnya mempunyai hubungan internet yang kondusif dan selaju jet pejuang. Ini nak bukak google pon tak dapat. Babi sungguh. Kalau babi pakai internet UTP pun beliau akan mencarut "BABI!" laju-laju.

Mungkin kamu yang bukan pelajar UTP tidak dapat membayangkan betapa slow haram jadahnya internet UTP ini. OK aku bagi contoh:

  1. Aku picit Mozilla Firefox kat desktop aku yang ade gambar Hazel.
  2. Mozilla mula terpacul memenuhi skrin sambil lambang hijau di bawah kanan skrin bergerak merangkak-rangkak.
  3. Aku tidur.
  4. Dah grad baru dapat bukak Google.
  5. Mencarut laju-laju.
Slow kan? Babi kan? Babi sangat kan?

Aku tahu ramai siswa-siswa di luar sana tak berpeluang pun dibekalkan dengan kemudahan internet free seperti di UTP. Tapi mereka duduk di kediaman sendiri seperti rumah sewa, rumah tumpangan, rumah kedai ataupun rumah sukan. Tak kan Universiti mereka nak tarik cable LAN tu dari rumah ke rumah? Leceh la camtu kan?

Kat UTP ni, memang semua student kena duduk dalam. Jadi sudah menjadi satu kewajipan untuk pihak universiti menyediakan persekitaran yang kondusif lagi efektif untuk menhasilkan graduan-graduan yang cemerlang dari setiap sudut. Kalau kemudahan asas seperti internet pun terkial-kial, apatah lagi kemudahan awam yang lain seperti table snuker, pusat karaoke dan sebagainya?

Susah sebenarnya bila internet slow macam ni. Nak bukak facebook tak boleh. Nak comment dekat wallpost dekat facebook tak boleh. Nak picit "like" yang ada thumb up tu tak boleh. Nak upload gambar tak boleh. Nak usya gambar gadis gadis clubbing tak boleh. Nak main Mafia Wars tak boleh. Susah lah. Tergendala life.

Facebook ni lagi satu hal. Eh facebook tak satu hal. Pengguna facebook yang banyak hal. Macam macam kerenah. Nak tidur pon wat status macam ni:

"Dah nantuk da.. Nak tito.... ^_^""

ape fuck? Kau nak tido tido je la tak payah nak bagitau semua orang kau nak tidur. Ape kau ingat semua orang nak dodoikan kau ke ape? Pastu yang tak boleh blah ade jugak orang nak like status camtu

" Kontolagenda likes this"

ZZZ aku cakap.

Sori kalau aku menyinggung perasaan sesetengah pihak yang kuat main facebook nih. Mesti korang pun cakap:

"Ah mok kau pun maen fesbuk jugak kalau tak camne kau tau semua nih?"

Memang la aku maen facebook tapi takde la sampai tahap aku nak pegi mandi pun aku wat wallpost tak perlu kot laen la kalau kau cakap kau nak open table ke, Maria Ozawa comment gambar kau ke, Jenni Lee add kau ke baru lah best sikit nak buat wallpost.

Jadi kesimpulannya, sepatutnya internet UTP diperhebatkan sedikit. Kalau tak nak laju macam jet pejuang pun, macam kereta proton pon OK. Bukan kami sebagai pelajar pelajar ni nak bukak redtube atau youtube selalu pun. Tapi cukup sekadar untuk tidak menjadi bahan umpatan agong di kalangan pelajar-pelajar. Jangan sampai satu tahap orang jadikan internet UTP ni sebagai satu perkataan makian seperti ayat di bawah:

" Weh pegi la tanam C4 tu bodoh takyah nak bersiar-siar. Internet UTP la kau ni!!!"

Kasar kan? Sekasar Internet UTP kan?

Cau.


Rabu, 14 Oktober 2009

KENCINGKUCING dah bersawang

Blog aku dah bersawang. Tapi aku malas nak bersihkan.

Camne nak bersihkan sawang? Biase orang amik kain basah lalu dilalu-lalukan dekat sawang tersebut sambil berangan bile skoler nak masuk. Kalau sawang kat dinding-dinding yang tinggi, galah atau batang penyapu bulehlah digunakan. Sauk-sauk saja sawang tersebut sehingga bersih. Kalau malas tahap tak hengat, amik kain basah, lempar je kat sawang-sawang yang dah bersawang tersebut. InsyaALLAH berkesan. Kalau tak berkesan jugak, biarlah sawang tersebut kat situ. Boleh kita tengok perkembangan sawang tersebut dari hari ke hari hingga hari kiamat.

Pertumbuhan sawang boleh kita perhatikan semakin pesat membangun. Semakin hari semakin banyak sawang-sawang baru yang boleh kita perhatikan di dinding-dinding rumah kita, di ceruk-ceruk katil, dalam almari baju, dalam kasut ataupun di celah-celah lipatan lemak di perut kita. Pernahkan kita terfikir kenapa kita tak komersilkan saja sawang-sawang ini? Sumber yang banyak pasti akan membuahkan hasil. Cuba kalau sehari kita habiskan masa sejam untuk mengutip sawang-sawang yang bergelimpangan di bilik kita lantas kita kumpulkan untuk setahun. Satu kilogram sawang tak lari aku rasa.

Jadi apa kita boleh buat dengan satu kilogram sawang? Mungkin kita boleh gunakan untuk membuat sulaman tangan. Sutera dari ulat boleh, kenapa sawang dari labah-labah tak boleh? Ape hina sangat ke labah-labah tu? Labah-labah pernah menyelamatkan Rasulullah kat dalam gua tau. Jangan main-main.

Selain sulaman, hasil kutipan sawang tadi bolehlah didermakan ke rakan-rakan yang berminat untuk mengkormersilkan peliharaan sawang-sawang. Tapi jangan tak tau. Sawang bela dengan sawang liar lain kualiti dia. Sawang liar yang 'rare' lebih tahan lasak. Sawang ternakan pula lebih cenderung kena jangkitan kudis buta.

Cukup cerita pasal sawang, mari kita bercerita pasal lain pulak.

Esok kot aku cerita. Nak tidur ni babai....

Khamis, 4 Jun 2009

Kadang-kadang rindu time duduk KL seronok juga

Catatan lame aku di blog friendster sebelum menceburkan diri dalam arena blogspot ni...

**********

Pernah tak kamu bangun pagi-pagi lepas tu kamu rase ade sesuatu yang tak kena? Seperti tercucuk duri sembilu dekat bontot tapi tak dapat cari duri tersebut. Atau seperti terlepas kentut di dalam lif yang penuh dengan gangter-gangster Along Bukit Beruntung. Perasaan yang sangat tak kena. Seperti sesuatu yang malang akan berlaku.

Pagi tadi aku bangun lambat. Lambat gila. Pukul tujuh suku. Perkara ini berlaku sebab aku main DoTA sampai pukul tiga semalam. Balik-balik rumah mata dah rabak dah. Nasib baik budak-budak rumah aku yang lain pun bangun lambat jugak. Tak lah terasa bebal sangat.

Walaupun lambat, tenang tetap tenang. Setenang air di kali. Sebab itu selalu kena marah dengan SV. Sedang kami semua enak-enak bersiap untuk ke pejabat, tiba-tiba..

"Oi. Train rosak oi. Jimbit ape??!!"

Kalut. Gabra. Menyirap. Gila babi.

Hadoi hadoi. Macam mana nak pergi kerja nih?? Dalam kepala otak aku nampak satu je. Tilam terbentang luas indah permai. Melambai-lambai memanggil-manggil aku meniduri beliau. Adakah ini satu petanda aku bakal memulakan trend yang biase dilakukan di UTP?

ponteng kelas —-> ponteng kerja?

Tak dapat kot. Ponteng kerja boleh menyebabkan reputasi baik aku selama dua bulan di sini tercemar. Umpama secebis tahi lalat di atas ikan terubuk bakar. Lazat namun agak sukar untuk dimakan.

Jadi aku pun teruskan perjalanan ke stesen. Seperti pagi-pagi yg biasa. Namun tiba di stesen, keadaan memang luar biasa lah. Kalau biasa tak jadi cerita, ye tak?

Penuh. Sesak. Sardin. Tuna. Basikal tua.

Ramai gila orang. Di sini kita dapat lihat kebergantungan penduduk Wangsa Maju terhadap public transportation di KL ni. Dah tu kerajaan tak reti reti nak upgrade ke sistem pengangkutan awam? Reti naikkan harga minyak je. Ape fuck?

Sori Sori. teremosi sikit.

Kitorang pun try la jugak tunggu train. Mane tahu tiba-tiba elok ke. Tak pun ada helikopter ke nak jemput orang orang yang tabah menunggu train macam kitorang ni. Namun malangnya tiada. Sayup-sayup kedengaran dari corong-corong speaker di stesen tu..

"perhatian kepada semua penumpang, kami mengalami pelanggaran tren..bla..bla..lebih sejam..bla..bla..biskot meri..karipap ayam..sport rim beskal..bla..bla..kami mohon maaf atas segale kesulitan"

Memang tak ada harapan.

Kitorang pun tukar plan. Nak naik teksi lah, konon-kononnya. Pergi stesen Taman Melati, stesen paling dekat dengan Wangsa Maju. Macam pelik. Mungkin harapan untuk naik train ada di situ? Time tengah tunggu train, tiba-tiba ada bas untuk penumpang-penumpang ke Ampang Park dan KLCC. Seperti orang sangap dihulurkan Maria Ozawa Yang Terkenal, dengan pantas dan tangkas lah kitorang naik bas tersebut.

Suasana dalam bas agak tenang dan damai. Kitorang dapat duduk. Maka aku pun cuba lah untuk menggantikan tidur aku yang lesap di arus dota semalam. tengah sedap sedap tidur, tiba-tiba rasa air menitik-nitik dekat bahu aku...

Aaah. Ini sial. Memang sial.

Babi betul lah bas ni. Kata Rapidkl. Bas baru-baru semua. Tak kan air aircond bocor kot? aku nak tidur ni sial!!!

Menyirap betul aku. Dalam hati nak saja aku bakar bas ni. Dalam hati saja lah. Luar hati duduk diam-diam sudah. Karang kena halau keluar bas macam mana aku nak balik umah?. Dah makan duit aku dua ringgit lepas tu nak basahkan baju aku pulak. Dah lah aku naik bas ni dalam keaadan paksa rela. Sebab train rosak. Kena naik bas. Damn gila lah!

Sori sori. Emosi lagi.

Banyak kesan air aircond tersebut menitik-nitik ke atas aku. Dekat sini aku senaraikan lah ya?

1. Aku tak dapat tidur

2. Baju aku basah kene air

3. Duduk aku dah tak betul sebab kena elak air menitik-nitik tu

4. Sial

Sampai lah ke stesen Ampang Park aku duduk macam orang tahan kencing sebab air aircond lahanat tersebut. Tapi tak mengapa lah. Sampai juga la ke tempat kerja. Jam dah pukul sembilan suku dah. Gila babi. Tapi nasib baik kami hanya budak praktikal saja. Jadi waktu masuk pejabat boleh dipandang enteng lagi senteng. Tak ada lah masuk pejabat dengan rasa takut-takut macam nak masuk bilik Guru Besar sebab kantol surat cinta bawah meja.

Dan di pejabat semua pun berjalan lancar.

**********


Bila aku baca balik post-post aku di blog friendster yang kini tidak lagi aktif, terasa seronok pula. Sewaktu itu aku lebih bebas menyuarakan isi hati. Tanpa dibelenggu perasaan ingin menjaga tatasusila taipan dan juga short form short form yang bebas. Menaip ikut sedap tangan saja. Apa yang terlintas di fikiran, itu lah yang terpacul dekat monitor.

Tapi bila dah pakai blogspot ni, aku rasa tak patut aku buat macam tu. Sungguh tak matang. Serious. Aku menyampah bila baca blog orang yang penuh dengan short form short form entah hapa-hapa. Kita bukan sedang main short message system (SMS). Kita juga bukan sedang chatting. Kamu menaip untuk dibaca oleh beberapa orang yang sanggup membaca taipan kamu. Tak kan kamu nak taip short form pelik-pelik? Susah orang nak baca.

Aku tahu mesti ada yang tak setuju. Tak kisah. Suka hati kamulah nak taip macam mana. Tak kisah pun kan? Pasti ada juga yang nak baca. Tapi pada aku yang penting bila menaip dekat blog pakai short form memang tak matang. Tatabahasa tunggang langgang tak apa. Guna bahasa pasar berbakul-bakul tak apa. Ejaan ikut emosi semasa pun tak apa juga. Yang penting jangan guna short form.

Itu saja.


Jumaat, 22 Mei 2009

Sekolah Agama, Kelab Bahase Arab, Perangai Macam Setan Jugak

Rokok dan pemetik api, memang tak boleh dipisahkan lagi. Macam kucing dengan tahi kucing. Ibarat anjing dan bayang-bayang. Umpama Rifae dengan Dota. Seperti Bonzer dan WOW. Hubungan mereka memang kuat. Jika tiada salah satu, pincanglah kehidupan normal seorang perokok.

Adalah satu kecelakaan yang besar, apabila rokok sudah disisip kemas di pinggir bibir, tapi lighter tidak berada di sisi. Dengan segera diri akan menjadi gundah gulana. Hidup tak tenteram. Jadual waktu tak menentu. Mata akan mula meliar kiri kanan, mencari sumber api.

“Ape lancau nih? Mana lighter aku beli malam tadi? Asshole mane rembat lighter aku nih?? Aku baru gune tak sampai 5 kali lah sial!”

Kepala mula kusut. Angan-angan indah untuk menghembus asap-asap pemusnah kesihatan terbantut. Tangan dah mula gigil-gigil. Memang hebat penangan hilang lighter ni. Dia punya tangkap sampai dekat sum-sum tulang. Rasa nak karate je pokok-pokok balak berhampiran untuk dijadikan unggun api buat nyalakan rokok.

Sebagai seorang manusia, amnya, dan sebagai seorang perokok, khasnya, pernah tak kita fikir bagaimana kitaran hidup seketul lighter? Bagaimana sejak kotak lighter tersebut dibuka, dan pandangan hidup lighter tersebut berubah mendadak, adalah suatu yang sangat abstrak.

Baru-baru ini, aku telah menjelma menjadi seketul lighter, demi menyelami hati dan perasaan lighter yang telah banyak berjasa kepada pembentukan sel-sel kanser dalam badan manusia seperti kita. Cakap banyak tak guna. Baca sendiri kat bawah tu..

********************

Gua lighter. Sori. Gua tak biase 'aku-kau' nih. Tak ganas. Gua bukan lighter buat cucuh api dapur nak masak gulai ikan tempoyak. Gua juga bukan lighter nak nyalakan api lilin kek hari jadi Selamat hari jadi to you.... Selamat hari jadi to you.... Selamat hari jadi to you kepala otak kau!. Malang sial siapa-siapa jadi lighter buat cucuh lilin kek besday. Kene cemuh semua lighter tau tak?!

Lu orang jangan tanye gua kenapa gua jadi lighter. Gua memang tak mintak nak jadi lighter ni. Kalau boleh mintak, memang gua dah mintak jadi MOK dah. Serious doh. Gua tau semua orang pun sama kan?

OK. Pendek kan cerite. Gua malas nak cerita pasal kilang tempat gua jadi dulu. Gua memang tak pandai cakap-cakap pasal kilang ni. Dulu time sekolah dulu takde ajar pasal kilang. Yang gua tau kentut gua berapi. Pastu manusia-manusia seronok cucuh rokok dengan kentut gua. Tak paham betol. Tapi lame-lame baru gua tau. Itu simbol keganasan sejagat. Gua suke ganas-ganas.

Hidup gua bermula bila ada orang bukak kotak tempat gua dengan rakan-rakan gua beratur. Display dekat atas almari. Mula-mula gua curiga. Almari apa ini? Ini bukan seperti dalam angan-angan gua selama ini. Mana Maria Ozawa gua? Gua ada dengar khabar angin Maria Ozawa nak buat video baru bertajuk "Naughty Japanese on Couch while Smoking". Nak smoking kena ade lighter ganas macam gua. Baru laris video tu. Ini tak habis-habis buat video angle sama je. Budak sekolah tengok pun dah bosan.

Gua beratur barisan paling belakang. Memang cibai. Tiap-tiap jam gua tengok kawan-kawan seangkatan gua kena rembat dengan pelanggan-pelanggan kedai ni. Gua dah tak sabar. Beratur lame-lame macam ni, apa jadah? Gua bukan budak sekolah. Gua lighter! Gua cuba sabar. Lagipun gua tengok muke sorang-sorang yang beli lighter-lighter depan gua semua muka jambu. Padan muke kawan-kawan depan gua kene beli sebab nak nyalakan lilin kek besday.

Satu hari, sedang gua berangan cucuhkan rokok untuk Siti Nurhaliza, gua perasan sorang mamat cool gila datang counter. Gua berdebar. Masa tu depan gua dah tak ada lighter lagi. Tinggal barisan gua saja. Gua mula bermonolog dalaman.

"Tolong pilih gua. Tolong pilih gua."

Pap! Gua rasa gua kena angkat. Bergoyang-goyang air ape entah dalam tubuh ganas gua. Gua rasa teruja. Gua tau gua dah jadi Lighter Yang Terpilih.

"Cha! Macam biase cha. White coffee ais. Sampoerna 14. Bagi kotak baru cha! Kau jangan nak mempermain-mainkan paru-paru aku bagi rokok kotak lame. Dengan lighter sekali cha."

"OK2. lapan ringgit. Makan tak ka?"

"Tak2. OK Cha. Tenk yu!"

Gua puas. Akhirnya masa gua tiba. Kewujudan gua sebagai seketul lighter akan lebih bererti. Gua dah tak sabar nak mulakan tugas pertama.

Sekilas gua amati tuan baru gua ni. Muka kacak, cool, ganas tapi terserlah sinar kasih sayang dari muka beliau. Gua yakin beliau akan menyayangi gua seperti menyayangi paru-paru beliau sendiri. Dari cara genggaman tangan beliau ke arah gua, gua tau Tuhan telah mengurniakan gua anugerah yang terbaik.

"Hah ni aku dah beli lighter baru! Jangan hilang lagi. Babi betul lighter guna tak sampai suku dah hilang! Kalau hilang lepas ni aku berhenti rokok serious!"

"Lighter pon berkira. Lahanat! Dah lah hisap sampoerna. Entah hapa-hapa entah!"

Bangsat! Budak ni kutuk rokok pilihan Tuan gua. Gua panas. Hati membara-bara. Rasa nak bakar bulu hidung budak tu.

"Biar ah! Rokok aku. Ala.. Kadang-kadang aku hisap Dunhill jugak. Dah2. Mana awek tadi? Dah balik ke? Aku baru pergi bayar dah hilang? Sial aku baru nak usya...." Sambil puji-puji awek tadi, Tuan gua nyalakan rokok beliau. Ahhh... Tugas pertama gua. Akhirnya termakbul cita-cita gua selama ini. Menyalakan rokok untuk Lelaki Kacak Bergaya Disukai Ramai. Gua rasa hidup gua cukup sempurna sekarang.

Gua dengar Tuan gua borak apa entah dengan budak-budak dia dekat meja tu. Muka masing-masing serious aja. Gua ade dengar sikit-sikit. Istilah-istilah pelik yang gua dengar; Reservoir Engineering, Correction Factor, Graf itu ini. Gua tak paham. Tapi gua tengok masing-masing macam bengang. Perkataan Fail, Repeat, GG, Susah cam babi, Soalan jelmaan jin ifrit, diorang sebut ulang-ulang. Gua malas nak layan. Dalam hati gua cakap "Budak-budak pandai semua ni. Ni mesti buat assignment susah ni. Bagus2....."

Tuan gua baik. Lepas pakai gua, dia letak gua elok-elok atas kotak rokok. Bagi badan gua tak basah. Sementara Tuan gua tak guna gua ni, gua ambil kesempatan usya rakan-rakan setable beliau. Huh!! Masing-masing muka tak berkaliber. Muka Tuan gua jugak paling kacak. Perasaan bangga pantas bersemai dalam sanubari gua. Memang tak boleh disanggah lagi bahawa gua Ligther Yang Terpilih.

"Mok lighter jap mok..."

Tiba-tiba ada tangan hodoh lagi kuku panjang sambar gua. Gua kaget. Gua fikir dia nak merenggangkan hubungan gua dengan Tuan gua. Gua rasa nak menangis. Kenangan bersama gua dan Tuan gua masih sedikit. Gua masih belum mahu mengakhiri ikatan yang telah termetrai ini. Masih gua ingat mahar yang perlu Tuan gua bayar untuk mendapatkan gua. Seringgit. Seringgit untuk tanda sebuah ikatan yang sah. Janganlah si empunya tangan hodoh lagi kuku panjang ini memutuskan ikatan itu.

Lepas paksa gua kentut berapi, gua dihempas atas meja. Butuh! Dah lah basah. Kalau gua boleh menyala sendiri, sumpah gua bakar dia laju-laju sambil bersorak girang gembira. Gua pandang Tuan Gua. Bangsat dan Bedebah! Beliau langsung tak mengendahkan tindakan kasar kawan beliau ke atas gua?! Baru tadi dalam hati dah berbunga-bunga riang dapat Tuan macam kau. Rupanya kau pun tak ubah seperti lahanat juga. Memang gua menyumpah-nyumpah dalam hati. Nak menyumpah dekat mulut, mulut pula tak ada. Gua pasrah..

"Dah. Jom? Berambus... Nak layan movie nih..."

"Jom2. Jap aku g bayar dulu.."

Gua tengok semua bangun. Nak balik agaknya. Gua makin excited. Tak sabar nak tengok macam mana life Tuan gua. Mesti seronok. Pasti akan banyak lagi kenangan-kenangan yang akan tercipta. Gua nak tau apa lagi jenis-jenis rokok yang Tuan gua hisap. Gua mula berangan-angan....

Tapi apsal Tuan gua tak toleh-toleh kat Gua ni? Tak kan beliau lupa gua kot. Baru tadi gua nyalakan api paling nice untuk Tuan Gua, dengan harapan nyalaan itu akan meninggalkan kesan mendalam untuk beliau. Nyalaan yang akan buat beliau teringat-ingat gua. Rindu kehangatan api nyalaan gua. Jatuh cinta dengan kepantasan nyalaan api gua...

Tuan gua makin jauh. Samar-samar gua nampak beliau menuju ke sebiji kereta Proton Saga BLM warna putih yang nampak begitu elegan. Harapan gua semakin menipis. Gua harap beliau akan teringat dan patah balik untuk mengutip sisa-sisa kasih sayang gua untuk beliau. Setiap tapak beliau ke kereta, gua berdoa.

"Patah balik. Patah balik. Please. Patah balik lah sial!!"

Hampa.....

Proton Saga BLM warna putih yang nampak begitu elegan berlalu meninggalkan gua terkontang-kanting. Nafas gua sesak.. Rasa oksigen macam tak sudi menusuk masuk dalam lubang pernafasan gua... Pandangan gua semakin kelam... dan kelam....

********************

Aku nak mandi dan makan. Lepas ni kena cari lighter lagi. Cibai...

Khamis, 14 Mei 2009

Dia milikku, bukan milikmu

Aku cuba untuk tidak menulis deep-deep kali ni. Cukup dengan post sebelum ini.

Stadi week. Antara minggu-minggu yang memang aku nantikan. Sepanjang minggu kelas dimansuhkan, dengan harapan pelajar-pelajar dapat menumpukan perhatian untuk pembelajaran mereka sepanjang satu semester.

Objektif yang sangat jelas. Namun dari segi perlaksanaan, masih samar-samar.

Seperti biasa, aku senaraikan perkara-perkara yang sangat ketara berlaku ketika study week.

1. Perpustakaan

Satu perkara yang sangat jelas. Penggunaan Perpustakaan pasti meningkat pada minggu-minggu seperti ini. Macam minggu-minggu lain perpustakaan tu tak wujud dalam kamus dewan siswa siswi. Kalau minggu-minggu lain dengar orang cakap nak pergi perpustakaan, dialog-dialog seperti di bawah boleh didapati sebagai reaksi atas ungkapan pergi ke perpustakaan tadi:

"Ade majlis doa selamat ke? Makan-makan ade?? Kalau ade tunggu aku jap."

"Kau nak dating dengan awek mane lak hari nih??"

"Kat Perpustakaan boleh main DoTA/CS pakai internet ke? Tak kena blok ke?"

"Internet kat Perpustakaan boleh masuk Redtube ke?"

"Eh, sejak bile pulak Universiti kite ade perpustakaan?"

Dan pelbagai lagi reaksi yang mungkin diberikan. Biasanya reaksi negatif. Masakan tidak, muka yang bile tengok sekali dah tau pergi kelas pun 2,3 kali 1 semester, nak pergi Perpustakaan konon.

Aku? Dah lama aku tinggalkan benda-benda perpustakaan ni. Tak boleh study. Mata bukan ke buku, tapi ke yang bawa buku celah-celah almari. Yang cantik, comel, body solid dan macam-macam lagi lah. Tak ada yang akan terlepas daripada radar gadis aku ni. Ke radar aku yang aktif sangat?

Tapi sebab dah Final Year, nak tak nak perpustakaan memang harus dikunjungi. Pelbagai projek perlukan rujukan-rujukan buku-buku tebal.

2. Masjid

Sama macam perpustakaan, kunjungan ke Rumah Suci ini memang akan meningkat apabila study week menjelma. Alhamdulillah. Itu tandanya pelajar-pelajar kita masih tahu menyandarkan harapan kepada Yang Maha Kuasa. Tak guna belajar bertingkat-tingkat, tapi niat Solat Sunat Selepas Zohor pun tak ingat. Memang tak layak kahwin kalau macam tu.

3. Movie dan Series

Awal-awal study week, dah boleh listkan movie dan series apa yang boleh dihabiskan. Sebelum tu sibuk dengan tugasan, projek dan macam-macam. Masa ini lah segala dendam kesumat terhadap pelakon-pelakon comel Korea Selatan dan Jepun akan terlunas. 1 hari tegak 1 series 16 episod adalah perkara biasa yang sering dilakukan pelajar-pelajar kita. Kalau cerita sedih-sedih sikit macam Winter Sonata, atau Taiyou No Uta, boleh lah standby tisu siap-siap.

Siapa-siapa yang tengok Taiyou No Uta tak menangis, serius orang tersebut tak ada hati perut.

Masa ini juga nak menonton trilogy-trilogy yang panjang-panjang. Macam Lord Of The Ring, Star Wars, X-Men. Movie-movie yang pening-pening lah senang kata. Kalau tengok sekali tak faham. Sibuk download movie-movie ini. Bila seorang mula start layan, memang tak lama. Pasti lain-lain akan layan sekali. Mula-mula memang semangat nak stadi ni. Dah bawa lecture note, past year paper semua. Sekali sound efek si penonton movie ni sedap. Time tembak raksasa tu bunyi "kebabom!!!" kuat betul. Macam raksasa tu sebelah bilik je. Mana tak terlayan macam tu?

4. Dota/CS

Sebab aku merupakan bekas pemain DoTA, aku elaborate pasal DoTA saja, ya?

Study week boleh dikatakan minggu syurgaloka bagi pemain-pemain dota. Setiap masa ada saja game. Berhenti hanya untuk makan. Tak payah mandi nak main dota. Tak true. Kamu ingat yang pergi tournament dota wakil Malaysia tu mandi ke pagi-pagi?

Celik-celik mata saja, terus klik icon warcraft 3. Masa tu kat taskbar memang tak ada perkara lain lah. Warcraft 3 saja. Dan MiRC channel #War3. Sebaik saja ada game baru, memang lincah-lincah masuk. Bila tak sempat masuk, maki hamun paling keras akan terpacul secara automatik. Marah betul. Penat bangun pagi-pagi nak main dota, tapi tak dapat.

5. E-Learning/Web Portal Pelajar

Masa ni baru sibuk-sibuk nak download lecture notes. Padahal lecturer dah upload dari awal semester lagi. Bukan susah sangat pun nak download. Klik sikit-sikit saja. Entah kenapa time-time study week lah baru tau kewujudan lecture notes tu dalam e-learning. Selama ni pergi lecture bawa buku tulis dan sebatang pen saja. Kebiasaannya pen itu hanya digunakan untuk sign attendance. Kira OK lah. Dari tak pergi kelas langsung kan?

Ada juga yang study week baru nak enroll course. Biasa. Ada juga yang baru teringat akan kewujudan E-learning. Lupa password apatah lagi. Dah hujung-hujung sem baru nak access E-learning, memang lupalah password.

.........

Sebagai pelajar yang normal, kehidupan seharian aku secara asasnya tidak berubah apabila tiba study week ni. Seperti biasa, bangun tak tentu pukul berapa, tidur malam entah ke mana-mana, movie dan series sedang sibuk ditelaah, Lecture notes masih bersih tak berusik atas meja. Biasa lah tu. Lagi 2,3 hari nak paper baru terasa "Aku ni student rupanya. Ingatkan duduk universiti ni saje-saje".

Tapi aku cukup tersinggung dengan 1 perkara. Semenjak study week ni, makin ramai pula yang berkunjung ke Mapley Ameeth Yang Terkenal Dengan White Coffee Ais nya itu. Waktu-waktu puncak ialah tepat 12 tengah malam ke 1 pagi. Ramai nak mampos. Kalau yang ramai gadis-gadis tak apa. Tension. Waktu nk tenang-tenang lepak di Mapley Ameeth Yang Terkenal Dengan White Coffee Ais bergelak ketawa bersama rakan-rakan, jadi tak tenang dah. Sampai-sampai dah penuh. Dah ramai orang. Tak syok sangat.

Kenapa aku tak suka bila dah ramai sangat? Air aku akan sampai depan aku akan menjadi lambat, sehingga aku terpaksa order baru dapat. Ape fak weh!!!

Kalau bukan study week, tak payah order-order. Aku keluar kereta saja, dah siap dah white coffee ais untuk aku. Tinggal duduk dan minum sambil merosakkan paru-paru kurniaan Tuhan.

Tension tension

1. Kotak rokok letak gambar Angker. Tapi masalahnya yang hisap rokok tak cuak pun. Yang tak hisap rokok pulak cuak. Hilang selera makan. Memang aku kena balik JB cepat dan menjadi pelanggan setia Nusantara yang bersih dari gambar-gambar angker. Janin tak cukup usia, Paru-paru penuh tar jalan, kaki bengkak macam kena gigit ular tedung, Tekak berlubang. Entah apa-apa.

2. Mood nak study tak sampai-sampai lagi. Baru 2,3 slide lecture notes, dah hilang fokus. Mulalah nak tengok video, cari lirik lagu, cari chord gitar, melalak kuat-kuat dan sebagainya. Karang nanti esok nak paper baru tau erti kedasyatan Final Exam.

3. er..2 je kot.

Babai.

Jumaat, 1 Mei 2009

Post serious yang mungkin kamu tak akan baca

Tiba masa untuk aku update KENCINGKUCING. Study week dah sampai. Segala presentation dah selesai. Projek-projek hampis usai. Tiba masa untuk aku update KENCINGKUCING.

Aku dulu pernah azam. Waktu awal-awal penerbitan KENCINGKUCING dulu. Nak update setiap kali lepas berak. Namun hampa. Kebanyakan masa aku habis sewaktu cebok berak. Jadi nak update pun tak sempat.

Lepas tu aku azam nak update tiap-tiap minggu. Pun hampa juga. Kesibukan sebagai seorang penidur tegar membantutkan hasrat aku.

Tinggallah KENCINGKUCING terkapar-kapar.

Aku tak ada idea atau hasil-hasil pemerhatian baru untuk dititipkan. Atau mungkin idea-idea itu akan datang ketika aku sedang menaip. Jadi aku akan menaip sampah-sampah dulu sementara menunggu idea-idea tersebut datang. Serius aku tak ada hasil pemerhatian baru yang nak aku paparkan untuk kamu semua. Kepala masih ada sisa-sisa report final year project dengan process design project. Serabut-serabut tinggalan report-report tersebut masih bersemadi dalam kepala otak aku. Perlu 2, 3 hari untuk menyucikan mereka.

Kenapa kita perlu update blog? Untuk orang yang ada blog lah. Kalau tak ada blog, jadah apa nak update?

Selepas beberapa ketika tak update, mula dengar atau baca beberapa suara menyuruh update. Maafkan aku. Aku mahu update. Serius mahu. Tapi aku risau. Risau hasil update aku tidak dapat memuaskan nafsu pembaca-pembaca sekalian. Kalau update aku hanyalah sampah di pinggiran pantai, pasti kamu akan hilang nafsu untuk terus membaca. Kesan jangka panjang daripada itu ialah kamu akan mula membenci KENCINGKUCING, lantas terus tidak menjenguk ke halaman yang indah permai penuh syahdu ini.

Siapa yang tak mahu update blog sendiri? Siapa? Cakap dengan aku. Semua orang mahu. Tapi kesibukan berada di dalam lingkaran kehidupan yang tak tentu hala tuju ini, sedikit sebanyak mencemburui masa aku bersama KENCINGKUCING. Bukan aku tidak cuba untuk meluangkan sedikit dari masa aku untuk KENCINGKUCING. Puas aku cuba. Tapi mungkin cubaan aku tidak cukup perkasa untuk terus memenuhi kehendak masyarakat di sekeliling kita.

Apa aku merepek ni?

Aku agak cemburu melihat rakan-rakan seuniversiti aku dapat mengupdate blog mereka dengan berkisarkan cerita-cerita simple di sekeliling mereka. Walaupun kisah itu simple, tapi hasil dari pengolahan berkat kepala gila yang dianugerahkan, kisah simple itu tetap mampu membuat tulang-tulang osikel dalam perut bergegar ketawa riang gembira alam ria cuti sekolah. Contohnya seperti blog Achan, Nyamouq, Lisa dan nama-nama lain yang aku tidak sebut. Mereka sangat pandai mengolah kisah-kisah simple dalam hidup mereka, menjadikan kisah itu sesuai untuk dimuatkan dalam slot Akasia di TV3 menggantikan Spa Q 2.

Aku? Aku dapati diri aku sukar untuk berbuat demikian. Walaupun aku rasa banyak kejadian-kejadian menarik yg berlaku dalam ruang fana di sekeliling aku, aku tak rasa ianya cukup menarik untuk dimuatkan dalam KENCINGKUCING. Mungkin aku tiada keyakinan diri? Mungkin aku rasa hidup aku cukup dull? Aku pun tak tahu.

Post ini agak serius? Aku memang tengah menaip tanpa seulas senyuman pun di bibir.

Kenapa aku tiada idea sangat ni? Percaya atau tidak, ini sudah masuk hari keberapa post ini hanya dalam bentuk draft. Entah bila nak publish pun aku tak tahu. Belum cukup masak aku rasa untuk post ini dipublishkan. Biarlah dulu bersemadi dalam folder draft.

......................

Mainan perasaan sukar dijangka, kan?

Kadang-kadang perasaan itu datang sendiri. Bukan kita minta. Bukan kita paksa. Dia datang tanpa sedar. Menjenguk ke lubuk hati secara halus. Atau mungkin perasaan itu memang dah lama ada, cuma tuan punya badan yang tidak sedar. Atau buat-buat tak sedar.

Mainan perasaan, kalau dilayan memang seronok. Macam-macam angan-angan luar rasional boleh terbit. Kadang-kadang sampai melampaui batas kemampuan diri. Melampaui batas logik masa dan tempat. Perbezaan pandangan dan cara hidup dipinggirkan. Sedikit persamaan, yang hanya mungkin sangat kecil, diagung-agungkan. Angan-angan disandarkan atas sedikit persamaan yang tak pasti kesahihannya.

Setiap perbuatan cuba ditafsir. Setiap gerak langkah, tutur kata, taipan alam maya, malah mimik muka dikaji. Setiap inci perlakuan, seboleh-bolehnya akan dikaitkan dengan perasaan. Cuba menilik adakah sinar harapan di sebalik setiap ulah dan tingkah. Hasil tafsiran biasanya hanya akan mengecewakan diri. Namun masih cuba untuk menyedapkan hati. Malu mungkin? Segan barangkali? Atau sebenarnya memang tiada harapan?

Namun, atas dasar rasional juga, angan-angan cuba diketepikan. Kewajaran masa depan diutamakan. Bukan masa depan diri sendiri, tetapi bagi pihak berlawanan. Harus sedar di mana bumi berpijak. Perbezaan hidup yang ketara, umpama langit dan bumi, tidak mungkin menjadi mangkin sebuah angan-angan. Jika dengan persamaan yang hanya sebesar hama, mustahil untuk dijadikan asas yang kukuh. Pasti goyah. Kesilapan yang besar akan tercipta.

Hati dan perasaan, memang sukar dijangka.

Lebih elok seperti dulu. Ketawa tanpa apa-apa gelodak perasaan dalam jiwa. Senyum tanpa niat di balik mimik muka. Setiap baris kata tak perlu disusun indah. Untuk apa semua itu? Hanya menyakitkan jiwa.

Dah! Sedar diri sendiri. Sesungguhnya diri sendiri tidak layak untuk sebuah angan-angan.

..............

Serious shit aku tak suka serious-serious. Tapi sekali sekale menaip macam tadi bagus juga. Terluah sikit. Nak simpan sorang-sorang memang kusut masai la bulu-bulu roma aku.

Dah aku nak tidur.

Khamis, 26 Mac 2009

Perhimpunan Agong UMNO 2009

Update lagi.

Malam ini adalah malam yang gagal bagi aku sebagai seorang pelepak mamak yang tegar. Tiada rakan boleh menemani sesi mamak ku pada malam yang penuh keramat ini. Nak lepak sorang-sorang, tak ada kekuatan pula. Sebab tu aku boleh update KENCINGKUCING time-time macam ni. 12.30 am. Biasanya time-time camni sebok bergelak ketawa di mamak.

Jadi, sebagai ganti sesi kopi o ais di mamak, aku memandu Si Putih ku tanpa arah tujuan. Seorang diri. Lebih kepada sesi penghilang serabut otak sebenarnya. Entah kenapa, malam ini aku rasa serabut gila. Sel-sel neuron dalam kepala otak mula berevolusi menjadi sabut-sabut kelapa. Tempurung kepala dikukur untuk mendapatkan isinya. Lantas isinya diperah-perah untuk mendapatkan santan. Masak kari memang sedap.

Memang seronok menghabiskan minyak kereta tanpa arah tujuan. Lebih-lebih lagi bila minyak kereta telah diisi penuh oleh ayahanda tercinta. Sambil sebatang rokok winston merah membara di celah-celah jari, menandakan semangat aku yang membara-bara untuk memandu ketika itu. Padahal drive 60km/h saja.

Aku rasa budaya lepak di mamak malam-malam buta ini sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Di mana-mana mamak di pusat-pusat bandar, pasti ada pelanggan, hatta jam sudah menjejak ke angka 4 pagi. Budaya ini adalah satu perkembangan yang sihat, pada pendapat aku. Rakyat Malaysia semakin ramai yang boleh berjaga malam. Kesempatan ini harus digunakan oleh syarikat-syarikat untuk meningkatkan produktiviti mereka. Macam yang aku pernah sebutkan dahulu, waktu pembelajaran di universiti juga boleh diselaraskan untuk mereka yang tak reti-reti nak tidur di waktu malam ini. Boleh diadakan kelas pada waktu malam. Aku yakin, pointer aku pasti akan meningkat sejajar dengan kehadiran aku ke kelas, sekiranya cadangan aku ini digunapakai oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Pengguna.

Di sini aku ingin lampirkan beberapa adab yang harus kita patuhi untuk menjadi pelepak mamak yang unggul lagi berkesan.


1. Pastikan diri kamu hadir tidak terlalu awal atau terlalu lambat.

Kalau kamu hadir terlalu awal, nanti kamu tercongok seorang diri di table, sambil dalam hati menyumpah seranah rakan-rakan kamu yang janji datang pukul 10.00 tapi dah pukul 11.00 tak nampak batang hidung. Pastikan juga kredit kamu cukup untuk memanggil teman-teman seperlepakan. Gegar kasi lincah sikit. Agak-agak air teh o ais kamu dah habis separuh, dan teman-teman masih belum muncul, jangan ragu-ragu. Call saja dan terus lemparkan cacian paling mutlak yang terlintas di fikiran kamu waktu itu.

Sebenarnya kita boleh kelaskan pelepak-pelepak mamak ini kepada 2 kelas:

Kelas pertama: Pelepak yang biasanya sampai awal dan akan meroger rakan-rakan agar datang dengan lebih cergas dan tangkas.

Kelas kedua: Pelepak pasif. Hanya akan bergerak meninggalkan rancangan Konsert Akademi Fantasia di tv rumah apabila telinga tak tahan mendengar cacian paling mutlak daripada pelepak kelas pertama.

Berusahalah untuk sentiasa menjadi pelepak kelas pertama. Kamu akan lebih disanjungi dan disayangi rakan-rakan kamu.

Jangan pula kamu datang terlalu lambat. Kala itu air yang dipesan semua sudah habis. Projek seterusnya akan menyusul, seperti round-round bandar, usyar mak nyah di Susur, lepak di Danga Bay atau masuk ke CC bermain Counter-Strike. Ketika itu tak payah berangan nak order air. Pasti kamu kena tinggal.


2. Pastikan bateri telefon bimbit kamu penuh.

Waktu lepak di mamak adalah waktu paling ideal untuk bertukar-tukar file-file terbaru. Transaksi file melalui perantaraan Bluetooth memang boleh dikatakan paling aktif pada waktu itu. Contoh-contoh file seperti yang biasa, 3gp terbaru, lagu-lagu terbaru, gambar-gambar stylo dan sebagainya. Adalah menjadi satu kesalahan besar apabila telefon bimbit kamu tidak berupaya untuk menghantar sesuatu file disebabkan ketidakcukupan bateri. Straight kamu akan dimaki hamun dengan tegas. Lebih-lebih lagi jika kamu sentiasa up-to-date dengan 3gp tarbaru. Telefon bimbit kamu pasti akan di pass-pass dari satu tangan ke tangan yang lain. Semua sibuk nak tengok aksi yang dipertontonkan. Janganlah berangan untuk bermain mesej dengan gadis-gadis genit waktu itu. Tak dapat kamu nak reply.


3. Letakkan kotak rokok kamu di atas meja, bagi yang merokok.

Ini adalah simbol bahawa kamu tidak kedekut. Agak tidak beradab jika kamu mempunyai sekotak rokok, dan hanya mengeluarkan kotak tersebut apabila kamu mahu menghisapnya. Letakkan saja di atas meja. Biasalah akan ada tangan-tangan yang entah dari mana menjulur laju lantas mengambil sebatang rokok.

"Bot, sebat (sebatang) rokok sejuk bot. Tukar dengan Winston aku. Tetibe nak rase angin antartika lak kat mulut nih."

"Amik2. Bukan angin antartika je. Angin ahmar pun kau dapat sekali."

"Eh bot. Tinggal sebatang je ni bot. Tak pe ah.."

"Amik je lah sial. Kang nanti aku beli lagi. Rokok je pun."

"Nice one la bot. I love u very much."

Kan sejuk hati bila mendengar dialog di atas. Terasa ukhuwah terjalin erat antara pelepak-pelepak tegar. Rokok memang boleh menyatukan bangsa.


4. Jangan rembat lighter orang lain

Selepas gunakan sesebiji lighter, letakkan kembali di hadapan tuan punya lighter itu. Jangan kamu dengan sewenang-wenangnya meletakkan lighter itu di hadapan kamu. Lebih teruk lagi jika kamu terus sumbatkan lighter tersebut ke dalam kocek kamu tanpa rasa bersalah. Sakit hati kamu tahu tak. Lighter yang baru digunakan tak sampai 5 petik, tiba-tiba hilang lesap. Habis di rumah nak hisap rokok macam mana? Gesel batu sampai dapat api? Nyalakan rokok pakai dapur gas? Pakai toaster roti? Kasihanilah perokok-perokok tegar itu. Belilah lighter sendiri.

Aku syorkan lighter Cricker. Tahan lebih lama dengan nyalaan stabil. Walaupun saiz apinya tidak dapat dikawal, itu tidak penting. Peripentingnya sesebiji lighter itu hanyalah untuk menyalakan rokok. Bukan untuk dikawal saiz apinya seperti penunu Bunsen.


5. Ronyokkan kotak rokok yang telah habis.

Ini lagi satu adab penting dalam kategori rokok. Mana-mana kotak rokok yang tidak terkandung rokok di dalamnya, ronyokkan lah. Karang nanti bila ada orang nak rokok, terkuis-kuis dalam kotak kosong tersebut. Nescaya makian akan lancar keluar dari mulut si penguis itu. Nak-nak kotak Dunhill. Muka dah berseri-seri dah nak pau sebatang. Alih-alih tinggal dedak-dedak tembakau saja. Sirap pun menyirap kalau kena macam itu. Apatah lagi manusia biasa seperti kita.


6. Jangan leka bermain mesej.

Ingat tujuan kamu lepak di mamak. Untuk bertukar-tukar cerita dan mengetahui perkembangan-perkembangan terbaru rakan-rakan. Kalau mahu main mesej dengan serius, duduk saja di rumah. Rakan-rakan pun tak bengkek sangat dengan kehadiran kamu. Lainlah kalau isi kandungan mesej-mesej kamu itu sesuai untuk dikongsi bersama rakan-rakan setable. Kalau leka tengok 3gp tak apa. Rakan-rakan faham. Tapi pandai-pandailah tutup sound telefon bimbit tersebut.

Adab menonton 3gp juga harus dipandang serius. Letakkan telefon bimbit itu dibawah meja ketika menonton. Pandangan harus ditundukkan. Jangan diangkat megah di atas table. Bahaya jika di table sebelah ada keluarga sedang menjamu selera. Kena cucuk dengan garfu nanti.


7. Berboraklah dengan suara yang jelas untuk didengari semua.

Janganlah terlalu kuat pula, sampai didengari table sebelah-menyebelah. Cukup sekadar untuk didengari satu table. Berborak dengan nada sederhana. Biar isi perbualan jelas sampai dari hujung table ke hujung table yang lain. Kalau tidak nanti ada rakan yang terkebil-kebil bila seisi table ketawa berdekah-dekah. Nak ulang balik cerita, pasti malas. Bila waktu ketawa, tak ada hal. Ketawalah sepuas hatimu. Jangan sampai terburai isi perut sudah. Ketawa beramai-ramai akan meninggalkan satu nostalgia indah. Cara kamu ketawa juga akan menjadikan diri kamu unik dan lebih diingati.

Namun begitu, tidak semua perkara boleh dituturkan dengan kuat. Perkara-perkara seperti Abang Long, Ayahanda, buka baju, tunjuk buah, salam kaut, memang pantang dituturkan dengan kuat. Silap tempat, akan dipandang sinis oleh brader-brader table sebelah. Takut pangkat lebih tinggi.


Cukup sampai sini dulu, kot. Kalau kamu ada adab-adab lain yang sesuai, sila letakkan di ruangan komen, ya?

Rabu, 25 Mac 2009

Cuaca yang tak ada hati dan perasaan pun boleh berubah, apatah lagi manusia

Maafkan aku. Dah lama sangat tak update.

Sekali lagi aku sedang cuti. Kali ni cuti pertengahan semester. Semester yang sangat menyakitkan hati dan jiwa raga aku sebagai pelajar. Cuti macam ni memang aku nanti-nantikan. Dah lama sangat tak cuti. 3 bulan duduk UTP. Tak gila macam tu?

Macam biasalah, bila cuti ni, seperti yang pernah aku ungkapkan dulu-dulu, aku akan jadi sampah masyarakat, di rumah dan juga di luar rumah. Lagi lama cuti, maka makin tinggilah darjat dan martabat aku sebagai sampah. Ibarat sampah yang diletakkan di luar rumah. Jika tiada pekerja sampah mengutipnya, keagungan sampah tersebut akan meningkat dari hari ke hari, sampailah ada orang kutip sampah itu dan dilupuskan. Keagungan sampah tersebut juga akan meningkat mendadak, apabila digonggong dan disepah-sepahkan oleh haiwan-haiwan liar yang bertaburan di belakang rumah. Seseketul sampah itu akan berasa takabur dan bangga bilamana dirinya digonggong megah oleh anjing liar yang paling berpengaruh di kawasan tersebut. Terasa dirinya telah diangkat sebagai Sampah paling Agong.

Umum mengetahui bahawa ramai kawan-kawan lepak aku di JB ini sudah berkerja. Umum juga mengetahui bawaha ekonomi dunia sekarang berada pada paras yang agak rendah, hingga memeningkan kepala penjawat-penjawat swasta, terutamanya kilang-kilang. Masalah ini umpama racun yang menular perlahan-lahan di dalam liang-liang darah. Semakin bermaharajalela dan mengganas.

Masalah ekonomi ini turut menjejaskan mata pencarian rakan-rakan aku. Beberapa rakan aku telah diberhentikan kerja secara langsung dan tidak langsung. Ada yang dah elok-elok kerja kilang, jurureka, wireman, terpaksa mengundurkan diri. Kasihan sungguh. Dah malam-malam kena kerja stall burger. Nasib baik dia buat burger sedap.

Stall burger juga boleh menjadi tempat lepak yang amat ideal. Lebih-lebih lagi jika kedudukan stall burger itu strategik. Terletak di tengah-tengah pekan atau pusat komersil, misalnya. Pasti ramai gadis-gadis akan singgah untuk merasai kehebatan dan kelazatan burger yang sering diperkatakan di kawasan tersebut. Aku yakin, apabila satu-satu order itu datangnya dari seorang gadis yang comel dan ayu, pasti semangat untuk membuat burger mencurah-curah. Seperti mencurah air ke daun keladi. Walaupun produk akhirnya mungkin tak sesedap mana, tapi kesungguhan yang dicurahkan semasa proses penghasilan burger itu mungkin akan meningkat sebanyak 64%. Sudip burger akan diketuk-ketuk dengan lebih kuat, tangan yang meletakkan sayur-sayuran di roti burger menjadi semakin lincah dan tangkas, botol-botol sos berguling-guling lancar di celah-celah tangan, umpama bartender di Zouk. Segalanya nampak professional. Burger yang terhasil juga pasti menarik dari segi lahiriah. Kalah burger McDonald dan BurgerKing. Sedap tak sedap, tak tahulah.

Cuti kali ini, aku memandu Si Putih ku dari UTP hinggalah ke JB. Jumlah masa perjalanan hampir 8 jam. Bertolak pagi pukul 10.30 dan sampai di pintu gate rumah lebih kurang 7.00 malam. Sesuatu yang boleh dibanggakan oleh seorang pemandu amatur seperti aku, aku rasa. Dah macam orang gila dah memandu sepanjang hari. Awal-awal pemanduan, memang segar-bugar. Setelah hampir 2 jam perjalanan, fokus mulai hilang. Fikiran mula menerawang membayangkan gadis yang cuba aku hampiri. Bayang-bayang gadis tersebut mula muncul di sekitar anak mata dan di celah-celah pokok di tepi lebuh raya. Awan-awan juga membantu meningkatkan imaginasi aku terhadap gadis tersebut. Kepulan awan-awan membentuk raut wajahnya yang ayu, menulis namanya, siap dengan nombor matriks sekali. Ku cari-cari nombor telefonnya di kepulan awan-awan yang lain, namun hampa. Apa yang ku dapat lihat hanyalah nombor talian kecemasan di papan-papan tanda sebelah lebuhraya. Cuba ku hindari bayangan-bayangan ini, namun sukar. Aku pasrah dalam kekalutan.

Nasib baik PLUS bijak. Menyediakan R & R di tepi lebuhraya. Boleh juga aku pergi minum-minum dan usya-usya gadis lain. Penat lah tengok awan saja. Kereta aku terbang nanti. Kalau terbang sampai JB tak apa. Ni terbang masuk longkang. Bahaya.

Esok aku sambung lagi, ya?

Jumaat, 6 Februari 2009

Catatan pertama di Universiti tercinta

Kerjaya aku sebagai seorang pelajar sudah sampai ke tahun terakhir. Harap-harap.

Perjalanan untuk ke tahun akhir memang dipenuhi ranjau dan onak duri. Penuh dengan cabaran dan dugaan yang memilukan. Bermula sebagai pelajar freshie (segar?) yang dungu dan serba tak tahu apa-apa. Masa tu jalan pun tunduk je. Kalau boleh nak kira batu-batu kerikil kat jalan tar. Semua orang nak panggil abang. Time main takraw, bola, badminton. Konon-konon hormat la. Padahal takut kena pukul. Dalam hati nak tambah je kai kat belakang bang tu. Nak tambah ngang pun boleh. Ikut kondisi dan situasi. Kalau rasa nak kena pukul kuat sikit tambah je dua-dua.

Banyak kelemahan sebenarnya kalau kita belum berada dalam golongan pelajar-pelajar tahun akhir. Tiba-tiba idea tentang kelemahan pelajar-pelajar bukan tahun akhir, tahun awal terutamanya, datang menusuk dalam otak aku. Lantas aku pun terpaksa menaip di sini untuk dibaca oleh kamu semua.


1. Mudah dikenali.

Macam biasalah. Senior-senior sentiasa memandang pelajar-pelajar belum tahun akhir ini kecil saja. Nak-nak masa tahun asas atau tahun pertama. Senang saja nak kenal pelajar-pelajar tahun asas ni. Badan kecil-kecil. Pakaian pun nampak tak stylo. T-Shirt sekolah, persatuan atau kumpulan yang disertai masa sekolah-sekolah dulu. Seluar senteng. Kalau tak senteng pun nak lipat sampai nampak buku lali. Baju besar-besar. Tak ada pakai seluar jeans pergi kuliah. Seluar slack saja. Muka nerd. Yang perempuan pakai baju kurung je. Tudung tutup semua. Tak ada pakai tudung main-main. Pergi kelas nak bawa semua buku teks, padahal kat kelas tidur. Petang-petang main pun pakai seluar panjang. Semua suci-suci je. Rajin pergi masjid. Rajin pergi smart group.

Banyak lagi sebenarya. Kalau nak taip semua memang tak sempat. Pandai-pandai lah kamu perhatikan sendiri.


2. Rajin pergi kelas.

Memang rajin. Masa ni nak ponteng kelas pun takut-takut lagi. Datang kelas awal. Dengan pakaian skema, duduk depan, buku nota dah terbentang luas atas meja. Memang semangat. Bukan senang dapat masuk Universiti. Teringat masa temuramah dulu. Gigil-gigil. Kena pula temuramah bahasa Inggeris. Dah susun dah ayat sebelum masuk bilik temuramah lagi. Siap dengan slang british, konon-konon macam David Beckham lah. Sekali dah masuk, hah keluar english slang Jawa. Tak ada hal.

Memang susah nak masuk universiti. Sebab tu semangat belajar awal-awal. Memang tak ada ponteng lah. Dengar senior cakap yang ponteng tu perkara biasa, tak percaya. Punyalah suci.

Dah lama sikit, ayat-ayat macam di bawah pun biasa:

"Eh ko tolong sign kan attendance aku. Aku tak dapat pergi kelas Reaction ah harini. Sembelit tercucuk sembilu dah rasa perut aku ni."

Padahal elok je layan drama Korea dekat Laptop. Tak apa. Esok tukar giliran pula sign attendance.

Lagipun di awal-awal kemasukan ke universiti, tak ramai kawan. Jadi tak banyak aktiviti yang boleh dibuat. Untuk hilang bosan, pergi kelas. Boleh juga usyar gadis-gadis di kelas. Daripada duduk bilik menghadap dinding, dapat apa? Awal-awal tahun asas dulu laptop pun tak dapat lagi. Memang bosan gila kalau tak pergi kelas.


3. Tidak berkenderaan.

Peratusan pelajar yang menyewa kereta ternyata lebih besar untuk pelajar-pelajar tahun asas. Biasanya mereka memang tidak bawa kereta ke universiti. Sama ada lesen belum siap, gagal ujian memandu, belum ada kereta dan tidak diberi kepercayaan oleh ibu bapa untuk membawa kereta. Bukan setakan kereta, van dan lori pun boleh disewa. Satu kereta, selagi boleh sumbat, sumbat sehabis boleh. Kancil naik 7 orang? Biasa. 8 orang? Tak ada hal. Kalau orang toyota tengok student-student bawak kancil sampai 7 orang, mesti dia kagum. Boleh buat final year project, agaknya.

Mengkaji ketahanan penyerap hentak tayar kereta. Simulasi berasaskan situasi sebenar.

Macam tu agaknya tajuk final year project mereka.

Bila dapat kereta untuk disewa, seronok bukan main. Terasa macam memiliki kebebasan sepenuhnya. Macam dah final year student. Padahal bawa kereta enjin mati-mati. Lahabau sungguh. Akak-akak senior tengok pun geleng kepala.

"tak ingin aku bagi adik aku kapel dengan budak ni."

Oleh itu, silalah pastikan lesen kamu sentiasa hidup.


4. Tak boleh usyar gadis-gadis dengan bebas (untuk pelajar lelaki)

Pada aku ini adalah kelemahan terbesar pelajar-pelajar tahun asas, untuk lelaki lah. Gadis-gadis sebatch dengan mereka biasanya mendapat perhatian lebih daripada pelajar-pelajar lelaki yang lebih senior. Peluang untuk bermesra asmaradana dengan gadis-gadis sebatch sudah terbatas. Apatah lagi dengan pelajar-pelajar perempuan senior. Tak pernah dibuat orang pelajar-pelajar tahun asas cuba mengusyar gadis-gadis senior. Kalau dipandang sebelah mata pun dah cukup bertuah. Dah patut open table dah.

"Weh weh jom mapley malam ni. aku open table. Tadi akak 3rd year senyum kat aku. gila babi"

Padahal senyum nak pancing suruh jadi komiti event MPP. Senang sikit kalau ade pencacai daripada golongan bawahan ni.

Ada juga yang cuba-cuba nak mengorat gadis-gadis sebatch yang sememangnya sudah terkenal dikalangan senior. Aku nasihatkan, eloklah berhenti sebelum ada nyawa yang melayang di tangan senior tercinta. Lagipun peluang kamu amat tipis, senipis kulit bawang. Senior-senior pastinya mempunyai kenderaan sendiri. Kita semua pun tahu, lelaki dan kereta, adalah 1 pakej yang lengkap untuk dimiliki oleh mana-mana student perempuan. Senang nak merengek nak pergi pusat bandar beli pencuci muka atau kasut yang jarang-jarang dipakai.


5. Sering mendapat perhatian senior-senior lelaki (untuk pelajar perempuan)

Bagi senior-senior, dapat berteman dengan junior perempuan memang satu kejayaan yang unggul. Apabila satu-satu semester start, mulalah hormon testosteron senior-senior ni terembes dengan lancar dan berkesan. Selalu datang lepak cafe-cafe yang dipenuhi junior-junior. Untung-untung boleh tumpangkan mana-mana yang comel.

"Alahai kesian cik adik jalan panas-panas bawak file berat. Meh sini abang tumpangkan. Sorang je ek. yang lain tu jalan kaki lagi elok. Senam sikit bagi kurus. Dah kurus nanti abang tumpangkan."

Senior jalan mata melilau. Antena pengesan gadis-gadis junior diaktifkan ke tahap tertinggi. Pantang nampak gadis comel berbaju kurung, terus ditenung. Kalau jalan dalam satu kumpulan, semua mata tertumpu satu arah.

"Weh weh awek baik doh. Comel. Sane sane. Pukul 3 aku."

"Pukul 3 ko? Ko biar betul? Makcik cleaner tu ke? OK jugak tu. Dengan ko memang kena ah."

"Tu nak buat ape bengap!. Belakang die sikit. Ok lah. Pukul 4 aku. Nampak?"

"Peh comel babi. Ni buat teman naik Saga Putih aku care nih!"

"Ah ko! da ade awek da ah. Aku ni perlukan belaian gadis gadis bawah umur."

Tak pasal-pasal gaduh antara rakan sebaya sebab satu gadis junior yang hatta namanya pun tak diketahui.

6. Tak hebat bermain permainan komputer, DoTA dan Counter-Strike terutamanya.

Pelajar tahun asas jarang sekali sudah memiliki komputer atau laptop sendiri. Loan komputer biasanya akan dapat setelah 1 atau 2 semester pengajian. Yang dah ada komputer, pasti akan terus berjinak-jinak dengan permainan komputer LAN. DoTA dan Counter Strike lah macam biasa. Pastinya corak permainan yang ditunjukkan berada pada kualiti seorang pemain sampah. Sering kali dimaki oleh pemain-pemain senior kerana membuat tindakan yang dungu dan bengap ketika bermain DoTA. Kalau masuk game, tiada siapa yang ingin satu kumpulan dengan pelajar-pelajar tahun asas ini. Kalau main Counter-strike, kena headshot saja. Tak sempat nak bertindak, baru gerak sikit. Tahu-tahu dah mati. Memang terasa putus asa nak main Counter-Strike. Baik tengok Roda-roda Kuala Lumpur. Tak pun Gerak Khas.


Banyak lagi sebenarnya. Tapi aku dah ngantuk dan harus tidur. Esok kena hantar proposal Final Year Project demit.

Khamis, 15 Januari 2009

Apsal ada semut dekat tangan aku ni?

Aku kadang-kadang terfikir, macam mana orang boleh update blog mereka dengan senang. Macam update dengan letak sepatah dua ayat saja. Aku dapati diri aku sukar untuk berbuat demikian. Kalau aku update sikit-sikit rasa tak puas. Macam lupa flush lepas keluar jamban.

Aku dah malas nak taip betul-betul lagi. Konon-konon formal lah, kan? Kalau bukan Bahasa Melayu nak italic konon. Malas ah. Aku nak taip simple-simple je sekarang. Kamu tak kisah kan?

Aku sekarang dah habis praktikal. Jadi kamu dah tak boleh bayangkan hidup aku macam seorang pekerja swasta lagi. Bila baca blog aku, bayangkan Christiano Ronaldo. Itu bayangan paling tepat. Tak lari punya. Kalau lari pun belah-belah hidung je lah. Part lain semua memang sama. Dia yang sama macam aku. Nak buat macam mana.

Jadi sekarang aku melangut di rumah. Bosan. Sebab ramai kawan-kawan dekat rumah aku tak ada. Pergi sambung belajar. Jadi aku nak lepak malam-malam pun tak ada kawan.

Tapi lepak tetap lepak. Lepak malam-malam dah jadi darah daging. Dah sebati dengan bulu-bulu kaki. Kalau satu malam tak rasa angin luar, aku jadi tak keruan. Hilang arah tujuan. Badan berpeluh-peluh. Rasa nak mengamuk.

Aku start lepak malam-malam dah lama dah. Kira kalau kucing tu, dah bertanduk dah. Dah berevolusi dah kucing tu, sampai bertanduk. Macam tu dia punya lama. Kira memang dah melekat dalam sanubari lah. Satu malam aku tak lepak mamak, kamu jangan panggil aku Kacak Bergaya Disukai Ramai lagi. True tak true aku, kan?

Tepat jam sepuluh, memang aku dah siap-siap lah. Masa ni sibuk nak cari seluar cantik sikit. Cantik sikit je. Gila apa nak lepak mamak pakai seluar sembelih lembu. Agak-agak lah. Orang nak pergi minum, bukan nak pergi Gotong-Royong Peringkat Rukun Tetangga. Kunci kereta, kunci rumah, wallet dah standby atas meja. Wangi-wangi tak payah. Bukan ada Siti Nurhaliza pun dekat mamak tu.

Time ni jalan nak kena kontrol. Rumah dah gelap. Semua dah sibuk nak tidur. Karang jalan laju-laju terhentak meja, macam mana? Rosak muka nak lepak malam itu. Muka ketat je. Tahan sakit. Tak romantis lah minum Kopi O panas sambil buat muka ketat. Kawan-kawan nak borak-borak pun tak senang. Bau kaki naik. Apa barang?

Macam biasalah, pelepak tegar memang selalu diuji. Ujian-ujian ini lah yang menguatkan semangat kita untuk lebih tegar lepak di malam nan indah permai. Tak mencabar lah, kalau senang-senang je dapat keluar. Baru turun tangga sikit, adalah bunyi sambut dekat bawah.

"Kau nak pergi mana tu, pendingin_hawa?? Tak reti nak duduk rumah ke malam-malam ni??"

"Tu kang balik pagi-pagi buta. Entah apa dia buat malam-malam ni??"

Aku balas dengan senyuman saja. Tak kan nak buat hantaran balas pula. Bila masa aku main bola dengan ayah aku?

Aku hairan. Padahal punyalah baik aku susun step. Turun slow-slow. Selangkah demi selangkah. Baik punya step. Macam orang nak merompak. Slow tapi bersedia. Telinga ayah aku ada sensor baik lah aku ingat. Kadang-kadang macam mustahil. Itulah yang dinamakan naluri seorang bapa.

Time buka pintu nak keluar pun ada ujian lagi. Buka pintu tak boleh main terjah. Kena lincah. Kalau tak berebut-rebut kucing nak masuk. Hah satu kerja lagi nak kutip seekor-seekor kasi keluar. Kamu bayangkan, malam-malam, lampu semua tutup, nak kejar kucing satu rumah. Tak macam orang gila? Kalau ikutkan angin memang aku sembelih kucing tu. Tapi tu lah. Haiwan berkuku tajam haram dimakan pula. Kalau biar dekat dalam, sakit kepala nak bersihkan berak kencing.

Pening kepala fikir kucing ni sial. Tak nak kalah dia orang ni. Nak tidur atas TOTO je. Tidur luar tak nak. Aku pun tidur atas sofa lah sial. Gila zuhud aku.

Habis kutip semua kucing, dah boleh start enjin kereta. Gate buka siap-siap. Pintu dah kunci dah. Haru kalau balik-balik rumah tinggal piring Astro je. Pintu memang aku make sure kunci ketat-ketat. Reverse kereta slow-slow. Tak boleh bising. Hidup di kawasan kejiranan, kena saling hormat-menghormati. Tak boleh memekak malam-malam. Ini bukan musim raya nak memekik Hoorey Hoorey Esok Raya Esok Raya. Picit minyak sikit-sikit. RPM jangan lebih 3. Karang calar kereta, lepak mamak buat muka ketat. Nak minum kopi pun rasa air longkang.
Ambil mana-mana rakan yang patut, dan terus menuju ke mamak. Kopi dah memanggil-manggil dah.

Tapi minggu ni memang malang sikit. Macam aku cakap tadi. Tak ada kawan nak lepak mamak. Lepak sorang-sorang je lah. Serious LOSER gila. Mampus. Yang penting aku pelepak mamak sejati.

Tengok. Niat aku tadi nak tulis satu dua perenggan je. Sekarang melalut sampai lapan belas perenggan.

Aku selalu berangan. Aku boleh bergerak lincah dan tangkas. Aku naik mana-mana kapal terbang. Naik cara haram lah. Kata boleh bergerak lincah dan tangkas. Selit-selit sikit dekat bonet kapal terbang. Sampai Israel. Gerak laju-laju pergi rumah Ehud Olmert. Sembelih dia laju-laju. Memang puas hati. Lepas itu naik kapal terbang lagi pergi rumah Bush pula. Sembelih dia pun laju-laju. Fuh.

Berangan-angan memang best, kan?

Sabtu, 3 Januari 2009

Kenapa kereta aku clutch dia panjang?

Sampai-sampai, kena bersihkan najis kucing dekat depan rumah. Agak malang. Nasib baik dia berak dekat luar. Kalau dalam rumah, aku cakap bedebah laju-laju dekat kucing itu. Memang menempah ajal. Ajal maut di tangan tuhan.

Kamu baca surat khabar Metro? Kosmo? Baca tak? Rumah aku masuk surat khabar. Serius. Aku lampirkan pautan. Sila baca.

Kosmo.

Metro.

Bukan lah berita gempar sangat pun. Tapi sebab rumah aku masuk surat khabar, aku rasa memang berita gempar lah. Aku selitkan sedikit gambar dari berita-berita itu.



Jasad terbujur kaku betul-betul sebelah rumah aku.


Nampak pokok kelapa kan? Ayah aku yang tanam. Masa baru-baru pindah dulu. Aku kecil lagi masa tu. Dapat lah merasa air kelapa sikit-sikit. Buah kecil-kecil saja. Tanah tak sesuai mungkin. Pokoknya pun pendek saja. Kalau tak mesti aku handal memanjat pokok kelapa.

Aku nak ulas sedikit kejadian ini. Sebab yang keluar di surat khabar tak berapa tepat. Sengaja nak menutup kesalahan pihak berkuasa. Sepatutnya tiada nyawa yang melayang dalam kejadian tersebut.

OK. Mari kita senaraikan kedunguan polis dalam mengendalikan kes ini. Pertama, bagaimana mangsa (si kena tembak dengan polis) boleh menawan kereta polis sampai kemek macam gambar di atas. Polis dah tak pandai nak cabut kunci kereta bila keluar dari kereta kah? Nak cepat sangat? Sampai gari dan senapang pun tinggal dalam kereta. Memang dungu. Kalau mangsa perasan senapang dalam kereta polis itu, lagi sakit. Habis rumah aku kena tembak agaknya.

Kedua, aku secara tegasnya berpendapat tidak sepatutnya mangsa itu ditembak sampai mati. Memanglah mangsa itu bersenjata. Tapi senjata yang boleh kita katakan tidak tergolong dalam mana-mana kategori senjata. Sudip orang buat masak burger. Apa lancau sudip orang buat masak burger lawan pistol?! Amarah sial. Kalau nak tembak pun, sekali cukuplah. Cukup untuk melemahkan mangsa. Kemudian berundur lah sedikit. Lama-lama pasti dia lemah. Ini tidak. Sampai tiga atau empat das. Kena bahagian penting pula. Lepas ditembak, dipijak-pijak pula tengkuk mangsa. Ambulans lambat sampai. Dibiarkan saja mangsa terbongkang di situ. Ahli keluarga nak datang dekat mangsa pun tak bagi. Mana tak menghembuskan nafas terakhir.

Aku memang rasa mangsa tak patut mati. Serius. Sebab dia tak berapa waras. Lagi dia tak ada senjata berat. Memang boleh lah kalau tak mati. Boleh sangat.

Aku nak cerita banyak-banyak pun, tak boleh sebenarnya. Sebab sewaktu kejadian, aku sedang enak tidur. Bangun-bangun nampak seketul kereta polis belakang rumah. Aku ingat polis sedang sibuk makan Dunkin Donat belakang rumah aku. Pelik juga. Tak ada tempat lain mereka nak layan Dunkin Donat? Sebelah tong sampah rumah aku pun layan kah? Lepas itu adik aku tanya

"Bang, kau tak dengar ada orang tembak-tembak kat luar tadi?"

Melopong aku. Aku selak langsir. Ambil engkau. Dah macam pasar malam. Penuh orang. Gila babi. Aku melilaukan pandangan aku. Nampak sesuatu berbungkus. Mayat. Macam bungkus ikan saja. Kasihan. Tutuplah elok sikit. Dah lah polis yang tembak. Lepas itu buat macam itu.

Sebelum mangsa itu kena tembak, dia kejar ayah kawan aku. Kawan aku itu menyaksikan seluruh kejadian, dan kawan aku itulah yang menceritakan satu-persatu dekat aku. Jadi aku rasa kredibiliti aku cukup untuk buat post ini. Ada apa-apa pertanyaan, sila tanya di ruang komen.

Aku memang tak berapa suka dengan cara pihak polis tempatan buat kerja. Polis tempatan, maksud aku polis dekat tempat aku ini lah. Macam waktu dulu-dulu, rumah jiran aku kena masuk perompak. Dah dapat tangkap dah perompaknya. Dah suruh melutut depan polis. Pistol dah acu dekat kepala. Leka sikit, perompak dapat lari. Apa polis itu tak kenal erti gari kah? Tak reti nak pakai gari? Bodoh bertingkat-tingkat. Dapat tangkap terus gari lah.

Aku ingat polis-polis dekat Malaysia ini kena banyak tengok CSI. Bagi semangat sikit. Ini buat kerja macam palat. Cuai. Lepas itu pandai sorok-sorok. Keluar dekat berita, semua nak tutup kesalahan pihak polis. Fuck.

Ambulans pun sama. Ada hari dulu-dulu, aku main futsal di KL, pagi-pagi. Tiba-tiba ada foreigner yang main sekali, buat perangai jatuh kepala dulu. Entah skil apa dia nak buat aku pun tak tahu. Kawan-kawan dia suruh call ambulans. Aku call, macam-macam dia tanya. Aku rasa maklumat yang penting yang perlu ambulans tahu ialah tempat di mana dan kecemasan apa. Ini dia tanya macam aku nak kahwin dengan anak dia. Sibuk tanya nama, nombor telefon, apa semua. Lepas itu pertanyaan diulang-ulang. Sakit hati sial. Orang tengah cemas-cemas, kau nak buat sesi temuramah. Kalau ambulans datang laju-laju tak apa, ini dekat setengah jam. Foreigner itu dah selamat hantar hospital dah. Nasib baik kawan aku bawa kereta.

Kepala aku dah pening. Dah pukul 5.31 pagi. Lepas solat subuh nak tidur. Selamat pagi.

Khamis, 1 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Tak sempat tengok bunga api tahun baru. Sambut tahun baru dengan tidur di rumah. Countdown, tengok parti dekat TV Singapura. Nasib baik. Kalau tak ada TV, memang aku sambung tidur.

Satu fakta rawak. Kamu tahu tak lagu kebangsaan Singapura adalah dalam Bahasa Melayu? Tajuknya Majulah Singapura.

Melayu di sana tak lah deserted sangat, kan?

Selamat Tahun Baru 2009.

Aku terima kad ucapan tahun baru berbentuk maya daripada Han Eba. Terima kasih! Semoga segala azam yang kamu senaraikan tercapai.