Isnin, 3 November 2014

Buku Merah Jangan Lupa Bawa Moga Moga Belum Tamat Tempoh

Nak jalan jalan di UK tapi takde duit? Bacalah post ini (style iklan MLM)

Aku dah lama tak update KENCINGKUCING. Alasan paling senang, sebab malas.

Cakap banyak tak guna. Kalau korang ade facebook aku, dan korang rajin main facebook, pasti korang tahu bahawa aku dengan wife telah pergi mengembara ke bumi penjajah pada bulan Oktober lepas. Kitorang pusing sekitar UK for around 2 weeks, covering most of UK's major cities, and some small, historic cities along the way.

So, kenapa UK, you may ask? Sebab hopefully this is the first for many countries to come. Aku nak buktikan bahawa walaupun kita sebagai golongan pertengahan, lebih lebih lagi aku yang terkenal dengan sikap berkira ni, boleh jugak jalan jalan tempat best best sikit. Lagi satu, UK senang sebab it is an English speaking country. So, sesuai la dengan kitorang yang baru nk berjinak jinak dalam bidang jalan jalan ni. 

Memandangkan projek road to UK 2014 (bajet stylo letak name trip camni) bukan calang calang punye projek untuk kitorang, so memang kene plan kaw kaw. Please take note that we do not have relatives or close friends currently residing there, which makes us totally on our own. Memang kene plan as detail and precise as we can. kalo tak, sampai je Heathrow Airport dah terkial kial. Nak jadi ape? 

Peta UK kat bilik kitorang as motivation
Bajet kitorang terbahagi kepada 3 perkara utama;
  1. Transportation
  2. Accommodation
  3. Makan
Cite pasal transportation ni, cost paling besar sekali is the flight ticket. Bab bab flight ni aku mintak wife aku survey je, sebab die agak kerap beli tiket flight. Haritu adik ipar aku konvo kat Bristol pun, die yang belikan tiket flight untuk parents die. Kawan kawan kat Miri sane pun ramai yang penah jalan jalan pegi overseas. So banyak la resource die boleh refer.

After a couple of weeks of price surveying, kitorang decide beli tiket from MAS je. Return direct flight from KLIA to Heathrow. 13 jam duduk dalam airplane. Cepat sikit sampai tak payah nak transit. Penat sikit la tapi dok lame lame dalam flight. Kitorang survey pakai website skyscanner je. Aku tak bape paham sangat camne nak digest info from this website. Wife aku je paham and die cakap lebih kurang je kalau naik MAS dengan naik company lain. Lagi satu naik MAS senang sebab makan kompem halal atas flight dan pramugari boleh cakap melayu. Tak la terkial kial nak mintak air masak nanti atas flight.

Harga flight depends on tarikh korang travel, how advance you book prior to travel, and some luck, i can say. Kalau time tu tengah promotion, mungkin korang boleh dapat lagi murah. Time kitorang beli tu takdelah mahal sangat, and not the cheapest, i suppose. Return tiket for 2 orang, including MAS travel insurance, is MYR6,198.00. Beli bulan March 2014, untuk travel bulan October 2014. Apparently, the price did not get any cheaper aku cek beberapa bulan lepas tu, as well as after the tragic incidents happened to MAS (MH17 and MH370). So aku conclude harga tu dah cun cun lah tu. 

Canggih gile gmail die boleh extract data from email tu dan buat itinerary kat google profile kite. Pastu kuar pulak kat google map. Jakun aku.

Tips to find cheapest flight tickets, korang boleh google. Most important, kena clear cache setiap kali lepas survey, sebab website website ni pasang cookies nak trace search pattern kite, and take advantage by increasing the price each time we put similar search.

Tiket kapalterbang dah setel. Next is the kos pengangkutan sepanjang kitorang kat sana. Kitorang naik public transport je sebab;
  1. Malas nak sewa kereta, sebab kena fikir kos minyak, kos parking, risau nak jaga kereta orang, insurans kereta ade ke tak, kereta ape paling best, undang undang trafik kat sana macam mana, and all sorts of things.
  2. Aku memang suka naik public transport, sebab tu aku main game SimCity.
  3. Aku nak test public transport negara maju dan compare dengan Malaysia ni.
  4. Meet more people and boleh observe camne life diorang in closer perspective.
Untuk inter city transport, kitorang naik train dan bus (diorang panggil coach). Itinerary trip kitorang camni;
  • KL-London: Kapal terbang (MAS)
  • London-York: train (East Coast Train)
  • York-Leeds: bus tambang
  • Leeds-Edinburgh: train (East Coast Train)
  • Edinburgh-Glasgow: bus (Megabus UK)
  • Glasgow-Liverpool: train (Virgin Train)
  • Liverpool-Manchester: train (First TransPennine Express Train)
  • Liverpool-Chester: train (Merseyrail)
  • Chester-Cardiff: train (Arriva Trains Wales)
  • Cardiff-Bath: train (First Great Western Train)
  • Bath-London: train (First Great Western Train) 
  • London-Oxford: bus (Megabus UK)
yang dalam kurungan tu name kompeni yang handle route tu. Cool kan? diorang privatize dorang punye public transport, so ade competition sihat antara kompeni untuk tarik more people to use their services. Pegi website diorang yang sangat updated, macam macam promo diorang buat, Info on every station pun ade. Serius aku rase cool.

Tiket train UK printed at ticket machine. Mane mane line same je design tiket
Tips for train travel across UK, korang boleh google. Ade dedicated wikipedia and wikitravel page for this. Korang jugak boleh pegi sini. Mamat ni terangkan sebijik sebijik pasal naik train kat UK dan Europe. 

Basically, nak dapat the best deal is to buy as advance as you can. Aku setel beli semua tiket train yang aku list kat atas tu bulan Ogos. Masalahnye kalau beli awal sangat pun tak boleh, sebab die akan charge lain yang lagi mahal. Window die memang kecik, dalam sehari due je. Ade satu tiket tu, aku survey pagi dalam 30 pound, tengah hari sikit dah jadi 40 pound. Haram jadah betul. Most websites don't even let you buy too soon in advance. So boleh kate hari hari jugak lah aku cek website website ni sampai aku dapat beli. Another tips is to buy the tickets from the company's own website, instead of beli dekat website agen, sebab die akan change 1.50 pound for every purchase. Kalau beli dekat company website takde charge tu. 

Total cost for train dan bus yang aku list kat atas tu, untuk 2 orang: GBP249.20, lebih kurang MYR1,350.00. Most of them aku beli online through websites, using credit card. Urusan die simple dan selamat. Memang takde hal. Kalau yang aku tak beli online tu, maknenye beli on the spot pun harga sama dengan harga online. Jadi ade flexibility dalam itinerary kitorang.

Kos ni tak termasuk public transport dalam bandar tu sendiri, macam underground dan bus kat London, bus tambang kat Manchester, Liverpool and Cardiff, dan tram kat Edinburgh. Cost cost ni aku include dalam daily expenditure yang akan aku story di post post akan datang keh keh keh.

Ok sekarang cite pasal accommodation lak.

Unlike train companies's websites, hotel kite boleh book seawal mane yang kite mahu. Untuk kesan yang lebih menakjubkan, memang dinasihatkan beli tiket hotel seawal mungkin untuk the best deal. Book hotel awal jugak bagus untuk kita lay out kite punye itinerary dan plan more effectively. Time kitorang pegi haritu dah nak masuk winter, so siang die memang pendek sikit lah. Syuruk pukul 730 lebih kurang, pukul 6 lebih kurang dah maghrib. Pastu malam kat UK dah tak best nak jalan jalan. So kena plan tempat tidor betul betul jadi siang tak lah tercari cari nak tido kat mane dan kite boleh habiskan masa explore city tersebut to the max.

Simple hotel chains yang kite boleh jadikan tempat bergantung di UK adalah seperti Travelodge, Premier Inn dan Ibis. Kalau sungguh sunguh lagi cari boleh je dapat independent hotel establishments, nak nak kat bandar bandara besar. Boleh lah gune website macam tripadvisor, booking.com, agoda dan lain lain untuk survey. Kitorang punye style ialah search kat booking.com, tengok hotel mane yang sesuai, pastu masuk website hotel tu untuk dapatkan more info. Jangan rely 100% dekat travel website je. 

kos penginapan kitorang adalah seperti berikut;

London Heathrow 1 malam: GBP30 (Travelodge) awek receptionist die cun gile macam vocalist Paramore
Leeds 1 malam: GBP22 (Travelodge)
Edinburgh 2 malam: GBP61.05 (TuneHotel) mahal tapi ni lah paling murah kat sini. 
Glasgow 1 malam: GBP10.95 (EasyHotel) murah gile tapi bilik kecik gile, ngam ngam katil. harga promo
Liverpool 3 malam: GBP75 (Travelodge)
Cardiff 2 malam: GBP81 (Travelodge)
London Cricklewood 5 malam: GBP181 (Travelodge) wife cakap cleaner die cun gile macam model.

Total penginapan: GBP461 untuk 15 malam, atau lebih kurang MYR2500. Kos ni boleh lagi nak kurang, dengan syarat korang sanggup duduk dalam bilik takde tingkap (TuneHotel, EasyHotel), toilet kecik gile besar sikit dari toilet dalam kapal terbang (EasyHotel), atau amik hotel luar bandar. Hotel hotel yang aku list kat atas tu, alhamdulillah semua takde masalah. Sampai, bagi nama bapak kitorang (last name), bayar cash (TuneHotel and EasyHotel dah bayar online), tunggu kunci, senyum senyum sikit, cakap thank you dan terus pegi bilik. Semua bilik OK aku puas hati. Logic lah dengan location dan price.

Tips aku, kat London (atau bandar besar lain yang ade metro system macam Liverpool) boleh lah amik hotel jauh sikit dari city centre untuk dapatkan hotel yang lagi murah. Public transport kat London superb gile dan sangat sharp dan high frequency. Amik hotel jauh sikit, dan naik public transport je untuk explore city. Sangat jimat dan berbaloi. Macam kes aku kat London Cricklewood. Wife aku pilih hotel ni dan aku rase sangat power. Bawah hotel ade Tesco, depan hotel ade Subway halal. Within walking distance bersepah kedai arab halal. Public bus banyak lalu. Memang convenient. Mahal sikit sebab kitorang tidur situ weekends. Kalau weekdays, 1 malam dalam 20pound lebih je.

So total kos setakat ni: MYR6200 + MYR1350 + MYR2500 = MYR10050.

Ni kire kos wajib lah. Macam aku cakap tadi, kos ni boleh jadi lebih rendah kalau kitorang do a lot more survey, study the best route, cari hotel paling murah dan sebagainye. Regardless, aku rasa kos ni dah just nice, but boleh improve lagi.

Untuk daily expenditures and experiences, let me keep it for next posts. Penat dah ni menaip. Gambar pun takde lagi ni nanti dah collect semua gambar baru syok nak cerita keh keh keh.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buto la update serius. Sampai habis post aku tak ketawa. Aku amuk! Aku amukkkkk!!!!

- Syfq Amr Stonkol

MOK berkata...

hahaha stone sabaq laa mood nak buat lawak blom sampai lagi..next post aku try haha..

Zali berkata...

Bila mok next post. Dah nak 2015 nii.