Rabu, 25 Mac 2009

Cuaca yang tak ada hati dan perasaan pun boleh berubah, apatah lagi manusia

Maafkan aku. Dah lama sangat tak update.

Sekali lagi aku sedang cuti. Kali ni cuti pertengahan semester. Semester yang sangat menyakitkan hati dan jiwa raga aku sebagai pelajar. Cuti macam ni memang aku nanti-nantikan. Dah lama sangat tak cuti. 3 bulan duduk UTP. Tak gila macam tu?

Macam biasalah, bila cuti ni, seperti yang pernah aku ungkapkan dulu-dulu, aku akan jadi sampah masyarakat, di rumah dan juga di luar rumah. Lagi lama cuti, maka makin tinggilah darjat dan martabat aku sebagai sampah. Ibarat sampah yang diletakkan di luar rumah. Jika tiada pekerja sampah mengutipnya, keagungan sampah tersebut akan meningkat dari hari ke hari, sampailah ada orang kutip sampah itu dan dilupuskan. Keagungan sampah tersebut juga akan meningkat mendadak, apabila digonggong dan disepah-sepahkan oleh haiwan-haiwan liar yang bertaburan di belakang rumah. Seseketul sampah itu akan berasa takabur dan bangga bilamana dirinya digonggong megah oleh anjing liar yang paling berpengaruh di kawasan tersebut. Terasa dirinya telah diangkat sebagai Sampah paling Agong.

Umum mengetahui bahawa ramai kawan-kawan lepak aku di JB ini sudah berkerja. Umum juga mengetahui bawaha ekonomi dunia sekarang berada pada paras yang agak rendah, hingga memeningkan kepala penjawat-penjawat swasta, terutamanya kilang-kilang. Masalah ini umpama racun yang menular perlahan-lahan di dalam liang-liang darah. Semakin bermaharajalela dan mengganas.

Masalah ekonomi ini turut menjejaskan mata pencarian rakan-rakan aku. Beberapa rakan aku telah diberhentikan kerja secara langsung dan tidak langsung. Ada yang dah elok-elok kerja kilang, jurureka, wireman, terpaksa mengundurkan diri. Kasihan sungguh. Dah malam-malam kena kerja stall burger. Nasib baik dia buat burger sedap.

Stall burger juga boleh menjadi tempat lepak yang amat ideal. Lebih-lebih lagi jika kedudukan stall burger itu strategik. Terletak di tengah-tengah pekan atau pusat komersil, misalnya. Pasti ramai gadis-gadis akan singgah untuk merasai kehebatan dan kelazatan burger yang sering diperkatakan di kawasan tersebut. Aku yakin, apabila satu-satu order itu datangnya dari seorang gadis yang comel dan ayu, pasti semangat untuk membuat burger mencurah-curah. Seperti mencurah air ke daun keladi. Walaupun produk akhirnya mungkin tak sesedap mana, tapi kesungguhan yang dicurahkan semasa proses penghasilan burger itu mungkin akan meningkat sebanyak 64%. Sudip burger akan diketuk-ketuk dengan lebih kuat, tangan yang meletakkan sayur-sayuran di roti burger menjadi semakin lincah dan tangkas, botol-botol sos berguling-guling lancar di celah-celah tangan, umpama bartender di Zouk. Segalanya nampak professional. Burger yang terhasil juga pasti menarik dari segi lahiriah. Kalah burger McDonald dan BurgerKing. Sedap tak sedap, tak tahulah.

Cuti kali ini, aku memandu Si Putih ku dari UTP hinggalah ke JB. Jumlah masa perjalanan hampir 8 jam. Bertolak pagi pukul 10.30 dan sampai di pintu gate rumah lebih kurang 7.00 malam. Sesuatu yang boleh dibanggakan oleh seorang pemandu amatur seperti aku, aku rasa. Dah macam orang gila dah memandu sepanjang hari. Awal-awal pemanduan, memang segar-bugar. Setelah hampir 2 jam perjalanan, fokus mulai hilang. Fikiran mula menerawang membayangkan gadis yang cuba aku hampiri. Bayang-bayang gadis tersebut mula muncul di sekitar anak mata dan di celah-celah pokok di tepi lebuh raya. Awan-awan juga membantu meningkatkan imaginasi aku terhadap gadis tersebut. Kepulan awan-awan membentuk raut wajahnya yang ayu, menulis namanya, siap dengan nombor matriks sekali. Ku cari-cari nombor telefonnya di kepulan awan-awan yang lain, namun hampa. Apa yang ku dapat lihat hanyalah nombor talian kecemasan di papan-papan tanda sebelah lebuhraya. Cuba ku hindari bayangan-bayangan ini, namun sukar. Aku pasrah dalam kekalutan.

Nasib baik PLUS bijak. Menyediakan R & R di tepi lebuhraya. Boleh juga aku pergi minum-minum dan usya-usya gadis lain. Penat lah tengok awan saja. Kereta aku terbang nanti. Kalau terbang sampai JB tak apa. Ni terbang masuk longkang. Bahaya.

Esok aku sambung lagi, ya?

4 ulasan:

Bajet berkata...

Ok la tu mok. Aku setiap kali balik duduk belakang je.

pink_butterfly berkata...

slamat bcuti!!!

update la blog ni slalu...

woody berkata...

yeay..
ish, nk kene aku pm mintak update baru update..
ko kene update tiap2 minggu..
hehe

Drum Kit berkata...

penantian yg berbaloi!
terima kasey power root!