Khamis, 15 Januari 2009

Apsal ada semut dekat tangan aku ni?

Aku kadang-kadang terfikir, macam mana orang boleh update blog mereka dengan senang. Macam update dengan letak sepatah dua ayat saja. Aku dapati diri aku sukar untuk berbuat demikian. Kalau aku update sikit-sikit rasa tak puas. Macam lupa flush lepas keluar jamban.

Aku dah malas nak taip betul-betul lagi. Konon-konon formal lah, kan? Kalau bukan Bahasa Melayu nak italic konon. Malas ah. Aku nak taip simple-simple je sekarang. Kamu tak kisah kan?

Aku sekarang dah habis praktikal. Jadi kamu dah tak boleh bayangkan hidup aku macam seorang pekerja swasta lagi. Bila baca blog aku, bayangkan Christiano Ronaldo. Itu bayangan paling tepat. Tak lari punya. Kalau lari pun belah-belah hidung je lah. Part lain semua memang sama. Dia yang sama macam aku. Nak buat macam mana.

Jadi sekarang aku melangut di rumah. Bosan. Sebab ramai kawan-kawan dekat rumah aku tak ada. Pergi sambung belajar. Jadi aku nak lepak malam-malam pun tak ada kawan.

Tapi lepak tetap lepak. Lepak malam-malam dah jadi darah daging. Dah sebati dengan bulu-bulu kaki. Kalau satu malam tak rasa angin luar, aku jadi tak keruan. Hilang arah tujuan. Badan berpeluh-peluh. Rasa nak mengamuk.

Aku start lepak malam-malam dah lama dah. Kira kalau kucing tu, dah bertanduk dah. Dah berevolusi dah kucing tu, sampai bertanduk. Macam tu dia punya lama. Kira memang dah melekat dalam sanubari lah. Satu malam aku tak lepak mamak, kamu jangan panggil aku Kacak Bergaya Disukai Ramai lagi. True tak true aku, kan?

Tepat jam sepuluh, memang aku dah siap-siap lah. Masa ni sibuk nak cari seluar cantik sikit. Cantik sikit je. Gila apa nak lepak mamak pakai seluar sembelih lembu. Agak-agak lah. Orang nak pergi minum, bukan nak pergi Gotong-Royong Peringkat Rukun Tetangga. Kunci kereta, kunci rumah, wallet dah standby atas meja. Wangi-wangi tak payah. Bukan ada Siti Nurhaliza pun dekat mamak tu.

Time ni jalan nak kena kontrol. Rumah dah gelap. Semua dah sibuk nak tidur. Karang jalan laju-laju terhentak meja, macam mana? Rosak muka nak lepak malam itu. Muka ketat je. Tahan sakit. Tak romantis lah minum Kopi O panas sambil buat muka ketat. Kawan-kawan nak borak-borak pun tak senang. Bau kaki naik. Apa barang?

Macam biasalah, pelepak tegar memang selalu diuji. Ujian-ujian ini lah yang menguatkan semangat kita untuk lebih tegar lepak di malam nan indah permai. Tak mencabar lah, kalau senang-senang je dapat keluar. Baru turun tangga sikit, adalah bunyi sambut dekat bawah.

"Kau nak pergi mana tu, pendingin_hawa?? Tak reti nak duduk rumah ke malam-malam ni??"

"Tu kang balik pagi-pagi buta. Entah apa dia buat malam-malam ni??"

Aku balas dengan senyuman saja. Tak kan nak buat hantaran balas pula. Bila masa aku main bola dengan ayah aku?

Aku hairan. Padahal punyalah baik aku susun step. Turun slow-slow. Selangkah demi selangkah. Baik punya step. Macam orang nak merompak. Slow tapi bersedia. Telinga ayah aku ada sensor baik lah aku ingat. Kadang-kadang macam mustahil. Itulah yang dinamakan naluri seorang bapa.

Time buka pintu nak keluar pun ada ujian lagi. Buka pintu tak boleh main terjah. Kena lincah. Kalau tak berebut-rebut kucing nak masuk. Hah satu kerja lagi nak kutip seekor-seekor kasi keluar. Kamu bayangkan, malam-malam, lampu semua tutup, nak kejar kucing satu rumah. Tak macam orang gila? Kalau ikutkan angin memang aku sembelih kucing tu. Tapi tu lah. Haiwan berkuku tajam haram dimakan pula. Kalau biar dekat dalam, sakit kepala nak bersihkan berak kencing.

Pening kepala fikir kucing ni sial. Tak nak kalah dia orang ni. Nak tidur atas TOTO je. Tidur luar tak nak. Aku pun tidur atas sofa lah sial. Gila zuhud aku.

Habis kutip semua kucing, dah boleh start enjin kereta. Gate buka siap-siap. Pintu dah kunci dah. Haru kalau balik-balik rumah tinggal piring Astro je. Pintu memang aku make sure kunci ketat-ketat. Reverse kereta slow-slow. Tak boleh bising. Hidup di kawasan kejiranan, kena saling hormat-menghormati. Tak boleh memekak malam-malam. Ini bukan musim raya nak memekik Hoorey Hoorey Esok Raya Esok Raya. Picit minyak sikit-sikit. RPM jangan lebih 3. Karang calar kereta, lepak mamak buat muka ketat. Nak minum kopi pun rasa air longkang.
Ambil mana-mana rakan yang patut, dan terus menuju ke mamak. Kopi dah memanggil-manggil dah.

Tapi minggu ni memang malang sikit. Macam aku cakap tadi. Tak ada kawan nak lepak mamak. Lepak sorang-sorang je lah. Serious LOSER gila. Mampus. Yang penting aku pelepak mamak sejati.

Tengok. Niat aku tadi nak tulis satu dua perenggan je. Sekarang melalut sampai lapan belas perenggan.

Aku selalu berangan. Aku boleh bergerak lincah dan tangkas. Aku naik mana-mana kapal terbang. Naik cara haram lah. Kata boleh bergerak lincah dan tangkas. Selit-selit sikit dekat bonet kapal terbang. Sampai Israel. Gerak laju-laju pergi rumah Ehud Olmert. Sembelih dia laju-laju. Memang puas hati. Lepas itu naik kapal terbang lagi pergi rumah Bush pula. Sembelih dia pun laju-laju. Fuh.

Berangan-angan memang best, kan?

Sabtu, 3 Januari 2009

Kenapa kereta aku clutch dia panjang?

Sampai-sampai, kena bersihkan najis kucing dekat depan rumah. Agak malang. Nasib baik dia berak dekat luar. Kalau dalam rumah, aku cakap bedebah laju-laju dekat kucing itu. Memang menempah ajal. Ajal maut di tangan tuhan.

Kamu baca surat khabar Metro? Kosmo? Baca tak? Rumah aku masuk surat khabar. Serius. Aku lampirkan pautan. Sila baca.

Kosmo.

Metro.

Bukan lah berita gempar sangat pun. Tapi sebab rumah aku masuk surat khabar, aku rasa memang berita gempar lah. Aku selitkan sedikit gambar dari berita-berita itu.



Jasad terbujur kaku betul-betul sebelah rumah aku.


Nampak pokok kelapa kan? Ayah aku yang tanam. Masa baru-baru pindah dulu. Aku kecil lagi masa tu. Dapat lah merasa air kelapa sikit-sikit. Buah kecil-kecil saja. Tanah tak sesuai mungkin. Pokoknya pun pendek saja. Kalau tak mesti aku handal memanjat pokok kelapa.

Aku nak ulas sedikit kejadian ini. Sebab yang keluar di surat khabar tak berapa tepat. Sengaja nak menutup kesalahan pihak berkuasa. Sepatutnya tiada nyawa yang melayang dalam kejadian tersebut.

OK. Mari kita senaraikan kedunguan polis dalam mengendalikan kes ini. Pertama, bagaimana mangsa (si kena tembak dengan polis) boleh menawan kereta polis sampai kemek macam gambar di atas. Polis dah tak pandai nak cabut kunci kereta bila keluar dari kereta kah? Nak cepat sangat? Sampai gari dan senapang pun tinggal dalam kereta. Memang dungu. Kalau mangsa perasan senapang dalam kereta polis itu, lagi sakit. Habis rumah aku kena tembak agaknya.

Kedua, aku secara tegasnya berpendapat tidak sepatutnya mangsa itu ditembak sampai mati. Memanglah mangsa itu bersenjata. Tapi senjata yang boleh kita katakan tidak tergolong dalam mana-mana kategori senjata. Sudip orang buat masak burger. Apa lancau sudip orang buat masak burger lawan pistol?! Amarah sial. Kalau nak tembak pun, sekali cukuplah. Cukup untuk melemahkan mangsa. Kemudian berundur lah sedikit. Lama-lama pasti dia lemah. Ini tidak. Sampai tiga atau empat das. Kena bahagian penting pula. Lepas ditembak, dipijak-pijak pula tengkuk mangsa. Ambulans lambat sampai. Dibiarkan saja mangsa terbongkang di situ. Ahli keluarga nak datang dekat mangsa pun tak bagi. Mana tak menghembuskan nafas terakhir.

Aku memang rasa mangsa tak patut mati. Serius. Sebab dia tak berapa waras. Lagi dia tak ada senjata berat. Memang boleh lah kalau tak mati. Boleh sangat.

Aku nak cerita banyak-banyak pun, tak boleh sebenarnya. Sebab sewaktu kejadian, aku sedang enak tidur. Bangun-bangun nampak seketul kereta polis belakang rumah. Aku ingat polis sedang sibuk makan Dunkin Donat belakang rumah aku. Pelik juga. Tak ada tempat lain mereka nak layan Dunkin Donat? Sebelah tong sampah rumah aku pun layan kah? Lepas itu adik aku tanya

"Bang, kau tak dengar ada orang tembak-tembak kat luar tadi?"

Melopong aku. Aku selak langsir. Ambil engkau. Dah macam pasar malam. Penuh orang. Gila babi. Aku melilaukan pandangan aku. Nampak sesuatu berbungkus. Mayat. Macam bungkus ikan saja. Kasihan. Tutuplah elok sikit. Dah lah polis yang tembak. Lepas itu buat macam itu.

Sebelum mangsa itu kena tembak, dia kejar ayah kawan aku. Kawan aku itu menyaksikan seluruh kejadian, dan kawan aku itulah yang menceritakan satu-persatu dekat aku. Jadi aku rasa kredibiliti aku cukup untuk buat post ini. Ada apa-apa pertanyaan, sila tanya di ruang komen.

Aku memang tak berapa suka dengan cara pihak polis tempatan buat kerja. Polis tempatan, maksud aku polis dekat tempat aku ini lah. Macam waktu dulu-dulu, rumah jiran aku kena masuk perompak. Dah dapat tangkap dah perompaknya. Dah suruh melutut depan polis. Pistol dah acu dekat kepala. Leka sikit, perompak dapat lari. Apa polis itu tak kenal erti gari kah? Tak reti nak pakai gari? Bodoh bertingkat-tingkat. Dapat tangkap terus gari lah.

Aku ingat polis-polis dekat Malaysia ini kena banyak tengok CSI. Bagi semangat sikit. Ini buat kerja macam palat. Cuai. Lepas itu pandai sorok-sorok. Keluar dekat berita, semua nak tutup kesalahan pihak polis. Fuck.

Ambulans pun sama. Ada hari dulu-dulu, aku main futsal di KL, pagi-pagi. Tiba-tiba ada foreigner yang main sekali, buat perangai jatuh kepala dulu. Entah skil apa dia nak buat aku pun tak tahu. Kawan-kawan dia suruh call ambulans. Aku call, macam-macam dia tanya. Aku rasa maklumat yang penting yang perlu ambulans tahu ialah tempat di mana dan kecemasan apa. Ini dia tanya macam aku nak kahwin dengan anak dia. Sibuk tanya nama, nombor telefon, apa semua. Lepas itu pertanyaan diulang-ulang. Sakit hati sial. Orang tengah cemas-cemas, kau nak buat sesi temuramah. Kalau ambulans datang laju-laju tak apa, ini dekat setengah jam. Foreigner itu dah selamat hantar hospital dah. Nasib baik kawan aku bawa kereta.

Kepala aku dah pening. Dah pukul 5.31 pagi. Lepas solat subuh nak tidur. Selamat pagi.

Khamis, 1 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Tak sempat tengok bunga api tahun baru. Sambut tahun baru dengan tidur di rumah. Countdown, tengok parti dekat TV Singapura. Nasib baik. Kalau tak ada TV, memang aku sambung tidur.

Satu fakta rawak. Kamu tahu tak lagu kebangsaan Singapura adalah dalam Bahasa Melayu? Tajuknya Majulah Singapura.

Melayu di sana tak lah deserted sangat, kan?

Selamat Tahun Baru 2009.

Aku terima kad ucapan tahun baru berbentuk maya daripada Han Eba. Terima kasih! Semoga segala azam yang kamu senaraikan tercapai.