Khamis, 5 November 2009

Ruginya aku tak print Dissertation FYP pakai kertas Double A

Siang tadi merupakan antara hari-hari keramat sebagai seorang pelajar kejuruteraan kimia di UTP. Pembentangan Projek Rekaan Loji. Memang sesuatu yang amat neraka. Waktu tidur menjadi huru hara dan semakin terhad.

Jadi selepas Pembentangan, tidur dan bangun hanya untuk menjawab ujian, makan dan sembahyang. Selepas itu sambung tidur lagi dan bangun untuk main Snooker.

Aku kira waktu sekarang adalah terbaik lagi berhemah untuk aku mengemas kini KENCINGKUCING yang agak bersawang. Sawang sawang yang tumbuh di KENCINGKUCING seperti sawang di rak rak buku Tok Aweed a.k.a Nadim yang tumbuh di sebelah kotak speaker Altec Langsing beliau. Sawang sawang tersebut aku nampak mempunyai masa depan yang cerah untuk dikormesilkan oleh beliau sebagai pusat ternakan labah-labah Black Widow. Jangan mati kena sengat sudah.

Aku tak faham kenapa bila sesuatu blog dah lama tak update, orang cakap bersawang. Celah mana ada sawang dekat dalam blog? Blog adalah satu laman maya yang tidak mempunyai ruang secara diskrit. Nama pun maya. Kenapa tak cakap blog tersebut semakin usang ke, ketinggalan ke, kan? Kenapa sawang? Kenapa?? Ah sakit kepala aku memikirkannya.

Untuk post kali ini aku nak letak gambar gambar sikit lah. Dah lama rasanya tak letak gambar gambar. Nanti orang bosan. Macam waktu pembentangan, kalau satu-satu slide tersebut banyak wording pastu kena suruh skip, macam aku tadi. Jadi molek lagi cantik rasanya aku letak gambar-gambar pula.



Barang-barang di Sekeliling Meja dan Katil aku yang aku rasa tak patut ada pada meja Kaum Hawa.

Kopiah/Ketayap/Songkok/Serban



Ini barang paling basic yang tak sepatutnya ada atas meja Kaum Hawa. Walau kita fikir sekeras-kerasnya dan semasak-masaknya, tak ada ruang bagi Kaum Hawa untuk menggunakan Kopiah/Ketayap/Songkok/Serban, baik secara langsung atau tidak langsung. Untuk Kaum Adam memang banyak lah kan?

Kegunaan Kegunaan Kopiah/Ketayap/Songkok/Serban:
  1. Sembahyang. Walaupun hanya seminggu sekali untuk pergi sembahyang jumaat, kira OK lah tu.
  2. Untuk buat pergi Meeting. Baru nampak macam Adam Haji Hassan ataupun Syafiq Haji Adam.
  3. Untuk pergi Jamuan Raya. Biasanya dikenakan dengan pakaian raya. Tak kisah raya puasa atau raya hindu. Kita kan 1 Malaysia.
  4. Buat letak duit syiling. Agak agak dah tak tau nak cekau bekas mana nak simpan duit syiling banyak banyak buat beli rokok, memang jadi saja pakai kopiah. Sembahyang tak wajib pakai kopiah, kan?
  5. Buat letak duit kertas atau duit syiling, special kes untuk songkok. Biasa dilakukan ketika zaman zaman sekolah dulu. Duit lebih lebih buat beli jajan boleh selit celah celah songkok. Letak dalam poket takut jatuh sebab main polis sentry atau main galah panjang/belon acah bersama rakan rakan sekelas. Lama lama lunyai songkok tu asyik kena kopak nak cari duit.
  6. Buat main ragbi, juga special kes masa zaman zaman sekolah dulu. Agak agak awal sampai surau, belom azan lagi, boleh lah main ragbi kecil kecilan di perkarangan surau. Kalau dapat pakai songkok tinggi lagi mencabar permainan ragbi tersebut. Projectile songkok tinggi sukar diduga. Hantaran tak kemas sangat.
  7. Ada lagi? Aku dah tak ingat dah.

Rokok/Tembakau/Daun Rokok/Mesin Gulung Daun Rokok berserta Mancis atau Lighter.



Peratusan perokok perokok di kalangan Kaum Hawa di Malaysia aku yakin masih rendah berbanding negara negara maju atau membangun yang lain. Kesimpulannya untuk sekotak rokok dan sebiji lighter menghadirkan dirinya di atas meja Kaum Hawa adalah sesuatu yang kurang sweet untuk kita bayangkan. Apatah lagi rokok rokok rare seperti paip, shisha atau ganja. Memang minta kena sesah dengan batang penyapu kalau ada benda benda tu atas meja mereka. Mengalahkan Kaum Adam pula!


Ashtray/Bekas Abu Rokok/Cawan Terpakai untuk letak Abu Rokok



Kalau dah tak merokok, sah sah lah tak ada benda ni atas meja, kan? Di sini kita boleh lihat pelbagai kreativiti Kaum Adam dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pelbagai bekas boleh dijadikan tempat menyisihkan abu abu rokok yang sudah tidak diperlukan. Seperti gambar di atas, aku menggunakan bekas air epal terpakai. Masih terngiang-ngiang kesedapan air epal tersebut. Lantas untuk mengabadikan kesedapan air epal itu, aku semadikan bekasnya untuk dijadikan bekas abu rokok. Pelbagai lagi bekas bekas terpakai boleh digunakan, antaranya:

  1. Kotak kasut
  2. Bekas kuih raya pemberian bonda tercinta
  3. Tin Biskut beraneka. Kalau seseorang dapat penuhkan bekas tersebut dalam masa sebulan, bulan berikutnya dah boleh tempah satu lot tanah untuk buat kubur sendiri.
  4. Cawan buat milo three in one semalam yang masih ada sisa sisa air milo.
  5. Mangkuk buat maggi, juga semalam punya. Lepas makan maggi, terus cari rokok memang terbaik!
  6. Botol botol air mineral. Tapi mencabar sikit sebab opening die kecil. Kena target betul betul baru abu tu masuk dengan sempurna.
  7. Bekas pringles/Jack Potato. Senang sebab siap penutup yang mudah dibuka. Bau abu rokok tak tersebar sangat.
  8. Susah susah sangat ketis je rokok tu ikut tingkap, tak payah bekas bekas nih.

Kotak kotak rokok lama sebagai kenang kenangan



Setiap kotak mempunyai kisah tersendiri. Jadi elok disimpan. Gambar di atas hanyalah kotak kotak rokok yang berpeluang untuk disimpan untuk semester ini. Semester lepas dah buang dah. Tak kan nak simpan juga. Aku tak sebangang yang kau sangka.

Seperti satu kotak putih yang kamu dapat saksikan di celahan celahan kotak kotak rokok tersebut, adalah sekotak rokok cap Lucky Strike daripada Jepun. Jepun tau. Jangan main main. Ingat senang ke nak dapat hisap rokok dari jepun? Kena naik kapal terbang sampai Jepun. Kawan aku bagi sewaktu die bercuti balik ke Malaysia. Time isap rokok Jepun tu, terbayang-bayang scene Hana Yori Dango, aku menghisap rokok bertemankan Makino Tsukushi. Indah!

Bila lihat susunan kotak rokok yang semakin menggunung, ada dua saja perkara yang berlegar-legar dalam fikiran aku:
  • Agak agak boleh tak aku penuhkan rak ni dengan kotak rokok sebelum grad hujung tahun nih?
  • Dah tak sayang jantung sendiri ke?
Bingung aku memikirkannya. Baik aku tidur.


Kasut Futsal di Bawah Meja yang Berhabuk/bersawang.



Dulu dulu aku letak saja kasut futsal aku kat luar rumah. Lepas tu ada Asshole mana entah rembat kasut aku bangang betul. Aku baru pakai tak sampai 10 kali dah kena rembat. Bodoh Bertalu talu. Bukan kasut mahal pun tak sampai seratus. Nak rembat jadah apa? Tak kan aku nak main bola kaki ayam macam foreigner foreigner kaki tebal tuh? Kaki aku sehalus kulit bayi macam iklan pampers kot.

So untuk elak pisang berbuah dua kali atau untuk elak durian ditebuk tupai, aku mengambil langkah pencegaha dengan meletakkan kasut di bawah meja saja. Kalau hilang lagi memang aku tak kan cabut kasut tersebut dari kaki aku hatta untuk ke jamban sekalipun.

Baju baju bergantungan di lampu kalimantang



Sebagai seorang bakal jurutera, aku kena sentiasa berfikir 'out of the box'. Tak semestinya kita harus menggantung atau mengeringkan pakaian kita di ruangan ampaian. Banyak lagi ruang ruang kosong yang boleh kita utilize dengan bernas dan berkesan untuk kita keringkan baju setelah selesai dicuci. Lagipun, dengan menyidai baju di lampu kalimantang seperti gambar di atas, baju kita akan lebih dekat dengan kipas, lantas mempercepatkan proces pengeringan, seterusnya bolehlah dipakai untuk ke kelas keesokan harinya. Kalau sibuk dengan tugas tugas seharian, baju baju tersebut bolehlah dibiarkan di situ sehingga seminggu tanpa perlu risau hilang ditiup angin atau dibuang makcik cleaner. Dapat juga kita menjimatkan ruang di dalam almari pakaian. Almari pakaian akan kelihatan lebih kemas dan teratur.

Itu saja kot. Tak boleh lah nak ceritakan lebih lebih. Tak nak lah membuka pekung di dada sendiri. Agak agak nak tengok apa lagi atas meja aku meh datang bilik. Bawak la pisang goreng ke, karipap ke ataupun kuih kegemaran seluruh malaysia, kuih keria cafe V5 yang terkenal.


Sekali imbas, mari kita lihat keseluruhan meja aku secara amnya, untuk tatapan umum. Perlu diingat bahawa gambar meja yang aku letakkan ini adalah dalam keadaan kemas atau kurang sibuk. Kalau waktu-waktu puncak seperti ada projek atau tugasan, perkataan yang lebih sesuai untuk digantikan dengan meja adalah tongkang pecah.

Mari tidur esok nak buat report Projek Rekaan Logi sial betul.

5 ulasan:

woody berkata...

kah3.. kasot ko tuh boleh buat gadoh tuh.. letak betol2 bersawang tuh.. baju ko pun gantung la tempat elok skit.. ade yg kene renjatan letrik time nk amek baju kang.. mati tak pasai2..

OoizzioO berkata...

kemasnya meja ko mok

why.don't.you.ASK.me? berkata...

tok aweed ketis rokok celah beda meja je.
yang penting celah dan lubang.
pasti diketis rokok oelh aweed.

Tok Aweed berkata...

Sawang dlm blek gua tuh memang sikit jam lagi dah boleh diwartakan jadi Taman Sawang Negara. Nasi baik lah gua lahir berbekalkan hikmat pelindung labah-labah alam semesta. Tidak dah konpem gua mati terberak dek takut dengan gurauan manis labah-labah yang selalu datang singgah time tengah merojak.

Oi ask~ celah dan lubang memang feveret gua. Memang tak leh wa pa dah. Korang pasrah je la kalo ak mai blek korang tap rokok celah kibod laptop ke pe.. huahua

NeeNee berkata...

mok bajet meja bersepah padahal ko la lelaki berjiwa meja-tidak bersepah yg siap membebel meja aku penuh dulu...ish ish ish
"Tidak syg jantungkah?"- ayat yg konon2 sedar diri..bagus2..