Jumaat, 6 Februari 2009

Catatan pertama di Universiti tercinta

Kerjaya aku sebagai seorang pelajar sudah sampai ke tahun terakhir. Harap-harap.

Perjalanan untuk ke tahun akhir memang dipenuhi ranjau dan onak duri. Penuh dengan cabaran dan dugaan yang memilukan. Bermula sebagai pelajar freshie (segar?) yang dungu dan serba tak tahu apa-apa. Masa tu jalan pun tunduk je. Kalau boleh nak kira batu-batu kerikil kat jalan tar. Semua orang nak panggil abang. Time main takraw, bola, badminton. Konon-konon hormat la. Padahal takut kena pukul. Dalam hati nak tambah je kai kat belakang bang tu. Nak tambah ngang pun boleh. Ikut kondisi dan situasi. Kalau rasa nak kena pukul kuat sikit tambah je dua-dua.

Banyak kelemahan sebenarnya kalau kita belum berada dalam golongan pelajar-pelajar tahun akhir. Tiba-tiba idea tentang kelemahan pelajar-pelajar bukan tahun akhir, tahun awal terutamanya, datang menusuk dalam otak aku. Lantas aku pun terpaksa menaip di sini untuk dibaca oleh kamu semua.


1. Mudah dikenali.

Macam biasalah. Senior-senior sentiasa memandang pelajar-pelajar belum tahun akhir ini kecil saja. Nak-nak masa tahun asas atau tahun pertama. Senang saja nak kenal pelajar-pelajar tahun asas ni. Badan kecil-kecil. Pakaian pun nampak tak stylo. T-Shirt sekolah, persatuan atau kumpulan yang disertai masa sekolah-sekolah dulu. Seluar senteng. Kalau tak senteng pun nak lipat sampai nampak buku lali. Baju besar-besar. Tak ada pakai seluar jeans pergi kuliah. Seluar slack saja. Muka nerd. Yang perempuan pakai baju kurung je. Tudung tutup semua. Tak ada pakai tudung main-main. Pergi kelas nak bawa semua buku teks, padahal kat kelas tidur. Petang-petang main pun pakai seluar panjang. Semua suci-suci je. Rajin pergi masjid. Rajin pergi smart group.

Banyak lagi sebenarya. Kalau nak taip semua memang tak sempat. Pandai-pandai lah kamu perhatikan sendiri.


2. Rajin pergi kelas.

Memang rajin. Masa ni nak ponteng kelas pun takut-takut lagi. Datang kelas awal. Dengan pakaian skema, duduk depan, buku nota dah terbentang luas atas meja. Memang semangat. Bukan senang dapat masuk Universiti. Teringat masa temuramah dulu. Gigil-gigil. Kena pula temuramah bahasa Inggeris. Dah susun dah ayat sebelum masuk bilik temuramah lagi. Siap dengan slang british, konon-konon macam David Beckham lah. Sekali dah masuk, hah keluar english slang Jawa. Tak ada hal.

Memang susah nak masuk universiti. Sebab tu semangat belajar awal-awal. Memang tak ada ponteng lah. Dengar senior cakap yang ponteng tu perkara biasa, tak percaya. Punyalah suci.

Dah lama sikit, ayat-ayat macam di bawah pun biasa:

"Eh ko tolong sign kan attendance aku. Aku tak dapat pergi kelas Reaction ah harini. Sembelit tercucuk sembilu dah rasa perut aku ni."

Padahal elok je layan drama Korea dekat Laptop. Tak apa. Esok tukar giliran pula sign attendance.

Lagipun di awal-awal kemasukan ke universiti, tak ramai kawan. Jadi tak banyak aktiviti yang boleh dibuat. Untuk hilang bosan, pergi kelas. Boleh juga usyar gadis-gadis di kelas. Daripada duduk bilik menghadap dinding, dapat apa? Awal-awal tahun asas dulu laptop pun tak dapat lagi. Memang bosan gila kalau tak pergi kelas.


3. Tidak berkenderaan.

Peratusan pelajar yang menyewa kereta ternyata lebih besar untuk pelajar-pelajar tahun asas. Biasanya mereka memang tidak bawa kereta ke universiti. Sama ada lesen belum siap, gagal ujian memandu, belum ada kereta dan tidak diberi kepercayaan oleh ibu bapa untuk membawa kereta. Bukan setakan kereta, van dan lori pun boleh disewa. Satu kereta, selagi boleh sumbat, sumbat sehabis boleh. Kancil naik 7 orang? Biasa. 8 orang? Tak ada hal. Kalau orang toyota tengok student-student bawak kancil sampai 7 orang, mesti dia kagum. Boleh buat final year project, agaknya.

Mengkaji ketahanan penyerap hentak tayar kereta. Simulasi berasaskan situasi sebenar.

Macam tu agaknya tajuk final year project mereka.

Bila dapat kereta untuk disewa, seronok bukan main. Terasa macam memiliki kebebasan sepenuhnya. Macam dah final year student. Padahal bawa kereta enjin mati-mati. Lahabau sungguh. Akak-akak senior tengok pun geleng kepala.

"tak ingin aku bagi adik aku kapel dengan budak ni."

Oleh itu, silalah pastikan lesen kamu sentiasa hidup.


4. Tak boleh usyar gadis-gadis dengan bebas (untuk pelajar lelaki)

Pada aku ini adalah kelemahan terbesar pelajar-pelajar tahun asas, untuk lelaki lah. Gadis-gadis sebatch dengan mereka biasanya mendapat perhatian lebih daripada pelajar-pelajar lelaki yang lebih senior. Peluang untuk bermesra asmaradana dengan gadis-gadis sebatch sudah terbatas. Apatah lagi dengan pelajar-pelajar perempuan senior. Tak pernah dibuat orang pelajar-pelajar tahun asas cuba mengusyar gadis-gadis senior. Kalau dipandang sebelah mata pun dah cukup bertuah. Dah patut open table dah.

"Weh weh jom mapley malam ni. aku open table. Tadi akak 3rd year senyum kat aku. gila babi"

Padahal senyum nak pancing suruh jadi komiti event MPP. Senang sikit kalau ade pencacai daripada golongan bawahan ni.

Ada juga yang cuba-cuba nak mengorat gadis-gadis sebatch yang sememangnya sudah terkenal dikalangan senior. Aku nasihatkan, eloklah berhenti sebelum ada nyawa yang melayang di tangan senior tercinta. Lagipun peluang kamu amat tipis, senipis kulit bawang. Senior-senior pastinya mempunyai kenderaan sendiri. Kita semua pun tahu, lelaki dan kereta, adalah 1 pakej yang lengkap untuk dimiliki oleh mana-mana student perempuan. Senang nak merengek nak pergi pusat bandar beli pencuci muka atau kasut yang jarang-jarang dipakai.


5. Sering mendapat perhatian senior-senior lelaki (untuk pelajar perempuan)

Bagi senior-senior, dapat berteman dengan junior perempuan memang satu kejayaan yang unggul. Apabila satu-satu semester start, mulalah hormon testosteron senior-senior ni terembes dengan lancar dan berkesan. Selalu datang lepak cafe-cafe yang dipenuhi junior-junior. Untung-untung boleh tumpangkan mana-mana yang comel.

"Alahai kesian cik adik jalan panas-panas bawak file berat. Meh sini abang tumpangkan. Sorang je ek. yang lain tu jalan kaki lagi elok. Senam sikit bagi kurus. Dah kurus nanti abang tumpangkan."

Senior jalan mata melilau. Antena pengesan gadis-gadis junior diaktifkan ke tahap tertinggi. Pantang nampak gadis comel berbaju kurung, terus ditenung. Kalau jalan dalam satu kumpulan, semua mata tertumpu satu arah.

"Weh weh awek baik doh. Comel. Sane sane. Pukul 3 aku."

"Pukul 3 ko? Ko biar betul? Makcik cleaner tu ke? OK jugak tu. Dengan ko memang kena ah."

"Tu nak buat ape bengap!. Belakang die sikit. Ok lah. Pukul 4 aku. Nampak?"

"Peh comel babi. Ni buat teman naik Saga Putih aku care nih!"

"Ah ko! da ade awek da ah. Aku ni perlukan belaian gadis gadis bawah umur."

Tak pasal-pasal gaduh antara rakan sebaya sebab satu gadis junior yang hatta namanya pun tak diketahui.

6. Tak hebat bermain permainan komputer, DoTA dan Counter-Strike terutamanya.

Pelajar tahun asas jarang sekali sudah memiliki komputer atau laptop sendiri. Loan komputer biasanya akan dapat setelah 1 atau 2 semester pengajian. Yang dah ada komputer, pasti akan terus berjinak-jinak dengan permainan komputer LAN. DoTA dan Counter Strike lah macam biasa. Pastinya corak permainan yang ditunjukkan berada pada kualiti seorang pemain sampah. Sering kali dimaki oleh pemain-pemain senior kerana membuat tindakan yang dungu dan bengap ketika bermain DoTA. Kalau masuk game, tiada siapa yang ingin satu kumpulan dengan pelajar-pelajar tahun asas ini. Kalau main Counter-strike, kena headshot saja. Tak sempat nak bertindak, baru gerak sikit. Tahu-tahu dah mati. Memang terasa putus asa nak main Counter-Strike. Baik tengok Roda-roda Kuala Lumpur. Tak pun Gerak Khas.


Banyak lagi sebenarnya. Tapi aku dah ngantuk dan harus tidur. Esok kena hantar proposal Final Year Project demit.

10 ulasan:

AlexAlabasta berkata...

Oh yes, anda memang betul.

Tapi dari dulu lagi aku tak ske ke kelas, tidur itu hobi sensasi.

Bajet berkata...

let la mok. biasa la tu. jom-jom tido.

dya berkata...

kalau kat mmu pulak kalau tgk girls yg dressed up cun2 stylo2 pakai makeup sme gi class tu..haa..tu freshies laa..=P tapi bdk2 lelaki xbnyk la seperti yg disebutkan oleh cik pendingin hawa tu..ade la seketul due.tapi mostly xnmpk cam freshie la.diorg lek je.even banyak je yg couple ngan senior perempuan kat sini..haha..agak berbeza sikit la budaya kite cik mok..=P

woody berkata...

yes...
akhirnyer, ad gak update yg ku tunggu2..
haha~

NeeNee berkata...

Bagusla suda memBaca arahan di page aku..tapi maner tag nyer???!!!

Ko telah membaca dgn kuat eh?Bagus2..tapi kenapa sesudah habis trainee baru mengikuti arahanku dgn jelas??semasa di sini, kamu selalu tidak mahu ikuti saya...ish ish ish

NaSzRa berkata...

haha. itu da sinonim. sume nak abg kakak ble jumpe org. ble da sem akhir, 'hai gadis cun~' haha~

meen berkata...

post yg menarik mok!
itulah realiti sebenar kt dunia utp nih.
hrpkn update post dlm masa terdekat ni!

aimighazali berkata...

sy g training..trainer sy org korea..die ajar ade ajar kami bhs korea..kami berkongsi cerita psl artis korea..die bg kami lagu korea y besh2..hahaha..jgn jeles..sy pun bleh nyanyi lagu korea dgn kuat dan penuh semangat seperti kamu nyanyi dl..sy rs nk g korea..

Drum Kit berkata...

mok dah malas update
demmm

sakilah berkata...

Point keempat, baris empat terbawah..
merengek nak beli pencuci muka?? ha ha ha ha...sengal btul..xde reason lain ke?? =P