Ahad, 30 Januari 2011

19 Hari yang Menakjubkan

Malam tadi adalah kali pertama aku direct contact dengan politik tanah air. Yes, aku selagi boleh elak berbual politik, aku malas ambil berat hal politik, aku tak ambil port dan ya aku belum mendaftar sebagai pengundi lagi. Malas.

Disebabkan hal malam tadi, mungkin aku akan masuk berita hari Isnin nanti. Mungkin.

Malam tadi juga selepas berpolitik, bermula jam 4.30 pagi aku bersama rakan rakan sepolitik bermain permainan yang kita namakan "rezeki anak anak". Setelah 'mandi' lebih kurang 8 ringgit, ternyata malang tidak mengenal erti kasih sayang. Balik rumah main Texas Hold 'em Up untuk balas dendam.

Jadi aku boleh simpulkan malam minggu semalam OK dan berjaya kerana penuh aktiviti sampai subuh. Sehat tak sehat belakang cerita.

Sejak bekerja ikut office hour ni, aku sangat sangat menghargai weekend. Malam weekend. Start 5.30pm hari jumaat, aku dah switch on weekend mode aku. Apa apa aktiviti yang aku kira tak memalukan jiwa raga, pasti akan ku sertai dengan tawadhuk dan berhemah tinggi. Sesungguhnya aku rase satu kecelakaan besar sekiranya pukul 1030pm jumaat malam sabtu aku masih tercongok di rumah. Rasa macam "Eh wadehel weh malam minggu kat umah wadehelll??"

Antara aktiviti yang mula menular di kalangan masyarakat untuk membuang waktu senggang di hari minggu adalah karaoke. Selain kos yang tidak terlalu tinggi macam clubbing, karaoke juga membolehkan kita melalak tak ingat dunia tanpa perlu menjaga hati audience yang terpaksa dengar suara sumbang kita. Kita yang bayar mampos la kan orang nak cakap suare sedap atau tidak, betul? Karaoke juga adalah aktiviti yang amat general, semua orang boleh join. Suara tak sedap? Persetankan. Tak pandai nyanyi? Tengok lirik. Malu nyanyi depan orang ramai? Boleh pakse. Takde duit? Member payung. Paling bangsat sekalipun kamu boleh ikut serta dan gelak ketawa ramai ramai ikut nyanyi, kalau takut pegang mic lah.

Aku mula bergiat cergas dalam aktiviti karaoke ni sejak beberapa tahun lepas. Macam macam pattern karaoke aku dah try. Karaoke jamban, Karaoke kandang, bilik VIP, bilik kecik, karaoke terbuka 1 lagu singgit di restoran, karaoke free kenduri kawin, nyanyi atas stage time dinner, semua setel. Yes memang aku suka nyanyi walaupun suara tak sedap eh biar lah kan?

Walaupun kamu pergi karaoke bersama rakan rakan untuk have fun, terdapat perkara perkara yang kamu perlu ambil berat untuk menjadikan sesi karaoke itu bermakna dan mampu melahirkan kenangan indah yang boleh diingat hingga ke akhir hayat. Pastikan point point di bawah kamu patuh dalam menjalani aktiviti karaoke yang sihat dan bebas dadah.

1. Pencetus aktiviti.

Biasanya karaoke ni adalah aktiviti yang tak dirancang. Tetibe rase bosan, terus roger rakan rakan cakap tekak gatal dan rindu bau microphone. Ajaka melalui facebook dengan dua patah perkataan, "DEROMI JOM?" pasti berjela komen komen kat bawah nak follow. Tapi biasalah bebual memang paling mantap karang yang jadinye seketul due ketul je. Camne nak perform nanti? Postpone saja ke tarikh lain.

Bagi sekumpulan yang bekerja, biasanya aktiviti karok dirancang sedikit awal, mungkin sehari dua untuk membolehkan jadual disusun cantik dan tiada orang yang kena tinggal sebab dah apply OT. Taip ayat ayat manis sikit kat emel, dan CC kan ke semua kaki kaki karok yang dikenali di tempat kerja. Emel macam ni memang aku suka betul. Buat kerja aku jadi tak tentu arah. Mane nak bace emel rakan rakan sekerja merepek entah hapa hapa, emel bos, emel engineer lain. Pening kepala. Tapi karaoke memang best.

2. Kondisi Badan dan Anak Tekak.

Setelah tarikh diset cun cun melecun cun cun, persediaan mental dan fizikal yang mantap haruslah dilakukan demi menjanjikan performance yang tip tip semasa sesi karaoke. Dah boleh stop order sebarang bentuk air sejuk dah. Time mengadap komputer siapkan report, bolehlah buat sedikit senaman bubbling brrrrrrr brrrrrrr degan mempelbagaikan variasi tone suara. Senaman perut jangan sesekali diambil mudah. Diafragma yang mantap penting untuk melontarkan tone yang padu daripada anak tekak. Stamina untuk berjoget ketika lagu dangdut dan lagu Justin Bieber - Baby boleh dipertingkatkan dengan berjogging petang petang sambil usyar gadis genit di taman. Setiap masa adalah amat penting. Daripada menghabiskan masa dengan mengorek hidung ketika driving ke tempat kerja, lebih elok sekiranya masa tersebut digunakan untuk melatih suara dengan mengalunkan lagu lagu rock kapak menggunakan CD Player dalam kereta.

Kesihatan diri juga amat penting supaya nanti kamu tak tercongok sorang sorang di sudut bilik karaoke ketika rakan rakan sedang berjoget ketika lagu Mas Idayu - Senggol Senggolan Cubit Cubitan dimainkan. Itulah gunanya aktiviti jogging di petang hari. Selain stamina yang mantap, kesihatan juga terjamin.

Selain dari itu, pakaian dan kekemasan diri juga memainkan peranan penting, tidak hanya dari segi keseronokan berkaraoke, tapi juga untuk mengelakkan kamu dicemuh dan kena nyanyi sorang sorang akibat rakan rakan tidak mahu mendekati kamu. Yelah takkan baru lepas futsal nak terus terjah karaoke kot. Balik lah mandi dulu. Nak perform pon selesa dan berkeyakinan tinggi.

3. Kedatangan

Apabila tiba waktu yang dijanjikan, maka berduyun duyunlah kita menuju ke pusat karaoke sambil dalam kepala otak terngiang ngiang lagu yang ingin dipersembah atau dipersampahkan kepada khalayak rakan rakan kita. Dalam kereta on the way karaoke terhidang lagu lagu rock paling kapak untuk mendatangkan mood. Lagi lama dan lagi rare lagu rock kapak, lagi pergi die punye semangat. Memang berkobar kobar betul ni. Kalau ade botol deodorant dalam kereta pasti dah digenggam kemas sambil menyanyikan lagu Karam - Zabarjad.

Untuk menjadikan kita seorang pengkaraoke yang disegani dan disayangi ramai, perkara pokok yang harus kita lakukan ialah jangan lewat. Janji 830pm maka 820pm lah kita sampai. Nak book bilik lagi, tunggu bilik kosong lagi, setting sound sistem lagi. Ngam ngam choi lah 830pm. Balik juga begitu. Kalau dah book sampai 4 jam, adalah sungguh elok kalau kita dapat balik bersama sama selepas 4 jam tersebut. Tapi 4 jam karaoke adalah agak gile dan menguji kesabaran anak tekak. Perkara ini haruslah dibincangkan demi menjanjikan kepuasan semua pihak. Pergi bersama, balik pon bersama. Kan cantik tu?

4. Jangan pergi karaoke sorang sorang.

Sepanjang pengamatan aku di pusat pusat karaoke yang aku kunjungi memang tak pernah aku lihat ade orang karaoke sorang sorang. Hatta penyanyi penyanyi terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Noh Hujan, atau Heliza Misbun pun aku percaya tak pernah buat kerja gila pegi karaoke sorang sorang. Perdana Menteri Jepun pun aku ingat tak akan pergi karaoke sorang sorang. Kalau karaoke kat rumah possible kot.

Kalau kamu rasa suara kamu tak sedap nak mampus sampai kena pergi karaoke sorang sorang dengan niat nak prektis, tolonglah jangan jadi gile. Tak pernah pula ade orang putus kawan sebab time karaoke nyanyi tak sedap. At least mesti berdua baru seronok dan muhibbah. Lagi ramai lagi bagus. The more the merrier, kan?

Tapi kalau difikirkan dengan lebih mendalam, ada beberapa perkara yang membolehkan kita karaoke sorang sorang seperti; melalak di dalam kereta time pergi kerja, mandi, memasak di dapur, dalam bilik sorang sorang prektis gitar, dan last sekali yang paling cun, mengigau menyanyi time tidur.


5. Pilihan Lagu lagu.

Secara am nya pelbagai genre lagu boleh dinyanyikan semasa karaoke. Bergantung pada kawan kawan yang kamu bawa semasa sesi karaoke tersebut. Ada yang jenis tak kisah menyanyi ramai ramai walaupun lagu tersebut dipilih untuk test power anak tekak. Jenis macam ni yang seronok dibawa karaoke. Lagu artis solo tak pasal pasal boleh jadi lagu boyband. Lagu Justin Bieber boleh jadi macam lagu Backstreet Boys. Lagu Haida – Hajat boleh dinyanyikan beramai ramai seperti Feminin. Cantik bukan? Macam setan.

Ada juga certain orang yang agak keberatan untuk berkongsi nyanyi apabila lagu tersebut dipilih secara eksklusif untuk dirinya saja. Ini pendirian orang tersebut dan kita perlu hormati. Sekiranya gatal juga tekak nak ikut dia menyanyi, tak payah pegang mic dan nyanyilah perlahan buat telinga sendiri saja. Lebih lebih lagi lagu yang memerlukan kekuatan vokal yang tinggi, yang pastinya memerlukan kosentrasi yang padu daripada penyanyi tersebut. Lagu lagu seperti Wings – Misteri Mimpi Syakila dan Awie – Penjara Janji tidak boleh dipandang enteng dan hanya beberapa orang terpilih saja patut memicit lagu ini.

Jarang sekali lagu nasyid dipicit ketika sesi karaoke. Aku rasa ia akan mendatangkan perasaan awkward kerana semua orang tahu karaoke adalah perbuatan yang amat lagho dan hedonisme yang sesungguhnya sangat ironi dengan lagu nasyid yang mendekatkan kita kepada tuhan, sepatutnya. Tapi kita kena consider group nasyid wakil sekolah yang praktis karaoke. Jadi tepuk mic tanya anak tekak lagu apa yang patut dipilih.

Kalau rasa nak berjoget sambil exercise, lagu lagu dangdut adalah pilihan yang sangat wajar. Mas Idayu - Senggol Senggolan Cubit Cubitan, Amalina - Asyik, atau Kocok Kocok - Inul Daratista, atau lain lain lagu dangdut seronok dinyanyikan beramai ramai diikuti tarian tarian ringan penaik semangat. Kalau aku, Justin Bieber – Baby adalah lagu wajib joget aku. Style kan lagu tu kan? Die punye shuffle tu yang buat layan tu.

6. Adab Bersama Kaum Hawa

Kadang kadang aku menjalankan aktiviti karaoke bersama gadis gadis dari tempat kerja atau rakan rakan sekelas sewaktu belajar dulu. Sememangnya lagi seronok karaoke bersama gadis gadis ni. Tak la lagu yang dipilih terhad kepada lagu lagu rock kapak lelaki saja. Karaoke bersama gadis juga membolehkan kita memicit lagu duet laki pompuan. Kita sebagai lelaki paling tidak mesti sedikit meningkat semangat kita untuk menyanyi bila karaoke dengan gadis gadis ni.

Namun janganlah keseronokan berkaraoke bersama gadis gadis ini dicemarkan dengan aktiviti tidak bermoral. Ingatlah mereka sudi meluangkan masa melalak dengan kamu, tapi kamu tak hormat mereka pula. Tak cantiklah macam tu. Perlu diletakkan batas batas yang jelas, walaupun untuk berhibur. Perkara ini aku kira semua orang patut faham dan sendiri mahu ingat. Jangan sebab tindakan kamu, lepas ini kamu disisihkan daripada sebarang aktiviti karaoke dan juga aktiviti aktiviti lain. Kan tak best tu, dah hilang kawan.

Ketika berjoget semasa karaoke, cukuplah berjoget tanpa sebarang pergerakan yang mengundang syak wasangka kaum hawa kepada kita. Mereka joget gaya inul daratista sekalipun, layankan je. Kalau kita mahu berjoget sekali, jangan sampai diterjah kaum hawa ini sesuka hati. Pastikan jarak yang selamat untuk berjoget bagi mengelakkan salah faham masyarakat umum.

Rokok. Ini satu perkara juga ni. Kalau karaoke ramai ramai semua lelaki memang biasalah ada rokok yang melekat di mulut sementara menunggu giliran lagu yang dipicit dimainkan. Tapi bila bersama kaum hawa, lubang hidung mereka haruslah dihormati. Kalau kamu nak hisap rokok, keluar dan hisaplah pung pung pang sampai asap tembus ikut dada pun tak apa. Tapi kalau pegi karaoke dengan gadis yang huha huha jenis takde hal aku hembos saja. Dah pakwe die pon hisap rokok selamba memang tak perlulah aku nak huru hara hisap rokok di luar.

7. Aktiviti Susulan

Selepas berpenat lelah berhempas pula membuat persembahan, terpulang pada masing masing untuk menamatkan sesi karaoke tersebut. Aku suka melanjutkan aktiviti bersama rakan rakan dengan melepak minum di mamak sebelum pulang. Boleh post mortem tentang prestasi masing masing dan dapatkan pandangan rakan rakan tentang kemantapan vokal kita, walaupun rakan rakan kita pun haram jadah vokalnya. Lagipun kan kering tekak dah nyanyi terus 2,3 jam. Tak kan lah tak haus? Kalau terus balik rumah minum air masak saja tak datang lah kepuasan maksima. Paling koman kena nescafe ais, balas dendam sebab dah berhari hari tak minum ais nak jaga suara punya pasal. Lepas minum minum dan mengumpat kutuk suara sesama kita, bolehlah pulang ke rumah menuju ke katil tercinta untuk tidur. Sebelum tidur basuhlah kaki. Karang nanti mengigau melalak time tidur, mahu lari ahli ahli rumah yang lain takut kalau kalau kamu kena sawan babi.

...............................................................

Minggu lepas saja 3 kali aku karaoke. 2 kali dengan rakan rakan setaman, sekali dengan rakan rakan sekerja. Memang aku ade sikit susah nak mengelak ajakan karaoke nih. Tapi aku pelik kenapa suara aku tak sedap sedap ni. Nyanyian aku salah dari segi teknikal ke? Perlukah aku ambil kelas vokal? Perlukah aku terus mengharapkan? Camar yang hilang kembali ke sarang. Apakah masih ada kerinduan? Yang tersimpan di hatimu sayang.

Tiada ulasan: