Jumaat, 22 Mei 2009

Sekolah Agama, Kelab Bahase Arab, Perangai Macam Setan Jugak

Rokok dan pemetik api, memang tak boleh dipisahkan lagi. Macam kucing dengan tahi kucing. Ibarat anjing dan bayang-bayang. Umpama Rifae dengan Dota. Seperti Bonzer dan WOW. Hubungan mereka memang kuat. Jika tiada salah satu, pincanglah kehidupan normal seorang perokok.

Adalah satu kecelakaan yang besar, apabila rokok sudah disisip kemas di pinggir bibir, tapi lighter tidak berada di sisi. Dengan segera diri akan menjadi gundah gulana. Hidup tak tenteram. Jadual waktu tak menentu. Mata akan mula meliar kiri kanan, mencari sumber api.

“Ape lancau nih? Mana lighter aku beli malam tadi? Asshole mane rembat lighter aku nih?? Aku baru gune tak sampai 5 kali lah sial!”

Kepala mula kusut. Angan-angan indah untuk menghembus asap-asap pemusnah kesihatan terbantut. Tangan dah mula gigil-gigil. Memang hebat penangan hilang lighter ni. Dia punya tangkap sampai dekat sum-sum tulang. Rasa nak karate je pokok-pokok balak berhampiran untuk dijadikan unggun api buat nyalakan rokok.

Sebagai seorang manusia, amnya, dan sebagai seorang perokok, khasnya, pernah tak kita fikir bagaimana kitaran hidup seketul lighter? Bagaimana sejak kotak lighter tersebut dibuka, dan pandangan hidup lighter tersebut berubah mendadak, adalah suatu yang sangat abstrak.

Baru-baru ini, aku telah menjelma menjadi seketul lighter, demi menyelami hati dan perasaan lighter yang telah banyak berjasa kepada pembentukan sel-sel kanser dalam badan manusia seperti kita. Cakap banyak tak guna. Baca sendiri kat bawah tu..

********************

Gua lighter. Sori. Gua tak biase 'aku-kau' nih. Tak ganas. Gua bukan lighter buat cucuh api dapur nak masak gulai ikan tempoyak. Gua juga bukan lighter nak nyalakan api lilin kek hari jadi Selamat hari jadi to you.... Selamat hari jadi to you.... Selamat hari jadi to you kepala otak kau!. Malang sial siapa-siapa jadi lighter buat cucuh lilin kek besday. Kene cemuh semua lighter tau tak?!

Lu orang jangan tanye gua kenapa gua jadi lighter. Gua memang tak mintak nak jadi lighter ni. Kalau boleh mintak, memang gua dah mintak jadi MOK dah. Serious doh. Gua tau semua orang pun sama kan?

OK. Pendek kan cerite. Gua malas nak cerita pasal kilang tempat gua jadi dulu. Gua memang tak pandai cakap-cakap pasal kilang ni. Dulu time sekolah dulu takde ajar pasal kilang. Yang gua tau kentut gua berapi. Pastu manusia-manusia seronok cucuh rokok dengan kentut gua. Tak paham betol. Tapi lame-lame baru gua tau. Itu simbol keganasan sejagat. Gua suke ganas-ganas.

Hidup gua bermula bila ada orang bukak kotak tempat gua dengan rakan-rakan gua beratur. Display dekat atas almari. Mula-mula gua curiga. Almari apa ini? Ini bukan seperti dalam angan-angan gua selama ini. Mana Maria Ozawa gua? Gua ada dengar khabar angin Maria Ozawa nak buat video baru bertajuk "Naughty Japanese on Couch while Smoking". Nak smoking kena ade lighter ganas macam gua. Baru laris video tu. Ini tak habis-habis buat video angle sama je. Budak sekolah tengok pun dah bosan.

Gua beratur barisan paling belakang. Memang cibai. Tiap-tiap jam gua tengok kawan-kawan seangkatan gua kena rembat dengan pelanggan-pelanggan kedai ni. Gua dah tak sabar. Beratur lame-lame macam ni, apa jadah? Gua bukan budak sekolah. Gua lighter! Gua cuba sabar. Lagipun gua tengok muke sorang-sorang yang beli lighter-lighter depan gua semua muka jambu. Padan muke kawan-kawan depan gua kene beli sebab nak nyalakan lilin kek besday.

Satu hari, sedang gua berangan cucuhkan rokok untuk Siti Nurhaliza, gua perasan sorang mamat cool gila datang counter. Gua berdebar. Masa tu depan gua dah tak ada lighter lagi. Tinggal barisan gua saja. Gua mula bermonolog dalaman.

"Tolong pilih gua. Tolong pilih gua."

Pap! Gua rasa gua kena angkat. Bergoyang-goyang air ape entah dalam tubuh ganas gua. Gua rasa teruja. Gua tau gua dah jadi Lighter Yang Terpilih.

"Cha! Macam biase cha. White coffee ais. Sampoerna 14. Bagi kotak baru cha! Kau jangan nak mempermain-mainkan paru-paru aku bagi rokok kotak lame. Dengan lighter sekali cha."

"OK2. lapan ringgit. Makan tak ka?"

"Tak2. OK Cha. Tenk yu!"

Gua puas. Akhirnya masa gua tiba. Kewujudan gua sebagai seketul lighter akan lebih bererti. Gua dah tak sabar nak mulakan tugas pertama.

Sekilas gua amati tuan baru gua ni. Muka kacak, cool, ganas tapi terserlah sinar kasih sayang dari muka beliau. Gua yakin beliau akan menyayangi gua seperti menyayangi paru-paru beliau sendiri. Dari cara genggaman tangan beliau ke arah gua, gua tau Tuhan telah mengurniakan gua anugerah yang terbaik.

"Hah ni aku dah beli lighter baru! Jangan hilang lagi. Babi betul lighter guna tak sampai suku dah hilang! Kalau hilang lepas ni aku berhenti rokok serious!"

"Lighter pon berkira. Lahanat! Dah lah hisap sampoerna. Entah hapa-hapa entah!"

Bangsat! Budak ni kutuk rokok pilihan Tuan gua. Gua panas. Hati membara-bara. Rasa nak bakar bulu hidung budak tu.

"Biar ah! Rokok aku. Ala.. Kadang-kadang aku hisap Dunhill jugak. Dah2. Mana awek tadi? Dah balik ke? Aku baru pergi bayar dah hilang? Sial aku baru nak usya...." Sambil puji-puji awek tadi, Tuan gua nyalakan rokok beliau. Ahhh... Tugas pertama gua. Akhirnya termakbul cita-cita gua selama ini. Menyalakan rokok untuk Lelaki Kacak Bergaya Disukai Ramai. Gua rasa hidup gua cukup sempurna sekarang.

Gua dengar Tuan gua borak apa entah dengan budak-budak dia dekat meja tu. Muka masing-masing serious aja. Gua ade dengar sikit-sikit. Istilah-istilah pelik yang gua dengar; Reservoir Engineering, Correction Factor, Graf itu ini. Gua tak paham. Tapi gua tengok masing-masing macam bengang. Perkataan Fail, Repeat, GG, Susah cam babi, Soalan jelmaan jin ifrit, diorang sebut ulang-ulang. Gua malas nak layan. Dalam hati gua cakap "Budak-budak pandai semua ni. Ni mesti buat assignment susah ni. Bagus2....."

Tuan gua baik. Lepas pakai gua, dia letak gua elok-elok atas kotak rokok. Bagi badan gua tak basah. Sementara Tuan gua tak guna gua ni, gua ambil kesempatan usya rakan-rakan setable beliau. Huh!! Masing-masing muka tak berkaliber. Muka Tuan gua jugak paling kacak. Perasaan bangga pantas bersemai dalam sanubari gua. Memang tak boleh disanggah lagi bahawa gua Ligther Yang Terpilih.

"Mok lighter jap mok..."

Tiba-tiba ada tangan hodoh lagi kuku panjang sambar gua. Gua kaget. Gua fikir dia nak merenggangkan hubungan gua dengan Tuan gua. Gua rasa nak menangis. Kenangan bersama gua dan Tuan gua masih sedikit. Gua masih belum mahu mengakhiri ikatan yang telah termetrai ini. Masih gua ingat mahar yang perlu Tuan gua bayar untuk mendapatkan gua. Seringgit. Seringgit untuk tanda sebuah ikatan yang sah. Janganlah si empunya tangan hodoh lagi kuku panjang ini memutuskan ikatan itu.

Lepas paksa gua kentut berapi, gua dihempas atas meja. Butuh! Dah lah basah. Kalau gua boleh menyala sendiri, sumpah gua bakar dia laju-laju sambil bersorak girang gembira. Gua pandang Tuan Gua. Bangsat dan Bedebah! Beliau langsung tak mengendahkan tindakan kasar kawan beliau ke atas gua?! Baru tadi dalam hati dah berbunga-bunga riang dapat Tuan macam kau. Rupanya kau pun tak ubah seperti lahanat juga. Memang gua menyumpah-nyumpah dalam hati. Nak menyumpah dekat mulut, mulut pula tak ada. Gua pasrah..

"Dah. Jom? Berambus... Nak layan movie nih..."

"Jom2. Jap aku g bayar dulu.."

Gua tengok semua bangun. Nak balik agaknya. Gua makin excited. Tak sabar nak tengok macam mana life Tuan gua. Mesti seronok. Pasti akan banyak lagi kenangan-kenangan yang akan tercipta. Gua nak tau apa lagi jenis-jenis rokok yang Tuan gua hisap. Gua mula berangan-angan....

Tapi apsal Tuan gua tak toleh-toleh kat Gua ni? Tak kan beliau lupa gua kot. Baru tadi gua nyalakan api paling nice untuk Tuan Gua, dengan harapan nyalaan itu akan meninggalkan kesan mendalam untuk beliau. Nyalaan yang akan buat beliau teringat-ingat gua. Rindu kehangatan api nyalaan gua. Jatuh cinta dengan kepantasan nyalaan api gua...

Tuan gua makin jauh. Samar-samar gua nampak beliau menuju ke sebiji kereta Proton Saga BLM warna putih yang nampak begitu elegan. Harapan gua semakin menipis. Gua harap beliau akan teringat dan patah balik untuk mengutip sisa-sisa kasih sayang gua untuk beliau. Setiap tapak beliau ke kereta, gua berdoa.

"Patah balik. Patah balik. Please. Patah balik lah sial!!"

Hampa.....

Proton Saga BLM warna putih yang nampak begitu elegan berlalu meninggalkan gua terkontang-kanting. Nafas gua sesak.. Rasa oksigen macam tak sudi menusuk masuk dalam lubang pernafasan gua... Pandangan gua semakin kelam... dan kelam....

********************

Aku nak mandi dan makan. Lepas ni kena cari lighter lagi. Cibai...

Khamis, 14 Mei 2009

Dia milikku, bukan milikmu

Aku cuba untuk tidak menulis deep-deep kali ni. Cukup dengan post sebelum ini.

Stadi week. Antara minggu-minggu yang memang aku nantikan. Sepanjang minggu kelas dimansuhkan, dengan harapan pelajar-pelajar dapat menumpukan perhatian untuk pembelajaran mereka sepanjang satu semester.

Objektif yang sangat jelas. Namun dari segi perlaksanaan, masih samar-samar.

Seperti biasa, aku senaraikan perkara-perkara yang sangat ketara berlaku ketika study week.

1. Perpustakaan

Satu perkara yang sangat jelas. Penggunaan Perpustakaan pasti meningkat pada minggu-minggu seperti ini. Macam minggu-minggu lain perpustakaan tu tak wujud dalam kamus dewan siswa siswi. Kalau minggu-minggu lain dengar orang cakap nak pergi perpustakaan, dialog-dialog seperti di bawah boleh didapati sebagai reaksi atas ungkapan pergi ke perpustakaan tadi:

"Ade majlis doa selamat ke? Makan-makan ade?? Kalau ade tunggu aku jap."

"Kau nak dating dengan awek mane lak hari nih??"

"Kat Perpustakaan boleh main DoTA/CS pakai internet ke? Tak kena blok ke?"

"Internet kat Perpustakaan boleh masuk Redtube ke?"

"Eh, sejak bile pulak Universiti kite ade perpustakaan?"

Dan pelbagai lagi reaksi yang mungkin diberikan. Biasanya reaksi negatif. Masakan tidak, muka yang bile tengok sekali dah tau pergi kelas pun 2,3 kali 1 semester, nak pergi Perpustakaan konon.

Aku? Dah lama aku tinggalkan benda-benda perpustakaan ni. Tak boleh study. Mata bukan ke buku, tapi ke yang bawa buku celah-celah almari. Yang cantik, comel, body solid dan macam-macam lagi lah. Tak ada yang akan terlepas daripada radar gadis aku ni. Ke radar aku yang aktif sangat?

Tapi sebab dah Final Year, nak tak nak perpustakaan memang harus dikunjungi. Pelbagai projek perlukan rujukan-rujukan buku-buku tebal.

2. Masjid

Sama macam perpustakaan, kunjungan ke Rumah Suci ini memang akan meningkat apabila study week menjelma. Alhamdulillah. Itu tandanya pelajar-pelajar kita masih tahu menyandarkan harapan kepada Yang Maha Kuasa. Tak guna belajar bertingkat-tingkat, tapi niat Solat Sunat Selepas Zohor pun tak ingat. Memang tak layak kahwin kalau macam tu.

3. Movie dan Series

Awal-awal study week, dah boleh listkan movie dan series apa yang boleh dihabiskan. Sebelum tu sibuk dengan tugasan, projek dan macam-macam. Masa ini lah segala dendam kesumat terhadap pelakon-pelakon comel Korea Selatan dan Jepun akan terlunas. 1 hari tegak 1 series 16 episod adalah perkara biasa yang sering dilakukan pelajar-pelajar kita. Kalau cerita sedih-sedih sikit macam Winter Sonata, atau Taiyou No Uta, boleh lah standby tisu siap-siap.

Siapa-siapa yang tengok Taiyou No Uta tak menangis, serius orang tersebut tak ada hati perut.

Masa ini juga nak menonton trilogy-trilogy yang panjang-panjang. Macam Lord Of The Ring, Star Wars, X-Men. Movie-movie yang pening-pening lah senang kata. Kalau tengok sekali tak faham. Sibuk download movie-movie ini. Bila seorang mula start layan, memang tak lama. Pasti lain-lain akan layan sekali. Mula-mula memang semangat nak stadi ni. Dah bawa lecture note, past year paper semua. Sekali sound efek si penonton movie ni sedap. Time tembak raksasa tu bunyi "kebabom!!!" kuat betul. Macam raksasa tu sebelah bilik je. Mana tak terlayan macam tu?

4. Dota/CS

Sebab aku merupakan bekas pemain DoTA, aku elaborate pasal DoTA saja, ya?

Study week boleh dikatakan minggu syurgaloka bagi pemain-pemain dota. Setiap masa ada saja game. Berhenti hanya untuk makan. Tak payah mandi nak main dota. Tak true. Kamu ingat yang pergi tournament dota wakil Malaysia tu mandi ke pagi-pagi?

Celik-celik mata saja, terus klik icon warcraft 3. Masa tu kat taskbar memang tak ada perkara lain lah. Warcraft 3 saja. Dan MiRC channel #War3. Sebaik saja ada game baru, memang lincah-lincah masuk. Bila tak sempat masuk, maki hamun paling keras akan terpacul secara automatik. Marah betul. Penat bangun pagi-pagi nak main dota, tapi tak dapat.

5. E-Learning/Web Portal Pelajar

Masa ni baru sibuk-sibuk nak download lecture notes. Padahal lecturer dah upload dari awal semester lagi. Bukan susah sangat pun nak download. Klik sikit-sikit saja. Entah kenapa time-time study week lah baru tau kewujudan lecture notes tu dalam e-learning. Selama ni pergi lecture bawa buku tulis dan sebatang pen saja. Kebiasaannya pen itu hanya digunakan untuk sign attendance. Kira OK lah. Dari tak pergi kelas langsung kan?

Ada juga yang study week baru nak enroll course. Biasa. Ada juga yang baru teringat akan kewujudan E-learning. Lupa password apatah lagi. Dah hujung-hujung sem baru nak access E-learning, memang lupalah password.

.........

Sebagai pelajar yang normal, kehidupan seharian aku secara asasnya tidak berubah apabila tiba study week ni. Seperti biasa, bangun tak tentu pukul berapa, tidur malam entah ke mana-mana, movie dan series sedang sibuk ditelaah, Lecture notes masih bersih tak berusik atas meja. Biasa lah tu. Lagi 2,3 hari nak paper baru terasa "Aku ni student rupanya. Ingatkan duduk universiti ni saje-saje".

Tapi aku cukup tersinggung dengan 1 perkara. Semenjak study week ni, makin ramai pula yang berkunjung ke Mapley Ameeth Yang Terkenal Dengan White Coffee Ais nya itu. Waktu-waktu puncak ialah tepat 12 tengah malam ke 1 pagi. Ramai nak mampos. Kalau yang ramai gadis-gadis tak apa. Tension. Waktu nk tenang-tenang lepak di Mapley Ameeth Yang Terkenal Dengan White Coffee Ais bergelak ketawa bersama rakan-rakan, jadi tak tenang dah. Sampai-sampai dah penuh. Dah ramai orang. Tak syok sangat.

Kenapa aku tak suka bila dah ramai sangat? Air aku akan sampai depan aku akan menjadi lambat, sehingga aku terpaksa order baru dapat. Ape fak weh!!!

Kalau bukan study week, tak payah order-order. Aku keluar kereta saja, dah siap dah white coffee ais untuk aku. Tinggal duduk dan minum sambil merosakkan paru-paru kurniaan Tuhan.

Tension tension

1. Kotak rokok letak gambar Angker. Tapi masalahnya yang hisap rokok tak cuak pun. Yang tak hisap rokok pulak cuak. Hilang selera makan. Memang aku kena balik JB cepat dan menjadi pelanggan setia Nusantara yang bersih dari gambar-gambar angker. Janin tak cukup usia, Paru-paru penuh tar jalan, kaki bengkak macam kena gigit ular tedung, Tekak berlubang. Entah apa-apa.

2. Mood nak study tak sampai-sampai lagi. Baru 2,3 slide lecture notes, dah hilang fokus. Mulalah nak tengok video, cari lirik lagu, cari chord gitar, melalak kuat-kuat dan sebagainya. Karang nanti esok nak paper baru tau erti kedasyatan Final Exam.

3. er..2 je kot.

Babai.

Jumaat, 1 Mei 2009

Post serious yang mungkin kamu tak akan baca

Tiba masa untuk aku update KENCINGKUCING. Study week dah sampai. Segala presentation dah selesai. Projek-projek hampis usai. Tiba masa untuk aku update KENCINGKUCING.

Aku dulu pernah azam. Waktu awal-awal penerbitan KENCINGKUCING dulu. Nak update setiap kali lepas berak. Namun hampa. Kebanyakan masa aku habis sewaktu cebok berak. Jadi nak update pun tak sempat.

Lepas tu aku azam nak update tiap-tiap minggu. Pun hampa juga. Kesibukan sebagai seorang penidur tegar membantutkan hasrat aku.

Tinggallah KENCINGKUCING terkapar-kapar.

Aku tak ada idea atau hasil-hasil pemerhatian baru untuk dititipkan. Atau mungkin idea-idea itu akan datang ketika aku sedang menaip. Jadi aku akan menaip sampah-sampah dulu sementara menunggu idea-idea tersebut datang. Serius aku tak ada hasil pemerhatian baru yang nak aku paparkan untuk kamu semua. Kepala masih ada sisa-sisa report final year project dengan process design project. Serabut-serabut tinggalan report-report tersebut masih bersemadi dalam kepala otak aku. Perlu 2, 3 hari untuk menyucikan mereka.

Kenapa kita perlu update blog? Untuk orang yang ada blog lah. Kalau tak ada blog, jadah apa nak update?

Selepas beberapa ketika tak update, mula dengar atau baca beberapa suara menyuruh update. Maafkan aku. Aku mahu update. Serius mahu. Tapi aku risau. Risau hasil update aku tidak dapat memuaskan nafsu pembaca-pembaca sekalian. Kalau update aku hanyalah sampah di pinggiran pantai, pasti kamu akan hilang nafsu untuk terus membaca. Kesan jangka panjang daripada itu ialah kamu akan mula membenci KENCINGKUCING, lantas terus tidak menjenguk ke halaman yang indah permai penuh syahdu ini.

Siapa yang tak mahu update blog sendiri? Siapa? Cakap dengan aku. Semua orang mahu. Tapi kesibukan berada di dalam lingkaran kehidupan yang tak tentu hala tuju ini, sedikit sebanyak mencemburui masa aku bersama KENCINGKUCING. Bukan aku tidak cuba untuk meluangkan sedikit dari masa aku untuk KENCINGKUCING. Puas aku cuba. Tapi mungkin cubaan aku tidak cukup perkasa untuk terus memenuhi kehendak masyarakat di sekeliling kita.

Apa aku merepek ni?

Aku agak cemburu melihat rakan-rakan seuniversiti aku dapat mengupdate blog mereka dengan berkisarkan cerita-cerita simple di sekeliling mereka. Walaupun kisah itu simple, tapi hasil dari pengolahan berkat kepala gila yang dianugerahkan, kisah simple itu tetap mampu membuat tulang-tulang osikel dalam perut bergegar ketawa riang gembira alam ria cuti sekolah. Contohnya seperti blog Achan, Nyamouq, Lisa dan nama-nama lain yang aku tidak sebut. Mereka sangat pandai mengolah kisah-kisah simple dalam hidup mereka, menjadikan kisah itu sesuai untuk dimuatkan dalam slot Akasia di TV3 menggantikan Spa Q 2.

Aku? Aku dapati diri aku sukar untuk berbuat demikian. Walaupun aku rasa banyak kejadian-kejadian menarik yg berlaku dalam ruang fana di sekeliling aku, aku tak rasa ianya cukup menarik untuk dimuatkan dalam KENCINGKUCING. Mungkin aku tiada keyakinan diri? Mungkin aku rasa hidup aku cukup dull? Aku pun tak tahu.

Post ini agak serius? Aku memang tengah menaip tanpa seulas senyuman pun di bibir.

Kenapa aku tiada idea sangat ni? Percaya atau tidak, ini sudah masuk hari keberapa post ini hanya dalam bentuk draft. Entah bila nak publish pun aku tak tahu. Belum cukup masak aku rasa untuk post ini dipublishkan. Biarlah dulu bersemadi dalam folder draft.

......................

Mainan perasaan sukar dijangka, kan?

Kadang-kadang perasaan itu datang sendiri. Bukan kita minta. Bukan kita paksa. Dia datang tanpa sedar. Menjenguk ke lubuk hati secara halus. Atau mungkin perasaan itu memang dah lama ada, cuma tuan punya badan yang tidak sedar. Atau buat-buat tak sedar.

Mainan perasaan, kalau dilayan memang seronok. Macam-macam angan-angan luar rasional boleh terbit. Kadang-kadang sampai melampaui batas kemampuan diri. Melampaui batas logik masa dan tempat. Perbezaan pandangan dan cara hidup dipinggirkan. Sedikit persamaan, yang hanya mungkin sangat kecil, diagung-agungkan. Angan-angan disandarkan atas sedikit persamaan yang tak pasti kesahihannya.

Setiap perbuatan cuba ditafsir. Setiap gerak langkah, tutur kata, taipan alam maya, malah mimik muka dikaji. Setiap inci perlakuan, seboleh-bolehnya akan dikaitkan dengan perasaan. Cuba menilik adakah sinar harapan di sebalik setiap ulah dan tingkah. Hasil tafsiran biasanya hanya akan mengecewakan diri. Namun masih cuba untuk menyedapkan hati. Malu mungkin? Segan barangkali? Atau sebenarnya memang tiada harapan?

Namun, atas dasar rasional juga, angan-angan cuba diketepikan. Kewajaran masa depan diutamakan. Bukan masa depan diri sendiri, tetapi bagi pihak berlawanan. Harus sedar di mana bumi berpijak. Perbezaan hidup yang ketara, umpama langit dan bumi, tidak mungkin menjadi mangkin sebuah angan-angan. Jika dengan persamaan yang hanya sebesar hama, mustahil untuk dijadikan asas yang kukuh. Pasti goyah. Kesilapan yang besar akan tercipta.

Hati dan perasaan, memang sukar dijangka.

Lebih elok seperti dulu. Ketawa tanpa apa-apa gelodak perasaan dalam jiwa. Senyum tanpa niat di balik mimik muka. Setiap baris kata tak perlu disusun indah. Untuk apa semua itu? Hanya menyakitkan jiwa.

Dah! Sedar diri sendiri. Sesungguhnya diri sendiri tidak layak untuk sebuah angan-angan.

..............

Serious shit aku tak suka serious-serious. Tapi sekali sekale menaip macam tadi bagus juga. Terluah sikit. Nak simpan sorang-sorang memang kusut masai la bulu-bulu roma aku.

Dah aku nak tidur.