Ahad, 22 November 2009

G-Dragon - Heartbreaker

Korang perasan tak waktu biasa aku update KENCINGKUCING time pagi pagi pukul 3, 4 pagi. Waktu orang da sebok sebok bangun nak pegi keje kalo keje jauh jauh macam haram jadah.

Aku sekarang dalam dilema nak tidur ke tak nak tidur. Sebab aku takut aku tak dapat mimpi Siti Nurhaliza time tidur nanti. Rugi je tidur.

Aku tengah layan Muse - Stockholm Syndrom sambil berangan bile nak perform macam dorang. Dorang cool kan? Agak agak kalo Muse perform time kenduri kawin aku nanti cool tak?

Kotak rokok atas meja. Aku rasa nak hisap rokok. Tapi tangan aku tak capai capai rokok tu. Rokok ni tak cukup menggoda aku ke? Lighter aku kaler kuning, lighter rembat orang tertinggal kat mamak haritu. Save duit seringgit lebih tak payah beli lighter.

Dekat taskbar aku sekarang ade 5 taks. Mozilla Firefox, D:\lagu lagu, C:\Documents and Se..., Words dengan windows media player classic. Banyak betul lagu dalam folder lagu ni. Aku masuk sume dalam playlist, tidur dan bangun tidur pun tak abes sume lagu lagi.

Aku bosan sampai tahap ambil sehelai A4, letak atas meja dan conteng bodoh bodoh. Sesuatu yang hanya aku lakukan time tengah lecture. Mana satu cara yang lagi bernas untuk menghilangkan kebosanan, conteng atas kertas A4 atau menghadap cermin selama 10 minit dan cakap "Wahai cermin siapakah lelaki paling kacak dalam Universiti ni?"

Sambil conteng conteng tadi aku try tulis tangan kiri. Aku bukan kidal. Tulisan aku jadi macam sial. Tapi aku rase orang kidal cool. Banyak barang barang atas muke bumi ni dicipta untuk orang bukan kidal. Kebolehupayaan orang kidal guna pakai mende mende tu memang cool. Aku nak jadi kidal sempat lagi tak?

Aku buat ujikaji sikit. Aku tulis dekat KENCINGKUCING dekat Paint pakai mouse. Hasil die kat bawah ni. Yang atas tangan kanan, yang bawah tangan kiri.
Agak sial jugak tangan kiri aku tulis pakai mouse.

Aku dengar lagu Ungu - Demi Waktu sekarang. Disebabkan band ini nama Ungu, perkataan ungu jadi femes. Kalau dulu kita dengar ungu, terbayang bayang kaler pensil purple. Sekarang kalau dengar ungu mesti lagu ni yang terngiang ngiang dulu, kan? Sama macam Hujan. Sebelum Hujan naik, perkataan hujan tu takde nilai komersil langsung kot. Sekarang macam mana? Aku nak buat band nama BALDI la. Nanti bile band aku terkenal sumorang akan menghargai baldi.

Semester ni aku ade due buku. Due due buku tulis saiz A4. Buku tu lah aku bawak pegi kelas, pegi lab, pegi meeting, buat projek final year dan macam macam lagi. Pendek kate buku ni saje lambang aku sebagai student. Korang rase aku pemalas? Aku rase tak sebab semester lepas aku ade satu buku tulis je. Kire semester ni aku cemerlang sikit lah sebab ade due buku.

Bile aku tengok balik ape yang ade dalam buku buku tulis ni, aku rase mesti buku ni ade simpan angan angan untuk dilahirkan semula. Macam ni la monolog die aku ingat:

"Oh Tuhan, kau masukkanlah aku ke pusat kitar semula, dan berilah aku kehidupan baru, supaya tulisan tulisan bangang ni takde lagi atas mukesurat mukesurat aku.."

Aku ade satu tabiat. Setiap kali aku bungkus nasi, gelang getah buat bungkus tu aku simpan dalam laci. Banyak jugak la aku dapat kumpul. Tu tak kire lagi yang bersepah sepah atas lantai dengan bawah meje ni. Kang aku free aku kutip la satu satu. Berapa nilai gelang getah dalam pasaran antarabangsa? Dia kira ikut berat ke macam mane haa?

Sebab internet UTP laju (betul betul laju ni bukan sarcasm), aku dapat habis baca sume entry Saharil Conteng harini, start dari first post lagi. Aku rase die sangat cool. Lukisan lukisan die kadang kadang macam sial tak paham, tapi nilai lawak die memang tinggi. Bukan lawak bodoh pulak tu. Aku rase die sangat cool jugak sebab die orang Jawa Johor, sama macam aku.

Matiin baru lepas PM aku ajak main snuker tatkala azan subuh baru lepas berkumandang. Memang bangang. Ajak la maen polis sentri ke, belon acah ke, maen ceper ke. Tak ada nilai tradisional langsung.

Aku tension sebab cbox kat belah kanan KENCINGKUCING ni kene block dengan UTP.

Aku lapar padahal pukul satu tadi dah makan. Perut aku bocor ke?








Selasa, 17 November 2009

Dewan Peperiksaan

Aku sekarang masih dalam minggu minggu neraka bergelar minggu peperiksaan akhir semester. Walaupun hanya 4 paper sem ni, tapi sudah cukup menggamit perasaan huru hara dalam sanubari.Biasa lah kan? Siapa yang tak huru hara time final exam? Budak tadika pun rase seram sejuk kalau nak pegi peperiksaan.

Sepanjang jadi pelajar dari darjah satu sampailah sekarang umur 22 tahun, memang macam macam jenis peperiksaan telah aku gagahi. Purata setahun 2 peperiksan, jadi 16 tahun belajar sama dengan 32 peperiksaan. Peh banyak betol! Itu tak campur peperiksaan mengambil lesen memandu, lesen menerbang, lesen hisap rokok daripada kedua orang tuatercinta dan pelbagai lagi peperiksaan sampingan lain. Dah muak dah amik peperiksaan.

Sejak masuk U ni, purata satu kertas exam mengambil masa 3 jam. Lama woh 3 jam. Macam cerita hindustan. Tidur sejam ade belen lagi 2 jam. Usya awek sejam tinggal lagi sejam. Termenung tengok paper sejam. Abis bila masa aku tulis jawapan atas kertas jawapan? Hanya Tuhan yang tahu.

Waktu 3 jam yang diperuntukkan membolehkan aku menganalisis pelbagai subjek dan predikat yang ade dalam dewan peperiksaan. Aku tulis kat bawah la ye.


Perkara-perkara yang perlu diambil berat ketika di dalam dewan peperiksaan.


1. Sikap pelajar yang duduk di table kiri dan kanan kita.


Ini adalah perkara pokok dalam setiap pengharapan semasa menghadapi exam. Amat malang lagi celaka apabila pelajar yang duduk di kiri dan kanan kita amat kemut dalam berkongsi maklumat. Alah apalah sangat jawapan exam tu. Tak payah la nak tutup tutup. Bukak je luas luas atas meja tuh. Bukan aku nak kacau kau jawab exam pun. Aku nak usya jawapan kau same ke tak dengan jawapan aku je.

Berikut adalah ciri ciri pelajar yang amat ideal lagi cocok untuk duduk di table sebelah menyebelah kita:

1.1 Setiap sem dapat anugerah dekan.
1.2 Mempunyai tulisan yang amat besar untuk memudahkan kita melihat setiap huruf yang ditulis.
1.3 Melorek dengan pantas pada kertas jawapan OMR dengan tawadhuk tanpa ragu ragu.
1.4 Mampu mendengar bisikan bisikan halus yang keluar dari mulut kita semasa meminta maklumat.
1.5 Mampu memberi respon yang baik atas bisikan bisikan halus yang telah kita lemparkan kepadanya, tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka kepada penjaga penjaga peperiksaan yang macam sial asyik nak usya orang je.
1.6 Gadis yang comel dan genit (Bonus)

2. Keadaan tubuh badan yang optimum.

Tubuh badan yang optimum membolehkan kita memerah otak dengan lebih efisyen untuk mengekstrak jawapan jawapan yang boleh kita hemboskan atas kertas jawapan. Kalau time time exam nak demam la, nak selseme srott srott, nak sakit perut kesan sambal cili api sarapan, memang letih. Baru nak tulis jawapan, dah terbayang jamban. Baru nak derive equation, dah terbayang katil. Macam mana? Dah boleh bayangkan kot hurup C atau C+ time tengok result kat website nanti.

Jadi pastikan kamu main bola tiap tiap petang. Sambil bersukan boleh juga usya usya gadis pegi cafe beli dinner.

3. Reliability setiap alat tulis dan alat kira.

Alat alat basic seperti pensil, pen, pemadam dan sebagainya haruslah beroperasi dengan optimum. Pastikan bekalan ubat pensil yang mencukupi, lebih lebih lagi untuk yang selalu melukis kartun kartun tak berfaedah atas kertas soalan. Kang lukis kartun boleh, nak lorek atas kertas OMR tak dapat. Dah kena mintak ubat pensil table sebelah. Lepas tu penjaga peperiksaan datang tanye haa tau terkial kial. Sape yang susah?? Bawaklah at least 2,3 batang pen. Aku takpe bawak sebatang je sebab bukan pakai banyak sangat pun. Kalau bawak pen banyak banyak pun bukan boleh buat jawapan aku bertambah atas kertas jawapan. Abis abis buat pusing pusing kat tangan je sambil termenung nak makan ape lepas exam nanti.

Untuk pelajar engineering, kalkulator casio Fx-570 memang tidak asing lagi. Pastikan bateri kalkulator mencukup. Kalau agak agak dah kelam sikit kaler nombor nombor kat skrin tu pegi la tuka bateri. Bape ringgit je pun. Nak tukar bateri kalkulator pegi kedai jam sane. Jangan pegi kedai basikal kang kena sebat dengan tiub basikal padan muke. Lepas tu jagelah kalkulator kamu bagai menjaga seekor kambing untuk korban Aqiqah. Dah tau mende tu penting jangan lah letak sepah sepah. Tulis name besar besar kat kalkulator tuh. Jangan sampai time jawab exam nanti kamu tulis function pakai kalkulator henset. Ade ke tak function dalam kalkulator hanset? Hanya Tuhan yang tahu.

4. Sikap penjaga penjaga peperiksaan (invigilator betul ke aku eje ni ah pegi mampos)

Sebelum memulakan operasi taktikal menyerap maklumat maklumat penting dari pelajar sebelah menyebelah, kita harus pastikan keadaan emosi, fizikal dan spiritual penjaga penjaga peperiksaan. Mereka adalah musuh ketat kita. Ingat peribahasa inggeris yang terkenal, "Keep your friend close, keep your enemy closer". Langkah langkahnya adalah seperti berikut:

4.1 Kira dengan tepat berapa jumlah penjaga peperiksaan dalam dewan tersebut. Tindak tanduk, Lokasi mereka, arah perjalanan mereka, Pandangan mata mereka, mimik muka dan sebagainya. Setiap inci perlakuan mereka haruslah diamati dengan teliti demi menjamin keselamatan result kamu kelak.
4.2 Pastikan jantina mereka. Mengikut pengalaman dan makrifat aku, penjaga peperiksaan lelaki mempunyai peratus yang lebih tinggi untuk mengantolkan cubaan cubaan lahanat pelajar untuk meniru dalam peperiksaan. Yang perempuan paling kuat pun die sound sambil buat muke garang. Kewarganegaraan penjaga peperiksaan juga tidak harus dipandang enteng. Penjaga peperiksaan dari luar negara biasanya lebih serius dalam menangani masalah peniruan ini. Jadi berhati hati.
4.3 Bunyi tapak kaki. Kenal pasti bunyi tapak kaki mereka. Ini untuk mengelakkan kamu diherdik secara melulu dari belakang semasa kamu sebok mencedok jawapan dari table sebelah. Ambil kira faktor ambient temperature, humidity dan arah angin di sekeliling kamu. Semua itu mempengaruhi tempoh masa perjalanan gelombang bunyi dari tapak kasut penjaga peperiksaan ke gegendang telinga kamu. Kira dengan tepat jarak antara kamu dan setiap penjaga peperiksaan. Pastikan jarak selamat tidak kurang 20 meter.

Walaupun pelbagai langkah keselamatan telah diambil, namun masa depan kita bukan di tangan kita. Tidak mustahil gerak geri kita mengundang perasaan ingin tahu sesetengah penjaga peperiksaan yang terbabit. Kalau kamu tengah sebok melihat kertas jawapan meja sebelah kamu, dan tiba tiba datang satu perasaan seram sejuk, dan dari ekor mata kamu nampak seseorang menuju ke arah kamu, langkah langkahnya adalah seperti berikut:
  • JANGAN buat eye contact. JANGAN! Ini kesalahan biasa yang dilakukan oleh rookie rookie peniru peniru tegar.
  • Alihkan kertas jawapan ke arah pandangan kamu. Arah mata pastikan ke atas kertas jawapan. Buat buat sebok berfikir dan jangan terus menulis.
  • Buat muke selamba dan tak bersalah. Jangan takut. Dia tak ada bukti kamu meniru. Dia tak rekod setiap perlakuan kamu pakai video cam. Teruskan menulis seperti biasa.
  • Bila kamu disoal, jawab dengan tenang. Kawal pernafasan dan jangan huru hara. Dia psiko je tu. Layankan je die dulu. Agak agak die tak dapat kantolkan kamu, die pon blah aa.
  • Sematkan dalam fikiran, "Tak kantol Tak kantol". Keyakinan diri amat penting bagi menhadapi situasi mendebarkan seperti ini.
  • Kalau kene halau jugak, ready je lah nak enroll lagi subjet tersebut sem depan. Takde hal lah extend satu semester lagi.
*************

Banyak lagi perkara perkara yang perlu diambil berat semasa dalam dewan peperiksaan. Pakaian, Longitud dan latitud meja kamu dalam dewan, Saiz dewan, Jarak dewan dari bilik kamu, dan juga Saiz kertas toyol. Semua itu akan diulas dengan lebih lanjut dalam post yang akan datang.

Sekarang aku nak tidur esok kena study Facilities paper terakhir sebagai seorang student bebeh! Cau lancau.

Ahad, 8 November 2009

Kata kata seloka dalam cerpen

Aku rasa tidur aku terganggu. Rasa panas semacam. Aku dah pasang kipas 5 kot lepas subuh tadi.

Slow slow aku capai henset. Baru pukul sebelas. Awal sangat nih. Bangun awal awal buat ape bukan nak gadis sambut pembangunan aku pun.

Malangnya kondisi badan aku tak cukup mantap untuk sambung tidur. Perut dah terasa something. Macam lapar. Kesan tosey malam tadi dah habis kot. Aku cuba membuat perkiraan matematik dengan mengira jumlah tenaga daripada tosey tersebut. Betol betol. Memang normal lah lapar time time macam ni.

Nak tak nak kena bangun. Kalau tak bangun perut lapar. Kalau perut lapar macam mana nak tidur?

Terpisat pisat mata aku kena cahaya matahari tengah hari. Kedudukan tingkap ruang atas ni tak strategic la. Macam mana jurutera rumah aku ni buat kerja? Demit demit demit aku mencarut dalam bahasa ingeris sebanyak tiga kali berturut turut. Setting seluar sikit agak agak tak memalukan jiwa raga, baru turun. Mata terus tuju atas meja. Macam biasa nasi bungkus dah placing nicely kat atas tu. Sederas air terjun aku buka bungkusan itu. Macam biasa lagi, nasi putih, ayam kurma seketul, sayur lebih kurang. Cantik sikit je hiasan die daripada makanan dewan makan SMKAJB dulu dulu. Aku curah air masak dalam cawan, minum seteguk dua, terus placing atas kerusi. Hm tak bape pergi lauk die hari ni. Nasib baik aku tak gosok gigi, kalau tak mesti lagi out rase die.

Selepas beberapa kunyahan, baru aku tersedar kebangangan diri. Patut la rase sunyi sepi je rumah ni. TV tak pasang lagi. Merayau rayau mate aku cari remote Astro. Demit mane lak peginye remote nih? Aku bangun, sepak sepak sikit bantal bantal atas lantai. Jumpa. Cari remote TV lak. Babi payah betul nak bukak TV. Tak berteknologi sungguh. Patut niat je dalam hati dah menyala dah TV tuh. Kali ni jurutera TV pulak aku maki. Bodoh bodoh bodoh makiku dalam bahasa melayu pula.

Sambil makan tangan kanan, tangan kiri picit simbol + kat remote Astro. Pap pap pap dari satu cenel ke satu cenel. Semua rancangan tak membina minda. Last last layan Discovery Channel je. Mythbusters. Canggih canggih betul alatan diorang ni. Ingat nak beli satu la nanti. Boleh buat placing ngorat awek awek berkelulusan tinggi.

Kunyahan terakhir, sekilas aku tengok jam kat dapur. Baru duabelas setengah. Awal lagi ni nak mandi. Nanti zohor kena masuk toilet lagi. Malas ah masuk toilet banyak banyak kali. Bukan ada Siti Nurhaliza pun dalam tuh. Basuh tangan lebih kurang, cawan letak kat sink. Sebijik cawan je pon air masak je pon tak payah basuh.

Aku menilai kondisi badan. Dah sedap nih. Tenaga dah banyak masuk dalam perut. Perut yang kenyang ditepuk tepuk selesa. Betol lah peribahasa orang dulu dulu,

"Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati"

Aku akan jadikan peribahasa ni sebagai pedoman untuk mengharungi hidup yang penuh pancaroba ini.

Aku placing bantal elok elok, mengikut kontur badan. Perlahan lahan dan penuh tertib aku baringkan diri aku beralaskan karpet di hadapan TV sambit menatap Mythbusters penuh khusyuk. Berangan sikit sikit ape nak buat petang ni..

Tak sampai lima minit, TV pula khusyuk menatap aku tidur...


Khamis, 5 November 2009

Ruginya aku tak print Dissertation FYP pakai kertas Double A

Siang tadi merupakan antara hari-hari keramat sebagai seorang pelajar kejuruteraan kimia di UTP. Pembentangan Projek Rekaan Loji. Memang sesuatu yang amat neraka. Waktu tidur menjadi huru hara dan semakin terhad.

Jadi selepas Pembentangan, tidur dan bangun hanya untuk menjawab ujian, makan dan sembahyang. Selepas itu sambung tidur lagi dan bangun untuk main Snooker.

Aku kira waktu sekarang adalah terbaik lagi berhemah untuk aku mengemas kini KENCINGKUCING yang agak bersawang. Sawang sawang yang tumbuh di KENCINGKUCING seperti sawang di rak rak buku Tok Aweed a.k.a Nadim yang tumbuh di sebelah kotak speaker Altec Langsing beliau. Sawang sawang tersebut aku nampak mempunyai masa depan yang cerah untuk dikormesilkan oleh beliau sebagai pusat ternakan labah-labah Black Widow. Jangan mati kena sengat sudah.

Aku tak faham kenapa bila sesuatu blog dah lama tak update, orang cakap bersawang. Celah mana ada sawang dekat dalam blog? Blog adalah satu laman maya yang tidak mempunyai ruang secara diskrit. Nama pun maya. Kenapa tak cakap blog tersebut semakin usang ke, ketinggalan ke, kan? Kenapa sawang? Kenapa?? Ah sakit kepala aku memikirkannya.

Untuk post kali ini aku nak letak gambar gambar sikit lah. Dah lama rasanya tak letak gambar gambar. Nanti orang bosan. Macam waktu pembentangan, kalau satu-satu slide tersebut banyak wording pastu kena suruh skip, macam aku tadi. Jadi molek lagi cantik rasanya aku letak gambar-gambar pula.



Barang-barang di Sekeliling Meja dan Katil aku yang aku rasa tak patut ada pada meja Kaum Hawa.

Kopiah/Ketayap/Songkok/Serban



Ini barang paling basic yang tak sepatutnya ada atas meja Kaum Hawa. Walau kita fikir sekeras-kerasnya dan semasak-masaknya, tak ada ruang bagi Kaum Hawa untuk menggunakan Kopiah/Ketayap/Songkok/Serban, baik secara langsung atau tidak langsung. Untuk Kaum Adam memang banyak lah kan?

Kegunaan Kegunaan Kopiah/Ketayap/Songkok/Serban:
  1. Sembahyang. Walaupun hanya seminggu sekali untuk pergi sembahyang jumaat, kira OK lah tu.
  2. Untuk buat pergi Meeting. Baru nampak macam Adam Haji Hassan ataupun Syafiq Haji Adam.
  3. Untuk pergi Jamuan Raya. Biasanya dikenakan dengan pakaian raya. Tak kisah raya puasa atau raya hindu. Kita kan 1 Malaysia.
  4. Buat letak duit syiling. Agak agak dah tak tau nak cekau bekas mana nak simpan duit syiling banyak banyak buat beli rokok, memang jadi saja pakai kopiah. Sembahyang tak wajib pakai kopiah, kan?
  5. Buat letak duit kertas atau duit syiling, special kes untuk songkok. Biasa dilakukan ketika zaman zaman sekolah dulu. Duit lebih lebih buat beli jajan boleh selit celah celah songkok. Letak dalam poket takut jatuh sebab main polis sentry atau main galah panjang/belon acah bersama rakan rakan sekelas. Lama lama lunyai songkok tu asyik kena kopak nak cari duit.
  6. Buat main ragbi, juga special kes masa zaman zaman sekolah dulu. Agak agak awal sampai surau, belom azan lagi, boleh lah main ragbi kecil kecilan di perkarangan surau. Kalau dapat pakai songkok tinggi lagi mencabar permainan ragbi tersebut. Projectile songkok tinggi sukar diduga. Hantaran tak kemas sangat.
  7. Ada lagi? Aku dah tak ingat dah.

Rokok/Tembakau/Daun Rokok/Mesin Gulung Daun Rokok berserta Mancis atau Lighter.



Peratusan perokok perokok di kalangan Kaum Hawa di Malaysia aku yakin masih rendah berbanding negara negara maju atau membangun yang lain. Kesimpulannya untuk sekotak rokok dan sebiji lighter menghadirkan dirinya di atas meja Kaum Hawa adalah sesuatu yang kurang sweet untuk kita bayangkan. Apatah lagi rokok rokok rare seperti paip, shisha atau ganja. Memang minta kena sesah dengan batang penyapu kalau ada benda benda tu atas meja mereka. Mengalahkan Kaum Adam pula!


Ashtray/Bekas Abu Rokok/Cawan Terpakai untuk letak Abu Rokok



Kalau dah tak merokok, sah sah lah tak ada benda ni atas meja, kan? Di sini kita boleh lihat pelbagai kreativiti Kaum Adam dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pelbagai bekas boleh dijadikan tempat menyisihkan abu abu rokok yang sudah tidak diperlukan. Seperti gambar di atas, aku menggunakan bekas air epal terpakai. Masih terngiang-ngiang kesedapan air epal tersebut. Lantas untuk mengabadikan kesedapan air epal itu, aku semadikan bekasnya untuk dijadikan bekas abu rokok. Pelbagai lagi bekas bekas terpakai boleh digunakan, antaranya:

  1. Kotak kasut
  2. Bekas kuih raya pemberian bonda tercinta
  3. Tin Biskut beraneka. Kalau seseorang dapat penuhkan bekas tersebut dalam masa sebulan, bulan berikutnya dah boleh tempah satu lot tanah untuk buat kubur sendiri.
  4. Cawan buat milo three in one semalam yang masih ada sisa sisa air milo.
  5. Mangkuk buat maggi, juga semalam punya. Lepas makan maggi, terus cari rokok memang terbaik!
  6. Botol botol air mineral. Tapi mencabar sikit sebab opening die kecil. Kena target betul betul baru abu tu masuk dengan sempurna.
  7. Bekas pringles/Jack Potato. Senang sebab siap penutup yang mudah dibuka. Bau abu rokok tak tersebar sangat.
  8. Susah susah sangat ketis je rokok tu ikut tingkap, tak payah bekas bekas nih.

Kotak kotak rokok lama sebagai kenang kenangan



Setiap kotak mempunyai kisah tersendiri. Jadi elok disimpan. Gambar di atas hanyalah kotak kotak rokok yang berpeluang untuk disimpan untuk semester ini. Semester lepas dah buang dah. Tak kan nak simpan juga. Aku tak sebangang yang kau sangka.

Seperti satu kotak putih yang kamu dapat saksikan di celahan celahan kotak kotak rokok tersebut, adalah sekotak rokok cap Lucky Strike daripada Jepun. Jepun tau. Jangan main main. Ingat senang ke nak dapat hisap rokok dari jepun? Kena naik kapal terbang sampai Jepun. Kawan aku bagi sewaktu die bercuti balik ke Malaysia. Time isap rokok Jepun tu, terbayang-bayang scene Hana Yori Dango, aku menghisap rokok bertemankan Makino Tsukushi. Indah!

Bila lihat susunan kotak rokok yang semakin menggunung, ada dua saja perkara yang berlegar-legar dalam fikiran aku:
  • Agak agak boleh tak aku penuhkan rak ni dengan kotak rokok sebelum grad hujung tahun nih?
  • Dah tak sayang jantung sendiri ke?
Bingung aku memikirkannya. Baik aku tidur.


Kasut Futsal di Bawah Meja yang Berhabuk/bersawang.



Dulu dulu aku letak saja kasut futsal aku kat luar rumah. Lepas tu ada Asshole mana entah rembat kasut aku bangang betul. Aku baru pakai tak sampai 10 kali dah kena rembat. Bodoh Bertalu talu. Bukan kasut mahal pun tak sampai seratus. Nak rembat jadah apa? Tak kan aku nak main bola kaki ayam macam foreigner foreigner kaki tebal tuh? Kaki aku sehalus kulit bayi macam iklan pampers kot.

So untuk elak pisang berbuah dua kali atau untuk elak durian ditebuk tupai, aku mengambil langkah pencegaha dengan meletakkan kasut di bawah meja saja. Kalau hilang lagi memang aku tak kan cabut kasut tersebut dari kaki aku hatta untuk ke jamban sekalipun.

Baju baju bergantungan di lampu kalimantang



Sebagai seorang bakal jurutera, aku kena sentiasa berfikir 'out of the box'. Tak semestinya kita harus menggantung atau mengeringkan pakaian kita di ruangan ampaian. Banyak lagi ruang ruang kosong yang boleh kita utilize dengan bernas dan berkesan untuk kita keringkan baju setelah selesai dicuci. Lagipun, dengan menyidai baju di lampu kalimantang seperti gambar di atas, baju kita akan lebih dekat dengan kipas, lantas mempercepatkan proces pengeringan, seterusnya bolehlah dipakai untuk ke kelas keesokan harinya. Kalau sibuk dengan tugas tugas seharian, baju baju tersebut bolehlah dibiarkan di situ sehingga seminggu tanpa perlu risau hilang ditiup angin atau dibuang makcik cleaner. Dapat juga kita menjimatkan ruang di dalam almari pakaian. Almari pakaian akan kelihatan lebih kemas dan teratur.

Itu saja kot. Tak boleh lah nak ceritakan lebih lebih. Tak nak lah membuka pekung di dada sendiri. Agak agak nak tengok apa lagi atas meja aku meh datang bilik. Bawak la pisang goreng ke, karipap ke ataupun kuih kegemaran seluruh malaysia, kuih keria cafe V5 yang terkenal.


Sekali imbas, mari kita lihat keseluruhan meja aku secara amnya, untuk tatapan umum. Perlu diingat bahawa gambar meja yang aku letakkan ini adalah dalam keadaan kemas atau kurang sibuk. Kalau waktu-waktu puncak seperti ada projek atau tugasan, perkataan yang lebih sesuai untuk digantikan dengan meja adalah tongkang pecah.

Mari tidur esok nak buat report Projek Rekaan Logi sial betul.