Khamis, 4 Jun 2009

Kadang-kadang rindu time duduk KL seronok juga

Catatan lame aku di blog friendster sebelum menceburkan diri dalam arena blogspot ni...

**********

Pernah tak kamu bangun pagi-pagi lepas tu kamu rase ade sesuatu yang tak kena? Seperti tercucuk duri sembilu dekat bontot tapi tak dapat cari duri tersebut. Atau seperti terlepas kentut di dalam lif yang penuh dengan gangter-gangster Along Bukit Beruntung. Perasaan yang sangat tak kena. Seperti sesuatu yang malang akan berlaku.

Pagi tadi aku bangun lambat. Lambat gila. Pukul tujuh suku. Perkara ini berlaku sebab aku main DoTA sampai pukul tiga semalam. Balik-balik rumah mata dah rabak dah. Nasib baik budak-budak rumah aku yang lain pun bangun lambat jugak. Tak lah terasa bebal sangat.

Walaupun lambat, tenang tetap tenang. Setenang air di kali. Sebab itu selalu kena marah dengan SV. Sedang kami semua enak-enak bersiap untuk ke pejabat, tiba-tiba..

"Oi. Train rosak oi. Jimbit ape??!!"

Kalut. Gabra. Menyirap. Gila babi.

Hadoi hadoi. Macam mana nak pergi kerja nih?? Dalam kepala otak aku nampak satu je. Tilam terbentang luas indah permai. Melambai-lambai memanggil-manggil aku meniduri beliau. Adakah ini satu petanda aku bakal memulakan trend yang biase dilakukan di UTP?

ponteng kelas —-> ponteng kerja?

Tak dapat kot. Ponteng kerja boleh menyebabkan reputasi baik aku selama dua bulan di sini tercemar. Umpama secebis tahi lalat di atas ikan terubuk bakar. Lazat namun agak sukar untuk dimakan.

Jadi aku pun teruskan perjalanan ke stesen. Seperti pagi-pagi yg biasa. Namun tiba di stesen, keadaan memang luar biasa lah. Kalau biasa tak jadi cerita, ye tak?

Penuh. Sesak. Sardin. Tuna. Basikal tua.

Ramai gila orang. Di sini kita dapat lihat kebergantungan penduduk Wangsa Maju terhadap public transportation di KL ni. Dah tu kerajaan tak reti reti nak upgrade ke sistem pengangkutan awam? Reti naikkan harga minyak je. Ape fuck?

Sori Sori. teremosi sikit.

Kitorang pun try la jugak tunggu train. Mane tahu tiba-tiba elok ke. Tak pun ada helikopter ke nak jemput orang orang yang tabah menunggu train macam kitorang ni. Namun malangnya tiada. Sayup-sayup kedengaran dari corong-corong speaker di stesen tu..

"perhatian kepada semua penumpang, kami mengalami pelanggaran tren..bla..bla..lebih sejam..bla..bla..biskot meri..karipap ayam..sport rim beskal..bla..bla..kami mohon maaf atas segale kesulitan"

Memang tak ada harapan.

Kitorang pun tukar plan. Nak naik teksi lah, konon-kononnya. Pergi stesen Taman Melati, stesen paling dekat dengan Wangsa Maju. Macam pelik. Mungkin harapan untuk naik train ada di situ? Time tengah tunggu train, tiba-tiba ada bas untuk penumpang-penumpang ke Ampang Park dan KLCC. Seperti orang sangap dihulurkan Maria Ozawa Yang Terkenal, dengan pantas dan tangkas lah kitorang naik bas tersebut.

Suasana dalam bas agak tenang dan damai. Kitorang dapat duduk. Maka aku pun cuba lah untuk menggantikan tidur aku yang lesap di arus dota semalam. tengah sedap sedap tidur, tiba-tiba rasa air menitik-nitik dekat bahu aku...

Aaah. Ini sial. Memang sial.

Babi betul lah bas ni. Kata Rapidkl. Bas baru-baru semua. Tak kan air aircond bocor kot? aku nak tidur ni sial!!!

Menyirap betul aku. Dalam hati nak saja aku bakar bas ni. Dalam hati saja lah. Luar hati duduk diam-diam sudah. Karang kena halau keluar bas macam mana aku nak balik umah?. Dah makan duit aku dua ringgit lepas tu nak basahkan baju aku pulak. Dah lah aku naik bas ni dalam keaadan paksa rela. Sebab train rosak. Kena naik bas. Damn gila lah!

Sori sori. Emosi lagi.

Banyak kesan air aircond tersebut menitik-nitik ke atas aku. Dekat sini aku senaraikan lah ya?

1. Aku tak dapat tidur

2. Baju aku basah kene air

3. Duduk aku dah tak betul sebab kena elak air menitik-nitik tu

4. Sial

Sampai lah ke stesen Ampang Park aku duduk macam orang tahan kencing sebab air aircond lahanat tersebut. Tapi tak mengapa lah. Sampai juga la ke tempat kerja. Jam dah pukul sembilan suku dah. Gila babi. Tapi nasib baik kami hanya budak praktikal saja. Jadi waktu masuk pejabat boleh dipandang enteng lagi senteng. Tak ada lah masuk pejabat dengan rasa takut-takut macam nak masuk bilik Guru Besar sebab kantol surat cinta bawah meja.

Dan di pejabat semua pun berjalan lancar.

**********


Bila aku baca balik post-post aku di blog friendster yang kini tidak lagi aktif, terasa seronok pula. Sewaktu itu aku lebih bebas menyuarakan isi hati. Tanpa dibelenggu perasaan ingin menjaga tatasusila taipan dan juga short form short form yang bebas. Menaip ikut sedap tangan saja. Apa yang terlintas di fikiran, itu lah yang terpacul dekat monitor.

Tapi bila dah pakai blogspot ni, aku rasa tak patut aku buat macam tu. Sungguh tak matang. Serious. Aku menyampah bila baca blog orang yang penuh dengan short form short form entah hapa-hapa. Kita bukan sedang main short message system (SMS). Kita juga bukan sedang chatting. Kamu menaip untuk dibaca oleh beberapa orang yang sanggup membaca taipan kamu. Tak kan kamu nak taip short form pelik-pelik? Susah orang nak baca.

Aku tahu mesti ada yang tak setuju. Tak kisah. Suka hati kamulah nak taip macam mana. Tak kisah pun kan? Pasti ada juga yang nak baca. Tapi pada aku yang penting bila menaip dekat blog pakai short form memang tak matang. Tatabahasa tunggang langgang tak apa. Guna bahasa pasar berbakul-bakul tak apa. Ejaan ikut emosi semasa pun tak apa juga. Yang penting jangan guna short form.

Itu saja.


5 ulasan:

aimighazali berkata...

nape sy x marah kamu eh time 2..hishh len kali klu dtg lmbt bg tau bos..hahaha..

::cik kikiLaLa:: berkata...

shortform? owh itu mmg rutin aku..tak matang?(terasa)sungguh xkesah..tapi cukup seronok bace entry kamu..menggeletek usus gue..ngesnges

sakilah berkata...

ha ha ha
mok2..coretan kamu bisa bikin isi perut ku menari2!!
=P

makteh berkata...

mok ni cam perli aku jer..aku da berubah dey maca..bace la blog aku nanti.aku tulis gune bahasa melayu disertai tatasusila dan kosa kata yang sesuai..huk

joegrimjow berkata...

alamak
terasa la pakai short form ni
ishhh