Selasa, 14 Februari 2012

Sebelum makan baca bismillah

Kelmarin ade sambutan maulud nabi dekat surau tempat aku. Sebagai anak yang tidak derhaka, aku memenuhi jemputan bapak aku supaya dengar ceramah disamping dapat memperkasakan iman dan cuba untuk membersihkan hati yang banyak sangat titik hitam dek kerana perkara perkara duniawi.

Ternyata tindakan yang aku pilih bertepatan dengan saranan Dato' Seri Najib, iaitu pergilah menyambut maulud nabi di sekitar kawasan taman perumahan anda, kerana penceramah undangan pada hari itu ialah Dato' Noh Gadut. Siapa yang tak kenal Noh Gadut? Siapa? Rakyat Johor kalau tak kenal Noh Gadut nampak sangat tak pergi bayar zakat pendapatan.

Seronoknya bila dengar ceramah daripada bekas Mufti ni, ialah cakap cakap beliau melibatkan masyarakat secara amnya. Tak dinafikan Ustaz Azhar Idrus lagi best ceramahnye dan care beliau mendekati belia belia. Kat sini suka untuk aku mengingatkan bahawa setiap penceramah ade kelebihan masing masing. Personally ustaz paling aku suke sekarang ialah Ustaz Zahazan. Haa siape tak kenal ustaz ni kompem tak dengar IKIM.fm. Facts die kaw kaw, die boleh petik mane mane ayat Al-Quran n Hadith dan relate dengan discussion dengan sangat bermutu. Tak banyak meleleh leleh, simpang siur buat lawak takde point. Sebab tu aku suke dengar Ustaz Zahazan ni.

Okeh berbalik pade Noh Gadut tadi, selayaknye sebagai seorang bekas mufti, kadang kadang ceramah beliau mengulas tentang beberapa fatwa, baik dari negeri Johor dan negeri negeri lain. Baru aku tau bahawa perempuan boleh pakai inai sampai pergelangan tangan je.

"Yang lebih tu Hindhu!!!!!" ujar beliau dengan lantang.

Johor juga dalam rangkaan mengeluarkan fatwa bahawa rokok itu haram. Seperti yang kita sedia maklum, beberapa negeri di Malaysia dah keluarkan fatwa rokok haram. Fatwa JAKIM pun cakap haram. Lihat sini. Well, sebenarnya fakta ni dah memang tersebar dan ramai pun perokok yang tahu haram. So tanye iman masing masing.

Jadi sekarang aku bercita cita keras untuk cuba berhenti merokok. Secara teknikalnya aku bukanlah seorang perokok yang matang. Aku hanya mula merokok secara serius bermula tahun 2008, iaitu pada umur aku 21 tahun. Sekarang 25 tahun, baru 4 tahun merokok secara pukal. Tak lah macam orang lain yang merokok sejak dari sekolah lagi. Jadi bolehlah aku assume paru paru aku masih lagi berbentuk paru paru, belum jadi jalan tar lagi.

Tapi, ramai dikalangan kita tak tahu, kenapa sebenarnya kami perokok-perokok ni merokok. Kadang-kadang perokok sendiri tak tahu kenapa dia merokok. Tau tau je dah ade rokok melekat kat bibir. Auto. Jadi di bawah aku cuba senaraikan sebab musabab kenapa kami merokok;

1. Peneman setia.

Cuba bayangkan satu situasi seperti ini; kamu pergi ke bank, masuk dalam dan amik nombor giliran. preett preett preeett... 456 nombor yang tertulis atas kertas tu. Lantas kamu mendongak mencari skrin. 400 nombor yang tertera. Apa yang akan kamu lakukan?
  1. Mengorat teller di kaunter
  2. Memberi kucing makan di luar
  3. Melihat lihat henset konon tengok jam tapi sebenarnya tak tahu nak tengok ape kat skrin henset dan sebenarnye lagi kamu sedang memakai jam
  4. usya usya tengok ade Neelofa tak dalam bank
  5. merokok.

Kan? kalau kamu seorang perokok, time time camni perkara pertama yang terlintas dalam kepala otak adalah asap rokok. Tak perlu runsing pening kepale fikir ape nak buat time menunggu tu. Keluar, bukak kotak rokok, nyalakan dan biar imaginasi anda mengembara luas.

2. Penghilang rasa awkward.

Seringkali kita berhadapan dengan situasi situasi awkward yang mampu membuatkan kita tak senang duduk atau diri. Perkara seperti selisih dengan bekas kekasih, tersadung batu di tengah jalan, duduk setable dengan stranger, kucing mengiau mintak makanan kat mamak, atau sebagainya. Jalan penyelesaian? Rokok. Perbuatan kamu mencapai rokok, menyalakan lighter, menarik dan menghembus asap dipercayai dapat membantu mengurangkan perasaan awkward sehingga 45%, menurut kajian bomoh bomoh tempatan. Kerutan kerutan muka ketika menarik asap rokok mampu mengubah situasi awkward kepada situasi santai. Bukti jelas fakta ini telah ditonjolkan dalam filem KL Gangster di mana ketika King datang melawat Malik yang baru keluar penjara. Dalam babak tersebut Malik dengan pantas mencapai rokok Winston Light dan menjerit "KING!" bagi menghilangkan rasa gemuruh beliau.

3. Pelengkap kesibukan.

Dua orang tengah buat kerja yang sama di cafe. Seorang menghisap rokok dan sorang lagi minum kopi. Mane kamu nampak lebih sibuk? Atau buat buat sibuk? Yang menghisap rokok, pastinya. Menghisap rokok secare langsung membuatkan tangan kita terpaksa bekerja lebih kerana terpaksa memegang rokok sepanjang masa. Tindakan juga perlu lebih berhati hati kerana tak mahu abu rokok bersepah sepah, lantas merencatkan kualiti kerja. Akibat dari sebab sebab yang disebutkan tadi, akan membuatkan kita kelihatan lebih sibuk dan fokus ketika bekerja. Ini penting untuk menjadikan kita kelihatan cool ketika lepak di Starbucks.

4. Pecahkan duit

Kite pegi jusco, beli beli barang sikit dan nak berambus. Sekali tengok dalam wallet takde singgit. Paling kecik duit 50 sekeping. Ape nak buat? Beli rokok. Paling cantik rokok rokok mainstream berharga MYR 8.50 seperti Winston dan PallMall. Ade belen singgit setengah. singgit bayar parking, 50sen beli gule gule buat ilang bau rokok. Tak la segan sangat nak bawak bakal mertua nanti.


Tiada ulasan: