Rabu, 20 Januari 2010

Kalau semua orang jadi polis, polis jadi apa?

Hai selamat kembali dalam sesi menghabiskan masa bersama KENCINGKUCING.

Seperti yang diketahui ramai aku sedang menganggur teruk sekarang. Cincai cincai kira pakai kalkulator henset, dekat 2 bulan jugak la aku jadi begini. Terpinggir dari industri swasta apatah lagi kerajaan. Jadi apa salahnya aku update blog kan?

Sebagai seorang penganggur yang bertungkus lumus memartabatkan pangkat penganggur, ingin aku senaraikan beberapa langkah yang aku kira berkesan untuk meningkatkan jati diri kita sebagai penganggur.

1. Bangun Tidur tengah hari

Macam biaselah, kalau yang first aku tulis, maknenye tu point paling basic yang perlu diambil berat. Waktu bangun tidur bagi seorang penganggur amat penting. Demi mencapai martabat penganggur tahap Budi dan Rupa macam dalam agama hindu, seseorang penganggur itu harus bangun paling awal pukul 12 tengah hari. Tak boleh awal hatta seminit pon. Bangun tidur tepat jam 12 ke atas, seperti yang kita sedia maklum akan menyempitkan pintu rezeki, sekaligus menjadi mangkin untuk penganggur terus menganggur dan seterusnya mencapai tahap Budi dan Rupa. Jika seseorang penganggur itu mahu mengangkat darjat penganggurannya ke tahap yang lebih tinggi, iaitu Bapak Segala Penganggur, eloklah kiranya die bangun tengah hari, makan dan sambung tidur balik. Hanya beberapa orang sahaja yang pada makrifat aku mampu menjejaki tahap ini.

2. Waktu tidur

Sebagai kesinambungan untuk point terdahulu, waktu tidur adalah proses awal untuk menentukan waktu bangun tidur pada keesokan harinya. Demi memungkinkan waktu bangun tidur tepat jam 12 keatas, waktu tidur haruslah selambat yang mungkin. Bagaimana untuk tidur selambat yang mungkin? Itu terpulang pada setiap individu. Banyak aktiviti aktiviti yang boleh kita lakukan di malam hari untuk mendapatkan waktu tidur yang optimum, seperti lepak di Sayed (WAJIB), bermain snuker, karaoke, jamming, futsal, mencari rezeki anak-anak, lepak di sayed (WAJIB) lagi, dan sebagainya. Untuk memudahkan proses, eloklah kiranya waktu keluar rumah itu tepat jam 12 tengah malam, pabila ibu bapa sudah tidur. Lainlah kalau telinga dah tebal dan gagah macam telinga kuali tahan bebelan mak bapak tercinta, silalah keluar sewaktu mereka masih segar menonton rancangan Senja Permai di Astro Prima.

3. Tonton semua rancangan di television.

Menganggur, secara generalnya memang lah membosankan. Salah satu cara untuk menghilangkan kebosanan ialan menonton semua rancangan rancangan yang dipaparkan di televisyen, hatta drama drama kerajaan sekalipon. Bercakap mengenai drama kerajaan, aku perhatikan sejak akhir akhir ini drama kerajaan kalau tak melibatkan kaum cina dan india memang tak sah. Ada satu drama tu yang berlakon semua orang cina tapi cakap bahase melayu. Malang sekali heroin drama tersebut tak comel. Jangan harap aku nak tengok sampai habis.

Rancangan yang aku sarankan untuk kamu tonton apabila bangun tengah hari ialah seperti berikut:

AC
Kelab Pop
Macam macam Aznil
Wanita Hari Ini
Tasbih Cinta
Sekar (bile nak abes pon tak tau)
Dyesable (ntah bahase ape ntah)
Na - o - Mei (comel doh heroin die kene folo nih)
dan laen laen lagi lah..

rancangan rancangan yang telah ditonton pada siang harinya bolehlah menjadi topik perbualan pada malam hari ketika lepak di Sayed.

4. Bekalan wang yang mencukupi

Haa bagaimana untuk mendapat bekalan wang yang mencukupi? Sebagai penganggur yang ingin terus bergiat aktif dalam industri pengangguran ini, kita haruslah sentiasa menjadi anak yang taat demi mendapat sesuap nasi. Walau sehebat mana pon pangkat pengangguran kita, janganlah kita derhaka terhadap mereka. Kang siang siang hari derhaka, malam malam mintak 5 ringgit modal rokok dengan teh tarik. Penganggur seperti ini kita boleh klasifikasikan sebagai penganggur bangsat lagi bedebah. Jikalau mak suruh hantar adik pergi sekolah, angkat kain baju di jemuran, masak air, beli sarapan, basuh pinggan dan sebagainya, lakukanlah dengan ikhlas. Tak lah rasa malu sangat menghabiskan beras di rumah.

5. Main Facebook

Bangun bangun tengah hari main facebook sambil makan sarapan memang terbaek

OK esok sambung lagi